JAUH Afiqa mengelamun. Udara nyaman yang menyapa tubuhnya dinikmati sebaik-baiknya.
Rasa lega bertapa dalam jiwanya. Semenjak Airish pulang, tiada lagi hantaran ataupun insiden yang aneh yang terjadi. Oleh itu, Afiqa bertindak untuk berdiam diri sahaja. Mungkin ia sekadar mainan seseorang untuk menakut-nakutkannya, barangkali. Entah siapa dalangnya Rayhan Afiqa malas untuk berfikir tentang itu lagi. Biarkan sahaja peristiwa itu berlalu.
Mata Afiqa dipejamkan. Suasana di sekelilingnya sunyi sepi. Hanya ada bunyi cengkerik yang memeriahkan suasana. Kakinya disilangkan selepas penat dengan posisi sebelumnya. Nafas yang baru diganti. Wajahnya tampak tenang meskipun peristiwa petang tadi benarbenar merentap perasaannya.
Sungguh dia tak sangka Dhia Anna akan datang ke rumahnya. Apa yang terjadi cukup memeritkan hulu hatinya. Baru sahaja nafas baru ingin diganti dalam hubungannya dengan Airish, namun begini pula yang terjadi.
Afiqa langsung mengenang pertemuan dengan gadis itu beberapa minggu yang lalu, iaitu beberapa hari sebelum dia dan Airish berangkat ke London.
I akan pergi overseas nanti. Lepas habis shooting untuk drama ni, I akan duduk dengan parents I. I nak kerja kat sana.
Afiqa tergamam seketika.
Oh... pasti awak akan jadi model yang terkenal dekat sana nanti.
Dhia tersenyum kecil. Kata-kata itu terkadang menyakitnya. Model yang berjaya
Itu bukan cita-cita saya.
Huh tersentak Afiqa mendengarnya. Keningnya terangkat memandang pada Dhia yang duduk di hadapannya.
Jadi model itu bukan cita-cita saya. Semuanya berubah selepas saya kehilangan Airish lapan tahun dulu. Saya sanggup terjun dalam bidang hiburan semata-mata untuk mengejar Airish kembali. Untuk rapatkan jurang antara kami. Malangnya, Airish tak nak.
Tekun Afiqa mendengar luahan hati Dhia.
Kalau tak keberatan, boleh bagitahu saya kenapa
awak putus dengan Airish dulu
I rasa semua tu dah tak penting lagi. Sekarang Airish dah tak percaya yang I ni adalah Dhia dia yang dulu. Pada dia, Dhia Anna sudah lama mati. I dah tak tahu apa yang perlu I cakap dan buktikan pada dia yang I adalah Dhia. Perempuan yang bersama dia satu ketika dahulu.
Dhia tersenyum sendiri. Air matanya bergenang. Afiqa hanya mampu melihat sahaja. Pasti perit apa yang dirasakan Dhia ketika itu. Dia tidak sangka begini pula ceritanya. Mati tapi hakikatnya hidup balik Memang pelik dunia ini.
I tak sangka hubungan kami akan terpisah macam ni. I cuba untuk lupakan dia, tapi I tak mampu. Sebab tu I kejar dia balik. Tapi, tengok dari cara dia asyik tolak I, memang dia dah tak perlukan I lagi. Mungkin betul kata Airish, Dhianya sudah mati....
Afiqa bertindak dengan berdiam diri sahaja.
Oh, rasanya I dah terlebih cakap ni! Maaf... jangan risau, Fiqa. Lepas shooting ni tamat, you takkan jumpa I lagi.
Afiqa mengeluh berat. Mengapa Dhia Anna kembali selepas berjanji akan pergi
Perasaannya cukup bercelaru dengan perkara yang sedia ada. Kepalanya dipanggung. Fikirannya kusut. Teramat kusut. Ya, Allah... permudahkanlah segala-galanya buatku.
Amin.
TANGANNYA sudah basah sedikit dek akibat rasa berdebar dalam jiwa. Wajahnya tidak putus-putus menunduk. Kaki dan lututnya menggeletar tapi dicuba untuk menahannya agar tidak jelas kelihatan. Pagi-pagi lagi selepas Airish keluar, muncul pula orang-orang bapa mentuanya yang meminta dia mengikut mereka ke kediaman keluarga suaminya itu.
Tangannya dikepal dan bibirnya digigit. Sekali lagi, dirinya terkunci rapat di dalam kamar ruangan kerja Datuk Tengku Syahir. Jika selalunya, dia di sini bersama Airish. Lelaki itulah yang menjadi penguat semangatnya. Resah di dada semakin ketara.
Datuk Tengku Syahir berdehem keras, menyentakkan Afiqa. Kepala yang ingin diangkat, kembali tertunduk. Tidak sanggup untuk memandang wajah Datuk Tengku Syahir. Meskipun itu adalah bapa mertuanya, tapi akibat cara layanan orang tua itu membuatnya semakin jauh.
Aku putuskan untuk kau kahwin dengan Airish, bukan kerana aku suka kau jadi menantu aku. Semuanya demi menyelamatkan karier Airish.
Senyuman sinis terukir di bibir tua itu.
Tinggalkan Airish. Dah sampai masa untuk kau dan dia berpisah!
Afiqa langsung mengangkat mukanya. Menentang pandang pada mata Datuk Tengku Syahir yang membulat besar. Ya, Allah! Rasa bergegar seluruh urat sendinya.
Pembuluh darahnya terasa bagaikan mahu pecah. Arahan itu cukup menyentakkan Afiqa.
