Arissa Daniel - 33
BAB 33

DUA MINGGU berlalu, Daniel pandang kalendar. Esok Zaki dan makcik Fatimah akan sampai dari Seoul. Dia baharu sahaja terima panggilan dari Zaki sebentar tadi.

Tak sabar jumpa mereka.Daniel senyum. Kalendar diletakkan semula di atas meja.

Daniel segera menghubungi seseorang. Dua bilik tetamu di tingkat dua perlu dikemaskan dan dibersihkan. Bilik itu nanti akan menjadi bilik penginapan Zaki dan makcik Fatimah. Kerja yang banyak di pejabat tidak sedikitpun terasa terbeban. Daniel pandang pula pada foto mendiang ayah di atas meja.

Dad..I miss you a lot.. Daniel senyum. Matanya tertancap pula pada foto di sebelah foto ayahnya.

Arissa..please love me.. Foto Arissa yang diambil dulu semasa di Pulau Nami dibingkai cantik dan diletakkan atas meja pejabatnya untuk tatapannya setiap hari. Hilang juga rasa rindu pada gadis itu.

Kerja pejabat yang bertimbun dibereskan seboleh mungkin.

Boss! Mr. Zarul is here! Interkom dari Sherry mula kedengaran.

Let him in! Daniel senyum.

Pintu bilik pejabatnya dikuak perlahan. Tersengih Zarul di muka pintu.

Zarul! My friend! Come in! Daniel bingkas bangun. Dia menapak ke arah Zarul yang sudah melabuhkan punggung di sofa tetamu.

So, whats up dude Daniel tepuk bahu Zarul.

Okey..

Hey, whats wrong Kenapa ni Dah macam rupa bini lari! usik Daniel.

Aku belum nikah la.. Zarul jeling Daniel.

Oh really Aku ingat kau dah nikah. Kan kau dah rasa semua tu! Daniel masih lagi mengusik.

Zarul jeling lagi. Eii! Mamat ni, aku tengah bengang dia boleh buat lawak bodoh pulak!

So, kau datang sini ni ada apa sebenarnya Takkan nak tunjuk muka monyok kau tu Daniel masih mengusik.

Eh, yang kau ceria semacam ni kenapa Zarul pula berkerut kening. Pelik dengan perangai Daniel kali ini. Daniel dilihat sudah pandai melawak dalam bahasa melayu. Ah! Aku juga yang ajar semua tu! Dulu terkebil-kebil Daniel mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut aku.

Sekarang ni Daniel sudah faham selok belok bahasa terutama bahasa kiasan. Memang Daniel cepat belajar! Kalau orang lain mendengar cara Daniel bercakap, tentu mereka ternganga. Jejaka kacukan yang langsung tak ada rupa melayu, fasih cakap melayu!

Daniel hanya senyum. Dia bersandar di sofa. Mata menjeling Zarul yang sudah seperti kucing hilang anak.

Hmm...macam mendung saja hari ni. Daniel masih jeling Zarul.

Aku bingung ni. Aku pening.. Zarul menekup muka.

Kalau pening, pergi klinik, habis cerita. Ofis aku ni mana ada ubat pening. Sekali lagi Daniel senyum.

Boleh tak untuk sesaat kau jangan sindir aku Zarul mengetap bibir.

Ok! Ok, just relax dude..ok, tell me whats on your mind Daniel cuba menahan ketawa. Zarul dilihat semakin serius.

First thing...I need a glass of wine. Zarul masih menekup muka.

Dude....look, I dont think wine can solve your problem. Just tell me.. Daniel cuba pujuk Zarul.

Eh, dulu kau jugak yang ajar aku, bila ada masalah, togok saja arak tu. And now you are telling me that.. Zarul berkerut kening. Terhenti kata-kata. Riak Daniel sudah berlainan sekali.

I know...tapi itu dulu. Aku dah mula buang semua tu. Look at there! Daniel tuding ke arah satu sudut di ruang pejabatnya yang dulunya berderet dengan minuman keras pelbagai jenama. Sejak mengenali Arissa, Daniel perlahan-lahan buang tabiat buruknya. Biarlah Zarul tidak tahu yang dia sekarang ini sedang mendalami agama Islam.

