MY PRETTY BOY - 33
|MELS EXPRESS COURIER SERVICE, KL|

TUNKU HUSSEIN memarkir kereta Nissan GT-R di tempat letak kereta khas. Sebagai seorang

CEO yang termuda di Mels E sudah tentu segala keperluan disediakan tanpa kurang sedikit pun.

Tun Tunku Harith pula semakin hari kesihatan semakin merosot ekoran dari peristiwa di petang dia kembali ke Villa. Segala yang berkaitan dengan Mels E diterajui sepenuhnya manakala urusan di THSC diuruskan oleh Tun Tunku Harith dan dibantu oleh si kuku besi, Tunku Raffzul.

Selepas memastikan kereta dikunci, dia mengatur langkah menuju ke ruang lobi. Sambil jari-jemari bermain-main dengan kunci kereta, fikirannya menerewang memikirkan tentang gadis tadi. Setiap hari, di waktu yang sama gadis itu berada di situ. Menemani seorang gelendangan di tepi jalan tanpa rasa kekok dan jemu.

Kenapa setiap pagi aku nampak dia kat situ Apa kaitan dia dengan orang tua tu Gumam Tunku Hussein sendiri. Disebabkan asyik memikirkan gadis tadi, tanpa disedari dia berada di depan pintu masuk ruang pekejapat.

Hello, TH! Awat aku tengok kau kusut semacam aje, tegur Reza Rizman tatkala Tunku Hussein melewati bilik lelaki itu.

Dia menoleh berserta senyuman dilemparkan, Aku ni setiap hari kusut apa Kau aje yang tak perasan.

TH, kau jangan nak membongak. Aku kenal kau okey! Kalau tak pasal nyonya yang jual sayur depan tu senyum kat kau tadi, atau mungkin kau

Im in love, bro! Ujarnya sambil mengangkatangkat kening.

Biar betik, TH. Kau dilamun cinta pengakuan Tunku Hussein membuatkan Reza Rizman sedikit terkejut. Sampaikan tertinggi sedikit nada suara kerana teruja. Cepat-cepat Tunku Hussein menekup mulut Reza Rizman.

Kau ni suara kasi perlahan sikit boleh tak Ni malas nak cerita dengan kau! Marahnya perlahan sambil anak mata melilau memerhatikan sekeliling jika ada sesiapa yang mencuri dengar. Tambahan lagi, tiada siapa yang tahu dia adalah CEO Mels E yang selama ini dirahsiakan.

Hanya barisan MC saja yang tahu sewaktu mesyuarat tertutup yang diumumkan oleh Tun Tunku Harith. Apatah lagi hanya laluan ke Mels E saja dia dapat melihat gadis itu setiap pagi.

Keadaan kesihatan Tun Tunku Harith yang tak menentu membataskan Papanya menguruskan Mels E dan THSC serentak. Malah pencarian guardian yang menyelamatkan nyawa Papanya masih lagi gagal ditemui. Justeru Tun Tunku Harith kini menaruh harapan penuh atas kewibawaannya. Tunku Hardie pula hanya tahu meratap nasib setiap hari di Villa. Tunku Hazreen, leka dengan dunia kaf. Jadi Siapa lagi yang boleh digantung harap kalau bukan dia Hanya dia yang ada diamanahkan menerajui Mels E walaupun menyimpang jauh dari jiwa sebenarnya yang lebih dekat dengan pesakit.

Cewek mana yang kau dah sangkut ni Cuba kau cerita sama aku, mana tau aku kenal ke... Reza Rizman cuba memancing cerita. Sang perahsia seperti Tunku Hussein kalau tak kena pada gaya memang sampai ke sudah soalan terbiar dengan jawapan kosong.

Mana boleh bagitau! Nanti kau pula nak try, melepas aku nanti.

Kau sebut aje. Kalau kau nak tau, cewek yang ganteng kat KL ni aku yang conquer okey! Balas Reza Rizman. Tak mahu mengaku kalah. Kening diangkat berkali-kali sambil mengukir senyuman namun senyumannya itu dibalas dengan cebikan bibir oleh Tunku Hussein.

Iyalah, kau ajelah yang kenal semua cewek KL ni.

Kau kena terima kenyataan yang aku satu-satunya Maskulin Malaya kat KL ni. Aku tanya serius kat kau ni cewek mana yang berjaya cairkan hati kau

Aku tak kenal dia pun. Sejak beberapa bulan lepas aku perhati dia berbeza dengan deretan cewek yang aku kenal dalam Mels E ni. Setiap pagi bila aku lalu depan traffic light sana mesti nampak dia kat situ.

Depan sana Traffic light Selalu duduk bawah pohon sena Dengan lelaki jual belon tu Soal Reza Rizman sambil memuncungkan mulut menghala ke arah persimpangan jalan yang tak jauh dari bangunan Mels E.

Ermm ye Encik Reza Rizman! Tunku Hussein mengangguk dengan kening yang berkerut dalam.

