BALIK juga kamu ingatkan dah tak reti nak balik! Sindir Tun Tunku Harith sewaktu
Tunku Hussein menyambut tangannya untuk bersalaman. Direntap kuat tangan tuanya sebelum sempat Tunku Hussein mencium belakang telapak tangan.
Tersentap juga hati Tunku Hussein seketika melihatkan penerimaan Tun Tunku Harith. Masih ada berbaki lagi rupanya sisa kemarahan dalam diri lelaki berusia itu.
Sein kan baru aje sampai. Please Pa, jangan mulakan... pujuk Tunku Hazreen yang berasa rimas dengan perilaku Papanya yang masih ditakuk lama, menyimpan perasaan benci terhadap adiknya.
Maafkan Sein, Pa sebab tak hantar khabar berita, tutur Tunku Hussein dengan intonasi selembut mungkin walhal dalam hati semakin membuak-buak laharnya. Bila-bila masa saja boleh meletus letupan. Belum lagi panas punggung di dalam Villa yang bertahun ditinggalkan, dihidang pula dengan berdasdas sindiran Tun Tunku Harith. Tak pasal-pasal telinganya terpaksa ditadah.
Tunku Hazreen juga begitu, sejak malam di mana Tunku Hardie terlantar di hospital baru hari ini datang tunjuk muka. Selebihnya, hanya bertanya khabar melalui telefon. Kalau tak dek menjemput Tunku Hussein di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dan terus bawa ke sini, tak ingin langsung bertentang mata dengan Tun Tunku Harith. Lebih parah lagi bila di Villa ini wujud seorang menantu kurang ajar serta sepupunya, Tunku Raffzul yang diberi gelaran kuku besi sejak menduduki takhta VP di THSC.
Mulai esok, kamu dilantik mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Mels E. Papa tak boleh nak uruskan 2 jawatan serentak. I hope that you are well prepared.
What, Pa CEO Mels E! Sein habiskan pengajian di CA seperti yang Papa mahukan Sein jadi seorang doktor. Bila Papa panggil Sein balik, ni yang Sein dapat! Kenapa buat Sein macam ni, Pa Apa salah Sein
You like it or not, that is my decision! Tegas Tun Tunku Harith. Bertegang urat leher macam mana sekali pun, keputusan tetap muktamad.
Pa, please dengar penjelasan Sein dulu
Pertengkaran kedua beranak tadi terhenti sejenak bila telinga mereka menangkap suatu bunyi seperti hempasan kasut di depan pintu utama. Sekilas mereka semua menoleh dan kelihatan seorang persis model berpakaian seksi sedang tergesa-gesa melangkah masuk melewati ruang utama. Tunku Hussein yang tak mengenali siapa gerangan wanita itu hanya memandang dengan ekoran mata dari mendaki tangga hingga kelibat itu hilang di sebalik pintu bilik Tunku Hardie.
Tu lagi satu betina! Ingat Villa ni nightclub, boleh keluar masuk sesuka hati! rengus Tun Tunku Harith seiring dengan jelingan yang tajam.
Sakit hatinya bila menantu bukan pilihan itu melayan Tunku Hardie seperti sampah. Tunku Hussein berpandangan dengan Tunku Hazreen yang hanya mengungkit bahu. Malas nak masuk campur masalah rumahtangga Tunku Hardie.
Tunku Hussein pula sudah sedia maklum tahu siapa sebenar perempuan yang melintasi mereka tadi. Sepanjang perjalanan di dalam kereta, Tunku Hazreen telah ceritakan segala-galanya termasuk dengan apa yang telah berlaku kepada Tunku Hardie selama menetap di CA.
Sendiri cari nahas, sendiri tanggung, perli Tunku Hazreen selamba sambil menelaah majalah di sofa.
Sengaja dia menyemarakkan lagi amarah yang terbuku di hati Papanya. Tun Tunku Harith pula hanya mampu mengetap bibir menahan geram bila sindiran pedas Tunku Hazreen terkena batang hidungnya sendiri.
