SUDAH seminggu Felisha bermalam di rumah orang tuanya. Sejak Fakrul dan Arini pulang bercuti, Felisha lebih suka menghabiskan masa selepas kerja bersama keluarga.
Sha buat apa
Felisha menoleh. Fakrul menapak perlahan ke katilnya. Duduk di birai katil.
Buat apa Ulang Fakrul sekali lagi.
Ni ha..Sha kemas kini akaun jualan ni. Minggu lepas tak sempat nak buat. Felisha sengih. Buku akaun dibelek sekilas dan dikemas kini dalam fail akaun di dalam komputer riba.
Wah! Bagus jualan bunga ni. Fakrul turut teruja melihat kejayaan perniagaan bunga Felisha.
Tengoklah siapa ownernya! Felisha senyum lebar.
Perasan! Fakrul tarik hidung Felisha.
Abang nak apa masuk bilik Sha niFelisha letak fail. Dia pandang Fakrul yang sudah tersenyum lebar di sebelah.
Abang nak tanya sikit.Sha dah lama kenal Tajdid ni Fakrul pegang album pertunangan Felisha dan Tajdid.
Tak kenal sangat pun. Dia anak kawan baik mama masa di universiti dulu. Mak Tajdid yang beria nakkan Sha jadi menantunya. Felisha menjawab malas.
Shacintakan Tajdid
Felisha mendongak. Dia menelan liur. Entah apa yang dia nak beri jawapan.
Entahlah bang. Ikutkan Sha ni, belum ada seorang lelaki pun yang buat Sha jatuh cinta. Felisha tunduk semula.
Jadi..Sha tak cintakan Tajdid Fakrul berkerut kening.
Mama cakap, lebih baik nikah dengan orang yang sukakan kita dari berkahwin dengan orang yang kita suka tapi cinta tidak berbalas. Sugul suara Felisha kali ini.
Kenapa Sha setuju Fakrul tak puas hati.
Sha tak dapat cari calon yang sesuai. Mama hanya bagi tempoh tiga bulan saja. Abangmana nak jatuh cinta dalam masa singkat macam tu. Bagi masa setahun pun belum tentu Sha jatuh cinta. Sha dah penat fikir hal nikah ni bang. Sha setuju je keputusan mama. Lagipun mama yang beria nak Sha nikah dengan Tajdid. Felisha terpaksa berterus terang.
Walaupun terpaksa Fakrul berkerut kening.
Felisha angguk.
Sha..Shamacam mana nak hidup sebagai suami isteri kalau tidak saling menyayangi
Entahlah bang. Sha akan cuba sukakan Tajdid tu. Bila dah sah jadi isteri Tajdid nanti, Sha mesti taat dan patuh pada suami. Redha suami adalah redha Allah. Nada Felisha sudah perlahan.
Memanglah redha suami tu penting tapi bahagia ke nanti Jangan Sha pendam pulak, boleh meletup nanti. Fakrul cuba menasihati Felisha.
Abang bukan apa, abang nak Sha bahagia. Jangan rasa terpaksa pulak. Tak baik layan suami atas dasar terpaksa. Berdosa Sha! Fakrul usap lembut rambut Felisha.
Felisha diam seketika. Kusut bila memikirkan apa yang bakal berlaku selepas bernikah nanti. Apakah aku terima Tajdid dengan ikhlas Adakah aku boleh layan Tajdid sebagai suami Adakah aku boleh beri layanan pada Tajdid sebagai seorang isteri Boleh ke
Abang tahu, Sha mesti ada seseorang yang Sha suka walaupun tak sampai ke tahap jatuh cinta. Boleh abang tahu siapa Fakrul cuba korek kisah hati Felisha.
Mana ada Felisha jeling Fakrul yang sudah tersenyum lebar.
Kalau dah jawab macam tu, ada la tu. Usik Fakrul.
Kalau ya pun..nak buat apa. Dia tak sukakan Sha. Sha saja yang ada rasa tu. Bila difikirkan balik, biarlah Sha pilih Tajdid. Dia berani berterus terang depan Sha yang dia sukakan Sha dan nak nikah dengan Sha. Itu lebih baik untuk Sha. Felisha tunduk. Dia kuis-kuis hujung sarung bantal.
