If youre brave to say goodbye, life will reward
you with a new hello.
- Paulo Coelho
Sehari selepas kecelakaan menimpa, kami bangun sedikit awal. Perancangan adalah untuk menghantar motor ke bengkel dan membaikinya tanpa pengetahuan Mas Tony, tuan punya motor sewa. Mas berambut panjang menyuruh kami bersarapan dahulu. Tidak perlu tergesa-gesa katanya kerana Mas Tony selalu datang waktu tengahari kalau ada urusan di sini. Roti bakar dan scramble egg beserta kopi segera menjadi hidangan. Kelibat Kasper kelihatan keluar dari bilik melintasi bilik kami dengan backpack besarnya diikuti Maaike dan Kaat.
Hey, good morning, sapa mereka bertiga kepada kami yang dok tercatuk depan bilik. Good morning. How long will be the trip to Flores aku sempat bersembang.
They said around four days, four nights. Depend on the weather, balasnya ringkas.
Okay. Have a safe journey and enjoy your trip! kami ucap kata selamat.
Thank you! You two, take care OK! Good to see both of you! ujar Kasper sambil disambut senyuman oleh Kaat dan Maaike. Kami melambai.
Kemudian Haeri masuk ke tandas. Aku masuk ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbit yang sedang dicas sebelum keluar pergi ke bengkel. Sebaik mencabut telefon bimbit yang sudah penuh kuasa baterinya, aku menoleh ke luar. Ternampak satu susuk sedang membelek motor sewa kami. Malapetaka menimpa. Mas Tony sudah berada di sini. Di luar jangkaan. Mas berambut panjang dari luar pula ternganga memandang aku yang masih di dalam bilik. Dia membuat isyarat tak sangka Mas Tony akan sampai awal hari ini.
Apa sudah jadi sama sepeda motor ini! tanya Mas Tony sebaik aku melangkah keluar bilik.
Maafin kami mas. Berlaku kecelakaan semalam. Kami mau pergi baikinya hari ini di bengkel, aku memberikan penjelasan. Haeri yang sudah berurusan di bilik termenung juga keluar mendapatkan kami.
Waduh. Teruk ini. Kalau mengikut perjanjian kalian harus membayar dendanya. Itu sudah termaktub. Teruk kondisinya ini, Mas Tony berkata-kata lagi. Haeri mengeluarkan surat perjanjian itu menunjukkan kepada aku. Bayaran untuk kerosakan adalah sebanyak USD300. Besar nilainya. Lebih baik pergi baiki sendiri.
USD300, kira-kira Rp3 juta untuk kerosakan, tambah Mas Tony.
Beginilah mas, mas ikutin kami ke bengkel.
Kami baikinya.
Enggak bisa. Saya sibuk di kantor, tegas Mas Tony. Aku mendengus nafas. Serabut kepala otak. Haeri juga cuba meyakinkan Mas Tony yang kami akan pergi membaiki namun dia tetap berdegil.
Waduh mas, kerosakan ini enggak sampai Rp3 juta. Biar aja mereka baiki di bengkel. Lebih gampang!
Mas Munarep tidak berbaju menyampuk perbualan kami sambil mas berambut panjang bertenggek di tepinya. Enggak bisa! Dulu saya pernah ditipu turis. Mereka bilang mau baiki sendiri. Saya percaya. Sudahnya, mereka check-out begitu aja dan sepeda motor langsung tidak dibaiki! terang Mas Tony lagi enggan membenarkan kami membawa motor ke bengkel sendiri.
Lagipun ini sudah di dalam perjanjian yang kalian persetujui. Ikutin aja! katanya bertegas. Keadaan menjadi tegang seketika. Mahu tidak mahu, terpaksalah gamaknya aku membayar ganti rugi. Mungkin ini hikmahnya duit yang dimasukkan oleh mak abah aku. Boleh bayar ganti rugi.
