MY SWEET ARISSA - 32
JADI benarlah... selama ni akak tipu saya! keras suara Puan Hanim.

Mana aku ada tipu kau! bentak Puan Talha di sebelah sana.

Habis tu yang Naim dan Wafa tu apa soal Puan Hanim geram.

Sejak semalam dia menahan sabarnya. Maknanya bukan salah Hakimi bernikah. Dan benarlah telahannya selama ini, Wafa dan Naim memang punya hubungan biarpun Wafa tidak mengaku secara langsung. Wafa sudah berpacaran dengan Naim semasa mereka dalam pertunangan.

Apa Puan Talha seperti terkejut. Naim!

Ooo... akak tak tahulah Atau buat-buat tak tahu! tempelak Puan Hanim.

Apa ni! tempik Puan Talha di sebelah sana.

Pandai sungguh akak, ya Perangkap saya suruh bagi lima belas peratus syer saya. Bila Hakimi nikah akak salahkan saya dan Kimi... tapi, anak akak tu senyap-senyap dah berkasih sayang dengan anak saudara saya, perangkap anak saudara pula! Puan Hanim ketawa.

Pandai sungguh dua beranak itu merangkap dia dan suaminya. Bukan calang-calang orang mereka perangkap. Dua-duanya waris Hotel Sweet Arena yang punya cawangan di bandar-bandar utama Malaysia dan sebuah di Qatar. Terasa dirinya sudah diperbodohbodohkan oleh kedua beranak itu selama ini. Apa Apa ni Akak tak faham Siapa Naim Puan Hanim ketawa lagi.

Hai, takkan Naim pun akak tak tahu Selarnya. Pandai Wafa. Berlagak baik, sopan, santun... mama dia perangkap Hakimi. Si anak perangkap Naim pula! Baik punya pelan ya. Dua dalam satu! Sindir wanita itu lagi. Hatinya panas bila mengingatkan kisah semalam. Ikutkan hatinya mahu sahaja dicili-cili mulut Wafa yang asyik menyebut Naim dari mula masuk ke rumah sehingga balik ke hotel. Macamlah si Naim tu baik sangat. Tak tahu macam mana buaya tembaganya lelaki itu.

Haa! Terkejut Puan Talha di sebelah sana. Apa ni Cuba cerita Hanim. Aku tak tahu hujung dan pangkal yang kau cakap ni! Selar Puan Talha di sebelah sana.

Kenapa tak tanya Wafa sendiri! Segera diputuskan talian telefon bimbitnya lalu diletak dengan kasar di atas meja makan.

Dia memandang sekitar ruang tamu itu. Terasa begitu sunyi sekali. Encik Razali sudah pun keluar bersama Arissa tetapi tidak tahu ke mana. Keduanya tidak langsung beritahunya. Hakimi awal pagi sudah ke pejabat. Dan tinggal dia bersama Mak Cik Ruhaya.

Arissa ni! Siapa si Arissa ni Soalnya sendiri.

Sejak mula melihat gadis itu dia sudah rasa sesuatu. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan. Tidak tahu apa. Mengapa. Dia seperti melihat sesuatu tetapi tidak pasti. Puan Hanim melangkah ke dapur mencari Mak Cik Ruhaya.

Akak tahu Arissa ke mana Dia menyoal Mak Cik Ruhaya yang sedang menjengah ke dalam peti sejuk.

Mak Cik Ruhaya memandang Puan Hanim.

Saya tak tahu Puan. Encik Razali tak beritahu Puan ke Kenapa aku pula yang ditanyanya Manalah aku tahu, keluh Mak Cik Ruhaya geram.

Tak. Kan sekarang dia dah ada PA dia. Mana nak beritahu saya semua tu, keluh Puan Hanim sudah bersandar di kabinet dapur.

Dah kau macam singa betina. Suami pun takut nak bercakap. Silap-silap kena maki lagi, adalah! Mak Cik Ruhaya mengutuk sendiri.

Akak nak masak apa ni

Entahlah... Arissa minta saya masak untuk Puan. Dia dan Encik Razali makan kat luar, beritahu Mak Cik Ruhaya.

Puan Hanim senyap.

Mak Cik Ruhaya juga senyap. Namun ikan di tangan dibawa ke sinki untuk direndamnya. Tidak pasti apa yang patut dimasaknya. Kalau ada Arissa boleh ditanya apa yang patut dimasak.

Akak kenal Arissa Puan Hanim memandang Mak Cik Ruhaya.

Kenal lepas dia nikah dengan Kimilah. Masakan dia hendak bercerita kisah sebenar. Mahu Hakimi menyuruh dia berhenti kerja ketika itu juga.

