Les Criaturas - 32
PRESENT 19

Mas!

Rumah milik Hafez sekeluarga musnah akibat letupan. Dynah yang memerhatikan Selina hanya mampu memeluknya dari belakang. Iman mengambil tempat di sebelah Hafez yang masih lagi lemah.

Satu bulatan yang dikelilingi cahaya kuning muncul berhampiran mereka. Tiga susuk tubuh iaitu Siti, Eleina dan Umie keluar dari bulatan tersebut.

Siti minta maaf. Siti tak tolong langsung. Tak apa. Dynah cuba menenangkan Siti. Tiba-tiba seekor gajah dan beberapa susuk tubuh manusia keluar dari rumah yang hampir musnah itu.

Biar betul! Umie seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan matanya.

Semua pergi ke belakang. Siti, tolong papah Pak Hafez. Buatkan bulatan kesialan. Semua orang mesti masuk dalam bulatan tu, arah Dynah.

Umie dan Selina terkocoh-kocoh masuk ke dalam bulatan yang hampir siap digariskan oleh Siti. Siti membacakan sesuatu dan menepuk permukaan tanah. Serentak itu timbul sejenis tumbuhan kayu tajam yang berselirat. Tumbuhan itu bertindak seperti pagar yang mengelilingi garis bulatan. Hamzah ketawa kuat saat dia menghampiri Dynah dan Hafez.

Nasib baik si Dayah ni ada. Kau memang pengecut! Kau minta tolong hantu level berapa untuk hapuskan aku Perli Hamzah sambil mencampakkan sekaki payung berwarna merah yang telah patah.

Sekurang-kurangnya hantar la poltergeist. Buat malu je guna semangat payung, sampuk Soraya sambil ketawa berdekahdekah.

Diam! Dia lagi mulia daripada korang. Kenapa korang serang kami Apa salah yang keluarga aku dah buat Selina menjerit dari dalam kawasan bulatan kesialan. Betina ni nak kena dengan aku. Boleh pula dia tanya apa salah dia Getus Hamzah dengan nada geram.

Hamzah berlari menghampiri Selina namun Hafez sempat menghalang dengan menendang rusuk kanan Hamzah. Hamzah terduduk. Dia meludah darah yang bertakung di dalam mulutnya.

Celaka betul binatang ni.

Memang kami binatang. Tapi, kau Dynah seolah-olah mengejek Hamzah.

Hamzah melompat dan menghadiahkan satu tendangan tepat pada wajah Dynah. Wanita itu tersungkur jatuh. Hafez terkesima memandang Dynah. Dia cuba menumbuk muka Hamzah tetapi Soraya lebih pantas membaling sebilah pisau ke bahagian belakang badan Hafez.

Bonda! Jaga-jaga!

Dayah yang menyerupai gajah telah bertukar menjadi seekor beruang. Dia bersedia untuk menyerang Dynah.

Puk!

Langkah beruang itu tersadung kerana terkena objek keras. Yop berjalan menghampiri Dynah. Lengan kanannya tidak kelihatan.

Yop!

Kau ingat aku nak duduk diam je Bagitahu la lain kali. Yop berlari laju mendapatkan kembali lengan kanannya yang tercabut. Lengan tersebut direnggangkan supaya menjadi bertambah panjang dan keras.

Hai, nak kena lagi ke

Yop mengibas-ngibas lengan kanannya seperti pedang. Beruang itu bangun dan mahu menerkam lelaki itu tetapi dia lebih pantas bertindak. Dia menghentakkan kepala beruang tersebut ke tanah.

Badan aku ni dari pokok Balsa, tahuAku dibuat dari kayu pokok Balsa.

Beruang tersebut mula bertukar menjadi tikus dan menyelinap lari.

Soraya mengeluarkan sebilah pisau yang dihalakan tepat ke arah dada Yop. Dia hanya ketawa kecil. Tangannya selamba mencabut pisau yang tertanam di dadanya.

