TAKAFULMAN - 31
Masa ni aku buat satu show Takaful pada seorang medical doctor.

MD: Critical illness ni macam mana

Aku: Contoh kalau doktor kena sakit berat macam kanser, heart desease, kidney failure. Ha, dapatlah compensation critical illness.

MD: Kalau saya kena critical ni, Takaful ni kena bayar lagi ke

Aku: Hah itu satu lagi dia punya power. Kalau masuk kategori critical illness ni, doktor dengan 3 orang anak doktor punya payment yang semua sekali RM580 tu, akan jadi percuma sampai doktor umur 80, dan anak-anak umur 25 tahun.

MD: Okey, kalau macam tu power sangatlah Takaful ni ye. Okey, saya ambillah sekali untuk anak-anak.

***

November 2013

Masa aku di Paris, dapat WhatsApp.

MD: Saya di Prince Court Medical Centre, cek badan asyik tak larat, makan tak lalu. Buat CT scan, it is found that I got kidney cancer. Next week akan buat operation kidney removal, sebab cancer ni agressive.

Tak ada apa yang boleh aku katakan lagi selain memberi ucap sabar dan berdoa semoga beliau menempuh hari-hari mendatang dengan semangat kental dan diberi kesembuhan.

Ogos 2015

Dah dekat 2 tahun klien doktor ni tak ada bebanan bayar Takaful. Maksudnya klien aku ni dan anak-anaknya tak perlu lagi bayar wang Takaful RM580/bulan untuk bulan-bulan dan tahun-tahun mendatang bermula daripada tarikh dia kena diagnosis.

Pakailah medical kad tu, pakailah seadanya, sampai habis limit. Sekarang dia pun dah semakin sihat sudah bertugas macam biasa.

Duit pampasan critical illness atau waiver yuran Takaful ni bukanlah jaminan yang penyakit tu akan sembuh. Tapi sekurang kurangnya, perlindungan anak-anak yang tengah membesar dah disediakan dan ianya percuma. Itulah dia yang kita namakan, Takaful.

***

Aku tak ada bahasa sakti yang boleh lenturkan jiwa nurani kalian, yang aku ada cuma sebuah cerita benar buat pengajaran kita bersama.

Dan kau yang membaca, kau tahu kan nak cari aku di mana untuk bertanya