Zarul tercengang. Mana kau buang semua tu

Aku suruh cleaner ofis aku buang dalam tong sampah! Daniel berkata selamba.

What

Daniel diam.

Kau ni demam ke apa Tapak tangan Zarul sudah diletakkan atas dahi Daniel.

Im okay..

Habis tu, sejak bila kau berubah baik ni Zarul masih tercengang dengan perubahan jejaka yang cukup dikenali sebagai kaki arak dan kaki perempuan!

Sejak aku kenal seorang perempuan ni. Aku rasa aku dah jatuh cinta.. Daniel berkata perlahan.

Zarul menelan liur. Jatuh cinta

Kau biar betul Daniel. Sejak bila kau pandai jatuh cinta bagai ni Setahu aku, kau tak pernah serius dengan mana-mana perempuan. Siapa perempuan tu Aku kenal Zarul sengih.

No. Dia perempuan biasa. Bukan anak orang kaya... Terbayang wajah Arissa yang diperangkap kerana salah sangka.

Hah Eh, kau ni dah biul ke Sejak bila taste kau perempuan biasa Dia seksi tak Zarul tak percaya.

Daniel geleng.

Perempuan kampung Tanya Zarul lagi.

I dont know. Pertama kali aku pandang dia, jantung aku macam berdegup laju. Aku selalu teringat dia. Kau ingat tak masa kita minum kat restoran Thai dekat Sri Hartamas dulu

Zarul berkerut kening. Berfikir.

Dia ada masa tu. Belum sempat aku nak tunjuk kat kau, dia dah pergi. Daniel senyum.

Zarul pandang Daniel seketika.

Kenapa kau tengok aku macam tu Daniel senyum lagi.

Perempuan melayu Zarul tanya lagi. Masih tidak percaya pengakuan Daniel tadi.

Daniel angguk.

Hah Zarul terbeliak.

Actually..not really malay..aku tengok dia tu macam rupa Korea pun ada.. Wajah Arissa mula terbayang di ruang mata. Gadis tinggi lampai itu mempunyai rambut ikal lebat melepasi bahu, kulit putih kemerahan, mata agak bulat kalau nak dibandingkan dengan gadis Korea dan yang nyata Arissa mempunyai dua ulas bibir menarik dan mungil. Sangat manis bila senyum dan ketawa!

Zarul diam seketika. Macam gadis Korea Setahu aku Arissa saja yang ada rupa gadis Korea. Takkan Arissa! Bila masa mamat ni kenal Arissa

Dia cuba menyiasat siapa yang dimaksudkan Daniel.

Err...boleh aku tahu nama dia Zarul senyum.

Kalau aku beritahu pun, bukan kau kenal dia pun. Anyways, tadi kau masuk ofis aku ni dengan muka monyok, kau ada masalah kan Daniel mula ubah topik.

Aku ingat aku nak nikah.. Zarul mula berterus terang.

You what! Daniel pula terperanjat. Kata-kata Zarul sudah tidak masuk akal.

Its true. Aku nak bernikah...

Dengan siapa Daniel masih tak percaya.

Nelissa...Tan Sri Joharis daughter.. Suara Zarul mula perlahan.

What Sekali lagi Daniel terkejut.

Kau sedar tak apa yang kau cuba buat ni She is Tan Sri JNs daughter! Dont you know that Daniel mengingatkan Zarul.

I know but I still love her.. Zarul menekup muka.

Daniel terdiam.

Kau sanggup dihina sekali lagi Daniel renung Zarul. Teringat kisah yang diceritakan Zarul dulu.

I dont know...aku dah buntu. Aku tahu, Tan Sri tentu akan bunuh aku kalau dia tahu aku dah rosakkan anak dara dia. Nelissa...rupanya dia tidak pernah cerita pada Tan Sri yang dia telah diperkosa. Dia masih cintakan aku sampai sekarang... aku rasa bersalah.. Zarul masih tunduk. Ada riak kesal di wajahnya.

Oh my god... Daniel bersandar di sofa sekali lagi. Teringat malam itu. Nasib baik bukan dia yang buat kerja tu. Kalau tak, mahunya Zarul bagi penumbuk sebiji!

Daniel..apa yang aku patut buat Zarul mendongak. Mengharap jawapan yang boleh menyelesaikan masalahnya dari Daniel.

