Lori yang membawa barang perlahan-lahan meninggalkan kawasan perumahan Les Chateau. Soraya mengangkat kotak-kotak bersaiz kecil untuk diletakkan di satu sudut hujung dapur. Epie sedang berdiri di luar manakala kelibat Dayah tidak kelihatan. Hamzah turun ke bilik bawah tanah melalui pintu yang terdapat di bawah tangga rumah. Suis lampu dipetik. Sebuah keranda yang diperbuat daripada kaca tersergam di hadapannya. Sejumlah air memenuhi ruang keranda tersebut. Hamzah masih memerhatikan objek di hadapannya. Di sebalik air dan pam oksigen itu, terdapat satu tubuh yang telah diawet. Mayat itu mempunyai lubang besar di bahagian kiri dadanya. Beberapa ekor belut elektrik sedang riang berenang. Sesekali kelihatan voltan elektrik muncul daripada badan binatang-binatang tersebut.
Ibu, aku datang. Aku berjaya menjejak mereka!
*****
Seorang budak lelaki sedang bebas bermain di kawasan halaman rumah. Tubuhnya dipenuhi kesan parut. Luka di badannya masih belum sembuh sepenuhnya. Sesekali dia ketawa riang sambil memeluk seekor ayam jantan hutan yang berwarna hitam. Seorang wanita tua yang bersanggul dan berkemban mengintai dari balik jendela.
Hamzah, masuk. Sudah tiba waktu kau berubat.
Tapi Embah, aku belum puas bermain. Kemari kau anak yang tidak mengenang budi! Suara wanita itu kedengaran sedikit keras.
Hamzah mengendurkan senyuman. Lambat-lambat dia bangun dan menuju ke tangga kayu.
Aku tidak mahu berubat lagi.
Permintaan kau tidak punya kepentingan di sini. Dengar! Kau mahu menuntut bela atau tidak
Hamzah mendiamkan diri. Kepalanya ditundukkan.
Mengapa kau diam Sakit, Embah. Aku tidak mampu lagi. Tangan Embah laju mencengkam leher Hamzah. Kalau kau tidak mampu berhadapan bisa yang alang begini, bagaimana kau mahu melawan kekuatan Makhluk Gelap Bersayap
Hamzah mula menangis teresak-esak.
Embah, sakit. Aku pohon.
Dicengkam begini sudah menunjukkan air mata! Kamu betul-betul lembik!
Embah menghentak kepala Hamzah ke lantai rumah.
Kepalanya berpinar. Pandangannya gelap.
*****
Hamzah membuka kelopak matanya. Tubuhnya diikat kemas pada penjuru kayu yang bercabang tiga. Kepalanya diikat di cabang pertengahan manakala kedua-dua belah tangannya diikat kemas di sudut kiri dan kanan. Kayu bercabang itu sudah diikat dengan tali bersambung dan satu alat pemusing. Sebuah telaga sudah tersedia di tengah-tengah. Embah menghampiri Hamzah.
Kau sudah sedar Bagus.
Tolong aku, Embah. Sakit.
Diam! Jangan melawan!
Embah memutarkan pemegang pada alat pemusing. Kayu bercabang tiga itu terangkat. Jasad Hamzah yang masih kecil terbuai-buai di udara sebelum menghampiri telaga. Tarik nafas kau sedalamnya. Tapi, sebelum itu..
Embah menahan pemegang alat pemusing dengan menggunakan selak kayu. Dia mengambil pisau kecil dan terus menoreh satu garis pada tubuh Hamzah.
Aduh! Tolong!
Embah kembali ke alat pemusing dan mula memutarkan pemegang. Seluruh tubuh Hamzah sudah mulai basah terkena air di dalam telaga. Badannya tenggelam kecualinya kepalanya.
Sedia
Embah mengheret sebuah tempayan. Nafasnya termengahmengah. Dia menuangkan segala isi di dalam tempayan itu ke dalam telaga. Hamzah mengerang sekuat hatinya.
Itu yang baru aku tangkap semalam. Yang sebelum ini sudah mati. Buktikan pada aku kau mampu untuk membawa
jamung dendam ini demi puak kita.
