RETRO BOLA SEPAK - 33
Bertitik tolak dari peristiwa Revolusi Russia 1905, kekalahan teruk dalam kempen Perang Dunia Pertama, permasalahan sosio-ekonomi marhaen yang melarat, penggulingan monarki Russia dan gerakan Bolsheviks pimpinan Vladimir Lenin yang membawa kepada pertelingkahan antara dua pihak iaitu Red Army yang berfahaman komunis dan pihak White movement yang anti kepada komunis dan sosialis hingga berlakunya perang saudara sesama mereka, termasuk garapan percaturan politik oleh Joseph Stalin, akhirnya telah membawa kepada pembentukan satu entiti baharu, sebuah persekutuan negara dan wilayah yang dikenali sebagai Union Soviet Socialist Republic atau lebih dikenali sebagai USSR.

Pengisytiharan tersebut dibuat pada 30 Disember 1922 di Bolshoi Theatre, Saint Petersburg, sebuah dewan persembahan opera dan ballet. USSR meliputi gabungan

Russian SFSR Government,

Transcaucasian Socialist

Federative Soviet Republic, Ukrainian SSR dan Byelorussian

Soviet Socialist Republic.

Persekutuan itu menyaksikan USSR bakal diperintah dan ditadbir secara autokratik oleh satu parti sahaja iaitu parti komunis (Bolsheviks).

Selain dikenali dengan nama USSR, persekutuan Soviet itu juga dikenali sebagai CCCP, singakatan kepada

.

Singkatan CCCP itu biasa kita lihat pada jersi pasukan bola sepak USSR mahupun mana-mana kontinjen sukan USSR di apa jua temasya sukan sekalipun.

Skuad bola sepak USSR juga boleh tahan prestasinya di pentas antarabangsa. USSR pernah menduduki tempat keempat di Piala Dunia 1966, sekali muncul juara Kejohanan Eropah di edisi UEFA Euro 1960, tiga kali muncul naib juara iaitu di edisi 1964 European Nations Cup, UEFA Euro 1972 dan UEFA Euro 1988 selain sekali menduduki tangga keempat dalam temasya UEFA Euro

1968.

Pentas Sukan Olimpik skuad USSR lebih cemerlang. Mereka dua kali raih pingat emas acara bola sepak iaitu semasa temasya Sukan Olimpik 1956 di Melbourne, Australia dan Sukan Olimpik 1988 di Seoul, Korea Selatan, selain turut meraih tiga kali pingat gangsa dari temasya Sukan Olimpik 1972, 1976 dan 1980.

Nama-nama seperti Lev Yashin, Oleh Blokhin, Rinat Dasayev, Albert Shesternyov, Valeriy Voronin, Anatoliy Demyanenko antara pemain ternama yang pernah menyarung jersi USSR di pentas antarabangsa.

Tahun 1991, USSR runtuh ekoran perubahan geopolitik di sana. Negara kesatuan itu berpecah, apabila nasionalis setiap wilayah giat menjalankan usaha memerdekakan wilayah masing-masing daripada pentadbiran USSR.

Dari USSR, terpecah menjadi 15 negara iaitu Russia, negara-negara rantau Baltik seperti Estonia, Latvia dan Lithuania, negara-negara timur tengah Eropah seperti Belarus, Moldova serta Ukraine, wilayah-wilayah selatan Caucasia seperti Georgia, Azerbaijan dan Armenia serta wilayah-wilayah Asia Tengah seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Tajikistan dan Uzbekistan.

Itu belum campur wilayah-wilayah kecil yang turut sama menuntut kemerdekaan seperti Chechen, Crimea, Abkhazia, Nagorno Karabakh, Gagauzia, Transnistria, South Ossetia dan Novorossiya.