BERITA mengenai Datin Rafeah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung akhirnya sampai kepada Nurul. Panggilan telefon daripada pihak hospital petang semalam menyesakkan dada. Nurul mengajak Fasha menemaninya ke hospital.
Mujur Fasha tiada halangan. Nurul berbuat demikian kerana risau jika adik-beradik Khairul ada. Mereka pernah melihatnya sewaktu dia tinggal di rumah arwah Harlina dulu.
Keadaan Datin Rafeah agak kritikal. Melihat wayar berselirat sana sini, Nurul jadi takut. Namun wajah wanita itu kelihatan amat tenang seperti tidak menanggung sebarang kesakitan.
Cik Nurul, doktor mahu berjumpa di bi-liknya, ujar seorang jururawat berbaju putih bersih.
Nurul segera menyusul mengikuti jururawat itu.
Masuk. Kedengaran suara memberi arahan selepas Nurul mengetuk pintu. Dia duduk di hadapan seorang doktor wanita. Tanda namanya kelihatan jelas bertulis Dr. Suria.
Awak Nurul
Iya, saya Nurul. Ada apa doktor memanggil saya
Begini, saya mahu menerangkan keadaan sebenar yang dihadapi oleh Datin Rafeah.
Sebentar doktor, sepatutnya doktor perlu menerangkan semua ini pada anak-anaknya. Saya ini hanyalah orang luar. Bolehkah saya mengetahui dahulu perkara ini. Nanti apa pula kata anak-anaknya.
Ini yang menjadi masalahnya sekarang. Pihak kami tak dapat menghubungi anak-anaknya. Talian telefon sentiasa tertutup. Mujur kami menjumpai nombor telefon awak di dalam buku kecil milik Datin Rafeah.
Oh, begitu. Apa sebenarnya yang berlaku doktor Nurul bersedia mendengar keadaan ke sihatan Datin Rafeah kerana tahu bagaimana penerimaan anak-anaknya jika mereka mengetahui kesihatannya yang tidak elok.
Melalui diagnosis yang telah dilakukan, kami mendapati tekanan jantung datin semakin tidak stabil. Mengikut laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak hospital pakar, datin telah menghidap penyakit jantung lebih 10 tahun, jelas doktor itu sambil tangannya membuka fail berkulit biru.
Habis, bagaimana dengan keadaannya sekarang
Pihak kami cuba untuk menyelamatkan datin, namun saya harap kita sama-sama berusaha dan ikhtiar. Serahkanlah segalanya pada Allah. Kita cuba lakukan yang terbaik. Sekarang ini pun, kesihatannya semakin menurun. Saya tak berani untuk menyatakan sesuatu yang saya sendiri tidak pasti ketentuannya.
Apa yang saya boleh buat sekarang doktor, jika saya boleh bantu, saya akan bantu.
Saya harap kita boleh sama-sama berdoa agar kesihatan datin pulih seperti sediakala walau pun sukar. Saya juga mahu minta tolong pada Nurul agar dapat menghubungi keluarga datin.
Nurul mengangguk dan berjanji akan cuba menghubungi anak-anak Datin Rafeah dengan segera. Kakinya melangkah lesu mendapatkan Fasha.
Apa kata doktor Fasha mendapatkan Nurul.
Entahlah. Tapi, keadaannya memang agak kritikal sekarang. Kita hanya mampu berdoa.
Kasihan. Tapi, apa kita nak buat sekarang
Aku nak telefon Khairul. Beritahu tentang maknya. Tadi, aku dah cuba hubungi adik-beradiknya namun tak dapat-dapat. Khairul saja yang belum.
Hm, baik kau telefon dia. Daripada cerita kau, aku pasti adik-beradik dia takkan mengambil berat hal datin. Kalau hal duit tu, lainlah. Fasha mendengus geram. Tangannya perlahan-lahan membelai rambut datin.
Malam ni, kau teman aku tidur di sini boleh Nurul mengajak Fasha untuk menemaninya di hospital. Hati Nurul ternyata berat untuk meninggalkan Datin Rafeah.
Iyalah, aku temankan kau. Tapi kita balik dululah, ambil baju.
MALAM itu mereka bermalam di wad hospital. Mujur esok hujung minggu. Dapatlah Nurul menjaga datin dengan baik.
