Apa motif awak rapat dengan anak saya
Soalan yang bagai menyentak jantungku. Kepala kudongakkan dan terus wajah serius Datuk Darius menyapa mata. Wajah ayah Daniel Izdihar ini saling tidak tumpah seperti anaknya. Memiliki sepasang mata dan hidung yang sama seperti Niel. Walau mungkin wajahnya sedikit dimamah usia, namun tetap nampak segak dan bergaya.
Puas otakku bekerja menyusun ayat namun gagal. Akhirnya aku kembali tunduk. Aliya Shaqina kenapa buat diri macam pesalah pula
Kenapa awak tak boleh jawab soalan saya Sekali lagi Datuk Darius menyoal.
Aku tidak berani memandang wajahnya. Renunganku teralih pada jam tangan mahalnya. Datuk Darius tampil kasual kali ini. Lelaki berkot yang menegurku tadi, sebenarnya pengawal peribadi Datuk Darius.
Maafkan saya Datuk. Saya tak boleh jawab sebab saya tak ada sebarang motif. Hanya ikhlas kerana Allah S.W.T. Jawapan yang kurasakan paling tepat. Tidak sanggup terusan menjadi pesalah untuk diri sendiri.
Semua orang cakap yang sama. Ikhlas kerana Allah. Tapi, tak siapa tahu apa yang ada dalam hati. Rambut mungkin sama hitam, tapi hati susah untuk ditebak. Perlian Datuk Darius benar-benar mengecewakanku.
Hanya Allah yang tahu bagaimana keadaan jantungku saat ini. Bertemu dengan Datuk Darius bukan perkara yang mudah. Tambah-tambah lagi dengan persepsinya yang agak negatif terhadapku.
Jika Datuk tak percaya tak mengapa. Cukuplah Allah tahu apa yang ada dalam hati saya. Entah kenapa aku semakin berani membidas perliannya.
Tak sangka awak pandai bermain kata. Tapi, pernah tak awak terfikir yang awak dan Niel terlalu berbeza Dan saya tak mahu perbezaan tu merosakkan kebahagiaan anak saya. Paling parah, saya takut awak dekat dengan dia sebab apa yang dia ada.
Pedih sekali hatiku dengan kata-kata tajam Datuk Darius. Jika aku tidak kuat sekarang, rasanya empangan air mata pasti sudah melimpah. Tangan di atas riba kugenggam erat. Cuba kusalurkan kekuatan pada diri sendiri. Tiada sesiapa di sini yang mampu membantu. Nafas panjang kutarik sebelum membalas.
Saya dengan Niel tak ada sebarang hubungan istimewa. Kami hanya berkawan. Datuk tak perlu risau tentang semua tu. Kami tak pernah letakkan harapan yang tinggi pada sesuatu yang belum pasti. Andai sudah tertulis jodoh, tak siapa yang mampu menghalang. Makin tegas suaraku.
Bukannya aku tidak hormatkan Datuk Darius, tapi kata-katanya terlalu hebat menikamku. Dia juga harus tahu menghormati orang lain walau orang itu tidak setinggi darjatnya.
Datuk Darius memandangku dengan satu renungan yang sedikit kosong. Aku membalas renungan itu selama beberapa saat. Pandanganku sempat dihalakan pada lelaki berkot tadi. Dia masih merenung kami seperti tadi. Kedengaran Datuk Darius menghela nafas panjang. Adakah dia sudah mengaku kalah dengan kata-kataku Wajah kutoleh padanya semula. Dia kini sedang bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh.
Saya ada satu permintaan. Saya harap Datuk boleh tunaikan. Kata-kataku buatkan Datuk Darius spontan mengangkat belakang yang disandarkan pada kerusi.
Wajahku direnung cukup dalam. Pasti segala persepsi negatif sedang berlegar di mindanya. Bukan aku ingin bersangka buruk, tetapi firasatku kuat mengatakannya.
Boleh Datuk tolong rahsiakan pertemuan kita ni Saya tak mahu Niel tahu sebab saya tak nak dia kecewa. Dia dalam proses nak berbaik dengan Datuk semula. Saya tak nak kepercayaan dia pada Datuk hilang disebabkan perkara ini. Cukup tenang aku nyatakan hasratku.
Datuk Darius bagai terpana seketika.
Niel sebenarnya sangat sayangkan Datuk. Dia cuma perlukan perhatian yang secukupnya dari Datuk. Alhamdulillah sekarang Niel dah makin positif dan saya yakin Datuk mampu jadi pendorong terhebat agar dia terus berada di jalan yang sepatutnya. Jangan pernah abaikan dia. Sempat aku menambah.
Terkaku terus Datuk Darius. Mungkin jauh di sudut hatinya, dia marahkan aku. Tapi, dalam waktu yang sama dia mengakui kata-kataku.
Saya rasa ini sahaja yang Datuk perlu bincangkan dengan saya. Saya minta diri dulu. Sesopan mungkin aku meminta. Aku sudah berkira-kira untuk bangun.