Hamzah mengerang tidak henti-heti. Belut-belut elektrik sedang galak menggigit tubuhnya. Beberapa ekor belut menjamah kesan luka di badannya. Gigitan belut elektrik itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesakitan arus elektrik yang dialami oleh Hamzah. Otaknya seakan mendidih. Dia cuba menahan kesakitan dengan menggigit bibirnya hingga berdarah.
Hamzah tidak mampu bertahan lagi. Pandangan matanya beransur-ansur gelap.
*****
Seorang remaja lelaki berbadan sasa sedang asyik bermesra dengan pasangannya di sebalik pokok pisang. Tangan kanan Hamzah meraba-raba payudara milik remaja tersebut. Dia ketawa kecil sambil menepis tangan Hamzah.
Nakal sungguh kamu.
Tapi kamu suka, bukan
Hamzah menggigit leher remaja perempuan itu. Jangan terlalu kuat. Nanti ada kesan. Aku tidak mahu ketahuan sama orang tuaku.
Hamzah tersenyum. Bibirnya mencium wajah perempuan di hadapannya.
Kamu mahu menikahi aku, bukan
Ya, aku janji.
Remaja perempuan itu menolak apabila Hamzah mahu menciumnya. Hamzah mengeluh dan duduk di atas tanah.
Perempuan itu bersimpuh di sebelahnya.
Kamu betul-betul berjanji
Aku betul-betul menyayangi kamu. Tapi, bukan sekarang. Aku ada misi yang perlu aku lakukan. Aku takut jika Embah mengetahui aku punya perasaan mendalam terhadap kamu. Nanti kamu diapa-apakan.
Suria memegang lembut wajah Hamzah. Senyuman manis terukir di bibirnya yang mungil.
Kita lari jauh dari sini jika kamu betul menyayangi aku. Kita bina hidup baru kita di bumi orang. Mahu
Bahaya, Suria. Kamu tidak mengenali Embah seperti aku mengenali dia. Dia terlalu tajam dalam memikirkan hal dan hala tuju hidupku. Kami punya misi..
Pergi mampus sama misi kamu yang tidak berkesudahan itu. Biarkan aku sendirian.
Suria bingkas bangun. Dia membuat mimik wajah dan berpeluk tubuh.
Kamu merajuk
Mengapa harus aku merajuk
Tandanya kamu sayang sama aku.
Aku..
Hamzah curi-curi memeluk tubuh Suria dari belakang.
Kepalanya di letakkan di bahu perempuan itu.
Lepaskan aku. Nanti ketahuan sama orang kampung.
Sebentar, Suria. Tidak lama.
Kamu ini nakal. Aku memang kalah dengan perasaanku sendiri.
Suria memusingkan tubuhnya. Bibirnya mencari bibir Hamzah. Seseorang memerhatikan perbuatan mereka dari jauh.
*****
Hamzah berjalan memasuki kawasan rumah. Embah sudah tersedia menunggu di birai jendela.
Kau ke mana Waktu sudah hampir senja begini baru pulang
Aku pergi makan angin sebentar.
Kau sudah lambat untuk berubat. Embah turun menuju ke halaman rumah.
Embah mahu ke mana
Kita ke gua di hujung kampung.
Embah dan Hamzah memasuki kawasan gua. Kegelapan malam sudah menjelma. Jamung api menerangi kawasan gelap di dalam gua. Embah berjalan di hadapan diikuti Hamzah.
Ini gua yang lain dari tempat aku selalu berubat, bukan
Ya, ini gua yang lain.
Mereka menghampiri satu kawasan yang agak lapang. Terdapat satu altar berhampiran mereka. Satu susuk tubuh yang tidak berpakaian diikat di tengah-tengah kawasan itu. Tubuh Hamzah kaku melihat pemilik tubuh tersebut. Matanya tidak berkelip memandang Suria.
Apa ini
Semestinya ini salah satu cara untuk kamu berubat.
Apa kaitannya dengan Suria
Perempuan itu merupakan perosak misi kita. Apa kamu tidak mahu membalas dendam terhadap pembunuh yang menghapuskan keturunan kita! Suara Embah bergema memarahi Hamzah.
