FIZIK-LAH! - 32
Sebelum ini kami dah jelaskan mengenai sifat cahaya laser dan cahaya biasa. Cahaya laser sifatnya sempit dan dia berbeza daripada cahaya biasa yang bersifat lebar dan mencapah. Bagaimana cahaya pada laser bersifat sempit

Sebelum menjawab bagaimana laser berfungsi pertamanya kita perlu faham terlebih dulu bagaimana atom mengeluarkan cahaya. Elektron di dalam atom berada dalam orbit masing-masing dimana setiap orbit berbeza dari segi entiti tenaga. Orbit-orbit ini biasanya di labelkan dengan nombor 1, 2, 3, 4 dan seterusnya. Ahli fizik menggunakan alfabet n bagi mewakilkan nombor-nombor pada orbit seperti n = 1, 2, 3 dan seterusnya. Semakin tinggi nilai n maka semakin tinggi tenaga orbit tersebut. Ini bermaksud kandungan tenaga n = 3 lebih tinggi dari n = 2 dan n = 2 lebih tinggi pula berbanding n = 1 dan begitulah seterusnya.

Jadi, setiap elektron akan berada di dalam orbit masing-masing bergantung kepada tenaga yang ada pada elektron tersebut. Kandungan tenaga elektron boleh berubah-ubah dan apabila ia berubah ia akan mempengaruhi kedudukan elektron pada orbit.

Jika elektron hendak berpindah daripada orbit n = 1 kepada n = 2 ini bermaksud kandungan tenaga yang berada pada orbit n = 2 adalah lebih besar daripada n = 1. Untuk membolehkannya berpindah dari n = 1 kepada n = 2, maka tenaga tambahan diperlukan oleh eletron tersebut bagi membolehkannya berpindah daripada n = 1 kepada n = 2.

Apabila elektron berpindah daripada n = 1 kepada n = 2, situasi ini dipanggil juga fenomena keterujaan (excitation). Namun perpindahan elektron kepada orbit yang lebih tinggi ini tidak kekal lama. Dalam beberapa saat saja selepas itu dia akan berpindah balik kepada orbitnya yang asal iaitu n = 1. Apabila elektron berpindah semula kepada orbit yang lebih rendah dia akan melepaskan cahaya dengan warna tertentu keluar daripadanya. Proses ini dipanggil juga pancaran spontan (spontaneous emission).

Selalunya zarah foton yang dibebaskan oleh pancaran spontan ini akan merangsang elektron lain yang sudah pun teruja. Apabila ini berlaku, elektron yang sudah terangsang tadi akan membebaskan sinaran tambahan dan kemudian kembali semula ke orbit lamanya. inilah yang dipanggil pancaran ransangan (stimulated emission). Kita memanggilnya stimulated kerana ia telah dirangsang oleh foton yang lain.

Stimulated bermaksud dirangsang dalam bahasa Malaysia. Inilah caranya bagaimana laser berfungsi dan disebabkan itu namanya light amplification (jumlah cahaya yang bertambah) yang disebabkan oleh stimulated emission of radiation.