Tak kira pagi, petang, hujan, panas, pasti lelaki itu setia di situ. Kadangkala tertanya-tanya, di mana anak dan isterinya Tergamak membiarkan lelaki ini berembun di dalam hujan begini Bukankah sepatutnya si anak berasa bertuah kerana masih punyai ayah sedangkan dia tak dapat merasai lagi kehangatan pelukan seorang ayah
Assalamualaikum, pakcik. Qamra Ain memberi salam ketika lelaki itu membelakanginya. Selama ini, dia hanya memerhatikan gelagatnya dari jauh. Hari ini, diberanikan diri menyentuh perlahan bahu lelaki itu. Baru saja tangan kanan mahu mendarat, lelaki itu tibatiba menoleh ke belakang dan masing-masing terkejut.
Anak nak beli belon ke Pakcik tak sediakan lagi, anak nak belon yang mana soalnya bertalu-talu dengan isyarat tangan.
Wajahnya disembunyikan di sebalik topi yang dipakai. Qamra Ain mengerut dahi. Patutlah lelaki ini tidak mendengari ucapan salam tadi. Ruparupanya, pakcik yang diperhatikan selama ini adalah seorang insan yang istimewa. Orang kelainan upaya pendengaran.
Pakcik tu cakap apa tadi Qamra Ain menggaru kepala.
Memandangkan dia tidak mahir dengan bahasa isyarat tangan, hanya tulisan di kertas saja menjadi perantaraan medium interaksi dia dengan lelaki ini. Pakcik yang hanya mahu dikenali dengan nama Pakcik Tan memandang ke wajah gadis di depannya.
Sudah bertahun dia mengenali gadis yang tiada pertalian darah dengannya, namun tetap setia setiap hari datang menemani di sini. Dan, setiap kali gadis ini mahu melihat wajahnya, setiap kali itulah dia mengelak.
Qamra:
Lama dah kita kenalkan, pakcik Tapi, pakcik masih selindung wajah pakcik dari Ain, kenapa ya Pakcik ada masalah kulit ke
Pakcik Tan:
Tak ada apa, Ain wajah pakcik alah pada cahaya matahari.
Qamra:
Biar Ain belikan sunburn cream untuk Pakcik.
Pakcik Tan:
Tak payahlah, Ain.
Moga Allah SWT menjaga hatimu sebaik mungkin.
Qamra Ain ketawa kecil sekaligus menyerlahkan lesung pipit di kedua belah sisi pipi Pakcik Tan turut ketawa. Lama benar dia tak seceria ini. Kehadiran gadis misteri ini serba-sedikit menjadi pengubat hatinya yang lara. Dia tinggal bersendirian di KL manakala anak lelakinya menetap di luar negara bersama isteri dan cucu tunggal.
Qamra:
Ain ikhlas pakcik. Lagipun bila terpandang pada pakcik, teringat Ain pada arwah Babah Ain. Sekurangnya, hilang rindu Ain bila tengok pakcik.
Lama benar Pakcik Tan diam membisu. Qamra Ain berasa seba-salah. Takut kata-katanya tadi menguris hati lelaki itu. Cepat-cepat dia menulis di atas kertas dan dihulurkan ke tangan Pakcik Tan.
Qamra:
Maafkan Ain kalau kata-kata Ain menguris hati pakcik.
Pakcik Tan tersenyum. Acapkali berasa kasihan melihat kesungguhan gadis ini datang setiap pagi menjenguknya sebelum bergegas pergi ke tempat kerja. Jauh di sudut hati, alangkah bertuah pada sesiapa yang memiliki Qamra Ain. Hatinya telus dan suci!
Tanpa disedari oleh mereka, ada sepasang mata bundar yang sedang meneliti gelagat mereka dari jauh.
III
Aku ingin genggam masa terhad yang kita ada, aku mahu luangkan masa bersamamu
- Tunku Hussein -