Malam itu bulan mengambang penuh. Sinarnya menerangi kawasan hutan yang kebiasaannya gelap gelita. Seekor arnab putih melompat-lompat sambil menghidu arah bau makanan. Seekor biawak sedang menunggu peluang untuk menjamah arnab tersebut namun ia sempat menyedari kehadiran pemangsa itu. Biawak tersebut terus mengejar dari belakang. Seketika kemudian, satu bayang-bayah hitam bersaiz agak besar mendarat perlahan-lahan ke permukaan tanah.
Bam!
Satu hentakan kuat kedengaran. Biawak yang sedang asyik mengejar arnab mula melarikan diri ke arah pokok berhampiran sementara arnab tersebut masih lagi memandang susuk tubuh yang berdiri di hadapannya. Susuk tubuh itu merangkul arnab itu dan menjilat perlahan bulunya yang gebu dan putih. Beberapa minit kemudian, ia meletakkan arnab putih itu kembali ke tanah dan kembali terbang tinggi. Susuk tubuh besar itu berpusing untuk mengelak pokok besar yang menghalang laluannya. Kepalanya tibatiba digerakkan ke kiri dan kanan kerana deria baunya menangkap satu bau yang kurang menyenangkan.
Tolong..
Susuk tubuh besar itu mendarat dan cuba menghampiri tasik berhampiri. Ia mencari-cari punca bau busuk dan suara seseorang yang meminta pertolongan. Bau busuk semakin kuat dan menyucuk hidung.
Tolong.
Kakinya berhenti melangkah sebaik sahaja matanya menangkap sekujur tubuh perempuan yang dipenuhi nanah, darah dan lendir berbuih. Susuk tubuh besar itu mulanya ragu-ragu untuk menghampiri tetapi ia tetap terus melangkah.
Kau
Tolong aku, Makhluk Gelap Bersayap. Makhluk Gelap Bersayap duduk bersebelahan dengan perempuan itu. Bagaimana aku tahu nama kau Siapa lagi paling tangkas dan paling berkuasa di udara dan darat
Makhluk Gelap Bersayap hanya menundukkan mukanya. Aku ratu duyung tasik ini. Aku sudah berada diambang kematian. Aku naik ke darat untuk melahirkan zuriat sulungku sekaligus untuk mengadakan upacara jejak tanah sebagai penyucian jiwa bayi ini. Ketika rahimku mengembang, puak Roia datang menyerang. Mereka sudah menunggu saat ini. Salah seorang daripada mereka yang bernama Kemboja membelah rahimku dan menarik keluar puteriku. Aku..
Ratu duyung terdiam sebentar. Dia melihat hujung ekornya yang bertukar menjadi lendir yang berbuih.
Aku tidak sempat menjalankan upacara penyucian jiwanya. Puteri sulungku telah dibawa lari oleh mereka. Mereka akan melapah dan menyantap puteri sulungku. Aku mohon kau selamatkan puteriku.
Ketika ini, sebahagian anggota badannya sudah menjadi lendir yang bercampur darah.
Mereka akan menyantap dan bersiram menggunakan isi perut puteri tunggalku untuk memilik kehidupan yang abadi. Tindakan mereka akan melawan ketentuan daripada yang lebih berkuasa di sini. Tolong jaga puteriku sebaik-baiknya seperti anakmu sendiri. Ini habuan buatmu. Sesuatu yang amat berharga oleh kaum manusia sejak keturunan pertama mereka.
Ratu Duyung mengambil cengkerang siput yang menjadi pengikat rambutnya. Rambut yang mengurai itu kemudiannya mengeluarkan aroma hanyir dan busuk.
Cengkerang ini mampu menolongmu untuk hidup berjutajuta tahun lamanya. Kau boleh jadi apa sahaja yang kau mahu. Tetapi, cengkerang ini ada pantangnya. Kamu tidak boleh kembali kepada rupa asalmu. Jika kamu degil, ajal akan menjemputmu. Kau akan mati dalam keadaan yang tidak diketahui sesiapa.
Ratu Duyung mengambil cengkerang siput dan menghembus nafasnya ke hujung muncung yang terbuka sedikit.
Cengkerang siput itu bercahaya.
Terima kasih, sahabatku. Kau boleh pergi selamatkan zuriatku yang juga merupakan warismu. Wajah ratu duyung perlahan-lahan luntur dan mengembang sebelum seluruh tubuhnya cair dan menjadi darah dan nanah yang busuk.
Makhluk Gelap Bersayap bangun. Sayapnya dikembangkan. Sepantas kilat ia membelah udara dan terbang ke satu kawasan yang dipenuhi jeritan dan hilaian manusia yang sedang asyik berpesta. Makhluk Gelap Bersayap memerhatikan gelagat manusia tersebut dari udara.
Penduduk kampung sedang rancak berpesta. Mereka menuang sejenis minuman yang memabukkan ke dalam gelas yang diperbuat daripada kayu. Kelihatan dua atau gadis yang dalam keadaan separa sedar sedang asyik menari dengan ghairah di atas ribaan jejaka-jejaka kampung. Mereka bergelak ketawa. Tidak jauh dari kawasan unggun api, ada satu batu mendatar yang menyerupai tempat pembaringan.
Di sekeliling batu mendatar itu diletakkan akar-akar kayu, bunga-bunga hutan, rumpai air dan tulang-temulang haiwan pemburuan. Seorang perempuan membacakan sesuatu dan menghembus nafasnya perlahan-lahan ke dalam gayung kayu yang berisi air hancing berwarna kuning. Dia menuangkan air tersebut ke atas permukaan batu yang mendatar sambil menjerit dan melolong. Jeritan dan lolongan itu saling bersahutan dalam kalangan penduduk kampung.
Tiba tiba angin bertiup kencang. Pohon-pohon besar bergoyang dan bergoncang seolah-olah memarahi sesuatu. Daundaun bertaburan. Awan berarak terkocoh-kocoh menutupi sang rembulan yang masam kerana sinarnya tidak mencecah tanah lalu munculnya kegelapan malam yang angkuh. Suara pekikan manusia, suara deruman haiwan ternakan seolah-olah muzik yang bersatu dengan lirik. Menghasilkan bunyi yang sama. Bunyi ketakutan.
Bunyi kesialan. Bunyi maut.