Saya bagi masa sampai jam 2 petang ini untuk bayar ganti ruginya. Maafin saya, bukan saya yang mau berlaku kejam tapi saya enggak mau ditipu lagi, sedikit lembut nada suara Mas Tony. Mas Munarep dan mas berambut panjang hanya mampu menggelengkan kepala sebaik Mas Tony berlalu pergi dari homestay. Maaf mas. Enggak bisa tolong. Dia ini mau uang aja, enggak bertimbang rasa! pujuk Mas Munarep. Brengsek juga Mas Tony ini. Kerosakan begini pun mau diminta uang sebanyak itu, mas berambut panjang pula bersuara. Kami hanya tersenyum kepada mereka berdua. Mereka cuba membantu tapi tidak termampu. Aku redha dan mengajak Haeri keluar untuk cucuk duit. Enjin motor dihidupkan dan kami pun berlalu pergi meninggalkan Mas Munarep dan mas berambut panjang.
Motor diberhentikan di hadapan Indomaret yang selang beberapa blok dari homestay. Aku mengeluarkan duit memandangkan wang tunai tidak mencukupi. Kad ATM dijolok ke slot kad dan paparan skrin berubah. Nombor pin dimasukkan. Aku terpaksa membuat tiga kali pengeluaran kerana had maksimum sekali pengeluaran adalah Rp1juta.
Satu juta setengah sorangla ni kuar, Haeri bersuara. Aku terus menoleh ke arahnya.
Kau tak payah bayarla. Aku yang buat rosak. Kalau aku cakap awal-awal aku pening time bawak motor semalam mesti mende ni tak jadi. Passport kau ada kat dia kan, aku sedikit kurang mood bersuara kepada Haeri.
Chillla. Kita datang sini sama-sama, semua mende kita tong-tong sama. Ni eksiden pun sama-sama jugakla. Cuma kau dapat extra bonus luka-luka tu semua.
Haha! Haeri menambah.
Takpelah. Kali ni aku yang punca. Haha!
kemudian aku menapak membeli sebotol air. Selepas itu, kami pun keluar dari kedai serbaneka menuju ke motor.
Jam di tangan menunjukkan jam 12 tengahari.
Ada masa lagi nak jalan-jalan naik motor sebelum balik, kata Haeri. Aku setuju saja. Motor dibawa menyusuri jalan menuju parkir yang terletak 8 blok dari Indomaret. Motor diparking kemas dan kami berjalan menuju pantai Senggigi.
Dalam berjalan ini, kami ditegur peniaga-peniaga tempatan. Terdapat kanak-kanak berkejaran. Terdengar suara tawar-menawar di antara pelancong dan peniaga. Terdengar juga seorang bule berbahasa Indonesia bersembang dengan warga tempatan. Kami terus berjalan sehingga sampai ke batu-batuan yang tersusun seperti tempat duduk di stadium yang menghadap laut. Kami berdua bertenggek di situ.
Pergghhhh...! Masa mula sampai aritu rasa lambat je masa berlalu, skang nak abis travel rasa cepat plak masa berlalu, aku bersuara sambil tangan kananku memegang kayu menguis pasir dan tangan kiri memegang rokok.
Ye ar tu. Sedih plak rasa. Haha! Bila lagi nak tengok tempat-tempat camni lagi, Haeri pula berbicara. Selepas itu, keadaan diam seketika antara kami. Mungkin masing-masing mahu merenung detik-detik terakhir di bumi Indonesia atau terfikir perkara yang bakal menyerabutkan kepala sebaik pulang ke tanah air.
Sekali-sekala kami bersembang juga mengenai orang-orang yang telah kami temui ketika mengembara di sini. Mengimbau kembali kenangan bersama mereka yang telah datang dan pergi dalam pengembaraan kami. Ini mengingatkan kami kepada kehidupan yang kita lalui seharian. Ada masa orang-orang tertentu akan pergi dari hidup kita. Ada yang pergi tanpa kembali, ada juga yang kembali. Ada yang masih setia dalam hidup kita. Terpulang kepada kita bagaimana hendak menghargai setiap insan yang pernah hadir dan mencorakkan kehidupan kita. Asap rokok disembur ke atas. Cuaca sungguh baik hari ini. Angin pantai bertiup syahdu membuatkan aku terbuai dengan lamunan. Sekurang-kurangnya ia melegakan sedikit rasa fucked-up yang dilalui. Kejadian yang menimpa sepanjang pengembaraan ini aku terima dengan hati terbuka.