Bongok betul perempuan ni. Aku ni kayu la, bahlul! Ejek Yop.

Kau la bahlul. Sial!

Soraya menghampiri Yop. Yop sudah sudah bersiap sedia namun pergerakannya dihalang oleh seseorang yang merangkul badannya dari belakang.

Hoi, apa main peluk belakang orang ni! Yop berpusingpusing untuk melepaskan diri tetapi Hamzah terlalu kuat untuknya. Dia merentap satu persatu anggota badan Yop. Kaki dan tangannya dicampakkan ke tanah manakala kepalanya berguling menghampiri bulatan kesialan. Siti memangku kepala Yop.

Padan muka aku. Cakap besar lagi sampai tak nampak Hamzah kat belakang.

Soraya masih tidak puas menyerang Dynah. Dynah cuba menggunakan kudratnya untuk mengelak. Pisau belati beracun di tangannya berpusing ke arah Dynah menyebabkan Dynah terpaksa melompat ke arah tepi. Soraya mencapai pisau tadi dan menikam Hafez yang duduk tidak jauh dari mereka.

Pisau itu dicabut kasar.

Argh!

Abang!

Segenap tubuhnya dirasakan seperti sedang terbakar. Darah mula keluar dari telinga dan celah matanya. Hafez menggelupur menahan kesakitan.

Bagus! Macam ni la yang aku nak, puji Hamzah sambil bertepuk tangan.

Tengoklah siapa yang..

Seekor ular tedung besar datang secara tiba-tiba dan terus menelan Soraya hidup-hidup. Celaka punya siluman!

Mak Fetty!

Fetty Malar berpaling dan menghadap Hamzah. Badannya ditegakkan. Dia sudah bersedia untuk menyerang sebelum berhenti secara tiba-tiba.

Sebilah pisau belati muncul dari perut ular tersebut. Luka di badannya semakin panjang. Soraya cuba untuk keluar. Badannya penuh lendir. Fetty Malar tumbang.

Kak Siti, dia dah bunuh Mak Fetty.

Sabar, Iman. Eh, ada nampak Gemini tak Mata Siti melilau mencari kelibat pasangan kembar sebaik sahaja dia menyedari mereka hilang dari kawasan bulatan kesialan. Kau ingat senang nak bunuh aku Aku dah lama hidup

kat dunia ni. Aku tahu segala cara nak hidup.

Dynah tidak mempedulikan kejadian yang berlaku. Dia masih memangku Hafez sambil menangis.

Abang, Dynah minta maaf.

Jangan..

Dynah meletakkan kepala Hafez di permukaan tanah. Dia memandang Hamzah dan Soraya yang sedang sakan bergelak ketawa. Epie yang sedang bersembunyi hanya melihat kejadian itu dari jauh. Seekor tikus yang berlumuran darah menghampiri Epie.

Kau okay ke

Kau pengecut.

Dayah menyandarkan kepalanya sambil melepaskan lelah.

Aku bukan pengecut.

Aku dah hilang anak aku, Epie.

Darah tidak berhenti mengalir dari celah kangkang perempuan itu.

Jom kita pergi hospital.

Jangan jadi bodoh. Mana nak cari hospital waktu genting macam ni Kau memang sayangkan Iman kan Epie mendiamkan diri. Suara wanita menjerit kedengaran tidak jauh dari mereka. Jeritan itu menyebabkan tingkap rumah dan cermin kereta pecah berderai. Beberapa orang jiran mengintai ke luar rumah. Epie dan Dayah turut meninjau arah suara tersebut.

Ini ke yang kau selalu cerita kat aku

Aah. Si naga dah tunjukkan dirinya.