Tunggu dulu. Datuk Darius cepat menghalang. Aku tidak jadi bangun. Saya dah banyak kali jumpa dengan kawan perempuan Niel, tapi awak lain dari yang sebelum ni. Awak tegas tapi sopan. Kata-kata Datuk Darius mengundang kerutan di dahiku.
Adakah ini boleh dipanggil pujian
Ini bukan satu pujian, sekadar pandangan. Tapi, tak bererti saya dah terima awak dalam hidup anak saya. Banyak lagi yang perlu awak buktikan. Datuk Darius pamer senyuman nipis. Dia akhirnya yang bangun dahulu.
Aku pula hanya mampu melihat dia beredar pergi. Benar-benar terkejut akan pertemuan ini. Semuanya bagaikan satu mimpi.
KITA makan dekat TGI Friday okey tak Niel menyoal.
Aku senyum pandang Inayah yang tangannya kupaut mesra. Asalnya rancangan makan tengah hari ini, Niel yang buat. Kasihan Inayah, tibatiba jadi peneman kami. Tapi, bagus juga sekurangkurangnya boleh aku berbual panjang dengan Inayah.
Pertemuanku dan Datuk Darius masih menjadi rahsia sehingga sekarang. Aku berlagak seperti biasa kerana tiada apa yang perlu ditakutkan. Lagipun, aku dan Niel hanya berhubung jika ada hal penting.
Hai Niel Suara manja tiba-tiba menjamah cuping telinga.
Aku dan Inayah sama-sama berpaling. Huh, sakitnya mata aku! Kelihatan seorang gadis muda sedang memaut erat lengan Niel yang berusaha meleraikan pegangan tersebut. Pakaian gadis itu boleh tahan seksinya. Jeans ketat tiga suku dan blaus satin tidak berlengan dengan dada terdedah luas yang panjangnya cukup-cukup menutup bawah pusat.
Dira janganlah macam ni. Suara Niel tegas dan renungannya tajam ke arah gadis bernama Dira itu. Jelas kelihatan wajahnya bertukar masam kelat. Perlahan-lahan lengan Niel dilepaskan.
Hei, kenapa dengan you ni. Nak pegang sikit pun tak boleh Dulu boleh aje I pegang you.
Tersentak aku saat kata-kata itu terluah. Spontan aku berpandangan dengan Inayah yang juga keliahtan terkejut dengan kenyataan yang baru kami dengari.
Itu dulu, sekarang dah tak boleh. Niel bersuara tegas.
Sejak bila you jadi ustaz ni Dira merengus kasar. Renungannya dihalakan pada aku dan Inayah. Cukup jelik renungan itu dilempar pada kami.
Oh sejak kawan dengan stok gadis bertudung ni ke Sinis sekali kata-kata Dira.
Geram juga aku dibuatnya. Dia panggil kami stok gadis bertudung Tak ada panggilan yang lebih sesuai ke Ingatkan dalam drama dan novel sahaja ada gadis gedik seperti ini. Ternyata dalam dunia realiti pun ada. Harapnya bukan watak utama dalam kisah hidupku. Cukup sampai di sini sahaja kaitan kami.
Okeylah, I pergi dulu. Bye baby. Dira sempat mengusap pipi Niel.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja pergi basuh muka dan lengan Niel yang baru sahaja dipegang-pegang Dira tadi. Ya Allah, sabarkanlah aku banyak-banyak.
Fitri minta maaf kakak. Tadi tu kawan lama. Tak sangka boleh terserempak dekat sini. Serba salah sahaja wajah Niel.
Nak buat macam mana Bukan salah Fitri. Tapi, lepas ni tolong pilih kawan yang baik. Bukan kakak kata perempuan tak bertudung tu tak baik. Cuma, carilah yang elok budi pekerti. Sopan Inayah memberi nasihat.
Baik kakak. Liya, saya minta maaf. Renungan Niel dialihkan padaku pula. Dari raut wajahnya, aku tahu dia bimbang andainya aku cemburu.
Masalahnya dalam hati aku sekarang ini, perasaan geram yang menguasai rasa cemburu. Geram kerana Dira selamba pegang Niel dan sindirannya pada kami.
Senyuman nipis kuhadiahkan pada Niel. Lantas mengajak mereka terus ke TGI Friday. Malas nak panjangkan isu tadi. Buat hatiku mendidih sahaja.
Inayah meminta diri untuk ke tandas sebaik makanan kami tiba. Tinggallah aku dan Niel berdua sahaja. Wajah kudongakkan, renunganku dan Niel bertemu. Kami berbalas senyuman.
Erm, saya nak tanya satu soalan pada Iz, boleh Soalanku dibalas dengan anggukkan Niel. Tidak ketinggalan senyuman semanis madunya. Saya tak ada niat nak ungkit kisah lama. Tapi, kalau tak keberatan boleh ke saya tahu sama ada Iz masih Lidahku tiba-tiba jadi kelu. Hampir seminit Niel menanti ayatku yang seterusnya.
Masih apa Akhirnya Niel menyoal sendiri.
Perempuan tu Erm, Iz masih Mana pulalah perginya berani aku tadi
Masih teruna Selamba Niel menyoal.