Seperti yang dijanjikan, kami menunggu Mas Tony di depan bilik. Kelibatnya sudah kelihatan. Masih berbaju kemeja dan berseluar slack. Dia menghampiri kami. Aku masih cuba tawar-menawar harga. Mana tahu hatinya sudah lembut sedikit. Namun sangkaan aku meleset kerana dia tetap berkeras dengan pendiriannya. Wang Rp3 juta dihulur dan disambut olehnya. Dia meminta maaf atas ketegasannya lalu berjalan keluar dari sini. Sebatang rokok terus dinyalakan sambil aku minum kopi jahe. Takpe, duit boleh cari lagi.
Malam terakhir di sini menjelang. Tak ada aktiviti sangat yang kami buat. Sekadar melepak di bilik sendiri. Aku lebih banyak melepak di depan bilik. Di bilik sebelah kedengaran orang berbahasa Indonesia. Baru masuk. Sekali-sekala kelihatan kelibat pasangan tua tempatan yang keluar menyidai pakaian. Salam diberikan dan mereka juga ada menghulurkan kuih apa nama entah tapi kami tolak kerana sudah kekenyangan. Sisa-sisa malam ini dihabiskan di sini, tidak merayau. Petang tadi sudah merayau sepuasnya dengan berjalan kaki. Selepas ini hendak berkemas untuk pulang esok, itupun kalau rajin. Kalau malas, berkemas esok pagi saja. Esok kami akan pulang. Mas Munarep sudah menguruskan supir dan mobil yang akan menjemput kami esok pagi. Bayaran Rp100,000 seorang. Dah alang-alang hari terakhir, habiskan saja duit.
Di kala ini juga aku teringat surat yang diserahkan Natalie kepada aku. Memandangkan hari ini sudah rasa seperti hari terakhir, surat itu aku keluarkan dan buka lipatannya.
Dear Faghuzi,
People come and go in our life, so is our journey.
But one thing for sure, it will never be forgotten.
That is how we live our life.
Sometimes it is hard to swallow.
Life is like a journey.
Full of joyful and sorrowful moment.
Saying goodbye always be the hardest part but know that we never be apart in our heart.
As long as we live, live the moment.
Looking forward for tomorrow no matter how fucked up is your life. Hehe.
The sun will always rise and shine again in every new day.
Keep on living and moving on, and enjoy life.
Embrace the moment in your life as I embrace every single moment when we are together.
I am truly happy to get a chance to know you, and I hope you do.
We dont know when will we see each other again.
Without a doubt, I have feelings towards you as you have, towards me.
Love has linked our hearts.
For the moment, we have to be apart.
If you ever in Europe, please let me know.
Thanks for the memories and the gift, you will remain deep inside my heart and my mind.
For all the kindness and moments.
Take care and hope to see you again, somewhere around the world.
Sincerely,
Natalie van Valkenburgh
Surat itu aku lipat kembali dan simpan. Termenung panjang seketika. Jauh di sudut hati, memang aku harap dapat bertemu kembali dengan Natalie. Tapi tidak tahu samada akan berlaku atau tidak. Semuanya bergantung kepada masa dan mungkin takdir. She is my strangest angel, forever will live in my world of imagination.
Sebatang rokok dibakar sebelum masuk tidur.
PFFFFFFTTTTTTT...!!!!
Lombok, Indonesia
Leave your country in search of loftiness and travel! For in travel there are five benefits: Relief of adversity, earning of livelihood, knowledge, etiquettes, and noble companionship.
- Imam As-Shafie
Tanggal 10 Januari. Tarikh kami bertolak pulang ke Malaysia. Sarapan terakhir disantap senikmat mungkin. Selepas ini akan kembali kepada kehidupan seperti biasa. Barangbarang sudah dikemas. Luka sudah dicuci untuk hari ini. Masih terasa bisa pedihnya. Harap tidak bernanah. Usai bersarapan, jam menunjukkan pukul 9 pagi. Mas Munarep memberitahu, supir yang akan membawa kami ke airport sudah tiba. Perjalanan dari Senggigi ke airport lebih kurang satu jam katanya.
