Aku belek novel tu yang disusun rapi di rak. Aku baca sinopsis. Ingat nak baca isinya tapi niat aku dimatikan. Novel tu rapi dibalut plastik. Apa yang menariknya novel ni
Aku : Awak suka warna ungu ek
CapitalM : Ha Kenapa Kenapa awak tanya
Aku : Awak pakai baju kurung warna ungu hari ni. Tu la,sibuk sangat berbual dengan kawan.
CapitalM : Eh mana awak nampak Tak perasan awak pun.
Aku : Ada tadi masa Fiz nak keluar dari pagar. Dia tu sibuk sangat sampai tak pandang orang sekeliling dah.
CapitalM : Hee, sorry2. Tak perasan. Awak dah ke PWTC
Aku : Dah dengan kawan tadi. Ingat nak tegur tapi awak sibuk berbual tadi. Biarlah. Malas nak tegur.
CapitalM : Ala, sorry k. bestnya pergi pesta buku. Awak jangan lupa makan tau. Jangan nakal-nakal okay.
Aku : Jangan risau k. Eh hari tu cakap ada nak beli novel. Apa tajuknya
CapitalM : Eh awak nak buat apa
Aku : Ala cakap jela.
CapitalM : Lafazkan Kalimah Cintamu Siti Rosmizah
Aku : Okay
CapitalM : Kenapa wak
Aku : Nanti awak amik novel tu dari Fiz k. Fiz belanja.
CapitalM : Awak, jangan. Saya tak nak. Kalau awak beli, saya tak nak.
Aku : Kalau awak tak nak amik, Fiz buang. Senang. Awak nak macam tu kan
CapitalM : Tak nak. Bukan macam tu wak. Saya bukan tak sudi. Tapi tak nak menyusahkan awak. Saya malu, seganlah. Nanti biarlah saya cari sendiri novel tu okay.
Itulah antara kenangan aku dan CapitalM. Bila nampak novel tu dekat POPULAR, aku tak boleh nak elak daripada terus teringat dekat dia. Tapi aku lega. Sebab novel yang dia nak sangat tu dah berjaya aku dapatkan. Walaupun pada awalnya dia menolak, tapi aku berkeras. Dan kini aku tak menyesal Andainya aku turuti apa yang dia kata dulu, pasti sesalan itu tak sudah. Aku hanya mahu yang terbaik untuk dia. Aku harap dia bahagia. Bila dah berjauhan begini, tiada apa lagi yang mampu aku lakukan. Aku harap novel tu mampu memberi kenangan manis untuk dia daripada aku.
Hoi, berangan! Arep
Ish kau ni. Dah la datang lambat banyak. Tak beri salam. Saja nak bagi aku sakit jantung. Nak aku mati cepat ke Haa Aku
Ala Piz, aku gurau jela. Kau macam tak kenal aku. Novel apa ni Kau nak beli ke Kau ni dari dulu lagi tak pernah berubah. Banyak dah koleksi novel kau Kau tak bosan ke baca novel Kalau akulah, boleh berbulu mata. Dah la semua tulisan. Kecik-kecik pulak tu Arep
Novel ni lain Arep. Memang nak beli tapi aku tak sedia lagi. Nantilah Aku
Aik, beli novel pun boleh ada sedia atau tak sedia. Haa. Dah macam nak lumba lari pulak Arep
Bukan macam tu. Ada kenangan di sebalik novel ni. Aku tahulah kau orang math. Memang tak minat benda-benda macam ni. Aku ni orang bahasa. Memang ni bidang aku Aku
Ha, yela-yela pak cik. Habis ni kau nak beli tak Arep
Nantilah. Kau dah makan belum Jomlah melantak Aku
Tahu pun. Aku dah kebulur ni Arep
Jomlah Aku
Kami keluar dari POPULAR. Nak cari tempat makan yang sesuai. McD dan KFC muak. Kadang-kadang kalau makan dekat situ, sampai dah tak rasa apa-apa. Sebab dah selalu sangat makan. Tapi kalau ada yang nak belanja, aku okay je.