Siapa Arissa ni Asal dari mana Betul ke anak yatim paitu. Atau anak tak sah! Dia memandang Mak Cik Ruhaya sebagai mencari jawapan kepada soalannya.

Tak baik bersangka macam tu Puan. Memang dia anak yatim piatu. Nama bapa dia Mohd Salleh bukan Abdullah! Tekan Mak Cik Ruhaya geram.

Berderau darahnya sekejap tadi mendengar soalan Puan Hanim. Tidak sedar dia sudah berkasar dengan wanita itu. Eee... rasa macam nak dicili mulut berbisa Puan Hanim!

Itu yang saya nak tau! Keras suara Puan Hanim. Dia ni asal mana

Katanya Perlis. Dia ada cerita dengan saya... Mak dia berbangsa Cina. Ayah dia ada campur-campur, Mamak, Melayu, Cina, Mat Saleh. Puan boleh tengok rupa Arissa tu macam mana kan Dah macam rojak dan pasembur pula. Sengih Mak Cik Ruhaya mengingatkan wajah Arissa yang suka tersenyum dan tersengih.

Betullah, sedekah yang paling mudah adalah senyuman. Dan senyuman boleh menghapuskan rasarasa gusar dan sedih. Namun ada yang terlalu mahal untuk mengukirkan senyuman.

Err... Mak dia Cina Terasa laju jantungnya bergetar.

Aah. Tapi, takat tu je dia cerita, jelas Mak Cik Ruhaya.

Puan Hanim senyap. Di ruang matanya mula terbayang wajah Marini, namun wajah Arissa tidak seperti wajah Marini.

Ahh... bukan, bukan! desak hatinya menafikan telahan yang semakin kuat berputar di fikirannya.

Dia melangkah meninggalkan Mak Cik Ruhaya di dapur dan terus ke tangga. Langkahnya dimajukan meniti setiap anak tangga. Puan Hanim berhenti di hujung tangga sambil memandang tangga menuju ke tingkat dua ke bilik Hakimi dan Arissa.

Tanpa berlengah terus dia memanjat tangga itu menuju ke bilik anak dan menantunya. Perlahan-lahan pintu di buka dan sengaja dingangakan pintunya. Dia tahu mereka semua tidak akan pulang dalam sekejapan itu.

Dia mula mengitari bilik yang luas itu. Memang luas dan selesa. Dua kali ganda luasnya bilik yang diduduki di bawah. Lama dia memandang gambar nikah Hakimi dan Arissa. Keduanya kelihatan serasi, sepadan dan saling sayang menyayangi.

Bingkai gambar tadi diletak di atas meja sisi katil. Kemudian beralih pula ke bilik persalinan. Pintu bilik persalinan itu dibukanya dan dibiarkan ia terbuka seperti pintu bilik.

Satu persatu pintu almari yang ada di situ dibukanya untuk mencari barang-barang peribadi Arissa. Habis diselongkar beg pakaian gadis itu tetapi tidak menjumpai apa-apa selain daripada pakaian Arissa sahaja. Tiada dokumen berbentuk sijil-sijil sekolah mahupun dari mana-mana universiti.

Betul ke budak ni Atau menyamar entah siapasiapa Soal Puan Hanim sendiri. Masakan Arissa tidak punya apa-apa sijil padahal gadis itu pernah bekerja di Hotel Sweet Arena di situ.

Entah-entah Kimi pun kena tipu dengan budak ni! Tiba-tiba hatinya panas dengan telahannya.

TEBAL mukanya sebaik menjejakkan kaki masuk ke Hotel Sweet Arena bersama Encik

Razali dan bersama Dato Ilyas dan beberapa orang pengarah dari Sweet Arena Management Kuala Lumpur.

Dia hanya mampu sengih apabila ada yang mengusiknya. Hakimi yang menyambut kedatangan mereka hanya memberi senyuman tawar. Sebelum ke bilik mesyuarat Encik Razali dan Dato Ilyas mengajak Arissa menyertai mereka di bilik Hakimi.

Ini... surat tawaran untuk Arissa. Dato Ilyas menghulurkan sampul surat putih dan berlogo Sweet Arena Management, Kuala Lumpur kepada Arissa.

Arissa menyambutnya. Namun ada rasa tidak pasti dengan apa yang dilakukan oleh Encik Razali untuknya. Seketika dia menghampiri bapa mentuanya.

Saya rasa Walid tak payahlah bagi apa-apa jawatan. Cukuplah saya jaga Walid kat rumah je. Arissa cuba menolak sambil menghulurkan kembali sampul surat yang tidak dibukanya lagi.

Yang di rumah tu menantu. Yang di pejabat ni Marketing dan pembantu. Encik Razali ketawa kecil.

Arissa senyap.