Embah menghampiri Suria yang kelihatan lemah dan lesu. Tangannya mencapai sabit yang disandarkan pada batu. Puting payudara Suria ditarik dan dicantas.
Suria menjerit menahan kesakitan.
Jangan. Aku mohon, rayu Hamzah. Dia tidak sanggup mendengar rintihan kekasihnya.
Embah mengambil puting tersebut dan mencampakkannya ke dalam sebuah tempayan di altar. Dia turut mencampakkan beberapa jenis bahan ke dalam ramuan tersebut. Embah memejamkan matanya sambil terkumat-kamit membaca sesuatu. Bunyi bising mula memenuhi ruang gua.
Apa yang kau cuba lakukan
Dua tiga ekor tikus mula kelihatan. Bilangannya semakin bertambah. Embah ketawa kecil. Dia bangun dah menghiris kulit Suria sedikit demi sedikit. Tikus tersebut berlari mengelilingi Embah yang melontarkan daging Suria. Beberapa ekor tikus mencicit dan menghampiri Suria. Tubuh Suria penuh kesan gigitan. Suria menangis menahan kesakitan.
Aku mohon lepaskan aku. Embah berjalan menghampiri Hamzah. Aku akan bagi kau peluang untuk menyelamatkan
perempuan itu. Tetapi, kau harus bereskan hal ini dulu. Embah menghalakan pandangannya ke satu sudut gelap. Ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka. Aku bukan saja menyeru tikus-tikus itu ke mari malah
turut menyeru dia.
Seekor ular tedung gergasi menyusur mendekati Hamzah. Badannya dan kepalanya dikembangkan.
Jangan khuatir. Ini bukan ratu ular tetapi salah satu keturunannya. Kau perlu hapuskan dia dan ambil bisanya jika mahu selamatkan perempuan itu.
Ular tedung gergasi itu menerpa ke arah Hamzah yang masih belum bersedia. Tubuhnya yang panjang melilit kuat tubuh Hamzah. Hamzah tidak mempunyai peluang untuk melawan.
Embah hanya melihat kejadian itu. Dia seperti sedang berfikir. Ular gergasi itu sudah membuka rahang hingga menampakkan barisan taring yang panjang.
Bunyi tulang patah memenuhi gua. Pandangan Hamzah berbalam-balam. Telinganya dapat menangkap suara Suria yang tidak jemu meminta tolong. Namun, tubuhnya tidak berdaya. Hamzah dapat merasakan ada percikan air mengenai wajahnya tetapi dia tidak mampu untuk memberi tindak balas. Matanya yang kuyu sempat melihat Embah yang sedang memegang sesuatu seperti kepala yang masih dilumuri darah. Lilitan di badannya semakin longgar. Nafasnya semakin perlahan. Kelopak matanya tertutup rapat.
*****
Hamzah kembali sedar. Dia cuba bergerak namun tangannya diikat. Embah berdiri di hadapannya sambil memegang sebuah bekas yang diperbuat dari batu marmar.
Embah. Suara Hamzah kedengaran lemah. Kau sudah sedar Bagaimana tidurmu Tulang kamu sudah sembuh sedikit.
Suria.
Perempuan itu sudah kuberi makan kepada babi hutan. Dia sudah bukan kepentingan buatmu. Saat kamu tidak sedarkan diri, dia sudah dihujung nyawa. Aku cuma melepaskan dia daripada sengsara. Dagingnya aku lapah dan potong kecil-kecil sebelum dicampakkan ke pinggir hutan. Babi-babi itu nampaknya berselera sungguh dengan daging Suria. Kau pandai memilih perempuan yang manis.
Kau binatang!
Pap!
Embah menampar kuat pipi Hamzah. Dia masih mempunyai tenaga luar biasa walaupun sudah bertongkat dan agak uzur. Telinganya berdesing mendengar kata-kata lelaki tu.
Jangan sesekali kau rendahkan martabat aku sehina makhluk yang membunuh seluruh keturunan kita! Puak Roia ialah puak manusia yang terulung. Aku tidak akan lupa bagaimana makhluk itu menghapuskan keturunan kita pada malam celaka itu. Dia membunuh keturunan kita sewenang-wenangnya dengan hembusan api dan tingkah liarnya.