Kalau cewek tu yang kau berkenan aku kenal sangat, TH. Makin meleret senyuman Reza Rizman. Sengaja menyemarakkan lagi keterujaan lelaki control kacak yang tak senang duduk sejak tadi.

Haish, kenal aje kau ni!

Kau ingat aku tengah buat lawak antarabangsa Serius aku kenal dia, TH. Nama - Qamra Ain Qaseem. Umur - 27 tahun. Asal - Tanah Rata, Pahang.

Oh, sebaya aku rupanya detik hati Tunku Hussein.

Sesuka hati kau aje petik nama entah perempuan mana dalam waiting list kau.

Hello, Yang Mulia Tunku Hussein! Aku pun ada taste okey Cewek yang kau cakap tu, putih suci aje kulitkan Pakai tudung ala Hana Tajima, kan Baju kurungkan Comeykan Gebukan Cute ajekan

Banyak songehlah kau, Reza. Kalau tak cute, buat apa aku nak try! Sah-sah aku transfer kat kau awal-awal.

Kalau Qamra yang kau nak try, memang aku kenal sangat. Tapi, aku cakap terus-terang. Bukan senang nak tackle dia. Hatinya kering, lebih kering dari ikan kering sejak dia dikecewakan oleh lelaki yang pernah dicintai dulu. Kalau aku, lama dah aku gulaikan masak kicap mamat yang buat dia cam tu. Marah ni!

Sedapnya mulut nak gulai orang. Entah-entah kau yang kena gulai masak kicap nanti, baru ada akal. Dahlah aku nak tanya, cara kau cerita macam kau dah lama kenal siapa tadi namanya hah, Qamra apa entah tadi aku lupa. Kau kenal dia Im still wondering, bro. Tunku Hussein memetik jari beberapa kali cuba mengingati semula nama gadis tadi. Semakin lama semakin dia berminat untuk mengetahui lebih lanjut dari Reza Rizman.

Apa pula aku tak kenal. Qamra pernah belajar satu akademi dengan aku dulu. Aku senior dia, course aje yang beza. Qamra sama course dengan bekas teman lelakinya. Dia jadi begitu pun, sebab cintanya dikhianati. Dia pernah difitnah oleh sahabat baiknya sendiri. Viralkan gossip kononnya ada affair dengan aku padahal hubungan kami hanya sekadar kawan walaupun dalam diam memang aku sukakan dia. But TH, kau jangan salah anggap. Itu cerita dulu. Dia dah aku anggap seperti adik aku sendiri ermmm.

Wow! Lagi! Lagi! Aku nak tau banyak lagi pasal dia! Keterujaan Tunku Hussein semakin bercambah hinggakan kelihatan sinaran kesungguhan terpancar ikhlas dari dalam anak mata hazelnya.

Reza Rizman serta-merta mengerut kening. Lain benar perwatakan CEOnya pagi ini.

Kau sabar boleh tak Nampak benar rakus! Reza Rizman menepuk perlahan belakang Tunku Hussein dengan tujuan untuk menenangkan dari terus menerus menunjuk reaksi gelojoh.

Iyalah, orang yang baru nak bercinta semula, kalau suruh duduk bertapa depan public phone pun ada yang sanggup. Demi cinta yang suci, ku relakan korbankan kepentingan diri! Kononnyalah

Suka hati akulah! Berani kau langgar titah, kena panah petir nanti sangkalnya bernada perlahan.

Renungan tajam yang singgah ke arah Reza Rizman tak sedikit pun mengugat Penolong Pengurus IT Audit itu. Lagipun, Reza Rizman yang masak benar dengan perangai adik bongsu Tunku Hardie ini.

Banyak kau punya titah! Iyalah iyalah aku sambung cerita. Sejak Qamra menyaksikan teman lelakinya di tangkap khalwat depan mata sendiri, terus dia berhenti belajar. Babahnya pula meninggal tanpa sempat melihat kejayaan dia. Sejak dari hari tu, hidup Qamra diwarnai kisah silam yang menyedihkan. Cuba kau bayangkan hidup tanpa kasih sayang mak ayah, apa kau rasa Kau pun pernah rasa, kan

Sampai begitu sekali kisah hidupnya, Reza. Tragik sungguh, keluh Tunku Hussein bila mereka berdua melangkah seiringan masuk ke dalam Mels Kaf. Mereka memilih tempat duduk yang paling belakang mengadap ke arah cermin seperti selalu. Selesai memesan set menu sarapan pagi, Reza Rizman menyambung semula ceritanya.

Selepas dia berhenti, setahun Qamra menyepi diri. Aku cari dia di Tanah Rata dan bawa kembali ke KL. Aku pujuk Qamra supaya menyambung semula pengajiannya.

Tunku Hussein menghala pandangan di luar cermin. Dari kejauhan dia ternampak gadis yang mula menjadi igauan sedang duduk di tepi tembok masih menemani lelaki tua tadi. Senyuman ikhlas Qamra Ain jelas terpancar meskipun ada kisah kedukaan yang tersembunyi di sebalik senyuman itu. Dia nekad untuk mengenali Qamra Ain dengan lebih dekat lagi.

