SAAT AKU BERPALING - 31
NAH, minum ni. Sesuai untuk orang tak sihat macam kau. Hulur Alana.

Perisa apa ni Al Muka Nadhirah kelat. Smoothie berwarna hijau terang ini sedikit menakutkan.

Perisa sayur-sayuran. Aku letak 2 genggam bayam, 1 genggam kale, 3 cm brokoli, sebiji buah epal, 1/4 buah nenas dan 1/4 jus lemon. Tambah air sikit, lepas tu kisar. Banyak vitamin C dalam ni, sesuai sangat untuk kau. Siapa suruh sakit...

Kejam betul. Kita bahagi dua, boleh

Tak boleh. Kau telan ajalah smoothie ni sampai habis. Arah Alana dengan tegas. Hanya itu yang mampu membuat Nadhirah akur dengan arahannya.

Eh Nad... aku tak nampak pun batang hidung handsome boy yang temankan kau ke hospital tempoh

hari. Dia tak ada kat rumah ke

Siapa Nadhirah buat-buat tidak tahu.

Alana mula mengorek rahsia. Nadhirah tahu perangai Alana yang suka sangat menjadi ejen cari jodoh selepas dia ditinggalkan Imran. Alana tidak pernah putus asa menyuruh dia berkahwin segera.

Yang temankan kaulah. Gentleman yang tarik tangan kau keluar dari bilik menunggu masa Puan Sri Munirah membebel hari tu. Ghairah Alana menerangkan pada Nadhirah.

Takkan kau lupa kot. Alana membulatkan matanya. Dia tahu Nadhirah sebenarnya berpura-pura tidak tahu sahaja.

Manalah aku tahu. Takkanlah aku nak suruh dia berdiri dekat depan pintu semata-mata nak bagi kau tengok muka dia pula. Dia kerja rasanya.

Dia kerja apa

Peguam.

Wow! Muka segak, kerja pun boleh tahan. Eh, segak kan dia Suka aku tengok muka dia. Ada nur

gitu. Kau tak nak cuba ayat dia ke

Hurm. Segaklah juga. Tak naklah aku, Al.

La kenapa pula Nad Apa salahnya, kau kan dah single sekarang.

Kenapa pula aku Kau yang berkenan dengan dia kan, kaulah mengorat dia. Nadhirah berdalih. Dia langsung tidak mahu mendedahkan tentang hubungannya dengan Faliq yang semakin rapat.

Aku ni mana sempat nak bercinta Nad, busy memanjang hidup aku ni. Mana sempat...

Ala, hendak seribu daya.

Nak jaga diri sendiri pun tak sempat, apatah lagi nak jaga teman lelaki. Mahu meraung dia kena tunggu aku hari-hari dekat depan pintu hospital tu.

Tahu tak apa. Nadhirah ketawa mendengar rungutan Alana. Eh, sudahlah. Kita tukar topik lain pula. Nadhirah tidak mahu memanjangkan cerita.

Dia tidak mahu terkantoi dengan Alana. Susah sebenarnya mahu menepis soalan-soalan Alana jika dia tahu apa yang terjadi antara Nadhirah dan Faliq. Topik apa Soal Alana.

Bila kau kena ke sana Nadhirah bertanya sambil mengacau smoothie yang diberikan Alana kepadanya.

Sejak kematian Papanya, dia banyak menghabiskan masa dengan Alana. Temannya ini datang membawa beg besar di depan rumah Nadhirah sejurus selepas dia menamatkan tugasan di GlennEdith pada hari yang sama Tan Sri Malik meninggal dunia.

Kalau nak diikutkan sepatutnya tak lama lagi. I am still considering the offer. Alana menjawab.

Aik. Tak buat keputusan pun lagi Hairan pula Nadhirah dengan sikap Alana kali ini sedangnya dia sendiri yang memohon untuk ke sana sebelum ini.

Alana menggelengkan kepalanya.

Kenapa

Kau okey ke kalau aku tak ada dekat sini Alana merasa berat hati. Hatinya berbelah bahagi. Memang dia sendiri yang memohon untuk menyertai kursus lanjutan di John Hopkin selama 6 bulan, namun apabila permohonannya diterima, dia merasa ragu-ragu untuk pergi memandangkan Nadhirah baru sahaja kehilangan Papanya beberapa hari lepas.

Dear, aku bukan budak baru berumur 2 tahun.

Aku boleh jaga diri sendiri lah Al. Jangan risau sangat.

Aku tak senang hati nak tinggalkan kau sendirian dekat sini. Kalau nak diimbau balik, rasanya sejak kita kenal, kita tak pernah jauh, kan

Nadhirah menganggukkan kepalanya. Tapi Al, peluang macam ni bukan senang nak dapat. Lagipun bukannya lama kau pergi kan, 6 bulan aje pun.

Aku rasa berat hati. Itu sahaja. Alana meluangkan masa senggangnya buat Nadhirah. Dia mengambil cuti separuh hari bagi menemani Nadhirah.

Semua barang-barang dah kemas ke

Ala aku bukan bawa banyak sangat pun barang.

Aku ingat baju-baju nanti aku beli dekat sana aja. Lagipun this time aku akan tinggal dengan parents aku dekat sana. Jadi tak payahlah aku susah-susah nak packing banyak sangat barang.

Betul juga. Aku lupa parents kau ada di sana. Best lah kau, boleh balik jumpa mak ayah. Usik Nadhirah.