Dynah berjalan sambil menundukkan mukanya. Sesekali tubuhnya menggeliat hingga kedengaran tulangnya yang patah. Tubuh Dynah sudah mula berubah bentuk. Rahang, leher dan telinganya memanjang sementara lengannya menjadi tegap. Pahanya bengkok manakal kukunya yang tajam mula kelihatan. Satu tulang panjang muncul di belakang badannya. Tulang itu berbentuk tirus di bahagian hujung seperti sebilah pedang. Kulit Dynah yang mulus mula dipenuhi sisik. Kak Lina, bonda..

Kita tak boleh buat apa dah.

Kalaulah aku dengan Fetty cepat tadi, keluh Yop. Dia menghela nafas beberapa kali.

Mak Dynah dah langgar pantang demi kita semua.

Argh!

Dynah menolak badannya ke udara sambil mengepakkan sayapnya. Dia memandang Hamzah dan Soraya.

Dah lama aku tunggu saat ni. Akhirnya kau tunjukkan diri kau, naga jahanam! Hamzah membalas pandangan Dynah. Dia sedikitpun tidak berasa gerun.

Hamzah melompat tinggi. Seluruh tubuhnya mengeluarkan cahaya kehitaman. Tumbukan yang padu dihalakan ke arah perut Makhluk Gelap Bersayap. Ia cuba mengelak namun tidak berjaya. Dynah membuka rahang seluas-luasnya sambil terbang menghampiri Hamzah.

Pertarungan antara mereka masih sengit. Soraya asyik memandang ke udara sambil menjerit nama Hamzah. Dynah sesekali memandang keluarganya yang berada di dalam bulatan kesialan. Soraya yang perasan akan tindakan Dynah mula menghampiri bulatan tersebut. Tangannya bermain dengan hujung pisau belati miliknya.

Siapa nak mampus dulu

Jangan!

Epie berdiri di hadapan bulatan kesialan. Kau datang nak mati atau nak tolong aku hapuskan makhluk jadah dalam bulatan tu

Cukuplah, Soraya!

Dayah turut masuk campur. Dia terjengkit-jengkit menghampiri Epie.

Korang ni dah kenapa Dayah, kau tengok adik kau tu.

Sebab aku tengok adik aku la, aku nak kau berhenti. Dayah serta-merta bertukar menjadi seekor seladang. Dia meluru laju untuk menanduk Soraya.

Bodoh!

Langkah Dayah sumbang. Soraya terlebih dahulu mengimbangkan tubuh. Dia melompat dan mendarat di belakang badan Dayah.

Selamat tinggal.

Soraya membenamkan pisau belati ke bahagian belakang tengkuk seladang yang ditunggang. Darah membuak keluar. Seladang itu perlahan-lahan bertukar menjadi Dayah dan rebah ke bumi.

Dayah!

Epie memangku kepala Dayah. Rambut perempuan itu diusapnya.

Aku minta maaf.

Bodoh, jangan risau pasal aku. Kau lari sekarang. Kelopak mata Dayah tertutup rapat. Epie menjerit sekuat hatinya.

Kak, kita tolong Epie..

Tak boleh! Tegas Selina.

Kak Siti, boleh tak..

Tak boleh. Kak Siti dah buat salah masa keluar ambil kepala Pak Yop. Tak ada siapa-siapa lagi yang boleh keluar dari bulatan ni.

Soraya menghampiri Epie sambil bermain-main dengan pisau belati ditangannya. Dynah dan Hamzah masih lagi beradu tenaga dan kekuatan di udara.

Kau nak ikut ka Argh!

Epie sedang menumpukan kuasanya ke arah tubuh Soraya. Haba-haba panas berkumpul dan mengelilingi leher perempuan itu.

Aku patut bunuh kau awal-awal dulu. Kau boleh mampus sekarang.

Panasnya!

Argh!

Sebilah pisau kecil terbenam di pelipat paha kiri Epie. Epie terduduk. Bulatan haba panas yang melingkari leher Soraya semakin berkurangan.

Berguna juga aku rembat pisau ni banyak-banyak. Aku takkan kembali ke neraka, jahanam!

Soraya menarik rambut Epie. Kepala Epie dipeluk kemas.

