TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 31
Selain dari bencana alam, banyak lagi kejadian lain berlaku yang mengundang kematian. Ia adalah gara-gara ciptaan manusia yang rakus pada kuasa,suka bertelagah dan mencari pengaruh. Terlalu banyak perang berlaku di dunia yang meragut jutaan nyawa. Bukan sahaja anggota tentera sahaja terbunuh dan cedera, tetapi orang awam dan kanak-kanak yang tidak berdosa turut menjadi korban peperangan.

Sebagai satu perbandingan, jumlah kematian orang Amerika dalam perang-perang utama adalah sperti berikut:

Perang Vietnam 58,151.

Perang korea - 54,246.

Perang Dunia Kedua 407,316.

Perang dunia pertama -116,708.

Perang Iraq - 1.6 juta (akibat sekatan ekonomi)

Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Kedua 61 juta

Pengguguran di Indonesia -2.3 juta nyawa

Gempa Bumi di Pakistan

Tragedi pada 8 Oktober, 2005 telah menggegarkan 3 negara di Asia Selatan pada awal Pagi sini gempa bumi tersebut adalah yang paling buruk pernah berlaku dalam tempoh 70 tahun. Jika bencana berlaku pada 7 Oktober, 2005, kematian mungkin adalah sekali ganda kerana umat Islam berkumpul di semua masjid untuk mengerjakan solat Jumaat.

Keadaan semakin tidak terkawal kerana mangsa-mangsa yang masih hidup di bawah timbunan bangunan tidak dapat diselamatkan dengan segera. Dianggarkan seramai 50,000 kematian berlaku dan berpuluh ribu lagi cedera. Jeritan serta tangisan kanak-kanak amat memilukan. Mereka memanggil sesiapa sahaja yang boleh selamatkan mereka. Anak-anak yang cedera parah tidak diselamatkan.