M
ARIA menghempas tas tangan ke atas katil. Langkah terus dihalakan ke almari kayu. Kedua-dua pintu almari baju dikuak seluasnya. Dia menjengketkan kaki sedikit untuk mencapai beg baju yang terletak di atas almari. Sesudah itu, ditarik rakus zip beg pakaian dan berlalu pergi semula ke almari baju. Semua baju yang tergantung dikumpulkan dan dilipat sekali banyak terus diisi ke dalam beg.
Kau nak ke mana Tegur Tunku Hardie. Terkial-
kial dia memusingkan kerusi roda menghala ke arah Maria.
Aku nak keluar dari Villa puaka ni! Semak mata aku!
Laju tangannya memasukkan pakaian sekali dengan penyangkut baju ke dalam beg pakaian. Maria berjalan ke arah meja solek pula. Segala aneka barangan solekan diambil lalu disumbat ke dalam woven bag.
Kau masih isteri aku! Tegas Tunku Hardie.
Maria terhenti mengemas. Rengusan kuat dilepaskan. Non-woven bag dihempas kuat ke atas katil. Kali ini Tunku Hardie benar-benar mencabar kesabarannya.
Apa kau cakap tadi Isteri kau Ya! Aku isteri kau, tapi ada pernah kau tunaikan hak aku seperti mana isteri-isteri yang ada dalam dunia ni Look at you, Hardie! Sedarlah diri tu sikit! Kau tak setaraf lelaki yang ketagih belaian aku di luar sana! Kau lelaki dayus! Tempelak Maria dengan lagak yang tak ubah seperti bini peliharaan. Setua ganyut Datuk Zackry, dia lebih rela bertemankan lelaki itu dari bersuamikan lelaki yang serupa patung bernyawa.
Aku jadi begini pasal kau, betina! Kau yang hancurkan hidup aku! Sebab kau aku kehilangan Qamra! Jerit Tunku Hardie.
Kalau di waktu begini, dia diberi kekuatan untuk bangun sudah pasti leher Maria akan menjadi sasaran cekikan tangannya. Biar betina itu mati di tangannya sendiri asalkan dia berasa puas. Puas dengan membalas dendam!
Lagi lagi Qamra! Qamra, Qamra, Qamra! Dah cacat macam ni pun kau ingat perempuan kampung tu akan kembali melutut pada kau Kau sebenarnya yang buta, Hardie. Sikap cemburu kau yang hancurkan kehidupan kau, bukan aku!
Kauu!!!
Belum sempat hendak mematah kata-kata kurang ajar Maria, Tunku Hardie terjelopok jatuh dari kerusi roda lalu tertiarap di atas karpet. Maria hanya memerhati sambil tersenyum nakal dan meniupkan lagi api kemarahan Tunku Hardie di petang ini.
Aduhai kesian aku tengok kau, Hardie. Kau ingat Qamra akan terima kau dalam keadaan begini Bergerak pun kau tak boleh apatah lagi nak katakata terhenti di situ dan disambung dengan ketawa jahat Maria.
Dia tahu apa yang hendak dikatakan oleh Maria. Ya! Betul kata Maria, sampai bila-bila pun dia takkan dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami pada isteri yang bukan dilihat seperti isteri untuknya. Isteri yang hanya sah di atas sekeping kertas!
Untuk pengetahuan kau, segala apa yang berlaku antara kau dan Qamra merupakan agenda jahat aku. Aku yang aturkan pertemuan Qamra dengan Datuk Zackry. Malah aku sendiri yang telefon JAWI di malam kita ditangkap khalwat. Ohhh kesian kekasih hati kau yang terpaksa melihat aksi kita berpelukan. Ohhh, so dramatic, kan Hardie Sengaja dicetuskan lagi amarah Tunku Hardie. Dia tahu lelaki itu takkan boleh berbuat apa-apa padanya.
Jadi kau kenal si tua tu Tersekat-sekat suara Tunku Hardie. Dia yang kepenatan untuk cuba sedaya upaya bangun namun kedua-dua tangannya masih berasa lemah.
Lebih dari aku kenal kau, Hardie. Untuk pengetahuan kau, lelaki yang kau panggil si tua tu adalah sugar daddy aku. Akulah mistress Datuk Zackry dan kami masih lagi kekal bersama walaupun selepas aku dipaksa menikahi kau Dan anak itu... Maria ketawa lepas.
