MACAM mana
Bahu Afiqa diusap Katrina. Afiqa sempat meneguk sedikit air mineral sejuk itu sebelum menjawab
pertanyaan Katrina dengan anggukan kecil sahaja.
Kau kenapa tak call aku Kalau kau dah takut macam tu, kenapa kau tak bagitahu aku langsung Lembut Katrina bersuara.
Aku aku tak tahu, Rina. Masa tu, otak aku beku sekejap. Tak tahu sebenarnya apa yang patut aku lakukan.
Kau tak nak report polis
Afiqa menggeleng laju.
Jangan, Rina. Aku tak kuat. Aku pasti yang dia masih ada dekat sekitar sini aje. Mungkin dia sedang tengok aku. Nanti kalau aku report, pasti lebih teruk jadinya.
Katrina menghela nafas. Tampak bagaikan teruk pula melihat keadaan gadis itu tika ini. Tangan Afiqa diraih Katrina lalu ditarik ke dalam pelukannya. Jelas dia dapat merasai gigilan tangan Afiqa.
Tenang, Fiqa. Ingat Tuhan... istighfar banyakbanyak.
Erat Afiqa membalas pelukan Katrina. Rasa nyaman apabila diperlakukan seperti itu. Sememangnya dia amat memerlukan dorongan seseorang.
Tak sangka lepas aku kahwin dengan Airish, macam ni pulak gayanya.
Kenapa..., kata-kata Katrina termati di situ apabila Afiqa memotongnya laju.
Aku bukannya menyesal kahwin dengan Airish. Cuma kenapa bila hati aku dah mula sayang seseorang, semua ni terjadi Apa salah aku Kenapa Tuhan hukum aku macam ni
Ya, Allah! Apa kau cakap ni, Fiqa
Bahu Afiqa ditarik Katrina menghadap wajahnya. Diangkat kepala Afiqa agar mata mereka bertentang sesama sendiri.
Jangan cakap macam tak ada iman. Kau siapa nak tuduh Tuhan hukum kau Kau bodoh ke Tak pernah dengar tentang ujian dalam hidup Dalam setiap perhubungan takkan disulami dengan keindahan sentiasa. Kau mesti ingat, hujan di tengah hari akan membuahkan pelangi.
Afiqa berdiam lama.
Jangan kau cakap macam kau andaikan Tuhan itu kejam, Fiqa. Tuhan berlaku adil pada semua hamba-Nya. Semakin banyak ujian, semakin sayang Tuhan pada kita.
Kau jangan lemah macam ni!
Afiqa mula beristigfar. Menyedari ketelanjuran katakata sendiri. Mujurlah ada Katrina yang menyedarkannya.
Be strong Fiqa! Be strong.
Afiqa mengangguk. Linangan air mata ditahan. Hatinya kuat berdoa agar suatu hari nanti perhubungannya dengan Airish tetap utuh dan semoga Airish juga mencintai dirinya. Dia berharap, sungguh dia berharap.
KAU pasti nak balik ulang Katrina lagi.
Afiqa mengangguk.
Kau tidur rumah aku malam ni nak pelawa Afiqa pula.
Katrina yang tenang memandu mengalihkan pandang pada Afiqa di sebelah. Kat mana Rumah horror tu
Afiqa yang mendengar kata-kata Katrina, mencubit lembut di bahu gadis itu. Jahatlah kau ni. Mana ada horror!
Kenapa pintu pagar tak berkunci terjah Afiqa tatkala kereta Katrina membelok masuk ke lorong ke arah rumahnya.
Gear kereta terus ditolak ke arah mode P. Kereta Katrina diparkir agak jauh dari pintu pagar rumah tersebut. Mata mereka terarah pada pintu pagar rumah Airish yang terbuka luas itu. Panjang leher Katrina memerhatikan sekeliling. Takut-takut, jika ada sesuatu yang mencurigakan.
Biar aku pergi tengok, segera Katrina menghalang tindakan Afiqa.
Eh, bahayalah kau pergi sorang-sorang. Tunggu aku.
Afiqa mengangguk sahaja. Katrina memegang erat tangan Afiqa. Langkah mereka seiring bersama, ingin mendekati pintu pagar rumah Airish. Baru jejakan pertama bertapak di situ, mata Afiqa terarah pada deretan kereta di situ. Dibelek satu persatu kereta yang berada di situ. Telahannya tepat! Kereta Audi S4 ada berlabuh di situ. Bermakna.
Airish dah balik Katrina mengangkatkan keningnya. Afiqa hanya menjungkitkan bahunya, tanda tidak mengetahui apa-apa.
Aku tak tahu. Patutnya esok baru balik.
Habis, kereta-kereta ni semua siapa punya mata Katrina tidak henti-henti memerhati deretan kereta di situ. Bukannya deretan pun hanya ada empat kereta di situ, termasuk dengan kereta Airish.
Kalau kau nak balik pun okey, Rina. Aku rasa aku dah selamat sekarang.
Kau halau aku, ke Katrina mengetap bibirnya. Baru sahaja ingin bergurau tapi melihat wajah serius Afiqa terus tidak jadi dibuatnya.