Hmm..kalau itu kehendak Sha, abang tak boleh kata apa. Cuma apa yang abang harapkan, Sha jadilah seorang isteri yang taat pada suami.
Jaga maruah suami. Fakrul bingkas bangun.
Doakan untuk Sha ya bang! Felisha rangkul pinggang Fakrul.
Untuk Sha, abang akan selalu doakan yang terbaik. Fakrul mengelus lembut rambut lebat hitam milik Felisha.
Err..bang, Sha tanya sikit boleh Felisha teringat kata-kata Hanim tentang siapa Fariz.
Apa dia
Fariz tu..kawan sekelas abang kan
Fakrul senyum. Kenapa Sha dah suka kat dia ke
Bukan macam tu la. Sha kan dah bertunang. Sha hanya nak tahu..dulu dia selalu pakai apa
Pakai apa Baju la! Fakrul ketawa.
Felisha tumbuk bahu Fakrul. Aku serius dia main-main pulak.
Memang la! Maksud Sha..penampilan Fariz macam mana Felisha ketap bibir. Abangnya dua kali lima saja dengan Fariz.
Ohpenampilan. Cakaplah bagi terang sikit! Dia biasa je. Tak skema sangat dan tak selekeh sangat. Sedang-sedang saja.. Fakrul masih gelak.
Susahlah cakap dengan abang ni! Sekali lagi bahu Fakrul jadi bahan tumbukan.
Fakrul masih ketawa. Dia berlalu keluar dari bilik Felisha.
Felisha duduk semula di birai katil. Album pertunangannya dengan Tajdid dibelek sekali lagi. Wajah ceria Puan Akma dan Tajdid memang jelas terserlah. Puan Suraya pula nampak sangat terpaksa senyum.
Apa khabar agaknya Puan Suraya Hari tu Alia kata, dia tak lalu makan.. Felisha tutup album.
Felisha capai telefon bimbitnya. Nombor Puan Suraya dihubungi. Tak ada jawapan.
Hmmdah tidur agaknya. Felisha jeling jam di atas meja belajar. 11.00 malam.
PAGI lagi Felisha ke kedai bunga. Ainul dah tercongok di muka pintu.
Kenapa tak masuk lagi Felisha menapak ke arah Ainul.
Ainul tertinggal kunci la kak. Tadi nak cepat. Suami Ainul pulak ada hal. Ainul senyum.
Felisha buka pintu. Mereka berdua mula masuk ke dalam kedai. Surat yang dari peti surat turut diambil. Satu persatu surat dibelek.
Ada lagi Felisha menelan liur.
Kenapa kakAinul berkerut kening.
Nitak serik-serik hantar surat ugut kat akak. Felisha menapak ke bilik pejabatnya. Dia segera menghubungi Jazman.
Ainul, pukul sepuluh nanti, akak nak ke balai polis sekejap. Ada tak pesanan bunga untuk dihantar hari ni Laung Felisha dari bilik pejabatnya.
Err..ada satu je kak. Kedai emas di Bangsar. Kedai tu nak buat perasmian tengah hari nanti. Jadi bunga tu kena sampai sebelum pukul dua belas. Alamatnya Ainul dah catat atas kertas kuning tu. Ada atas fail merah tu. Ainul turut laung dari celah rak bunga.
Bunga apa
Bunga gerbera dan bunga ros putih kak! Ainul dah siapkan atas kaunter ni.
Felisha capai kertas kuning dan masukkan ke dalam beg tangannya. Dia mengemas mejanya yang sedikit berselerak. Dia jeling jam. Hampir sembilan pagi.
Hmm..aku kena bergerak sekarang ni. Nak ke balai polis dulu ke..hantar bunga dulu Felisha masih berkira-kira.
Ah! Baik aku hantar bunga dulu. Karang tak sempat hantar, kena bambu pulak nanti. Felisha bergegas capai bunga dan segera ke tempat letak kereta.
Honda Accord kelabu Felisha meluncur laju menuju ke Bangsar. Terpaksa dia memgambil jalan lebuh raya persekutuan. Tiba di simpang susur keluar ke Kerinchi, keretanya membelok ke kiri.
Jam la pulak. Felisha intai jam di dashboard. Sudah sepuluh minit dia tersangkut di situ.