Tunku Hardie mengetap bibir. Sungguh dia tak sabar menunggu pengakuan Maria.
Anak Datuk Zackry! Bagus juga dia mati. Tak adalah menyusahkan aku!
Cukup, Maria! Kau kau memang betina iblis dari neraka! Cela Tunku Hardie. Kedengaran berlaga-laga giginya menahan baran.
Wow!! Impressive word! Baru sekarang kau buka mata, Hardie! Betina iblis inilah yang kau cari selama ni! Kalau tak kerana si tua kat bawah itu peras ugut aku, tak ingin aku bersuamikan lelaki cacat seperti kau! Kau bukan Hardie yang dulu, yang aku tergila-gilakan. Aku cuba mahukan Hardie yang kaya dan kacak. Kau sekarang hanya seperti mayat hidup yang lumpuh dan busuk hancing yang menyusahkan hidup aku. Pakai diapers, makan bersuap! Ah! Aku tak sanggup hidup macam ni lagi, jijik! Aku nak bebas! Apa tunggu lagi, ceraikan aku sekarang!!
Kau ingat aku akan ceraikan kau, betina Kau hancurkan hidup aku, hidup Qamra kau ingat senang lenang aku nak lepaskan kau begitu aje
Maria menghala langkah ke arah Tunku Hardie. Dia duduk melutut dan hanya memerhatikan saja lelaki itu baring dengan senyuman yang sinis. Maria menyoroti di setiap inci wajah Tunku Hardie. Puas rasa hati bila dapat meluahkan apa yang terbuku selama 3 tahun hidup di dalam Villa ini dengan lelaki yang tak punyai apa-apa kepentingan untuknya sejak hari pertama mereka bernikah.
Oh ya! Lupa aku nak bagitau kau satu perkara yang bakal menghangatkan petang romantis kita, Hardie. Aku sekarang mengandungkan anak Zack, dan kau bakal menanggung dosa-dosa aku selagi kau tak ceraikan aku! Bisik Maria lembut di cuping telinga sambil jari-jemarinya merayap ke seluruh wajah Tunku Hardie.
Dia yang masih berbaring telentang menepis kuat jari Maria. Jijik dirasakan jari yang penuh penghinaan itu menyentuh wajahnya.
Kenapa aku boleh terjebak dengan betina iblis seperti kau Rintih Tunku Hardie perlahan dalam menahan kesakitan kerana dadanya dipijak oleh Maria.
Menyesal! Itu saja perkataan yang tepat selama menjadi suami kepada perempuan seperti ini. Kalau tak diikutkan sikap cemburu dan tuduhan melulu pada Qamra Ain sudah tentu hidupnya tak sederita ini.
Wajah Qamra Ain menjelma di layar mata. Senyuman ayu yang tak pernah luntur dari terus diingati setiap hari. Di mana dia sekarang Apa khabar dia Adakah gadis itu masih mengingatinya lagi Ataupun, sudah berkahwin dengan lelaki lain
Hakikatnya, dia teramat rindukan Qamra Ain sejak tersedar dari lena yang panjang. Pada mulanya sukar untuk dia menerima suratan takdir. Lumpuh sementara dan bergantung sepenuh pergerakan dengan kerusi roda.
Setahun hidup bersama Maria, dirinya bagaikan bangkai bernyawa. Maria tak pernah sekali pun melayan dirinya seperti seorang suami. Makan minum diuruskan oleh orang gaji di villa ini, Mbak Dewi. Kalau perlu menukar lampin pakai buang, Mbak Dewi hanya perlu sediakan sewaktu berada di bilik air dan selebihnya dilakukan sendiri.
Tentang makan minum pula, Mbak Dewi juga yang uruskan. Kadangkala Papa atau pun Tunku Raffzul yang mengambil alih tugas Mbak Dewi. Meskipun suapan lebih banyak tertumpah dari masuk ke dalam mulut, dia lebih rela menyuap sendiri dari menyusahkan mereka yang banyak berkorban sejak dia jadi begini.
