Sebagai contoh, sekolah dengan sistem seragam ini biasanya menetapkan kriteria anak baik adalah anak yang patuh dan penurut sehingga anak-anak yang bermacam ragam boleh menjadi anak baik harus menjadi patuh dan penurut. Sesiapa pun yang tidak patuh atau menuruti akan dianggap bermasalah.
Sementara kenyataannya anak kita memiliki bermacam-macam watak, ada yang memang mudah menurut, ada yang kritis penuh dengan pertanyaan, ada yang berpendirian keras, ada yang ingin berfikir dan bertindak bebas, dan sebagainya, tetapi mereka semua, suka atau tidak suka, harus menjadi penurut. Jika tidak, mereka akan masuk dalam kelompok anak-anak bermasalah.
Lain halnya dengan sekolah yang memahami perbezaan anak atau berasaskan Multiple Intelligence and Holistic Learning. Sekolah ini akan menetapkan kriteria bahawa anak yang baik adalah anak yang bekerjasama bukan yang penurut. Apa bezanya Anak yang penurut adalah anak yang mengikuti semua perintah tanpa berfikir, dengan tujuan untuk menyenangkan orang lain, sementara anak yang bekerjasama adalah anak yang setiap tindakannya berdasarkan kepada keputusan dan pertimbangan logis/kritis, berdasarkan nilainilai sosial yang dibentuk dan diakui bersama.
Sekolah jenis ini pada umumnya membebaskan setiap anak untuk berbeza; berbeza pakaian, berbeza pendapat, berbeza keinginan, berbeza cara menyelesaikan tugas, tetapi mereka selalu diajak untuk berdialog dan bekerjasama dalam membuat keputusan-keputusan untuk kepentingan bersama. Nah ... sekarang, silakan anda menilai, apakah sesungguhnya anak kita atau sistem sekolahnya yang selama ini bermasalah
Anak yang penurut mengikuti semua perintah tanpa berfikir, dengan tujuan untuk menyenangkan orang lain.