Ehtu macam kereta Tajdid. Dia nak pergi mana Dia tak mengajar ke Felisha terjenguk-jenguk kereta Nissan teana hitam milik Tajdid yang berada di laluan kedua, hanya selang sebuah dari keretanya,
Kereta dipandu perlahan. Sesekali Felisha jeling kereta Tajdid yang turut menghala ke arah Bangsar.
Dia nak pergi mana Felisha membelok ke kiri menghala ke bangunan kedai.
Kereta Tajdid telah berhenti di depan sebuah restoran terkenal di situ. Felisha hanya memerhati dari jauh. Keretanya turut diparkir di sekitar kawasan situ. Dari jauh dia melihat Tajdid masuk ke restoran itu.
Hmmnak lunch la tu kut. Felisha capai bunga dari belakang bonet kereta. Dua jambak bunga gerbera jingga dan bunga ros putih dibawa ke kedai emas selang tiga buah dari restoran itu.
Selesai menghantar bunga, Felisha bergegas ke kereta semula. Dia cari kunci kereta dalam beg tangannya.
Mana pulak kunci aku ni Teraba-raba Felisha mencari kunci. Diselongkar dalam beg tangan.
Cik!!
Felisha mendongak. Sebuah kereta hitam cuba merempuh dari belakang. Terasa badannya dipeluk seseorang. Tergolek jatuh ke atas jalan tar.
Cik tak apa-apa
Felisha masih berpinar matanya. Dia mendongak. Cuaca terik dari sinaran matahari begitu silau.
Cik okey ke
Felisha masih panik. Pucat. Errsaya..saya okey..
Eh, cik tak okey ni. Tangan cik luka ni.
Felisha pandang siku lengan kirinya. Memang berdarah. Lengan baju kurungnya pun sudah koyak.
Tak apananti saya hantar cik ke klinik.
Lelaki itu cuba papah Felisha yang tergolek atas jalan tar.
Eh! Ni cik Felisha kan
Felisha pandang lelaki yang menolongnya tadi. Siapa
Saya Badrul. Err..tak apalah kalau cik Felisha tak ingat. Kita pergi klinik dulu. Luka tu dalam jugak tu. Badrul pegang lengan kanan Felisha.
Tak apa. Terima kasih. Saya bawa kereta. Kunci dalam beg tangan tu.Felisha tuding ke arah beg tangannya yang tercampak dekat tayar kereta.
TAJDID keluar dari restoran. Eh..tu macam Felisha. Kenapa lelaki tu peluk tunang aku
Tajdid bergegas ke tempat Felisha tapi tidak sempat, kereta Honda Accord kelabu milik Felisha sudah meninggalkan kawasan bangunan itu.
Hmm
Keretanya turut dipecut laju meninggalkan kawasan itu. Dia cuba mengekori kereta Felisha tapi tidak berjaya. Jalan raya begitu sesak.
Keretanya membelok ke kedai bunga Felisha. Dia perlu dapatkan kepastian dari tunangnya. Tidak mungkin membiarkan tunang sendiri bermesra dengan lelaki lain.
Sampai di deretan kedai, Tajdid terus ke restoran Selera Kampung. Menunggu Felisha di situ. Sempat dia pesan minuman.
Hmmdah sampai pun. Tajdid jeling jam di pergelangan tangannya. Hampir setengah jam dia menunggu di situ.
Matanya menala pula ke arah kereta Felisha yang baru diparkir. Hmmsiapa pulak lelaki tu Rasanya tadi lelaki lain. Tajdid mula rasa cemburu.
Dia hanya perhatikan tingkah Felisha dan lelaki itu yang kelihatan mesra dan beriringan menuju ke kedai bunga.
Hmmaku nak masuk kedai dia ke..atau biarkan saja dia dengan lelaki tu Tajdid masih berfikir. Dia tak nak Felisha berfikir yang dia cemburu buta. Dia perlu siasat.
Tajdid mula menapak ke kedai bunga Felisha. Dia perlu juga tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tidak mahu menjadi fitnah nanti kalau syak yang bukan-bukan.
Assalamualaikum!
Felisha mendongak. Dia menelan liur. Tajdid sudah tercegat di depan pintu bilik pejabatnya.
Waalaikumussalam.. Felisha sembunyikan lengan kirinya yang luka di bawah meja.
Err..Jaz, ni tunang aku, Tajdid. Felisha perkenalkan tunangnya kepada Jazman.