Kalau kau berani, why not Just get married! Daniel menjawab selamba.

Its not that easy..

Tahu tak apa! Daniel mengetap bibir. Dia kenal sangat dengan Tan Sri Johari Nasir. Lelaki itu akan guna guna apa cara sekali pun untuk kepentingan sendiri!

Apa harus aku buat sekarang ni Zarul masih mengharap penyelesaian dari Daniel.

Kalau tanya aku, senang je. Kahwin lari! Full stop! Daniel sengih.

Senang la kau cakap! Zarul mengetap bibir. Nelissa juga mengusulkan benda yang sama.

Habis tu Dont tell me that you masuk meminang, bawa semua apa tu Dulang Whatever it is..then ada majlis besar-besaran..resepsi lagi.

Kau berani Daniel jengilkan mata. Teringat dulu dia pernah menghadiri majlis perkahwinan anak seorang kenalan bisnesnya dulu. Memang kena ada semua tu. Hantaran, majlis resepsi, siap ada pantun dan persembahan silat bagai. Pertama kali melihat majlis perkahwinan orang melayu.

Zarul diam. Memang tak aarr!!

Im curious. Kenapa kau tiba-tiba nak nikah ni Kau macam dah lain. Dah berubah.. Daniel ubah topik lain. Muka Zarul sudah sugul semacam.

Habis kau tu Dah jatuh cinta! Tak pelik ke tu Zarul jeling tajam Daniel.

Serentak mereka ketawa.

Kau tak jawab lagi soalan aku tadi..Daniel pandang Zarul yang sudah mula ceria.

Hari tu, masa aku joging di tasik Titiwangsa, aku terserempak dengan kawan satu kampus aku dulu. Dia yang beritahu aku. Rupanya sampai sekarang dia berkawan dengan Nelissa. Aku tersentak sekejap. Aku tersedar. Tak sangka Nelissa masih setia pada aku... Zarul mula teringat kata-kata Arissa semasa di tasik itu.

Siapa dia Perempuan Daniel berkerut kening.

Zarul jeling Daniel. Hish! Pantang mamat ni!

Kenapa Kau nak tubuh perempuan tu ke Saja Zarul bertanya.

Daniel sengih. Dia geleng. Dalam kepala otak Zarul, tidak ada benda lain yang difikir.

Sebenarnya sejak aku jatuh cinta ni, aku dah lama tak sentuh tubuh perempuan. Aku pun pelik. Setiap kali aku nak buat benda tu, aku asyik ternampak muka dia. Aku terdengar suara dia supaya jangan teruskan niat aku tu. Daniel berterus terang.

Hmm..memang pelik. Siapa dia Zarul pula teruja ingin tahu.

Kau jawab dulu soalan aku tadi. Siapa perempuan yang buat kau tersentak dan tersedar tu Daniel kenyit mata sambil tersenyum lebar.

Kau jangan nak buat dajjal kat perempuan tu. Dia baik. Aku dulu pernah juga nak goda dia tapi susah. Dia tak layan. Dia tak pernah nak berkepit dengan lelaki ni. Tak pernah aku tengok dia keluar dengan lelaki masa di kampus dulu dan aku rasa sekarang pun dia masih macam tu.

But...you know what Shes so gorgeous! Kalau aku tak jatuh cinta dengan Nelissa tu dulu, mungkin aku dah couple dengan dia. Zarul senyum.

Putar semula kisah di kampus memang membuatnya sering tersenyum. Terbayang wajah manis Arissa.

And FYI, dia gadis kacukan Korea Melayu. Senyuman Zarul semakin lebar.

Daniel semakin berkerut kening. Kacukan Korea Melayu Is she Arissa

Kenapa dengan kau ni Zarul pandang Daniel yang sudah terdiam.

Err..tak..tak ada apa. So, macam mana kau nak settle kes kau ni Daniel kembali ke topik asal.

Entahlah.. Zarul mula sugul.

Hmm...macam nilah. Kalau kau berani, aku cadangkan kau kahwin lari. Biar Tan Sri tu sedar sikit! Daniel tetap dengan cadangannya tadi.