Semalam aku online. Yela, rumah aku dekat luar Bandar. Jangankan kata line internet. Line telefon pun jarang-jarang ada. Pilihan yang ada, aku pergi cc jela. Nasib baik ada cc. Kalau tak, boleh gila. Kenapa aku cakap gila Aku percaya dalam zaman sekarang ni, internet dah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup. Ibarat makan nasi. Kalau sehari tak makan nasi, memang macam ada yang tak kena.
Aku bukak twitter. Macam biasalah. Masing-masing tengah sibuk dengan Euro2012. Menariklah jugak. Ada yang cakap team tu tak patut menang, ada yang cakap team tu memang patut kalah. Tak kurang jugak yang salahkan pengadil. Berat sebelahlah, tak adillah. Tapi itulah bola sepak. Hakikat. Aku pun tak puas hati bila England seri pada perlawanan pertama peringkat kumpulan. Kalau tengok pada game, banyak peluang England boleh score. Tapi macam-macam boleh jadi, sebab bola itu bulat. Kan
Selain daripada timeline yang sibuk menceritakan tentang Euro2012, aku tengok ada yang mention aku. Nama dia aku tak familiar sebelum ni. Tak pernah nampak. Aku stalk profil dia. Aku tak follow dia. Dia pun tak follow aku. Takkan CapitalM kot. Memang aku dah unfollow dia. Since dia unfollow aku dulu. Tapi bila aku baca semua tweet dia, confirm tu memang CapitalM. Aku kenal ayat-ayat dia. Nama Amir dan beberapa lagi mutual friends pun ada follow dia. Aku tergamam. Terpaku. Masa ibarat terhanti. Aku baca berulang kali tweet dia,
@TintaPenaQ : terlalu banyak perpisahan hingga tak jumpa penghujungnya... #Lelah
Tapi kenapa dia mention aku Dari apa yang dia tulis, nampak seperti dia sedang bersedih. Tak bahagiakah dia bersama Rizman Atau dia ada masalah lain Rindukah dia pada aku Perlukah aku menghubungi dia Tak tak. Perjanjian kami masih lagi berbaki enam hari. Kalau pun perjanjian itu sudah tamat, aku tak rasa aku mahu terus menghubunginya. Aku risau. Aku gusar sekiranya dengan kehadiran aku semula akan merosakkan kembali apa yang sudah dia dan Rizman mulakan. Mungkin kalau aku mencarinya kembali, lagi banyak hati akan terluka. Lagi banyak sedih dan hiba. Dan tak mungkin kalau aku akan terus kecewa.
Aku : Salam. Dia tak jadi tunang ke
Amir : Wslm. Eh mana aku tahu kau mesejlah dia. Kenapa tanya Macam kecewa je..
Aku : Eh tak naklah aku mesej dia. Entah-entah, dia tengah bahagia sekarang ni. Aku pun tak tahu nak buat apa sekarang ni. Mak Abah aku pun dah bising ni. Suruh bawak dia balik rumah. Diorang nak tengok.
Amir : Ha, okaylah tu. Lagi senang. Haa
Aku : Pandailah kau. Dia tu bakal tunang orang. Aku pun dengan dia dah ak macam dulu lagi. Stress aku. Aku perlukan dia. Rindu dia. Entahlah..
Amir : Hey rilekslah. Ramai lagi perempuan dekat luar sana..
Aku tak reply. Dia ingat aku ni murah sangat. Senang-senang nak jatuh hati dengan orang lain. Lainlah kalau hati dan perasaan aku ni macam computer. Boleh delete bila aku dah tak perlukan lagi. Geram aku. Ingat bolehlah nak mengadu, ni dia pulak buat lawak kurang bijak dengan aku. Dah la, aku stress ni, memang aku tak layanlah.
Memang aku perlukan dia. Aku rindu dia. Hubungan kami pun tak pernah putus. Cuma masa yang akan membuatkan aku dan menilai perasaan masing-masing. Secara jujurnya, aku memang nak dia kembali pada aku. Kadang-kadang aku jadi tamak. Aku tak nak berkongsi dia dengan orang lain. Tapi bila dia mention aku dekat twitter, dengan ayat yang macam tu, aku tahu dia ada masalah. Dia tak gembira. Sebab aku boleh rasa. Aku ada naluri yang kuat tentang dia. lebih-lebih lagi bila kami dah berjauhan dengan dia.