Kau dah telefon Khairul soal Fasha.
Sudah, tapi tak ada jawapan. Mungkin dia sibuk agaknya.
Kasihan datin. Bila sakit macam ni, tak ada anak dan keluarga menemani. Masa anak-anaknya masih kecil, dia menemani mereka dan menjaga dengan baik. Tetapi bila dia terlantar sakit, anak-anaknya menjauhkan diri.
Aku tahu, tapi nak buat macam mana lagi. Kita dah hubungi anak dia, mereka yang tutup handset. Lainlah kalau kita tak berusaha. Aku pun dah buntu. Tinggal Khairul saja harapan kita sekarang.
Kau berehatlah, Nurul. Dari siang tadi, kau ke hulu ke hilir uruskan proses pembedahan datin. Muka kau dah pucat. Biar aku pula yang jaga.
Tak apa, Fasha. Aku takut apa-apa jadi pada datin waktu aku tidur. Aku tak nak dia pergi tanpa ada sesiapa di sisinya. Biarlah aku jaga dia.
Hm, kalau macam tu aku keluar dulu. Nak beli air kat kantin bawah. Kau nak pesan apa-apa
Samalah dengan kau.
Fasha meninggalkan Nurul berdua den gan datin. Terbayang di mata Nurul saat ibunya me ninggal dunia dulu. Dia tertidur sewaktu si ibu menghembuskan nafas yang terakhir. Rasa ter kilan menghantuinya selama bertahun-tahun.
Tangan Datin Rafeah bergerak-gerak. Jarinya terangkat seakan mencari sesuatu. Perlahan-lahan matanya terbuka.
Datin
Nurul segera mendapatkannya. Penutup oksigen dibuka agar dia dapat mendengar bisikannya. Kata-katanya amat lemah. Seakan tidak mengeluarkan sebarang suara. Nurul, jaga... Khairul. Nurul melongo.
Jaga Zafirah....
Datin
Khairul.
Mata datin tertutup kembali. Segera Nurul meletakkan penutup oksigen di mulutnya. Namun pergerakan nadi wanita itu sudah tiada. Nurul menekan tombol yang terpasang di dinding. Air mata Nurul mengalir deras. Dia tahu apa yang berlaku.
Kedatangan doktor dan jururawat sudah tiada erti lagi. Datin Rafeah telah pergi meninggalkan dunia ini dengan wajah yang tenang. Fasha kembali sewaktu kain putih telah membaluti tubuhnya.
Nurul suara Fasha bergetar.
Nurul mengangguk. Tangisan semakin kuat memenuhi ruang wad.
KHAIRUL menerima berita pemergian ibunya dengan reda. Daripada-Nya kita dijadikan dan kepada-Nya juga kita dikembalikan. Kata-kata Ustaz Zuhdi tersemat kuat di ingatan. Semalam, setelah mendapat panggilan telefon daripada Nurul, dia bergegas pulang agar sempat melihat jenazah ibunya dan menguruskan pengke bumiannya. Langsung dia tidak bertanya bagaimana Nurul boleh mendapat nombor telefonnya.
Perjalanan yang jauh terasa begitu menyeksakan. Namun sepanjang perjalanan, bibirnya sentiasa basah dengan zikir dan asma Allah SWT. Tidak seperti kematian isterinya, kali ini dia lebih tenang dan bersedia menerima berita kematian itu dengan rasa insaf.
Sampai sahaja di rumah, Khairul segera ke rumah Hajah Tuminah untuk mengambil Zafirah. Sejak Datin Rafeah dimasukkan ke hospital, wanita yang baik hati itulah yang menjaga Zafirah dengan baik. Selesai menguruskan Zafirah, Khairul bergegas ke hospital untuk menguruskan jenazah ibunya.
Ke mana kau menghilang selama ni tegur Fakrul.
Abang tak ke mana. Ada di sini juga. Sekadar mencari ilmu akhirat.
Ah, ilmu akhirat kita boleh cari. Tiap-tiap tahun kau bayar zakat, derma, sedekah sana sini.
