MY SWEET ARISSA - 31
TERKEJUT dia bila melihat Wafa sudah berdiri di hadapan pintu pagar rumah Hakimi. Begitu juga dengan Puan Hanim yang berada di porch dan sedang bersantai bersama Encik Razali selepas makan tengah hari sekejap tadi. Hendak tak hendak dia terpaksa membuka pintu pagar sebaik mendengar pekikan daripada ibu mentuanya.

Tak boleh ke cakap elok-elok Macam semua orang dalam rumah ni pekak, sungut Mak Cik Ruhaya yang sudah melangkah ke belakang sebaik mendengar suara pekikan Puan Hanim.

Dia tuan rumah. Perlahan Arissa berbisik.

Lega hatinya Mak Cik Ruhaya sudah kembali dari bercuti panjangnya. Ada juga kawan untuk berbual di dapur. Kalau tidak asyik mendengar sudip dan senduk berlaga je.

Tuan rumah pun... Arissa mem rumah ni. Ini rumah Kimi.

Arissa sengih. Rasa lucu mendengar kata-kata wanita itu, Tak apalah.

Eee... Arissa ni baik sangat tau tak. Kalau Mak Ciklah memang tak tahan. Dah mulut dia tu macam... terhenti kata-katanya. Namun hatinya sudah berkoyankoyan mengutuk sikap Puan Hanim.

Melihat layanan wanita itu terhadap Arissa sedih sungguh hatinya. Begitu pun Arissa masih boleh buat pekak badak dan seperti tiada apa yang didengari. Kebal sungguhlah telinga dan hati gadis itu.

Sabarlah... Allah bersama orang yang sabar. Lagipun dia ibu kepada Kimi, sama macam ibu saya juga. Arissa sudah membancuh teh untuk tetamunya.

Yalah... tapi melampau sangat. Macam bukan manusia dibuatnya! tekan Mak Cik Ruhaya.

Arissa senyum. Sebenarnya dia sudah malas hendak memikirkan tentang Puan Hanim. Janji Encik Razali melayannya dengan baik, itu sudah lebih mencukupi.

Mujurlah Encik Razali tu elok dengan Arissa.

Alhamdulillah... Arissa senyum dan melangkah ke peti sejuk untuk mengeluarkan kek coklat yang dibuatnya semalam. Entah apa mimpi si Hakimi mahu kek coklat yang penuh dengan coklat.

Arissa jangan bimbang. Mak Cik ada. Apa-apa cakap dengan Mak Cik, Wanita itu menepuk bahu Arissa berkali-kali untuk menguatkan semangatnya. Arissa mengangguk. Terima kasih Mak Cik. Arissa! pekik Puan Hanim dari ruang tamu.

Dia tengah siap ni Puan! pekik Mak Cik Ruhaya dengan suara lantang. Geram pula dia. Tak reti nak sabar, hatinya terus mengutuk sendiri.

Rasa tak tahan dia mendengar pekikan Puan Hanim. Sejak dia mula bekerja ada sahaja yang tak kena dengan Arissa. Agaknya setiap hari gadis itu menjadi sasaran kemarahan Puan Hanim.

Apa hal nak terpekik terlolong ni!

Kedengaran suara Encik Razali pula bertingkah dengan suara Puan Hanim.

Cepat-cepat Arissa meletak kek yang dipotongnya ke dalam pinggan dan terus membawa ke ruang tamu. Bimbang dia mendengar suara Encik Razali sudah meninggi. Bukan apa, lelaki itu tidak boleh stres. Yalah, mana tidaknya, sakit telinga Walid mendengar Umi memekik macam apa je.

Arissa meletak dulang berisi dua cawan teh dan sepinggan kek yang sudah di potong di atas meja kopi. Sangkaannya kedua mentuanya masih di bawah porch. Dia melangkah keluar apabila tidak kelihatan bapa mentuanya.

Walid mana Soal Arissa sebaik kembali semula ke ruang tamu.

Dah naik, jawab Wafa dengan senyuman.

Makan Wafa, suruh Puan Hanim tidak mempedulikan soalan Arissa.

Arissa meletak dulang di atas kabinet dan melangkah menuju ke tangga untuk naik ke tingkat atas. Sesampai di ruang keluarga dilihat lelaki itu sedang duduk sambil menonton TV.

Walid! Lega dia melihat lelaki itu tersenyum memandangnya.

Pekak telinga Walid ni Uminya asyik menjerit macam polong je! Keluh Encik Razali dengan wajah berkerut.

Tulah, kesian dia melihat lelaki itu. Dahlah sakit, isterinya langsung tidak membantu. Lagi membuat lelaki itu stres. Dia tak sayang ke dengan suaminya Pelik dia melihat sikap dan perangai Puan Hanim yang langsung tidak pedulikan Encik Razali.