Tak ada maknanya. Dia orang macam biasalah, Nad. Sibuk memanjang. Aku ni nanti jadi penunggu rumahlah sebab dia orang bukannya selalu ada dekat rumah pun. Alana memuncungkan bibirnya.

Mama dan Papanya memang begitu. Terlalu sibuk mengejar harta dunia sehinggakan susah sangat untuk mereka sekeluarga bersua muka. Nak bercakap di telefon pun jarang. Mungkin kerana itulah hubungan Alana dan keluarganya agak renggang. Adik-beradik Alana lebih selesa hidup mengikut kehendak masingmasing. Adik yang bongsu tinggal di China, adik kedua tinggal di Dubai, manakala dia pula memilih untuk tinggal di Malaysia.

Kira okeylah tu. At least dia orang masih ada. Kau tengok aku ni. Hidup tak ada sesiapa. Aku ada kau je tau.

Nad, sorry...

Tak ada ribut, tak ada angin, kenapa tiba-tiba nak minta maaf pula ni

Aku sibuk sangat lately. Kita jarang spent time together.

Laaa, benda kecil je. Aku faham kau sibuk. Kerja doktor memang macam tu, sibuk memanjang.

Kau okey tak sebenarnya ni

Aku okeylah. Kenapa kau risau sangat ni

Tapi, kenapa aku rasa macam ada benda kau sorokkan dari aku.

Kenapa kau cakap macam tu

Aku rasa kau dah banyak berubah.

Ye ke Sejak bila pula ni Mana ada aku berubah. Aku macam biasa je. Tak payah risau sangat.

Sejak kau buat keputusan untuk duduk di rumah dan tak nak jenguk Papa kau di hospital. Sejak waktu tu aku rasa kau ada sembunyikan sesuatu dari aku. Alana mula menilik wajah Nadhirah apabila sahabatnya ini terdiam agak lama.

Aku malas nak jumpa family member yang lain. Kalau aku pergi pun, macamlah dia orang akan terima aku dengan baik. Biarlah anak-anak Papa aku yang lain jaga dia. Dia orang lagi dekat dengan Tan Sri Malik. Nadhirah akhirnya memberi jawapan pada Alana.

Namun pada Alana, jawapan Nadhirah ini sebenarnya lebih berupa alasan sahaja. Ada sesuatu yang tidak kena pada Nadhirah. Itu Alana cukup pasti.

Kau tak rasa ralat ke

Aku dah jalankan tanggungjawab aku dulu.

Inilah yang buat aku rasa kau berubah. Kau mana pernah tinggalkan Papa kau macam tu aje. Sebelum ni, kau sanggup buat apa sahaja untuk Papa kau. Setiap kali Papa kau terlantar, kau akan jadi orang pertama yang tiba di hospital. Kau sanggup terbang dari Melbourne hanya untuk pastikan yang keadaan Papa kau okey. Seingat aku, kau tak pernah abaikan dia walaupun dia banyak kali pinggirkan kau sejak dulu. Tapi, kau langsung tak hiraukan dia masa dia koma. Kau tak jenguk dia pun. Kenapa Nad

Tak ada apa-apa. Kau tak payah risaukan aku. Aku cuma nak kau tumpukan perhatian pada kerja kau.

Tengok, kau mengelak! Kau tak nak jawab soalan aku. Alana tidak berpuas hati dengan reaksi Nadhirah.

Bukan mengelak. Belum masanya. Lagipun aku malas nak semakkan kepala kau dengan masalah aku.

Kita sembang pasal hal tu lain kali. Just tell me, boleh tak

Nanti. Lain kali. This time kita sembang pasal something happier. Nadhirah berusaha untuk mengalihkan topik perbualan mereka.

Yelah. Alana mengalah. Tiada guna memaksa kerana tak mungkin Nadhirah membuka mulutnya jika dia sudah memutuskan untuk tidak bersuara.

Telahan Alana benar belaka, ada sesuatu yang Nadhirah sembunyikan daripadanya. Dia bukan Nadhirah yang dulu. Hormatnya pada Tan Sri Malik tak kunjung tiba selepas Nadhirah tahu apa yang terjadi. Malah sayangnya pada Tan Sri Malik juga sudah tidak bersisa dan kemaafan buat Tan Sri Malik juga tidak pernah ada.

Sejak mengetahui semua yang terjadi, Nadhirah kini memburu sesuatu. Dia mahu seluruh ahli keluarga Tan Sri Malik sedar, dia bukan Nadhirah yang dulu. Nadhirah yang lama juga sudah tiada.

Nadhirah yang lemah itu sudah tiada, yang tinggal kini, cuma Nadhirah yang penuh dendam. Mereka semua perlu membayar harga kesengsaraannya, ke semua sekali sehingga tidak berbaki.

Nadhirah ingat lagi akan pesanan Alana sejak dari dulu yang menyuruhnya untuk bertegas tentang haknya, bangkit dari terus menjadi hamba, bangun melawan semua yang melukakannya. Setelah begitu lama dia tidak mengendahkan kata-kata Alana kini Nadhirah tekad, dia akan ikut semua yang Alana usulkan padanya.

Aku takkan jadi lembik lagi Al. Aku janji pada kau. Aku ikut cakap kau. Aku akan tuntut balik semua hutang-hutang keluarga Tan Sri Malik pada aku. Aku buat dia orang semua menyesal dan jatuh. Nadhirah membisikkan kata-kata itu di dalam hati sambil memandang wajah Alana. Tekadnya bulat!!