Itu belum cukup, Fakrul. Hati abang tak pernah tenang. Abang tercari-cari nikmat hidup sebenar. Selama ni, abang begitu mengagungkan ilmu dan teori barat yang abang belajar. Tak pernah tergerak di hati abang untuk mempelajari ilmuilmu islam yang sebenarnya menjadi perisai diri abang. Abang terasa rugi. Alangkah kesalnya jika abang pergi dalam diri tak siap mengadap Allah, keluh Khairul.
Buku-buku banyak berlambak kat kedai. Cakap saja nak buku apa semua ada. Tak payah nak pergi jauh-jauh sampai biarkan mak tinggal sendiri kat rumah. Mak mati sebab kau. Kalau kau ada, sakit pening mak terjaga. Kau boleh bawa mak pergi hospital kalau mak sakit. Ni tak, tibatiba dapat berita mak dah tak ada, celah Azura.
Abang kan pergi belajar. Kamu bertiga ada, takkan kamu nak harapkan abang juga. Kita patutnya sama-sama jaga mak. Abang dah jaga mak selama ni. Apa salah, sepanjang abang tak ada, kamu gantikan abang untuk tengok-tengokkan mak.
Ah, kau tu anak yang sulung. Mak pula duduk rumah kau. Kau yang patut jaga mak, Linda memulangkan paku buah keras.
Abang tahu mak duduk rumah abang. Abang dah cuba jaga mak dengan baik. Mak tu mahu kasih sayang dan perhatian dari kita. Abang nak tanya, kamu sendiri berapa kali jenguk mak Lima bulan sekali baru nampak muka. Itu pun datang jumpa mak bukan nak tanya khabar sihat ke tak, ni asyik-asyik minta duit. Kamu semua fikir mak itu tabung bank, boleh keluarkan duit bila-bila masa kamu semua suka Abang paling tak berkenan dengan sikap kamu bertiga,Khairul ternyata sudah tidak mampu menahan sabar.
Habis, kami ini masih bawah tanggungjawab mak. Duit mak tu kalau tak kami yang habiskan siapa lagi. Kami ada hak. Mak pun tak pernah merungut, ni kau pula nak bising. Kau sebenarnya cemburu, kan Sejak kau kahwin dengan Harlina, mak tak pernah ambil tahu hal kau. Bila Harlina dah tak ada, dan mak duduk di rumah kau jangan kau ingat boleh bolot seluruh harta mak. Azura mencebik sambil berdiri mencekak pinggang.
Khairul dah malas mahu bertengkar dengan adik-adiknya. Sepatah dikata, berpuluh-puluh kata yang dijawab mereka.
Abang minta maaf jika abang salah. Abang....
Alah, sudahlah. Mak dah tak ada. Tak guna kau nak minta maaf. Sekarang ni, kami nak bincang tentang harta peninggalan arwah mak. Biar urusan pembahagian harta selesai dengan cepat, usul Fakrul. Fakrul memang tak sabar menerima bahagian harta miliknya. Syarikatnya sudah hampir bankrap kerana hutang yang masih tidak berbayar.
Fakrul, mak baru meninggal. Tak elok kita bincang hal harta. Tunggulah dulu. Abang janji akan uruskan hal ini tapi bukan sekarang. Khairul cuba memujuk adik-adiknya.
Baik, kami tunggu. Seeloknya kau uruskan harta keluarga kita secepat yang mungkin. Aku bagi tempoh tiga bulan. Kalau urusan masih tak selesai, aku yang akan uruskan. Fakrul melampiaskan rasa marahnya.
Mereka bertiga pulang setelah Khairul berjanji akan menguruskan hal harta pusaka milik keluarganya. Khairul benar-benar terkilan dengan sikap adik-adiknya.
Ya Allah, cucurilah roh ke dua ibu bapaku.
Ringankanlah azab seksa yang Kau beri pada mereka. Aku sungguh takut kerana dosa anak akan mengheret ayahnya ke neraka.
LINDA berpeluk tubuh. Sudah dua jam dia duduk di bilik Fakrul. Rasa rimas duduk lama-lama menyebabkan dia membuka laptop milik Fakrul. Fail bertulis Khazanah menarik perhatiannya. Lantas, dia membukanya tanpa terfikir suatu rahsia besar yang membabitkan keluarganya akan terbongkar.
Apa ni desis Linda.