Betul ni
Afiqa mengangguk sahaja. Katrina tanpa ada banyak bicara, cuma menurut kata-kata Afiqa. Langkahnya kembali ke arah di mana letaknya keretanya. Kaki Afiqa perlahan-lahan disusun menuju ke arah pintu utama rumahnya yang terbuka luas.
Kenapa ni Ada apa-apa yang berlakukah Ah, tak ada apa-apa kut. Mungkin ini hanya kereta kawan-kawan Airish. Sebut sahaja nama Airish telah membuatkan hati Afiqa berlagu riang. Tidak tertahan rasanya menanggung sesak nafas rindu pada Airish. Huh, kalau tahu dek Airish, memang matilah dia!
Tanpa bertingkah, laju kaki Afiqa melangkah ke sana. Lebar senyumannya sambil melangkah sehingga terserlah gigi putihnya.
Airish!
Terasa ingin sahaja dilaung nama itu saat tubuhnya masuk ke dalam perut rumah. Namun, niatnya terbatal tatkala matanya terarah pada wajah-wajah di dalam sana. Wajah itu sungguh serius sehingga mematikan senyuman lebar di bibir Afiqa. Liurnya ditelan.
Datuk Tengku Syahir.
Rasa teruja dalam jiwa Afiqa langsung mati. Diganti pula dengan debar yang mula menggila.
Satu persatu wajah diperhati. Datuk Tengku Syahir, Datin Fariza, Bella, Airish, Dhia Anna dan seorang lelaki di sebelahnya tidak pula Afiqa kenali. Masing-masing kelihatan tercengang seketika dengan kedatangannya ke sini.
Eh, kejap! Dhia Anna Apa yang gadis itu buat di sini
Oh, di mana kita tadi sapaan Datuk Tengku Syahir menyambung kembali perbualan antara mereka.
Airish, perkenalkan ini Dhia Anna.
Apa papa ni Airish, tahu ini Dhia.
Mencerlung tajam mata Datuk Tengku Syahir pada Airish. Suara Airish yang seakan membentak itu diberi amaran. Bella dan Datin Fariza hanya menjadi pendengarnya sahaja.
Bila kita nak langsungkan pertunangannya, Dato Sulaiman
Membulat mata Airish saat mendengar papanya berkata sedemikian. Pertunangan Dengan Dhia Afiqa yang terpaku pula, langsung gugur jantungnya.
Saya ikut aje. Semuanya bergantung pada Dhia.
Kini semua mata memandang Dhia. Termasuk Airish. Tajam matanya mencerlung pada mata Dhia, memberi amaran agar gadis itu berkata tidak mahu. Sayangnya, Dhia membalasnya dengan anggukan
Saya ikut aje kehendak Airish, uncle. Mana tarikh dia minta, semuanya saya setuju.
Panas hati Airish saat mendengarnya. Tubuhnya tegak berdiri menghadap semua. Pandangannya lurus ke hadapan.
Kenapa, Airish soal Dato Sulaiman. Hatinya sudah menganggak apa yang bermain di minda lelaki itu. Cuma, dia berlagak bodoh. Demi kebahagiaan anaknya, dia terpaksa berbuat begitu. Senyumannya diukirkan sahaja.
Pa! Kenapa Airish kena bertunang
Kepala Datuk Tengku Syahir diangkat tinggi, yang pasti tidak akan menentang pandang pada mata anaknya.
Dont worry, Dato Sulaiman. Lambat atau cepat, saya akan pastikan pertunangan ni akan tetap berlangsung.
Kata-kata Datuk Tengku Syahir disambut dengan gelak tawa daripada Dato Sulaiman.
Pegang kata-kata saya, Dhia dan Airish tetap akan disatukan nanti.
Terasa tubuh Airish begitu longlai. Mendengar
cara papanya berkata-kata, bagaikan sukar untuk dia membantah.
Wajah Dhia dipandang. Wanita itu tersenyum manis padanya. Kalau sesiapa yang melihatnya pasti akan terpesona. Tapi, bagi Airish senyuman itu sungguh menjengkelkan. Dialihkan matanya memandang Afiqa di hujung sana. Wajah gadis itu kosong. Langsung tiada ekspresi di situ. Mata mereka bersabung. Afiqa mengukir sedikit senyuman lambat-lambat di bibirnya. Beg tangannya yang hampir-hampir ingin melorot jatuh segera digengam seerat mungkin. Lututnya terasa tidak kuat untuk berdiri. Terasa lemah kakinya ingin terus berdiri tegak memandang semua manusia di sini.
Kecewa dan sedih. Itu yang dirasakan Afiqa. Sedari tadi, tiada satu orang pun yang menyambut kedatangannya di sini. Seolah-olah dia ini adalah manusia halimunan ataupun hanya roh tanpa jasad di sini. Siapakah dia sebenarnya di mata mereka Mata yang terasa seperti berkaca-kaca dilarikan pandangannya, ingin mengelak air mata itu dari menitis lagi.