Tak apalah, aku menantu dia, biar aku yang jaga. Lagipun aku tak ada Ayah. Ya, dialah Ayah aku sekarang, desis Arissa sendiri.

Walid nak apa-apa ke

Encik Razali bangun.

Tak ada. Walid nak siap-siap... kejap lagi Mr Ruben datang.

Walid nak ke mana Hakimi belum balik lagi. Nak saya ikut ke soal Arissa. Bimbang dia membiarkan lelaki itu keluar sendirian walaupun ada teman.

Encik Razali ketawa. Tak payah. Ada hal sikit nak minta Mr Ruben buatkan untuk Walid. Encik Razali bangun dan melangkah menuju ke biliknya.

Termangu Arissa memandang lelaki itu. Dia menekan remote control untuk menutup TV yang dipasang oleh lelaki itu.

Seketika kemudian keluar Encik Razali dari biliknya setelah menukar baju dan seluar yang lebih kemas. Tersenyum dia melihat Arissa masih menunggunya di situ.

Betul ke Walid boleh pergi sendiri ni soal Arissa sambil menghampiri bapa mentuanya. Walid bukan sihat sangat.

Insya-Allah boleh. Jangan bimbang... apa-apa Walid call Arissa nanti. Encik Razali menepuk lengan menantunya sebelum melangkah menuruni tangga. Rasa terharu bila ada yang begitu mengambil berat akan dirinya. Nak harap isterinya... tak payahlah!

Hati-hati Walid, pesan Arissa sebelum menutup pintu belakang kereta.

Ya. Senyum lelaki itu membalas.

Seketika dia melihat bapa mentuanya hilang bersama kereta yang dipandu oleh seseorang yang tidak dikenali tetapi kelihatan Mr Ruben di sebelah bapa mentuanya tadi dan hanya senyum sambil mengangkat tangan ketika mereka bertemu mata.

Walidnya ke mana Lantang suara Puan Hanim menyoal.

Arissa menoleh lalu mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia melangkah tanpa bersuara menuju ke dapur. Lebih baik dia masuk dan buat apa yang patut.

Arissa nanti jadi team Sweet Arena Langkawi

Resort under Marketing, kan

Terkejut Arissa. Terhenti dari melangkah.

Haa Dia memandang Wafa yang tersenyum memandangnya.

Encik Naim yang beritahu saya, beritahu Wafa lembut.

Apa! Terkejut Puan Hanim. Silih berganti memandang Arissa dan Wafa.

Tahniah! Ucap Wafa dengan nada gembira.

Minta maaf, saya tak tahu apa-apa tentang ni. Mungkin ini salah faham atau... Dia sendiri tidak pasti. Cepat-cepat Arissa melangkah naik menuju ke dapur. Patutkah dia bertanya kepada Hakimi tentang apa yang baru didengarinya.

MACAM mana dia boleh masuk ke resort pula! Lantang suara Puan Hanim sambil menuding jarinya ke arah Arissa.

Apa masalahnya Umi Arissa isteri saya. Kalau Walid nak letak dia di mana-mana sekalipun, Arissa memang layak! Tegas Hakimi.

Rasa kecewa dengan sikap Puan Hanim yang langsung tidak mahu memberi peluang kepada isterinya. Dia memandang Arissa yang senyap tidak berkutik sejak tadi.

Layak! soal Puan Hanim dengan menengking.

Arissa senyap.

Memang dia tak layak langsung duduk dalam keluarga kita! Entah anak siapa pun kita tak tahu. Entah ada mak, bapa ke tak! Luahnya dengan rasa tidak puas hati semenjak Arissa menjadi menantunya. Umi! Perkara ni tak ada kaitan langsung dengan perlantikan dia. Tiba-tiba nak babitkan cerita yang entah apa-apa. Tolonglah jangan cakap macam tu! pinta Hakimi separuh merayu. Dia memandang Arissa yang sudah berubah wajah. Kasihan isterinya.

Memang semua ini berkaitan Kimi, tegas Puan Hanim dengan pendapatnya. Lebih baik perempuan yang punya emak dan bapak daripada tak ada sesiapa yang kita tak tahu asal usul mereka. Halal ke Haram ke Sambungnya lagi.

Umi! hampir terpekik Hakimi.

Arissa senyap. Faham dengan maksud Puan Hanim yang mengganggapnya anak tidak berbapa. Terasa hatinya bagai digerit belati. Sampai begitu sekali dirinya dianggap semata-mata memegang status anak yatim. Hina sangatkah menjadi anak yatim sehingga dianggap sebegitu

Ditahan air mata yang sudah bertakung di tubir mata. Namun tidak sempat dilakukan ia sudah jatuh menuruni pipi. Segera dikesat dengan belakang tangan.

Saya naik dulu. Arissa melangkah ke tangga dan hilang ke tingkat atas.

