Club Deportivo Villareal, dengan bola sepak dijadikan sebagai sukan teras.
Matlamat utama penubuhan kelab tersebut adalah mempromosikan aktiviti sukan terutamanya sukan bola sepak di kalangan penduduk Kota
Villarreal.
Kelab itu kini dikenali sebagai Villarreal CF. Ada pun Kota Villarreal ini terletak di dalam daerah Castell, selain turut berada dalam wilayah komuniti Velencia. Villarreal bermaksud Kota DiRaja.
Ia dibuka oleh seorang Raja dari Empayar Aragon, bernama James I of Aragon sekitar abad ke-13 Masihi. James I membangunkan Villareal khas sebagai benteng dan kubu bagi memerangi orang-orang Islam Andalusia di
Semenanjung Iberia.
Makna kata, Villarreal menjadi pusat kependudukan kerabat DiRaja dan tentera empayar Aragon.
Dalam masa yang sama, satu lagi empayar bernama Castile diketuai oleh seorang raja bernama
Ferdinand III of Castile turut sama mengasak dan memerangi empayar Islam di Andalusia.
Serangan dua penjuru dari Aragon diketuai James I dan dari Castile diketuai oleh Ferdinand III. Itu belum campur lain-lain empayar Kristian di Semenanjung Iberia seperti Navarre, Len, Portugal dan Asturias.
Analogikan umpama negara Thailand, Burma, Vietnam dan Laos, yang barangkali berbeza bahaya dan budaya tapi berkongsi agama, datang memerangi Semenanjung Malaysia, yang majoritinya beragama Islam. Sedikit demi sedikit wilayah jatuh ke tangan tentera pakatan. Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan tewas, begitu juga Perak, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan akhirnya Johor. Sampai akhir sekali, di Johor Bahru, lenyaplah pengaruh umat Islam di wilayah Semenanjung Malaysia. Diumpamakan sahaja lah analoginya.
Selama hampir 800 tahun, pakatan tentera Kristian cuba menguasai Semenanjung Iberia dari pengaruh Islam, dan akhirnya lenyap juga pada tahun 1492, beberapa tahun sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis.
Berbalik kepada cerita kelab bola sepak Villarreal CF. Kelab yang digelar sebagai The Yellow Submarines ini asalnya menggunakan jersi berwarna putih dan seluar berwarna hitam.
Pasca Perang Dunia Kedua, negara Sepanyol dikuasai oleh rejim nasionalis pimpinan Jeneral Francisco Franco. Banyak juga lah kelab yang tergendala aktivitinya gara-gara peperangan.
Villarreal CF turut sama terima tempias. Jersi dan seluar juga tiada untuk digunakan oleh ahli kelab. Menjelang tahun 1947, anak Presiden Villarreal CF telah berkunjung ke Kota Castelln bagi mencari stok jersi mereka yang baharu. Pastinya jersi berwarna putih dan seluar hitam yang dicari.
Cari punya cari tiada ketemuan. Satu-satu warna jersi yang ditemui adalah berwarna kuning. Lalu ianya dibeli dan dibawa ke kelab.
Para pemain semuanya bersetuju dengan jersi baharu berwarna kuning. Cuma mereka kurang gemar mengadunkannya dengan seluar berwarna hitam. Anak Presiden Villarreal CF kembali ke Kota Castelln bagi mendapatkan seluar baharu.
Seluar warna putih dipilih. Ia dibawa pulang, dan diwarnakan semula dengan warna biru.
Sejak itu, Villarreal CF menggunakan warna kuning pada jersi dan warna biru pada seluar, sebelum menukarkannya sepenuhnya warna kuning pada jersi dan seluar pada musim 2002.
Villarreal CF, hanya menjelang Millenium baharulah kelab ini merasai nikmat kancah bola sepak utama di Sepanyol. Pernah pada suatu tempoh Villareal meraih naib juara La Liga selain pernah mara sejauh separuh akhir Liga Juara-Juara. Ketika itu Villarreal CF dibarisi oleh barisan pemain yang cukup hebat dan bertaraf pemain kebangsaan dengan negara masing-masing. Paling diingati pastilah aksi tenang bersahaja, the slowest playmaker in the world Juan Romn Riquelme.