Zarul diam seketika. Segala yang berlaku dulu masih segar di ruang mata. Wajah arwah ayah yang sugul, wajah sedih adik yang kena rogol. Apa lagi wajah ibu yang sudah tdiak mahu bercakap sejak kejadian itu sampai penduduk sekitar turut menghina mereka sekeluarga. Memang sakit kalau dikenang semula.

Nantilah aku fikir.Zarul menopang dagu. Masih keliru.

Thats my friend. Daniel rangkul bahu Zarul.

Hmm..dah nak lunch ni. Jom aku belanja. Biar ceria sikit muka handsome kau tu! Daniel bingkas bangun.

Mereka berdua mula menuju ke sebuah restoran di Kelana Jaya menaiki Lamborghini kelabu milik Daniel.

DANIEL menapak masuk ke dalam restoran yang menyediakan makanan barat. Zarul turut mengikut Daniel duduk di sebuah meja.

Kita lunch kat sini. Kau okey tak Daniel senyum melihat Zarul yang sudah mula senyum.

Okey je. Pasal makan ni memang aku tak cerewet. Zarul ketawa kecil.

Mereka berdua mula membuat pesanan makanan.

Zarul...aku tanya sikit boleh Daniel putar-putar telefon bimbitnya di atas meja.

Apa dia Zarul angkat kening.

Apa istimewanya surah al Fatihah

Zarul tergamam. Soalan maut dari Daniel. Ambik kau Zarul! Macam mana nak jawab

Err..kenapa kau tanya soalan baik macam ni pulak ni Kau mimpi ke bulan ke malam tadi Zarul cuba bergurau. Sikap Daniel sudah terasa semakin pelik. Tadi sudahlah rasa pelik bila Daniel mengaku dia sudah jatuh cinta.

Tak..aku saja nak tahu. Aku dengar surah tu dibaca dalam banyak acara. Sebelum mesyuarat, majlis pengebumian, masa orang Islam sembahyang..aku curious.. Daniel mula serius.

Zarul mula menggelabah. Sejak dia dendam dengan Tan Sri, dia sudah jadi orang lain. Bukan lagi Zarul yang dulu, yang kenal tikar sembahyang.

Malah sudah mula kenal arak dan sekarang mudah saja dapat tubuh perempuan.

Err..kau nak tahu ni kenapa Kau nak masuk Islam ke Zarul senyum.

Daniel senyum kelat. Dia sebenarnya masih keliru dengan semua yang terjadi, Cinta mendalam pada Arissa, urusan bisnes yang tak pernah habis, balas dendam untuk mendiang ayah, semuanya dirasakan masih terkapai-kapai.

Aku saja nak tahu. Kawan aku ada hadiahkan aku sebuah terjemahan Quran. Aku ada baca sikit.. Daniel jelaskan perkara sebenar.

Oh...kau faham ke Zarul tanya lagi.

Setakat baca terjemahan tu aku faham la tapi kalau ada maksud lain lagi, I mean..kalau ada penjelasan yang lebih luas, mungkin aku lebih faham. Daniel tunduk.

Wait! Aku masih tak faham. Kau baca semua tu sebab apa Zarul masih bingung.

Aku..aku juga nak nikah...dengan gadis melayu..Islam.. Daniel akhirnya berterus terang.

What Seriously Zarul sedikit menjerit. Beberapa pelanggan yang berada di restoran itu mula pandang ke arah mereka.

Daniel angguk.

Zarul menelan liur. Patutlah mamat ni dah berubah. Arak dah buang, perempuan dah tak sentuh..

Dude, kau tak main-main kan Zarul tenung mata Daniel.

Nope! Aku serius. Macam aku kata tadi, Im really fall in love with her. I love her so badly! Deep down in my heart, shes the one that I love so much. I couldnt lie anymore. Daniel mula meluahkan rasa hatinya yang sebenar.

Terpaku Zarul mendengar pengakuan Daniel. Dia tunduk memandang lantai marmar putih restoran.

So, boleh aku tahu apa keistimewaan surah tu Sekali lagi Daniel bertanya.

Zarul mendongak. Dia sendiri tidak pernah ambil tahu apa maksud setiap ayat dari surah Al Fatihah apa lagi keistimewaan surah itu.