Berdosa ke jadi anak yatim ni Umi Soal Hakimi sebaik Arissa hilang dari pandangannya.

Mulalah tu... semua Umi cakap salah!

Salah sebab perkara ini dah ditentukan oleh Allah. Arissa pun tak nak jadi begitu. Tapi, itulah yang terpaksa dihadapinya. Terpaksa hidup sendiri dari usia 8 tahun. Tanpa kasih sayang orang tua. Salahkah dia menumpang kasih kita, Umi dan Walid. Salahkah saya pilih dia untuk mencurah kasih sayang dan cinta untuk dia! Matanya juga sudah berkaca.

Itu nasib dia!

Ya, nasib dia. Salahkah kita bersimpati dengan nasib yang menimpa orang lain Hari ni nasib kita baik. Esok belum tentu, Umi. Hari ini Umi pakai baju cantik-cantik, esok belum tentu baju itu menjadi baju Umi! Tegasnya.

Apa yang Kimi cakap ni! tengking Puan Hanim tidak senang dengan kata-kata Hakimi. Terasa anak itu semakin melampau melawan setiap kata-katanya.

Kimi cakap yang betul Umi. Kenapa sukar sangat Umi nak terima Arissa. Apa salah dia pada Umi Apa dosa dia pada Umi Kalau ada yang silap, itu bukan silap dia... tapi silap Kimi sebagai suami.

Wah, sejak kahwin dengan perempuan tu... dah boleh jadi ustaz. Motivator. Apa lagi yang Kimi nak jadi ya Sindir Puan Hanim geram dengan setiap yang dituturkan oleh Hakimi.

Terpulang Umi! Lelah dia hendak bertengkar dengan Uminya.

Hakimi melangkah ke pintu sebaik mendengar bunyi loceng. Segera dia membuka pintu dan kelihatan Walid dan Mr Ruben di luar pagar sambil melambainya.

Cepat-cepat dia menekan alat kawalan pintu pagar.

Siapa soal Puan Hanim menghampiri Hakimi.

Walid.

Dia ke mana tadi. Dah nak isyak baru balik! Hakimi tidak membalas. Dia sendiri tidak pasti. Waktu dia tanya kepada Arissa, gadis itu memberitahu, Encik Razali ada urusan dengan Mr Ruben.

Assalammualaikum! Lebar sengih Encik Razali melangkah masuk selepas menanggalkan kasutnya.

Waalaikumussalam, jawab Puan Hanim dan Hakimi serentak.

Abang dah makan ke Wanita itu menyoal.

Dah... Ruben belanja mi mamak. Jangan beritahu Arissa, saya makan mi mamak tadi. Teringin. Dia ketawa senang.

Puan Hanim menjeling sambil mencebik. Hakimi tersenyum.

Abang tahu ke, yang menantu abang tu kena lantik dalam resort team soal Puan Hanim sudah tidak sabar hendak bertanya.

Ya Kenapa Ada masalah ke

Terkedu Puan Hanim mendengar soalan tegas dari suaminya.

Awak tak tahu apa-apa jangan nak masuk campur ya! Encik Razali seperti memberi amaran kepada isterinya.

Puan Hanim tidak bersuara.

Elok Walid berehat. Hakimi menyuruh. Tak suka dia mendengar keduanya bertengkar. Ditambah Encik Razali tidak boleh terlalu bimbang dan susah hati.

Yalah. Namun matanya liar mencari sesuatu. Arissa mana Walid belum makan ubat lagi. Encik Razali melangkah ke ruang makan.

Puan Hanim sudah bergegas ke tangga. Tak kuasa dia hendak melayan kerenah suaminya. Pandaipandailah Hakimi menjaga Walidnya.

Err... dia penat. Dah tidur tunggu Walid lambat sangat. Hakimi beralasan.

Tak perlulah dia bercerita tentang kisah tadi. Dada dan hatinya penat dengan sikap Puan Hanim.

Encik Razali senyum.

Biar Kimi ambil ubat Walid. Bergegas Hakimi ke dapur untuk mengambil dulang ubat yang sudah disediakan oleh Arissa. Isterinya itu ada beritahu akan perkara itu kepadanya beberapa kali. Dan barulah dia faham, jika Arissa tiada...

Setelah makan ubat yang sepatutnya, Encik Razali dan Hakimi mula melangkah ke tangga untuk ke bilik mereka di tingkat atas.

Tiba-tiba rasa macam nak makan pengat pisang. Arissa nak masak tak esok Soal Encik Razali memandang Hakimi yang melangkah menyainginya meniti setiap anak tangga.

Insya-Allah, boleh. Nanti saya beritahu dia, kata Hakimi. Namun ada rasa tidak pasti.