Kenapa Umi ada cakap apa-apa pada Arissa ke Dia dapat mengagak tentu Puan Hanim ada berkata sesuatu yang tidak enak kepada Arissa.

Tak ada, bohongnya. Cuma... bila saya terima jadi isteri Hakimi, saya hanya akan menjadi isterinya. Dan saya tak perlu bekerja kerana dia janji akan menanggung saya. Ya Allah, entah apa-apa yang dicakapkan kepada lelaki itu. Ah, tak kisahlah, janji dia dapat menolak apa yang ditawarkan oleh lelaki itu.

Tapi, Kimi dah izinkan hari tu kan Arissa sendiri dengar. Dan Arissa pun dah setuju. Encik Razali mengingatkan kembali persetujuannya beberapa hari yang lalu.

Arissa senyap.

Ini sebab Umikan Kuat hatinya mengatakan yang ia ada kaitan dengan isterinya.

Arissa memandang Encik Razali. Walid bagi saya masa untuk fikirkan tawaran ni ya. Terasa dia tersepit antara lelaki itu dan isterinya.

Yalah... Arissa fikirkan dulu. Tapi Walid harap kita dapat bekerjasama nanti. Itulah harapannya.

Arissa senyum kelat.

Insya-Allah, jawabnya.

Dia mula melangkah keluar dari bilik Hakimi menuju ke lobi lif. Kesemua pengarah-pengarah termasuk Encik Razali akan bermesyuarat di bilik mesyuarat utama di tingkat itu sebentar lagi.

Arissa!

Arissa menoleh. Kelihatan Hakimi berlari mendapatkannya.

Pasal mesej semalam. Hakimi berhenti agak jauh namun melangkah perlahan-lahan menghampiri isterinya.

Arissa senyap.

Saya tak boleh nak jawab sebab saya dah beritahu awak hari tu. Dan itulah keputusan saya, jelas Hakimi dan dia berharap Arissa faham dengan keputusannya. Keputusan itu tidak akan berubah biar apa pun terjadi.

Arissa senyap. Tidak tahu apa yang patut dibalasnya sebaik mendengar tutur Hakimi yang mendatar.

Saya nak minta izin dari Encik... Saya ingat nak balik ke rumah sewa saya tiga empat hari. Rancangan itu dibuat semalam. Tiba-tiba dia merasa rindu untuk berada di mana segala cita-citanya bermula.

Terpegun Hakimi mendengarnya. Dia dapat rasakan yang hati gadis itu benar-benar kecewa, sakit dan terluka sebaik mendengar cemuhan Uminya semalam.

Encik izinkan ke Boleh ke Arissa memandang Hakimi yang sedang memandangnya.

Hakimi senyap. Entah mengapa dia merasa amat berat hendak melepaskan Arissa pergi darinya. Walaupun hanya tiga empat hari dan jaraknya pun tidaklah sejauh mana hanya 15 minit perjalanan kalau tiada kesesakan. Tiba-tiba dadanya terasa ketat dan sesak dengan udara yang seperti tersekat di ulu hati.

Encik

Lambat-lambat Hakimi mengangguk-anggukkan kepalanya. Ya, saya izinkan. Perlahan suaranya tenggelam di dalam tekaknya.

Terima kasih, ucap Arissa. Nanti saya bagi tahu Walid. Sambil menunjuk ke telefon bimbitnya. Dia akan mesej lelaki itu nanti.

Sekali lagi Hakimi mengangguk.

Nanti saya terus balik dari sini. Tak singgah rumah Encik, ya, beritahunya lagi sambil menekan butang lif yang melekat di dinding.

Dia tidak mahu bertemu dengan Puan Hanim. Entah mengapa hatinya rasa begitu pedih setiap kali melihat wanita itu. Dengan selamba menghina Ayah dan ibunya. Hina sungguh dirinya di mata wanita itu. Hina sangatkah menjadi anak yatim piatu Apakah kuasa yang ada pada dirinya apabila Allah lebih menyayangi orang tuanya.

Untuk kesekian kali Hakimi mengangguk.

Terima kasih, ucap Arissa sebelum memboloskan dirinya masuk ke dalam lif yang tiba-tiba terbuka.

Ya, balas Hakimi.

Perlahan-lahan dia melihat Arissa hilang di sebalik pintu lif yang membawanya turun ke bawah.

Hakimi! Meeting dah nak mula! jerit Anita setiausahanya.

Ya. Hakimi melangkah lemah menuju ke biliknya. MANA perempuan tu soal Puan Hanim setelah tidak melihat Arissa di antara

lelaki-lelaki yang pulang itu. Yang muncul Badrul, Encik Razali dan Hakimi yang menaiki kenderaan berasingan.

Perempuan Perempuan mana! soal Encik Razali geram.

Dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh isterinya.