Tajdid dan Jazman mula bersalaman. Selamba Tajdid duduk sebelah Jazman berdepan dengan Felisha.
Hai! Saya Jazman. Bertuah awak dapat Sha ni. Jazman melirik pula ke arah Felisha.
Alhamdulillahmacam mana awak kenal FelishaTajdid mula bertanya.
Kami satu sekolah dulu.Jazman senyum lagi.
Err..kejap lagi dah nak lunch. Jomlah lunch sekali Felisha ajak Tajdid dan Jazman.
Tak apa lah. Saya dah kenyang. Ada apa awak jumpa Sha Tajdid mula rasa cemburu. Jazman dipandang tak berkelip.
Ohada hal sikit. Kebetulan Sha jumpa saya tadi. Kesian pulak saya tengok dia dah.. Belum sempat Jazman menghabiskan ayatnya, Felisha sudah beri isyarat. Memotong cakap Jazman.
Errawak dari mana tadi Felisha cepat-cepat tukar topik perbualan. Tajdid tak perlu tahu kejadian tadi.
Dari Bangsar. Sha okey ke Tajdid masih tidak puas hati. Felisha seperti sembunyikan sesuatu darinya.
Okeytak mengajar keFelisha cuba senyum.
Saya cuti hari ni. Kalau awak nak lunch, saya temankan. Tajdid bingkas bangun. Dia jeling Jazman yang masih duduk selamba di situ.
Err..Jaz, kau tak nak join ke Felisha turut bangun.
Tajdid hanya diam. Aku tunang dia ni tak pulak nak senyum mesra macam tu
Tak apalah. Korang pergilah. Lagipun aku kerja. Pasal tadi tu, aku akan update kau. Jazman mula melangkah keluar.
Tajdid hanya memerhati dari jauh, Jazman sudah menaiki sebuah kereta peronda polis. Dia polis ke
Shasiapa lelaki tadi Tajdid teringat pula lelaki yang memeluk Felisha di Bangsar tadi.
Lelaki manaFelisha mula berkerut kening.
Lelaki yang peluk awak! Tajdid sudah tidak dapat menahan rasa cemburunya.
Apa yang awak cakap niFelisha mendongak. Muka Tajdid sudah merah.
Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Awak tahu tak awak tu tunang saya Kalau awak nak peluk sangat, saya kan ada Tajdid mengetap bibir.
Astaghfirullah! Awak ni kenapa Felisha mula tinggikan suara. Apa kena dengan mamat ni Tak padan dengan lulusan agama, nak suruh aku peluk dia bagai Putus fius ke apa
Awak tahu tak haram bersentuh dengan lelaki yang bukan ajnabi. Awak tu tunang saya, apa kata orang nanti kalau ada yang nampak awak terang-terang peluk lelaki macam tu Tajdid mula menyinga.
Saya tak faham! Bila saya peluk Awak tu yang salah faham! Felisha turut mengetap bibir. Ya Allah..kenapalah aku dapat mamat cemburu buta macam ni
Saya nampak sendiri! Bukan salah faham lagilah! Kalau sebelum nikah pun awak boleh buat macam tu, macam mana lepas nikah nanti Tajdid tarik lengan baju kiri Felisha.
Aduh!! Sakit Muka Felisha berkerut menahan sakit. Darah masih lagi mengalir membasahi kain pembalut.
Ke..kenapa Sha Maafkenapa dengan awak ni Tajdid sudah panik. Felisha seperti menahan kesakitan.
Saya nak balik. Felisha mengesat air mata. Dia capai beg tangannya dan mula melangkah keluar dari bilik pejabatnya.
Ma..maaf. Saya tak maksud macam tu. Mungkin saya cemburu. Saya sayangkan awak. Tajdid mula minta maaf. Rasa bersalah kerana meninggikan suara pada Felisha.
Sudahlah! Saya nak balik! Ainul! Akak balik dulu. Jaga kedai ya! Laung Felisha sambil melangkah keluar menuju ke kereta.
Tajdid berlari mengejar Felisha yang sudah mula menghidupkan enjin.
Sha! Saya minta maaf! Laung Tajdid. Cermin kereta Felisha diketuk berkali-kali.
Felisha tidak hiraukan Tajdid. Keretanya dipandu laju meninggalkan kawasan itu.