Air Milo dari tangki air akan dimasukkan ke dalam cawan styrofoam yang telah juga dicapkan dengan label Milo. Ianya akan sedia disusun supaya mudah diambil oleh setiap pelajar. Apabila tiba waktu rehat, kesemua pelajar akan diarahkan berbaris pergi ke lori Milo dan hanya boleh mengambil satu cawan untuk setiap seorang.
Walaupun Milo bukanlah minuman yang jarang dapat diminum, sambutan yang diterima lori Milo sangatlah memberangsangkan sehingga pelajar akan berebut-rebut untuk pergi mendapatkan air. Jika hendak dikira kerana diberi percuma, air Milo yang dibuat ibu di rumah juga tidak perlu dibayar untuk minum. Mungkin kerana sejuknya air Milo dari lori Milo ini tidak sama dengan sejuknya Milo di rumah.
Bersungguhnya pelajar ingin menikmati kesejukan air Milo ini sehinggakan sesetengah pelajar menggunakan taktik menyamar untuk mengambil lebih dari satu cawan. Antara taktik menyamar yang digunakan adalah:
Menukar gaya
rambut
Memakai cermin mata
Membuat mimik muka
Memakai songkok
Buat-buat batuk sambil menunduk
Pelajar yang berjaya mengambil lebih dari satu cawan Milo akan menjaja kehebatannya sehinggalah tamat waktu persekolahan.