S

EMASA dia masuk ke dalam bilik, katil kelihatan kemas. Tapi, bantal yang sering menjadi pengalas kepala Arissa tiada di situ. Dia melangkah ke sofabednya. Kosong. Kemudian beralih pandangan ke bilik persalinan yang bertutup rapat pintunya.

Hakimi melangkah menghampiri pintu bilik. Cuba diputar tombolnya dan ia berkunci dari dalam. Sah Arissa berada di dalam!

Arissa. Perlahan dia mengetuk pintu bilik persalinan itu.

Senyap.

Arissa... saya minta maaf bagi pihak Umi saya, pintanya.

Memang dia berasa amat kesal dengan apa yang dikata oleh Puan Hanim tadi. Dia semakin tidak faham dengan sikap Uminya. Apa lagi yang wanita itu tidak puas hati Adakah kerana pertunangannya dan Wafa sudah putus

Seminggu yang lepas, Encik Razali meminta abangnya Dato Azizan ke rumah orang tua Wafa untuk memutuskan pertunangannya. Perkara itu sudah pun berakhir dan dia berasa begitu lega sekali.

Arissa, panggil Hakimi lagi. Senyap.

Hakimi menghela nafasnya .

Awak jangan fikirkan sangat pasal Umi tu. Awak ada Walid, awak ada saya. Walid sayangkan awak. Saya pun sayang awak. Perlahan suaranya mengakui perasaannya. Dia senyum sendiri. Tidak tahu mengapa.

Hakimi melekap telinganya di pintu. Tiada apa yang didengari. Sudah tidurkah Arissa

Arissa... tidurlah atas katil tu. Tak elok tidur kat dalam tu. Gelap. Awak tak takut ke sengaja dia hendak menyakat isterinya di dalam.

Lama dia berdiri di hadapan pintu memandang ke bawah. Namun disebabkan karpetnya agak tebal sehingga menutup bawah pintu dia tidak dapat pastikan bilik persalinan itu terang atau gelap.

Akhirnya Hakimi melangkah ke sofabed dan duduk di situ. Rasa mengantuknya hilang begitu sahaja. Dia memandang telefon bimbitnya yang kaku.

Hmm... baik dia hantar mesej kepada Arissa.

Hakimi:

Assalammualaikum, saya minta maaf bagi pihak Umi.

Arissa:

Harap-harap Arissa belum tidur.

Waalaikumusalam. Saya dah maafkan. Tapi, sedihlah dia kata saya macam tu. Saya anak ada Mak dan Ayah. Cuma rezeki mereka hendak tengok saya membesar tak dapat. Janganlah kata saya anak haram. Mohd Salleh tu Ayah saya. Kesian arwah Ayah saya dihina sampai macam tu sekali.

Tergamam dia membaca mesej balas dari Arissa. Dia pasti gadis itu menangis di dalam bilik persalinan. Ya, kalau dia berada di tempat Arissa, begitulah akan dilakukan. Sedih bila orang tua yang sudah tiada dihina.

Hakimi:

Saya minta maaf banyak-banyak.

Hanya itu yang mampu dititipkan kepada Arissa. Tidak tahu bagaimana untuknya mendapatkan kemaafan dari gadis itu. Berulang kali dia membaca mesej tadi. Hatinya sebak sendiri. Ya, Uminya telah menghina Mohd Salleh, Ayah kepada Arissa.

Arissa:

Saya nak minta Encik tunaikan janji Encik tempoh hari Boleh ke

Berkerut dahi Hakimi menerima mesej itu. Janji Janji yang mana pula Berapa banyak janji aku janji dengan si Arissa ni ya Dia bersoal sendiri. Lupa, apakah janji yang pernah dijanjikan kepada Arissa.

Hakimi:

Janji yang mana satu

Sengih dia membalas mesej itu. Rasa macam playboy pula dia. Hakimi ketawa memikirkan apa yang sedang bermain di fikirannya. Gila! getusnya sendiri.

Arissa:

Selepas 2, 3 bulan Puan Hanim balik Doha, Encik akan lepaskan saya, itu yang pernah kita bincangkan dan janjikan dulu. Tapi... Puan Hanim tak suka saya, bolehkah itu dijadikan alasan untuk Encik lepaskan saya

Rasa lumpuh tubuhnya membaca mesej yang baru diterima dari Arissa. Lepaskan gadis yang baru sahaja mengetuk pintu hatinya Hakimi tersandar di badan sofa. Matanya beralih ke pintu bilik persalinan yang kaku dan bertutup rapat dari dalam.

Dia memandang semula telefon bimbitnya.

Kemudian diletak di atas meja kopi. Hakimi bangun dan melangkah untuk menutup suis lampu. Suasana yang terang benderang tadi menjadi samar-samar. Dia kembali ke sofa dan berbaring di situ.

Dibiarkan mesej Arissa tidak berjawab. Dan dia tidak akan menjawab mesej itu.