Dia memandang ke arah Iman di dalam bulatan kesialan.

Hey, Iman! Tengok sini!

Soraya menjilat bahagian bawah dagu wajah Epie hingga ke pangkal telinga kirinya. Epie sempat membuat gerak bibir ke arah Iman.

Saya sayang awak...

Soraya mengelar leher Epie. Satu lagi nyawa terkorban. Air mata Iman mengalir. Dia menjerit sekuat hati dan berlari keluar dari bulatan kesialan.

Iman!

Selina, jangan keluar! Dah terlambat, kata Siti.

Iman menghampiri Soraya yang ketawa berdekah-dekah.

Kau nak buat apa Nak lawan dengan aku

Iman pantas memegang kepala Soraya. Soraya merontaronta. Suaranya tersekat-sekat. Badan Iman mengeluarkan cahaya kehijauan.

Selina tidak senang duduk di dalam bulatan itu. Dia melompat dan berlari laju mendapatkan Iman namun sudah terlambat.

Neraka tempat kau, Mata Hari!

Serentak itu badan Soraya mengeluarkan cahaya yang terlalu terang. Soraya cuba melawan tetapi kekuatan Iman di luar kuasanya. Tubuh perempuan itu rebah ke bumi. Asap keluar dari tubuhnya yang hangus. Langkah kaki Iman tidak keruan. Selina sempat menyambut tubuh adiknya sebelum mereka berdua tumbang ke tanah.

Kenapa kau degil sangat

Selina memegang tubuh Iman yang semakin pudar seperti cahaya lutsinar.

Cukuplah Mastura tinggalkan aku. Aku tak nak kehilangan kau pula.

Iman okay.

Okay apa macam ni

Selina merangkul tubuh kecil Iman masuk ke dalam bulatan kembali. Dia memandang Hafez yang masih tidak sedarkan diri.

Babah, Lina minta maaf.

Dynah dan Hamzah masih gagah beradu kekuatan di udara. Sesekali dentuman kuat kedengaran. Dynah menghembuskan bebola api ke arah Hamzah namun berjaya di elak.

Itu je yang kau boleh buat, jahanam Hamzah meluru ke hadapan. Tendangan kakinya disasarkan ke wajah Dynah. Dia pantas terbang ke bahagian belakang tubuh perempuan itu dan mengunci pergerakannya. Mampus kau kali ni! Aku akan belah jantung kau. Dynah berusaha untuk melepaskan sayapnya. Dia menjunam ke bawah bersama-sama Hamzah yang masih berpaut di belakang badannya. Mereka berdua jatuh ke tanah. Hamzah terkocoh-kocoh bangun dan memijak tulang belakang Dynah. Dynah berpaling dan menghembuskan bebola api ke muka Hamzah. Lelaki itu masih punya daya kekuatan untuk bertahan. Sementara itu, cahaya yang membentuk bintang kecil muncul dari dalam bulatan kesialan. Pasangan kembar itu terduduk keletihan.

Mana korang pergi

Kami pergi tolong pindahkan penduduk Les Chateau, jawab Umie.

Kami tak nak perkara ni terbongkar. Manusia sukakan benda macam ni. Mereka takkan duduk senang kalau mereka tahu ada makhluk lain selain dari manusia wujud kat bumi ni, sampuk Eleina.

Tengok je naga tasik Chini tu.

Kenapa dengan naga tu

Korang rasa kenapa sampai sekarang naga tu tak munculmuncul Zodiac Master bagi kaum mereka puas seru tak berhasil. Naga penting buat satu kaum manusia. Naga antara makhluk di dalam kalendar mereka, kata Umie sambil memandang Siti dan Selina.

Aku rasa naga tu mungkin dah mati. Tapi, aku takkan biarkan korang jadi macam tu. Sebab tu aku dengan Eleina rembat seberapa banyak serbuk bintang yang boleh dan taburkan pada semua penduduk biasa Les Chateau, sambung Umie.