Memang aku tak suka Rizman. Walau pun aku yang menjadi orang ketiga dalam hal ni, tapi dia takde hak nak buat macam tu dekat CapitalM. Dia takde hak nak menduakan CapitalM. Itu antara sebab kenapa susah sangat aku nak tinggalkan CapitalM. Aku tak nak dia bersedih lagi. Walau apa pun yang terjadi lepas ni, aku Cuma harapkan kebahagiaan dia. Percayalah, walau aku tak suka pada Rizman, aku tak pernah mendoakan yang buruk-buruk dengan hubungan mereka. Aku cuma harap dia dapat menjaga CapitalM. Memberi kebahagiaan yang sepatutnya pada dia. bukan melukakan hati dia atau terus-terus menyakiti dia.
Aku duduk termenung angkara satu tweet. Hidup aku terus tak keruan. Hati aku berdebar. Otak aku bercelaru walau mata aku tajam memandang pada skrin computer.
Apa yang aku boleh buat Cuti pun dah nak habis. Kami akan dekat semula. Bagaimana kalau aku dan dia terserempak Itu tak mustahil sebab kami satu kampus. Student pun tak sampai seribu orang. Macam mana reaksi dia aku pulak macam mana nak hadapi dia Tabahkah aku nak tengok dia lagi Ah, aku terlalu fikirkannya.
Ha tengok tu, termenung lagi Arep
Eh mana ada. Dah kau senyap je, aku pun senyaplah. Haa Aku
Eh cari kerusi kejap. Penatlah berjalan Arep
Dekat sana tu ada Aku
Kitorang pun lepak dekat kerusi. Lepas makan tadi, kami terus Zuhur. Nak balik rumah pun, awal lagi. Tengok orang lalu lalang. Karenah orang yang pelbagai memang menghiburkan hati. Aku senyum nipis.
Kau kenapa Arep
Entahlah. Kenapa selalunya bila kita suka dekat seseorang tu, mesti dia reject kita. Tapi bila ada yang suka, tak pulak kita terhegeh-hegeh nak dekat dia Aku
Ayat macam frust je Arep
Aku bukan nak salahkan takdir. Nak kata frust tu, dah lali. Sampai kadang-kadang dah tak rasa apa-apa. Kau dah habis belajarkan Bila nak kahwin Pergilah kahwin. Belajar habis dah. Kerja pun dah ada. Awek kau tu nanti kena rampas baru kau tahu. Jangan tunggu lama-lama Aku
Awek Aku ada awek Dah berakhirlah. Baru je Arep
La yeka Sorry wey, aku tak tahu. Kau pun tak cerita Aku
Takkanlah aku nak cerita dekat satu dunia. Haa Arep
So, welcome to the clublah. Haa Aku
Kau pulak apa cerita Arep
Aku Entahlah. Masih mengharap cinta pertama kot. Haa Aku
Eh takkanlah. Dekat tempat belajar kau tu, takkan takde yang sangkut. Kau tahu tak, profession kau nilah yang paling senang nak cari partner. Banyak masa lapang Arep
Pandailah. Mana kau buat kajian ni Kalau betul apa yang kau cakap ni, kenapa aku masih single Aku bukanlah desperate okay. Tapi aku nak juga rasa kebahagiaan tu. Hm, biarlah. Aku pun belajar dua tahun lagi. Panjang lagi perjalanan tu Aku
Lama jugak aku berbual dengan Arep. Dalam pukul 4.00 petang aku baru gerak balik. Macam-macam yang kami cerita. Daripada cerita kolej sampai cerita isi hati. Begitulah aku kalau jumpa dengan dia. jumpa pun time cuti je. Masa jumpa ni lah nak korek rahsia. Tanya perkembangan masing-masing. Sebab dia antara kawan sekolah dulu yang masih keep in touch dengan aku. Terima kasih kawan.
Aku harap ada berita baik bila semester baru bermula nanti. Aku harap..