Di dalam fail itu, terdapat tiga dokumen. Linda menekan dokumen pertama. Ternyata, dok umen itu mengandungi surat-surat perjanjian pertukaran nama hak milik tanah. Dokumen kedua pula mengandungi laporan perniagaan anak-anak syari kat milik keluarganya di luar ne gara. Tangan Linda terhenti.
Bagaimana Fakrul boleh mendapatkan semua laporan ni, sedangkan semua staf di Jepun, Hongkong dan Indonesia tidak akan membocorkan rahsia syarikat Linda tertanya-tanya di dalam hatinya. Tangannya kembali bergerak. Dia membuka dokumen ketiga. Surat beranak dan kad pengenalan dia, Azura dan Khairul terpampang di skrin komputer. Dia tidak mampu berfikir, bagaimana Fakrul mendapatkannya. Hal ini tentunya memeranjatkan Linda.
Sejauh mana rancangan Fakrul sebenarnya Segala persoalan semakin banyak bermain-main di fikirannya.
Bunyi tapak kaki semakin hampir. Linda cepatcepat memadamkan kembali komputer tersebut.
Azura masuk lalu menghempaskan badannya ke sofa. Dah lama sampai tanyanya.
Dah berjanggut pun tunggu, bayang dia pun tak nampak lagi. Kau pula kenapa lambat Linda memerhati Azura. Fikirannya masih terganggu. Dia takut andai Azura juga terlibat sama dengan rancangan Fakrul.
Aku ada mesyuarat tergempar tadi. Staf aku buat masalah pula. Tiba-tiba je bulan ni dah sepuluh orang staf berhenti kerja, keluh Azura.
Eh, kenapa
Entahlah. Tapi aku dah suruh orang-orang aku selidik hal ni. Susah aku sekarang. Makin hari makin banyak masalah dalam syarikat tu. Kau pula macam mana, okey
Aku pun samalah. Macam-macam hal. Linda pula mengeluh menceritakan masalahnya.
Tiba-tiba pintu dibuka. Serentak mereka memandang ke arah yang sama.
Hellooo.... Fakrul melangkah masuk dan berhenti di hadapan mereka. Badannya disandarkan ke meja.
Maaflah. Aku keluar kejap. Ada hal. Fakrul tersenyum.
Kau kalau ada hal beritahulah. Tak adalah aku tunggu berjam-jam, tegur Linda. Kadangkadang meluat juga dia dengan sikap Fakrul.
Ni, ada hal apa kau panggil kami ke mari Azura meredakan suasana. Fakrul duduk di sebelah Azura.
Kau orang mesti tengah susah sekarang, kan Fakrul menjentik tangannya.
Mana kau tahu Linda mencelah.
Aku pun macam kau orang juga. Masingmasing ada masalah. Jalan penyelesaiannya sekarang dah ada di depan mata.
Kau tak payah berkias-kiaslah, Fakrul. Cakap terus-terang. tegas Azura.
Fakrul terdiam.
Aku dah upah seorang peguam untuk uruskan harta pusaka keluarga kita. Nak tunggu Si Khairul tu, uh bertahunlah.
Boleh ke kau buat macam ni Tahu Si Khairul, marah dia.
Aku kan dah cakap, kalau dia lambat uruskan hal ni biar aku yang buat. Aku dah pesan kat dia. Tengok sekarang, dia tak buat apa-apa. Tak ada sebarang tindakan. Nak tunggu apa lagi
Alah, harta mak dan ayah tu takkan pergi jauh. Tak lari. Nanti jatuh pada kita juga. Azura mengingatkan Fakrul.
Aku tahu, tapi dengan jalan ni saja dapat kukuhkan syarikat aku, kau dan Linda. Wang mam pu beli segalanya. Aku nak buka anak syarikat baru di Thailand. Kalau kita tak ada wang, orang takkan pandang. Usaha saja tak cukup, tegas Fakrul. Dia benar-benar mahu harta keluarganya dibahagikan dengan cepat.
Jadi, sekarang kau dah cari peguamlah.
Ya, segalanya aku dah uruskan. Kita tinggal tunggu saja. Jangan risau okey, segalanya berjalan dengan lancar. Kalau harta tu tak jatuh ke tangan aku juga, aku ada rancangan lain. Fakrul menepuk tangannya tanda puas.
Linda hanya melihat gelagat Fakrul dengan pan dangan tajam.