Embah menikam dada Hamzah. Pisau yang berada di tangannya digunakan untuk merodok dada Hamzah untuk membentuk satu lubang berdekatan jantungnya. Hamzah hanya memandang lesu. Darah keluar membuak-buak membasahi lantai. Bertahan. Buktikan kau memang dari keturunan Roia yang terulung.
Embah mencapai bekas marmar seraya mengambil ramuan yang ditumbuk sebentar tadi. Ramuan tersebut disumbat ke dalam lubang yang ditoreh pada dada Hamzah.
Argh!
Hamzah meronta-ronta. Jeritannya bertambah kuat. Lubang di dadanya mengeluarkan asap. Tali ikatan yang mengikat tangannya serta-merta terputus. Mata Hamzah bertukar warna. Dia berguling-guling di tanah. Seluruh urat sarafnya berlumba-lumba untuk keluar. Mulutnya mengeluarkan air liur yang bercampur darah. Seketika kemudian, Hamzah beransur-ansur tenang.
Bagus, kau sudah lepasi ujian kedua. Ramuan itu diperbuat dari bisa dan racun semua ketua binatang di bumi ini. Bisa ketua tedung, askar jengking, ratu lipan, penghulu pari, permaisuri lebah sudah sebati dengan jantungmu sekarang. Kamu bukan manusia biasa lagi. Bisa itu akan membaluti jantungmu seperti selaput ketika kamu berada di dalam kandungan ibumu. Kita akan memasuki ujian ketiga dan terakhir.
Hamzah cuba untuk bangun. Tubuhnya terasa lain seolaholah ditiupkan roh yang baru.
Mengapa kau bunuh Suria Apa salah dia Dia akan jadi penghalang untuk kau laksanakan misi kita. Tubuhnya juga merupakan salah satu ramuan yang penting. Kau ingat sesenang itu mahu menyeru kumpulan tikus jadian untuk menghadirkan diri Aku perlukan mereka untuk menyeru ketua ular. Aroma dari badan tikus jadian yang makan daging dan darah manusia terutamanya perempuan mampu menyeru ketua ular untuk keluar dari tempat bersemayam. Apa tidak ada kesudahan dengan semua ini Embah ketawa kuat.
Ini hanya permulaan.
*****
Hamzah berjalan sambil memimpin Embah memasuki kebun di bahagian belakang rumah mereka. Embah mengalirkan air mata.
Kamu menangis
Embah segera menyeka air matanya.
Aku seorang yang kejam, bukan
Hamzah mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan Embah.
Tidak. Apa yang Embah lakukan semua ini demi keadilan atas nama puak kita. Hanya kita saja yang tinggal. Percayalah, aku tidak ambil hati sedikit pun. Embah sudah kuanggap seperti ibuku sendiri.
Ketika ini mereka melangkah ke dalam sebuah lorong bawah tanah yang panjang dan gelap seperti sebuah gua. Terdapat sebuah kawasan bulatan bersaiz lebih besar dari lubang perigi. Beberapa sangkar yang tidak diketahui penghuninya memenuhi kawasan di sebelah kiri dan kanan lorong itu. Hamzah yang terkejut dengan keadaan sekeliling mahu membuka mulut untuk menyatakan sesuatu.
Ini langkah berubatmu yang terakhir. Masuk ke dalam bulatan yang digali itu.
Hamzah terus masuk ke dalam bulatan tersebut. Lubang itu dilapik dengan helaian daun pisang dan keladi.
Ingat. Walau apa pun yang terjadi, jangan keluar dari
lubang itu. Faham
Tapi..
Kau harus bertahan demi keturunan kita.
Pap! Pap!
Embah menepuk tapak tangannya. Sangkar-sangkar tadi mula terbuka dengan sendirinya. Beribu-ribu jenis ular, lipan dan serangga berbisa berpusu-pusu keluar. Kumpulan binatang tersebut mula merayap di serata tempat pada tubuh Hamzah. Beberapa ekor lipan mula menyengat kaki Hamzah.