Serbuk bintang tu mampu hilangkan ingatan mereka dan cari tempat baru untuk hidup. Kita dah tak ada cara lain melainkan buat Les Chateau ni macam yang Mak Tima dan Mak Dynah sarankan dulu. Selina, mak kau mana

Selina hanya memandang Eleina. Tangannya dihalakan ke arah Dynah yang masih lagi beradu tenaga dengan Hamzah. Dynah menghayunkan ekor miliknya ke arah Hamzah. Hamzah tangkas menangkap dan menggigit ekor Dynah sekuat hatinya.

Gigitan yang kuat menyebabkan ekor Dynah terputus dua. Hamzah terus memijak bumi dengan kuat sebelum dia mengumpulkan segala tenaga dalamannya. Cahaya hitam yang mengelilingi tubuhnya makin marak. Sebelah tubuh Hamzah mula ditumbuhi sisik. Otot-otot di lengannya membesar. Sebelah matanya bertukar warna. Separuh dari tubuh lelaki itu sudah bertukar rupa menyerupai seekor makhluk. Dia melompat tinggi sebelum menendang rusuk kanan Dynah. Perempuan itu terkulai layu di tanah. Dia seakan tidak berdaya lagi untuk melawan. Nafasnya kencang.

Ini ke kekuatan Makhluk Gelap Bersayap yang dicanang merata dunia Kau sebenarnya lemah!

Siti terkumat-kamit membacakan sesuatu. Dia menghembus nafasnya kepada Hamzah. Debu-debu berpusing seperti puting beliung.

Celaka betul perempuan sihir ni! Kau ingat kau boleh lawan aku

Debu halus itu mengaburi penglihatan Hamzah yang terperangkap di dalam pusaran.

Pedih mata aku, bodoh!

Hamzah menutup matanya menggunakan tangan. Dia berusaha untuk melepaskan diri.

Bagus, Kak Siti.

Ini tak cukup. Lina, kau mampu ke tengok Mak Dynah sengsara macam tu

Selina mendiamkan diri.

Jangan cakap macam tu. Dia tak bersalah.

Aku tahu. Tapi, puncanya..

Siti tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dadanya sebak menahan kesedihan.

Aku minta maaf. Aku tak handal macam mak aku. Eleina bangun. Dia menarik tangan kembarnya. Mereka terapung dan meluru ke arah Hamzah yang masih lagi terperangkap. Pasangan kembar itu berpusing dengan laju. Bintang-bintang kecil mula muncul mengelilingi mereka. Tubuh mereka berdua bersatu menjadi satu gumpalan cahaya yang terlalu terang. Lepaskan aku! Cahaya apa ni

Bam!

Satu letupan kuat kedengaran. Hamzah terbaring tidak sedarkan diri. Separuh tubuhnya hangus terbakar di dalam di dalam kawah yang terbentuk akibat letupan tadi. Kelihatan dua bayi perempuan terapung-apung mengelilingi kawah tersebut.

Hebat juga kembar ni, puji Siti.

Mentang-mentang la aku ada kepala je, kau kepit bukan main lagi. Bagi la aku tengok. Dari tadi asyik dengar bunyi mereka berlawan.

Siti membetulkan kedudukan kepala Yop. Pasangan bayi kembar itu menghampiri mereka.

Hebat la korang, puji Siti. Dia memeluk pasangan kembar.

Tengok kaki la.

Eh, berlagak pula, ujar Selina dengan nada berseloroh. Buat seketika mereka bergelak ketawa seolah-olah lupa dengan kejadian yang berlaku. Dynah menggunakan segala tenaganya untuk merangkak dan menghampiri Hamzah yang lemah.

Tak sangka semuanya berakhir macam ni.

Makhluk Gelap Bersayap mengangkat tubuh Hamzah ke udara. Kepala Hamzah direntap kuat hingga terpisah dari tubuh. Ia