Kami menaiki kenderaan yang telah menunggu di tepi jalan sana. Bayaran semua sudah dilangsaikan maka kami bertolak dengan hati yang berat. Dalam perjalanan ini aku lebih banyak memerhatikan pemandangan luar. Kesemua ini aku tatap sepuas-puasnya sebelum aku kembali menatap pemandangan yang sudah menjadi kebiasaan nanti.
Dari pemandangan laut yang indah kini bertukar
Pfffftttt...!!!
kepada suasana kampung yang masih terpelihara. Rumputrumput menghijau menghiasi perjalanan kami. Sekalisekala akan melalui pekan dan selepas itu kembali kepada pemandangan kampung. Kemudian sekali lagi sebuah pekan dilalui.
Sebaik melalui pekan ini, mas supir bercerita suatu ketika dulu pernah berlaku rusuhan kaum di sini. Pergaduhan antara orang Cina dan orang tempatan. Kisah konflik yang berlaku kerana orang Cina banyak memonopoli bisnes di sini. Kisah ini seakan tragedi 13 Mei 1969 di Malaysia. Kerana itu juga orang Cina telah banyak lari keluar dari Lombok. Namun, itu cerita dulu. Sekarang sudah lain. Pada aku, konflik antara kaum boleh saja dielakkan bila kita menerapkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Kepelbagaian kaum dan bangsa yang membuatkan dunia kita ini indah untuk dinikmati. Di atas kepelbagaian ini sepatutnya digunakan sesama kita untuk saling belajar mengenali antara satu sama lain. Bukannya untuk merasa bahawa kau bangsa yang lebih mulia dari bangsa yang lain. Kita tak ada pilihan untuk memilih bangsa kita sebelum dilahirkan. Setiap persamaan diraikan, setiap perbezaan kita hormati. Adakala kita membenci sesuatu yang tidak dapat dipastikan dan mencintai sesuatu yang juga tidak difahami sebaik mungkin. Malah, kita lebih senang mengikut apa yang menjadi pandangan orang ramai tanpa cuba untuk memandang dari satu sudut berlainan.
Setelah beberapa ketika bersembang di antara kami bertiga, kami sampai di sebuah kawasan yang agak luas. Terdapat beberapa kapal terbang sedang mendarat dan ada yang sedang bersiap sedia untuk berlepas. Ini menandakan kami sudah tiba ke lapangan terbang. Semakin menghampiri terminal, kelihatan ramai orang sedang duduk bertenggek di luar airport.
Ramai sungguh orang di sini, suara aku memecah bicara.
Mereka mau ke mana ramai-ramai ini Pergi berliburkah Haeri menyambung pula.
Hahaha! Tidak. Mereka semua penduduk kampung di sini. Udah menjadi kebiasaan buat mereka duduk di situ untuk melihat pesawat, balas mas supir mudah. Terjawab juga pertanyaan kami di saat-saat akhir di Indonesia. Pintu kereta dibuka, aku dan Haeri menjejakkan kaki ke tanah. Beg diambil dari belakang lalu kami bersalaman dengan mas supir yang menghantar dan sebuah ucapan terima kasih disampaikan. Dompet dikeluarkan untuk aku beri duit tip kepada supir tersebut namun ditolak. Sambil tu aku perhati duit dalam dompet aku seperti sudah beranak. Ada sejumlah Rp1,500,000. Seingat aku semalam duit tak sebanyak ini. Aku dan Haeri saling berpandangan. Dia hanya menyengih dan bersuara, Tak payah pulang balik kat aku. Kau tu budak jebak kat Lombok. Peta Lombok pun clear lagi kat muka kau. Hahaha! Kita eksiden samasama kot! Aku tergelak kecil. Masanya sudah tiba. Bumi Indonesia ditinggalkan.