Maria hanya tahu ke kelab malam dan pulang keesokan pagi. Berbuih mulutnya memujuk supaya isteri paksa rela itu berubah sikap namun masih tetap sama, malah makin kerap lagi Maria menghabiskan masanya di luar. Kadangkala mencecah dua-tiga hari tak pulang ke Villa. Deringan telefon milik Maria berkumandang di segenap bilik. Sekilas telefon dicapai dan pantas jarinya menekan butang call.
Ya, sayang. I tengah berkemas. Kejap lagi I turun, jawab Maria manja sambil lirikan mata singgah ke wajah Tunku Hardie. Talian dimatikan.
Aku nak kau ceraikan aku sekarang! Jerit Maria menggila dan yakin suaranya itu mampu melepasi dinding bilik membawa ke ruang tamu.
Tak cukup dengan itu dibaling pula segala bagai alat solek ke arah Tunku Hardie bagi melepaskan amarah dendam terhadap Tun Tunku Harith. Sudah pasti juga mereka yang berada di ruang tamu bawah mendengar jelas jeritan meroyannya dari dalam bilik.
Giliran Tunku Hardie pula ketawa jahat. Semakin kuat Tunku Hardie ketawa semakin sakit hatinya. Dia perlu mencari jalan supaya Tunku Hardie menceraikannya saat ini juga. Sedang ralat matanya melilau, dia tertancap ke arah sesuatu di atas meja solek yang tersusun sekali di dalam bekas bersama pensil pembayang mata. Nafsu syaitan mula meresap perlahan-lahan di kala otak Maria mula menganalisa.
Kau tak nak ceraikan aku, ya Tak apa! Aku pasti benda ni yang akan memaksa mulut kau lafaz ceraikan aku! Herdik Maria dengan wajah yang menyinga sambil mencapai sesuatu yang bakal merdekakan kehidupannya selepas ini.
A
PA yang terpekik-pekik kat bilik Hardie tu Soal Tun Tunku Harith sampai bertaut keningnya mendengar jeritan Maria yang kuat dari dalam bilik.
Tunku Hussein dan Tunku Hazreen turut terdengar. Tunku Raffzul yang baru tiba juga terhenti melangkah di ruang tamu.
Ada Tarzan terlepas ke dalam Villa ni Teka Tunku Raffzul.
Ni mesti betina tak guna tu! Tak habis-habis timbulkan masalah. Balik aje meroyan! Tun Tunku Harith naik berang. Kebencian yang membuak-buak pada Maria semakin menjadi-jadi perangai sejak kebelakangan ini. Setiap hari ada saja pertelingkahan kedengaran dari dalam bilik Tunku Hardie.
Pada dasarnya, dia tak pernah mengaku langsung Maria sebagai menantu. Namun sekiranya Maria mampu berubah tak mustahil dia menerima baik kehadiran Maria demi Tunku Hardie. Kalau masih kekal begini punya perangai adalah lebih baik perempuan itu melingkup dari menyusahkan lagi hidup mereka di dalam Villa.
Papa yang paksa Hardie nikah secara senyap dengan perempuan tu, kan
Oh kamu nak salahkan Papa! Kamu nak semua orang tau yang Hardie nikah sebab ditangkap khalwat dengan betina tu Nyaring suara Tun Tunku Harith di ruang tamu. Sakit hatinya bila Tunku Hazreen mengungkit perkara itu setiap kali bertelingkahan yang berkaitan Tunku Hardie dan Maria.
Papa nak salahkan siapa lagi! Salah Papa sendiri! Papa yang tak pandai didik anak sebenarnya! Hanya tau salahkan Sein sebab tak ikut kehendak Papa. Sekarang, lelaki harapan Papa meratap nasib di kerusi roda. Papa yang harus dipersalahkan! Lama sudah Tunku Hazreen mahu luahkan apa yang terbuku dalam hati yang dipendam bertahun. Hanya menanti masa yang sesuai dan masa itu telah tiba. Inilah harinya!