Embah! Embah!
Bertahan. Demi maruah keturunan kita.
Argh!
Tubuh Hamzah dibalut ribuan ular dan serangga berbisa. Suara jeritannya seperti satu irama yang mendendangkan lagu celaka. Embah memerhatikan dari jauh. Dia menyeka air mata yang jatuh di pipi. Dia mengambil pisau kecil dan berjalan menuju ke kawasan lubang. Tubuh Hamzah tidak bergerak. Beberapa ekor ular berbisa sedang bertarung sesama sendiri. Embah mengelar tapak tangannya. Tangannya ditekan agar darah menitis lebih banyak mengenai kumpulan binatang di dalam lubang itu.
Aku memanggil dan merayu wahai kuasa yang tidak bernama. Aku memanggil, merayu agar disebatikan dan dilumatkan segala rencahnya. Kembalikan rohnya. Bangkitlah seorang wira. Aku memanggil merayu
Serentak itu api yang marak tiba-tiba muncul dan membakar segala isi di dalam lubang. Bau hangus daging ular memenuhi ruang. Tidak lama kemudian, api tersebut padam secara perlahan-lahan. Satu tubuh perlahan-lahan bangun dari timbunan debu dan bangkai yang hangus terbakar. Dia berjalan perlahanlahan keluar dari lubang dan menghampiri Embah yang sedang duduk bersandar di dinding terowong.
Embah.
Kau memang seorang wira keturunan puak Roia. Kau sudah bebas sekarang. Aku sudah siapkan bekalan untukmu sejak dari awal. Botol kaca ini ada peraman racun serta bisa haiwan untuk mengubat jantungmu. Belati ini aku jampi daripada rendaman campuran bisa-bisa haiwan. Pergilah, Hamzah. Tegakkan keadilan buat puak kita. Sebelum aku lupa, mayat ibumu yang aku peram ada di balik kain itu. Kau harus peram mayat ibumu beserta dengan segala yang ada di dalamnya. Itu syarat supaya kau boleh hidupkan kembali ibumu. Belut itu harus diganti setiap purnama. Dan.. Embah terdiam sebentar. Dia batuk tidak henti-henti.
Kau perlukan teman. Cari teman yang boleh menolong kau di dalam perjuangan ini.
Baik, Embah.
Hamzah mengucup dahi Embah. Air matanya tumpah. Aku sudah tidak lama. Kau boleh pergi sekarang. Ada satu lagi ramuan yang perlu kau pakai iaitu jantung Makhluk Gelap bersayap.
Embah tiba-tiba terdiam. Matanya terbuka luas. Hamzah perlahan-lahan meletakkan tubuh Embah ke tanah. Kemudian, dia berpaling ke arah kain yang meliputi mayat ibunya. Kain itu ditarik perlahan. Sebuah bekas kaca dipenuhi dengan belut elektrik yang sedang melilit dan mengelilingi mayat seorang perempuan yang juga mempunyai lubang di bahagian kiri dadanya.
*****
Hamzah
Hamzah berpaling. Dia tersenyum melihat susuk tubuh yang menegurnya.
Kau nak jadi isteri aku
Soraya ketawa besar. Sesekali dia membetulkan ikatan rambut.
Kau jangan buat kelakar. Aku cuma ikut kontrak supaya aku boleh melompat ke jasad yang lain. Selepas semuanya selesai, aku akan pergi. Kau boleh stay dengan anak-anak kau.
Hamzah mengangguk. Dia menarik Soraya keluar dari bilik bawah tanah. Mereka naik ke ruang atas rumah. Epie sedang bermain permainan video manakala Dayah sibuk mencuci pinggan mangkuk. Soraya terus keluar dari rumah. Hamzah menghampiri Dayah.
Pernah aku cakap yang kau ni sebenarnya cantik
Apa yang kau nak sebenarnya
Aku rasa kau tahu apa yang aku nak. Sebab kau sendiri pun nak sejak kau jumpa aku awal-awal dulu kan
Mereka berdua berpandangan antara satu sama lain. Dayah tersenyum melihat Hamzah yang mengekorinya masuk ke dalam bilik.