Kenapa Kau tak mahu
Afiqa kembali menunduk. Harapan yang terbina untuk mencipta kehidupan bahagia bersama Airish bagaikan terkubur. Wajah lelaki itu menjelma dalam ingatannya. Airish.
Datuk, ada panggilan untuk Datuk.
Datuk Tengku Syahir mengangguk apabila lelaki bersut kemas tersebut muncul. Afiqa yang mengerti perlahan-lahan bangun menuju ke arah keluar.
Afiqa!
Afiqa terhenti di muka pintu tatkala suara garau milik Datuk Tengku Syahir menyapanya.
Aku harap kau akan faham. Aku cakap adalah untuk yang pertama dan terakhir. Jangan buat aku untuk panggil kau untuk kali kedua.
Afiqa menunduk hormat sebelum melangkah pergi. Meninggalkan ruang kerja milik Datuk Tengku Syahir yang ditutup rapat selepas dia keluar. Lambat-lambat, kepalanya menunduk. Dadanya disentuh.
Sakit!
YA, ALLAH... jika aku sudah jatuh hati, maka kau jagakanlah hatiku buatnya. Jagakanlah hati aku agar senantiasa berpaut padanya. Tapi, jika itu hanyalah mainan cinta, maka Kau jauhkanlah aku dari cinta ini. Ya Muhaimin, jika cinta ini benar-benar buatku, janganlah Kau palingkan hatiku agar tidak terlalu mencintainya melebihi cintaku kepada-Mu. Amin...
Lama Afiqa menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya.
Terhenjut-henjut bahunya menahan gasakan hati. Menangis semahu-mahunya usai mengadu segalagalanya pada Tuhan. Sedikit sebanyak ada rasa tenang memeluk dirinya. Matanya berkalih pandang pada diari Airish yang terletak elok di atas katil.
Tanpa membuang masa, terus kain telekung yang membaluti tubuhnya ditanggalkan. Tudung yang tersangkut di rak penyidai dicapai. Kakinya kemudian membawa langkah ke arah pintu kamar lalu dipulas tombol pintu biliknya selepas tangannya sempat menarik diari di atas katil itu. Liurnya ditelan saat dirinya berdiri tegak di hadapan pintu apabila sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Airish berada di situ.
Kau masih cintakan Rayhan ke
Terkejut Afiqa apabila Airish memegang erat pergelangan tangannya. Mata Afiqa memanah tepat pada anak mata Airish. Wajah serius lelaki itu memaksa Afiqa untuk menggeleng.
Habis, yang kau berdoa macam tu kenapa
Afiqa tersentak. Airish mendengar doanya Lelaki
itu memasang telingakah
Awak mengintai saya
Kenapa kau doa macam tu Kau doa untuk siapa Jagakan hati kau daripada siapa
Afiqa menunduk. Masakan dia akan memberitahu lelaki itu bahawa doanya adalah buat Airish.
Weh, aku tanya ni bahu Afiqa digoncangkan sedikit oleh Airish.
Tak ada apa-apalah, Sangkal Afiqa laju.
Tak ada apa-apa konon! Cuba terus-terang dengan aku ni.
Nah!
Lama mata Airish terhenti di situ, sungguh dirinya terkejut dengan huluran Afiqa. Matanya berkelip-kelip memandang diarinya yang berada di tangan Afiqa. Bagaimana
Kau curi baca diari aku
Afiqa mengangguk. Saya mintak maaf.
Airish merengus sebelum merampas diarinya dari tangan Afiqa. Tangannya membelek setiap helaian di situ. Semuanya masih berada dalam keadaan yang baik.
Awak pergi mana pagi tadi
Kau sengaja nak alih topik sebab kau tak nak aku membebel kan
Afiqa mengangguk seraya tersenyum. Buruk nampak kalau lelaki membebel, Afiqa tergelak kecil.
Sepatutnya aku yang patut tanya kau, kau pergi mana Satu hari aku tunggu kau! Letih tahu tak Kau sepatutnya bagitahu aku mana kau nak pergi. Kau kena ingat, setiap langkah isteri mesti berada dalam keredaan suaminya, tahu
Awak anggap saya ni isteri awak ke
Airish tergamam dengan soalan Afiqa. Entah kenapa, Afiqa tampak lain benar hari ini. Dia perasankan tentang itu sejak peristiwa pertembungannya bersama gadis itu petang tadi. Kemudian, gadis itu lebih menyelesakan dirinya di dalam bilik. Dia tahu gadis itu masih terluka dengan peristiwa tempoh hari.
Kenapa tanya aku macam tu
Awak jumpa Dhia ke pagi tadi teka Afiqa.
Airish yang tersentak dengan pintasan Afiqa pada kata-katanya lambat-lambat mengangguk jua. Afiqa terdiam. Tepat tekaannya. Macam mana
Macam mana apa soal Airish tidak mengerti.
Awak pernah cakap dulu, kalau nanti awak berjumpa lagi dengan Dhia, pasti awak akan terima dia balik. Kan
Airish terdiam. Cuba mengingati bilakah peristiwa yang diungkit Afiqa itu. Setelah pasti dengannya, akhirnya kepalanya mengangguk perlahan.
Tapi, itu kalau aku jumpa dengan Dhia aku yang dulu..., jawab Airish pula.
Nama yang sama, muka yang sama, suara yang sama dan perwatakan yang sama... awak masih anggap itu kebetulan ke
Airish hanya mengeluh. Apa yang dikatakan Afiqa sedikit sebanyak dapat diterima akalnya. Ya! Mustahil jika itu hanyalah kebetulan. Dhia Anna si model itu memang Dhianya