Kasihan Tunku Hussein menjalani kehidupan bersendirian di CA. Dia pula dihantar tinggal di UK. Begitu kejam sekali tindakan Tun Tunku Harith memisahkan mereka berdua. Mujurlah adiknya seorang yang cekal dan berani. Pandai menyesuaikan diri dengan keluarga angkat di sana.
Kedengaran bunyi derapan tapak kaki menuruni anak tangga. Ke semua pasang mata di ruang tamu serentak menghala ke arah tangga. Kelihatan Maria yang melangkah tergesa-gesa dengan beberapa buah beg pakaian di tangan. Dia terus menuju ke arah pintu tanpa mempeduli mereka yang berada di ruang tamu.
Kau nak ke mana! Kau ingat Villa aku ni, rumah tumpangan! Soal Tun Tunku Harith keras sambil mencekak pinggang.
Tunku Hussein penat berdiri duduk berlabuh di sofa. Dia hanya mampu berdiam diri dek tak menahu hujung pangkal cerita. Tunku Raffzul pula duduk berdepan dengan Tunku Hussein. Majalah di atas meja dicapai, muak sudah dengan telenovela lakonan Maria setiap kali singgah menjenguk Tunku Hardie. Maria terhenti di muka pintu. Dia menjeling tajam ke arah Tun Tunku Harith dan mereka yang lain silih berganti.
Anak kau yang tak guna tu dah ceraikan aku! Buat apa aku nak duduk lagi di Villa puaka ni! Jawab Maria sinis. Beg dihempas ke lantai. Sikit pun tak mahu menoleh ke arah bekas mertuanya.
Kurang ajar kau! Tun Tunku Harith menyinga.
Ditarik kuat lengan dan serta-merta Maria berpusing ke belakang. Satu tamparan kuat singgah ke muka Maria sehingga terdorong sedikit badannya ke belakang. Maria meraba pipi yang mula naik merah.
Pedih dirasakan. Itulah pertama kali dia menerima tamparan lelaki sehebat itu. Padan muka! Itulah yang harus kau dapat!
Puas hati kau Tua lanjut usia macam kau, seharusnya lubang kubur tempatnya. Bukan di sini, faham! Tak habis-habis menyusahkan hidup aku!
Semakin sakit hati Tun Tunku Harith bila deraian ketawa Maria seolah-olah menyindirnya. Bagaikan dirasuk hantu tangannya naik sekali lagi untuk mengayun satu lagi tamparan ke muka Maria namun sempat dihalang oleh Tunku Hussein.
Sudahlah Pa biarkan dia pergi. Itu lebih baik untuk dia dan keluarga kita. Pujuk Tunku Hussein dengan tujuan meredakan kemarahan Papanya.
Tun Tunku Harith terpaksa menurut walhal hatinya belum puas melunas dendam pada Maria.
Betina ni patut diajar!
Papa marah sejauh mana sekali pun, perkara yang lepas tak boleh diubah. Lepaskan dia pergi.
Jangan kau muncul lagi depan aku! Berambus kau! Tempelak Tun Tunku Harith sampai kelihatan urat-urat hijau mulai timbul di wajah kerana menahan geram yang teramat.
Aku pun tak ingin nak jejak lagi kaki aku ke Villa ni! Balas Maria dan kemudian mengangkat beg-beg terus berlalu pergi keluar dari perkarangan Villa.
Dada Tun Tunku Harith berasa sakit. Saluran udara menjadi sempat dan sesak lalu rebah di depan muka pintu. Tunku Hussein memangku kepala dan tercungap-cungap Tun Tunku Harith cuba menarik nafas.
Rein! Ambilkan inhaler, Papa diserang asthma! Jerit Tunku Hussein di muka pintu.
Tunku Raffzul bingkas dari sofa dan tergesa-gesa menuju ke arah pintu.
Apa dia tadi Tunku Hazreen yang baru saja mahu melelapkan mata tersentak bila mendengar Tunku Hussein terjerit-jerit di muka pintu.
Ambil inhaler dalam bilik Papa cepat! Tunku Raffzul mengulangi semula kata-kata Tunku Hussein.
Tanpa berlengah dia berlari sekuat yang mungkin menaiki anak tangga dan terus menuju ke bilik Tun Tunku Harith yang terletak selang dua bilik dari bilik Tunku Hardie tingkat 1.
