TORA DATANG LAGI - 33
Antara perkara terawal perlu dipelajari apabila mahu menaiki basikal adalah cara untuk mengimbangi keseimbangan kiri dan kanan basikal. Mengimbangi basikal sewaktu sedang menaiki basikal merupakan satu cabaran yang agak sukar untuk dilepasi jika tidak punya keyakinan yang tinggi. Bagi memberi keyakinan kepada setiap kanak-kanak yang pertama kali menaiki basikal, sejenis roda kecil berbentuk L akan dipasang pada kiri dan kanan tayar belakang basikal.

Roda kecil ini akan dipasang menjejaki permukaan lantai bagi menahan basikal dari terbalik. Semakin lama menaiki basikal, level konfiden dalam menguasai basikal akan semakin tinggi. Level konfiden yang tinggi menjadikan perbuatan mengimbangi basikal dapat dilakukan dengan kacang.

Roda kecil akan ditanggalkan apabila kanak-kanak sudah dapat mengimbangi basikal dengan baik. Sesetengah kanakkanak bertuah yang diberikan keistimewaan oleh Tuhan dapat menaiki basikal tanpa memerlukan langsung bantuan roda kecil. Setelah menguasai peringkat keseimbangan, barulah kanak-kanak dapat pergi ke level seterusnya iaitu mengangkat tayar hadapan.

Puncak tertinggi di dalam scene basikal adalah berupaya menaiki basikal sambil melepaskan tangan dari hendel basikal. Siapa boleh buat, memang orang respek betul.