Aku pula bagaikan terkejut beruk. Sungguh hanya
Allah yang tahu gelombang ganas yang melanda hatiku. Bagai ada ombak sedang menghentam jantungku. Wajahku rasanya sudah mula berbahang merah. Berkelip-kelip mataku memandang Niel yang masih tersenyum selamba.
Jangan risau Liya. Walaupun saya ni memang playboy dulu, tapi saya masih suci. Kata-kata Niel menghentikan ombak yang ganas tadi. Kini diganti dengan angin sepoi-sepoi bahasa pula.
Alhamdulillah. Aku mengucap syukur dalam hati. Walau seteruk mana pun Daniel Izdihar yang dulu, apa yang penting dia tidak pernah merosakkan manamana perempuan.
Kesucian saya hanya untuk wanita yang paling saya sayang dan sah untuk saya. Bagai mahu pengsan aku mendengar ayat Niel ini. Sudahlah dituturkan dengan cukup lembut.
Tolong! Mana oksigen ni Oksigen mana Rasa macam dah tak boleh bernafas. Malu tahap Gunung Everest pun ada. Seakan ingin menyorok di bawah meja. Rasanya mukaku sudah serupa ayam tercekik belacan. Eh, perumpamaan mengarut apa pula ni
Dah kita tutup cerita. Jom sambung makan. Tak mahu merah-merah pipi macam ni. Niel tergelak kecil.
Ish, dia ni boleh pula ketawakan kita. Mataku merenung tajam Niel. Hilang segan tadi, diganti dengan rasa geram. Kemunculan Inayah benar-benar tepat pada waktunya. Senyuman kembali terukir di bibirku. Aku dan Niel berlagak selamba di hadapan Inayah.
Selesai makan, kami turun semula ke tingkat bawah. Kali ini kami memilih lif kerana lebih dekat berbanding eskalator. Aku memerhatikan tingkah Niel yang menahan pintu lif dan mempersilakan kami untuk masuk dahulu. Gentleman!
Ketika hendak keluar dari lif juga, Niel memberi laluan pada pasangan suami isteri berbangsa Cina yang membawa bayi mereka di dalam kereta sorong bayi. Sama seperti tadi, tangannya tetap memegang pintu lif. Sungguh, aku suka dengan sikap prihatinnya ini!
Kenapa senyum sorang-sorang pula ni Laju sahaja Niel menegur.
Aku mencebik sedikit. Sibuk pula dia.
Tak ada apalah. Senyum itu, kan sedekah. Aku balas acuh tak acuh.
Tapi, senyum sorang-sorang nanti orang ingat tak betul. Niel galak pula menyakat.
Iz ni sama aje nakal macam dulu suka mengusik orang. Bibir kuketap sedikit.
Habis tu Liya nak saya berubah seratus peratus ke Soal Niel dengan kening dijongketkan.
Taklah. Saya suka Daniel Izdihar Si Pengusik. Aku buat-buat gelak.
Niel hanya balas dengan senyuman manis bergulanya. Sukalah sangat dengan kenyataanku tadi.
Saya nak pergi dekat Inayah. Aku ingin cepat lari darinya. Lama-lama berdiri di sebelah Niel, boleh buat rentak jantung aku tak sekata!
Keluar dari pusat beli-belah, ketika hendak melintas jalan, sekali lagi layanan Niel berjaya mencuit hatiku. Dia memastikan jalan sudah lengang dan barulah memandu kami berdua untuk melintas. Kelakar pun ada. Macamlah aku dan Inayah tidak pandai melintas jalan.
Tapi, jujurnya aku suka dengan cara ini. Ada sesetengah lelaki yang mungkin akan tinggalkan sahaja mak, adik-beradik atau isteri mereka ketika melintas jalan. Tapi, tidak bagi Niel. Makin lama aku mengenalinya, dia semakin bijak menjadi seorang yang bertanggungjawab. Pesanan mama kembali berlegar di ruang ingatanku.
Kata mama, Kalau kita nak tahu seorang lelaki tu mampu jadi suami yang bertanggungjawab atau tidak, tengok layanan dia terhadap keluarganya. Adakah dia anak yang bertanggungjawab pada kedua orang tuanya Adakah dia abang atau pun adik yang mampu melindungi adik-beradiknya yang lain
Hari ini, aku bertemu dengan seseorang yang memenuhi kriteria seperti pesanan mama. Walaupun sekadar perlakuan kecil, tapi aku tahu Niel seorang adik yang bertanggungjawab pada kakak susuannya. Malah, Niel juga merupakan seorang anak yang bertanggungjawab pada ibu susuannya.
Cuma hubungan Niel dengan daddynya sahaja yang aku tidak tahu berada di fasa mana sekarang ini. Walau Niel tidak pernah menyatakan apa-apa setelah dia kembali semula pada daddynya itu, tapi aku yakin Niel sedang memperbaiki hubungan mereka.
Aku cuma mampu mendoakan agar hubungan ayah dan anak kembali jernih. Sudah terlalu lama Niel memendam rasa atas semua yang berlaku. Dia juga layak untuk bahagia seperti orang lain.