Tunku Hazreen memulas tombol pintu dan menolak hingga separa terbuka. Anak matanya melilau mencari lalu terpandang alatan sedut itu terletak elok di atas meja. Terus dia mencapai dan sekilas itu ternampak sesuatu yang berkilauan dalam bekas kaca di atas meja yang sama.
Apa benda tu
Dia meluru keluar semula dan menutup pintu. Sekilas itu ditinjau sejenak melewati bilik Tunku Hardie yang terbuka pintu separuh. Hatinya berasa berdebar-debar. Seperti ada sesuatu yang tak kena dalam bilik itu.
Raff, kau sambut inhaler ni! Aku nak jenguk abang Hardie, laung Tunku Hazreen.
Tunku Raffzul terdengar namanya dipanggil terus menyambut inhaler yang dicampakkan oleh Tunku Hazreen dari dari tingkat 1.
Tunku Hazreen berpaling muka ke arah pintu bilik Tunku Hardie yang separa terbuka. Dia mula rasa tak sedap hati. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Disebabkan keadaan bilik gelap, dia menolak pintu seluas yang boleh.
Hardie abang Hardie. Abang panggilnya berkali-kali sambil melangkah perlahan-lahan ke dalam bilik. Tiada sahutan.
Inilah pertama kali dia menjejak kaki di dalam bilik Tunku Hardie di atas larangan keras abangnya yang tak mahu sesiapa masuk tanpa sebarang urusan. Mereka berdua hanya berjumpa di ruang meja makan. Tapak kakinya berasa sesuatu yang melekit di atas jubin. Tunku Hazreen memandang ke bawah lalu duduk bertinggung. Dia mencalit sedikit cecair melekat itu di hujung jari. Titisan darah!
Abang Hardie abang kat mana! Tunku Hazreen mulai merasa cuak. Dia memperluaskan pandangan di segenap bilik. Di bilik air, di bilik perpustakaan mini. Tiada di situ. Tunku Hazreen mengekori titisan darah seperti diseret sehingga ke hujung katil. Di situ, dia ternampak Tunku Hardie sedang merintih menahan kesakitan akibat torehan pisau di pergelangan tangan.
Abang Hardie!! Jerit Tunku Hazreen dan segera merapati Tunku Hardie yang berlumuran dengan darah. Celaka punya Maria!!
Tunku Hazreen bergegas keluar dan baru saja mahu memaklumkan pada mereka, kebetulan Tunku Raffzul dan Tunku Hussein sedang memapah Tun Tunku Harith melewati bilik Tunku Hardie.
Papa! Abang Hardie... kena kelar kat tangan! Tergagap-gagap Tunku Hazreen memberitahu. Tun Tunku Harith yang masih berasa lemah dan asthma menyerang untuk kali kedua kerana terkejut. Tunku Hussein dan Tunku Raffzul memapah Tun Tunku Harith masuk ke bilik. Berhati-hati mereka baringkan di atas kerusi urut Ogawa dan kemudian kedua-duanya berlari mendapatkan Tunku Hardie.
Angkat dia! Kita kena jahit cepat sebelum Hardie kehilangan banyak darah! Raff, kau ambil kits kecemasan dalam bilik Papa! Arah Tunku Hazreen tanpa memikirkan lagi peristiwa silam yang berlaku antara mereka berlima di dalam Villa ini.
Dummmmm!
Bunyi apa tu
Serentak mereka berdua melihat ke arah luar jendela. Kelihatan sebuah lori bancuh simen telah melanggar belakang sebuah kereta BMW S3 hingga terbalik kereta tersebut. Bancuhan simen pula menyimbah keluar tanpa henti ke atas kereta mereka. Jiran tetangga mula berpusu-pusu mengerumuni tempat kejadian.
Dari dalam bilik, mereka berdua hanya memerhati perempuan yang mereka kenali itu terhumban keluar melalui cermin kereta depan dengan berlumuran darah dan mereka yakin, perempuan itu dicabut nyawa bersama lelaki yang dikirim dari neraka untuknya!
What you give, you get back, Maria!