Aku masih ingat. Surah tu ada tujuh ayat. Surah itu memuji Allah dan kebesaranNya. Malah ada dinyatakan juga hanya kepada Allah tempat mengadu dan minta pertolongan supaya tidak tergolong dari golongan orang yang murka dan sesat. Apa maksud golongan orang yang sesat Daniel pandang lagi Zarul yang sudah terkebil-kebil.

Zarul sekali lagi menelan liur. Aduh! Aku dah la tak tahu sangat semua tu. Rasanya sudah hampir enam tahun dia tinggal solat. Apa aku nak jawab ni

Err..maksud golongan orang yang sesat tu ialah orang yang tidak mendapat petunjuk dari Allah. Jadi ayat tu menerangkan supaya sentiasa meminta pertolongan dari Allah supaya tidak sesat dan keluar dari Islam. Dan sentiasa berada di jalan yang benar. Zarul menjawab tergagap-gagap.

Daniel masih diam. Jawapan Zarul masih samar baginya.

Hmm..aku masih keliru. Apa yang sesat Apa yang benar

Zarul garu kepala. Kalau setakat baca terjemahan tu bolehlah aku terangkan tapi kalau nak ulas lebih lanjut tu...adeh...boleh biul otak aku ni.

Aku bukan belajar agama. Masa di universiti dulu, aku belajar kejuruteraan mekanikal. Masa sekolah rendah dulu sajalah aku belajar mengaji Quran. Itupun tak sempat khatam!

Err..aku pun belajar tak habis lagi. Nanti aku balik belajar dulu, lepas tu aku beritahu kau! Zarul senyum sumbing.

Daniel senyum. Memang sejak berkawan dengan Zarul, tidak pernah sekalipun melihat Zarul sembahyang seperti orang Islam yang lain. Soal minum dan perempuan, dia tidak nafikan semua agama melarang. Tapi itu semua dipandang sebelah mata semata-mata inginkan keseronokan dunia.

Makanan dah sampai. Jom makan! Daniel hulur pinggan daging panggang kepada Zarul.

Zarul senyum kelat. Malu sebenarnya pada Daniel.

BALIK dari makan tengahari bersama Daniel tadi, Zarul mula termenung. Soalan Daniel tadi masih terngiang-ngiang di cuping telinga. Jelas Daniel sudah berubah. Tidak pernah sebelum ini Daniel begitu serius dalam hal agama. Malah bila ditanya soal agama, Daniel akan ketawa terbahak-bahak. Daniel seolah tidak kisah dia ada agama atau tidak. Hidup bebas! Sampai aku pun terikut-ikut. Itulah kalau iman sudah diketepikan!

Perkenalan tak sengaja di sebuah majlis keraian itulah permulaan persahabatannya dengan Daniel dulu.

Ya Allah...aku sudah jauh tersasar..Zarul tunduk. Dia meraup muka.

Zarul menapak ke balkoni bilik. Bintang di langit cantik berkerlipan. Sungguh indah ciptaan Allah. Otaknya masih memikirkan kata-kata Daniel siang tadi. Selama ini dia tidak pernah ambil tahu semua itu. Dalam solat pun, hanya tahu baca saja. Pernah teman serumah menegurnya kerana meninggalkan solat. Semua itu diterima bagai angin lalu. Bagai mencurah air ke daun keladi. Tidak ada yang terlekat sedikitpun. Malah rumah yang dihuni bersama dua orang lagi teman serumah sudah seperti rumah tumpangan. Balik dari kerja, tukar pakaian, keluar semula sampai larut malam hanya untuk berhibur.

Perlahan Zarul menapak ke katil. Dia termenung pula di kepala katil. Jauh memikirkan dirinya yang sudah hanyut dalam keseronokan dunia.

Nely...maafkan aku. Aku telah ragut kesucian kau. Aku telah berdosa pada kau, pada Allah.. Zarul meraup muka. Terkenang kembali sikap rakusnya meragut kesucian Nelissa buat pertama kali. Terasa dirinya masa itu dipenuhi dendam kesumat dan dipengaruhi syaitan. Ya, itu kerja syaitan yang tidak pernah serik menghasut manusia untuk berbuat maksiat dan mengingkari perintah Allah.

Perlahan Zarul ke bilik air mengambil wudhuk. Quran dari dalam almari dicapai. Sudah berhabuk.