Kesal dengan sikap isterinya melayan Arissa seperti melukut tepi gantang. Cerita Hakimi dan mesej Arissa membuat dia benar-benar rasa kesal dengan sikap isterinya. Sampai begitu sekali isterinya meletak menantu mereka dan kedua orang tua Arissa.

Menantu abanglah! sergah Puan Hanim.

Apa masalah awak ni sebenarnya ya soal Encik Razali sudah bercekak pinggang. Semua orang tak betul. Tak kena dengan awak! tengkingnya.

Walid.

Hakimi cuba memujuk dan menenangkan lelaki itu. Bimbang pula kalau tiba-tiba Encik Razali sakit. Sudahlah dia tidak berapa tahu ubat-ubat yang patut dimakan oleh lelaki itu.

Memang perempuan tu tak betul pun. Penipu abang tahu tak! Dia tu penipu! tempik Puan Hanim geram.

Umi, dahlah tu... Walid ni bukan sihat sangat. Karang tiba-tiba pengsan ke, lagi kita susah! suara Hakimi pula keras. Pusing dia dengan kedua orang tuanya yang tidak sudah-sudah bergaduh.

Puan Hanim berdengus kasar. Sakit hatinya kedua mereka tidak mahu mendengar apa yang hendak diberitahu tentang Arissa.

Apa yang penipunya. Awak tu yang selalu buat tanggapan jahat terhadap orang, padahal itulah sikap awak sebenarnya! balas Encik Razali. Semua orang tak betul pada awak, Semua orang jahat pada awak, selarnya lagi.

Walid... dahlah tu. Jom kita masuk. Hakimi menepuk lembut bahu Walidnya sambil menarik tangan lelaki itu ke dalam.

Kenapa nak salahkan saya pula. Menantu kesayangan awak tu dah tipu anak kita, bang! sekali lagi Puan Hanim mememkik agar keduanya sedar siapa Arissa yang sebenarnya.

Encik Razali senyap dan terus melangkah menuju ke tangga lalu naik ke tingkat atas. Hakimi melepaskan tangannya dari pegangan Walidnya.

Apa yang Umi cakap ni soal Hakimi perlahan menyimpan rasa marahnya.

Arissa dah menipu Kimi selama ni kan sengaja dia bertanya kepada Hakimi sebagai ingin tahu.

Tipu apa Pusing dia dengan pelbagai andaian yang dibuat oleh Puan Hanim.

Betul ke dia pernah belajar di U soal Puan Hanim ingin tahu.

Ya. Apa lagilah yang Puan Hanim tak puas hati dengan isterinya.

Habis tu mana sijil-sijil dia semua. Umi tengok segala dokumen penting dia tak ada!

Astaghfirullah al azim! dia sudah dapat mengagak bagaimana Uminya boleh tahu.

Umi selongkar bilik kami ke

Yalah! Umi nak tahu siapa si Arissa ni. Umi tak mahu Kimi kena tipu macam si Wafa buat pada Kimi dan Umi, faham tak! lantang Puan Hanim meluahkan rasa bimbangnya.

Tak ada yang tipu siapa Umi. Itu hanya sangkaan Umi je. Kalau Wafa nak menipu, dia tak ada kena mengena dengan kita. Lantaklah dia. Biar Allah yang balas! tekan Hakimi.

Berombak dada Puan Hanim mendengar kata-kata anak itu.

Cuba Umi faham perasaan orang lain. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri, pintanya.

Apa yang Umi buat ni untuk Kimi tau Itu ke yang dikatakan pentingkan diri sendiri! tengking Puan Hanim geram.

Hakimi senyap. Rasanya lebih baik dia tidak membalas kata-kata Puan Hanim. Dia melangkah naik ke biliknya meninggalkan wanita itu. Dia dapat mendengar suara wanita itu membebel-bebel di tingkat bawah.

Pintu bilik di buka. Lama dia memandang ruang di dalam bilik itu. Tiba-tiba terasa ruang-ruang itu sepi dan kaku. Tidak seperti selalu. Walaupun tidak berbunyi tetapi terisi dengan gelak, tawa dan kadangkadang suara kerasnya dan lengkingan suara Arissa di ruang bilik yang menyembunyikan kisah mereka yang sebenar.

Hakimi tersenyum sendiri sambil melabuhkan punggungnya di atas katil.

Macam mana nak lepaskan dia, kalau sehari pun dah rindu, keluhnya.

Hakimi menoleh lalu menarik bantal yang sering menjadi pengalas kepala Arissa. Diciumnya. Ya Allah, rindunya dia pada isterinya. Haruman syampu yang dipakai oleh Arissa masih melekat di bantal itu.

Arissa, bisiknya sendiri di sebalik bantal isterinya.