Menu yang dipesan tiba di meja. Reza Rizman mengalihkan cangkir kopi yang masih hangat dari dalam dulang lalu diletak ke atas meja berdekatan dengan Tunku Hussein. Dia mencapai cangkir satu lagi dan menghirup perlahan-lahan.

Qamra Ain adalah salah seorang staff di area pengasingan mel kat LG2.

Di kala cangkir yang masih lagi di tepi bibir, Tunku Hussein menoleh ke arah Reza Rizman yang sedang menyuap mee goreng ke dalam mulut. Sesekali terdengar bunyi berdesir-desir dari mulutnya menahan kepedasan.

Melesin pedas mee goreng pagi ni, TH! Berapa tan cili diorang taruk dalam ni Selalunya tak adalah pedas segaban ni! Rungutnya sambil mengipas-gipas bibir yang dirasakan tebal akibat kepedasan yang terlampau. Habis satu gelas air mineral ditelan tanpa henti namun masih tak mampu mengurangkan pedas di lidah.

ANDARTU agaknya yang masak. Back to the story, mana kau tau Qamra kerja kat company aku

Aku taulah. Aku yang rekrut dia masuk ke Mels E. Aku yakin dia tak kenal siapa CEO kat sini. Qamra bukan jenis orang yang ambil port tentang gossip or whatever yang berlaku kecuali 2 perkara yang penting. Pertama, datang kerja dan kedua, habiskan pengajian. Oh ya Qamra juga kenal kakak kau, Tunku Rein.

Dia kenal kakak aku Buntang terus mata Tunku Hussein. Dia sabar menunggu jawapan dari Reza Rizman yang masih mengipas-gipas bibir.

Qamra duduk sekali dengan kakak kau. Qamra juga pernah kerja part-time di kaf Tunku Rein masa menuntut di A-AH. Lagi satu, Qamra tak menahu langsung yang kakak kau berdarah Tunku. Oh ya sebelum aku terlupa, ada perkara penting yang kau perlu tau dari apa yang aku cerita kat kau tadi.

Apa dia, bro Tunku Hussein mengangkat kening. Sambil-sambil itu dihirup air di dalam cangkir.

Qamra Ain sebenarnya bekas kekasih Tunku Hardie, abang kau.

Hampir terlepas cangkir yang dipegang tadi. Tergamam dia seketika. Lirikan mata Tunku Hussein menyorot ke wajah Reza Rizman tanpa berkelip.

Har... Hardie Jadi, Hardie punca segala-galanya Raut wajah yang ceria tadi serta-merta berubah. Tak sangka abangnya sendiri yang menjadi punca penderitaan yang dilalui oleh Qamra Ain.

Reza Rizman mengangguk perlahan. Satu keluhan dalam dilepaskan. Dia terpaksa berterus-terang sebelum Tunku Hussein terlanjur jauh menyimpan perasaan pada Qamra Ain. Mustahil juga untuk Tunku Hussein menaruh cinta pada Qamra Ain yang pernah dikhianati oleh Tunku Hardie.

Tuan Harith, Tunku Rein dan kau kecuali Tunku Raff tau tentang hubungan Hardie dan Qamra. Kami semua rahsiakan hal ini daripada keluarga kau yang Qamra berada di KL atas permintaan dia. Hakikatnya, Qamra masih menyimpan dendam pada darah kerabat seperti kau.

Tunku Hussein melepaskan keluhan sekali lagi. Apakan daya, hatinya sudah mula terpaut setelah 7 tahun terkunci rapat disebabkan kecurangan Elmina. Patutlah kali pertama dia terpandang Qamra Ain, seperti ada suatu aura yang wujud antara dia dan gadis itu. Rupa-rupanya, ini kebenarannya.

Kalau kau kata Qamra kerja di Mels E, yang setiap pagi aku nampak kat depan sana tu apa

Itulah Qamra Ain. Dia pantang tengok golongan gelendangan kebuluran tanpa makanan. Sikap kemanusiaan yang terbentuk dalam dirinya memang sukar untuk dikikis. Dia pernah dia hendak jadi doktor berjiwa pesakit. Jadi, langkah pertama kenalah dekati mereka yang berada di luar lingkaran hidup kita. Contohnya, apa yang kau tengok tadi. Kalau kau nak tackle dia kau tau apa nak buat, kan

Macam mana aku nak kenal dia secara dekat Takkan aku nak pergi terjah macam tu aje. Nanti tak pasal-pasal dikejarnya aku dengan kayu. Sah-sah muka kacak aku keluar berita front page nanti malu, bro! Resah gelisah mula menyelubungi hati bila gadis yang diperhatikan itu sudah tiada di tempat tadi.

Tunku Hussein melirik ke arah jam di pergelangan tangan. Patutlah, dah masuk waktu kerja

Kalau kau nak kenal dia sangat, aku ada idea!