Halaman pertama dibelek. Surah Al Fatihah. Ya, benarlah apa yang diberitahu Daniel tadi. Tujuh ayat dalam surah al Fatihah adalah memuji kebesaran Allah dan hanya kepada Allah meminta pertolongan dan petunjuk agar sentiasa diberi jalan yang benar dan terhindar dari golongan orang yang sesat.

Zarul baca pula terjemahan yang mendalam.

Segala sesuatu itu dimulakan dengan memuji Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Hakikatnya pada hari pembalasan itu, kekuasaan mutlak adalah di tangan Allah. Keadilan hakiki akan muncul dengan pembalasan dan mengotakan semua janji Allah. Orang yang dicucuri rahmat-Nya sahaja yang akan beroleh kebahagiaan, iaitu orang-orang yang menetapkan As-siratal Mustaqim sahaja sebgai satu-satunya jalan hidup semasa di dunia. Tiada agama atau cara hidup lain yang diterima Allah melainkan Islam. Orang yang menyeleweng dari Jalan Yang Lurus ini, akan menempah kecelakaan kerana lorong tersebut adalah Jalan Kesesatan dan Jalan Kemurkaan Ilahi. Penjelasan ini merupakan janji mengandungi amaran dari Allah melalui ayat ke tujuh iaitu Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Dalam sejarah kemanusiaan, terdapat golongan yang telah menerima dan mengetahui jalan mana yang benar dalam hidup.

Kebenaran itu adalah jelas dari Allah melalui lisan Rasul-Nya. Tetapi hawa nafsu telah mengatasi segala ilmu dan kefahaman mereka menyebabkan mereka tergolong dalam golongan Mereka Yang Dimurkai. Terdapat pula yang tersesat setelah menerima kebenaran, kerana ingin mengubah kebenaran dan menurut syaitan serta hawa nafsu dengan menggadaikan keimanan.

Terjemahan itu diulangbaca lagi. Zarul meraup muka. Mengenang kembali segala yang dilaluinya. Memang sudah jauh tersasar dari landasan kerana mengikut hawa nafsu. Keimanannya sendiri dibiarkan tanpa kawalan.

Ya Allah...aku berdosa pada Mu. Berdosa pada orang yang aku aniaya..Nely...maafkan aku..maafkan aku... Air mata mula menitis. Tertunduk di atas katil.

Perlahan Zarul bentang sejadah. Buat pertama kali selepas hampir enam tahun berlalu, dirinya mengadap tuhan. Waktu hening seperti itu, terasa dirinya terlalu kerdil. Isyak yang sudah lama berlalu ditunaikan dengan jiwa menyerah pada Allah.

Air mata penyesalan masih lagi menitis. Terkelu Zarul di tikar sejadah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dirinya dibuka pintu hati untuk bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Mungkin persahabatannya dengan Daniel banyak buruk dari baik tapi persahabatan itu juga membawanya kepada siapa dirinya yang sebenar. Nyata Allah menghantar dan pertemukan Daniel dalam hidupnya adalah untuknya celik diri. Kenal diri. Begitu juga Arissa yang telah menyedarkannya betapa selama ini dia mengabaikan Nelissa, gadis yang dirosakkannya sendiri!

Arissa, gadis yang begitu kuat dan tabah menempuh hidup. Kalau nak dibandingkan dia dengan Arissa, gadis itu lebih menderita sebenarnya.

Arissa, anak yang begitu mendambakan kasih sayang seorang ibu. Ibu yang tega meninggalkannya seorang diri di bumi Malaysia. Arissa terpaksa hidup seorang diri dalam dunia yang penuh dugaan ini setelah pemergian ayahnya. Bukan dia tidak tahu semua itu. Sebelum mengenali Nelissa, gadis itulah yang cuba didekati dulu. Segala tentang Arissa disiasat. Tapi Allah lebih mengetahui perjalanan hidup setiap hambaNya. Nelissa akhirnya menjadi cinta pertamanya dan kini Nelissa juga yang menjadi gadis pertama yang rosak di tangannya!

Arissa, aku doakan kau bertemu lelaki yang baik. Daniel...aku doakan kau diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk agama suci ini.. Zarul meraup muka.