Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 34
BAB 34

SUDAH seminggu Felisha di rumah orang tuanya. Sejak kejadian malam tu, dia masih berkurung dalam bilik. Trauma masih belum reda. Fobia dengan kejadian yang menimpa dirinya. Kedai bunga, papa sudah ambil seorang lagi pekerja baru, bagi membantu Ainul buat sementara.

Sampai bila aku nak macam niFelisha jenguk ke laman. Dia menopang dagu di palang balkoni biliknya.

Dia melangkah keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Abang Fakrul dan kak Arini sedang berbual dengan mama dan papa.

Sha, mari! Mama ada buat lepat pisang ni. Puan Bainun tarik tangan Felisha.

Sha..sampai bila Sha nak terperap dalam bilik tu Sha jangan bimbang, polis sekarang tengah siasat kes tu. Fakrul hulur pinggan lepat kepada Felisha.

Entahlah bang. Sha dah fobia. Tengoklah..minggu depan Sha ingat nak ambik barang kat rumah sewa Sha. Felisha kunyah lepat pisang.

Oh ya, housemate Sha macam mana Mereka tak apa ke tinggal kat rumah tu Arini mencelah.

Entah..mungkin mereka pun pindah jugak kut. Felisha berkata tanpa nada perasaan.

Abang bukan apa..abang rasa pelik. Macam mana penyangak tu tahu Sha duduk sorang-sorang malam tu Dan..macam mana dia boleh masuk ke rumah tu sedangkan Sha kata Sha dah kunci semua pintu termasuk pintu bilik Fakrul berkerut kening.

Entah la bang. Sha dah kunci semua pintu. Fariz cakap, ada orang sengaja tutup suis utama tu malam tu. Felisha teringat Fariz meluru ke arah suis utama.

Hmm..hairan. Tapimacam mana Sha boleh kenal dengan Alia Dia adik Fariz kan Fakrul pandang Felisha tak berkelip.

Err.. Felisha terdiam. Apa aku nak jawab ni

Fakrul..Sha kenal Alia tu masa dia hantar bunga dulu. Kebetulan Alia tempah bunga dari kedai Sha. Puan Bainun senyum sambil mata melirik pada Felisha.

Malam tu..abang tengok, Fariz tu macam ambil berat tentang Sha..ada apa-apa ke Usik Fakrul.

Sha dah ada tunang. Kebetulan tunang Sha pulak, sepupu Fariz.. Felisha tergagap-gagap.

Fakrul pandang Felisha. Ni mesti ada sesuatu yang dia sembunyikan ni. Tak apa..lambat laun akan terbongkar juga nanti.

Siapa pulak call aku ni Fakrul lihat skrin telefon bimbitnya.

Ya saya. Baik, baik encik. Fakrul matikan talian.

Ada apa bang Felisha pandang Fakrul yang dah berkerut kening.

Tadi..inspektor Razlan call. Dia suruh kita ke balai. Ada maklumat baru. Fakrul sandar di sofa.

Maklumat baru Polis dah tahu ke siapa dalang dalam kes niEncik Zainuddin pula menyampuk.

Mungkin juga. Lepas pergi balai nanti, baru kita akan tahu. Fakrul bingkas bangun. Dia hubungi Tajdid dan Fariz.

Abang nak ajak dia orang tu buat apaFelisha muncung.

Aik! Salah ke Tajdid tu tunang Sha. Fariz pulak kawan abang. Dalam hal ni, Tajdid kena ambil tahu. Fariz pulak sebab dia yang tolong Sha malam tu. Jadi abang kena ajaklah mereka berdua tu. Fakrul luku manja adik kesayangannya.

Felisha muncung lagi. Apa hal dia orang pulak nak kena tahu hal aku Haish!

Sha ikut Felisha bingkas bangun.

Nak ikut, siap cepat! Abang bagi sepuluh minit je! Fakrul lihat jam di pergelangan tangan.

BALIK dari balai, Fakrul hantar Felisha balik ke rumah semula. Tajdid pula terpaksa ke kolej semula.

Ojak..kita nak ke mana ni Fariz pandang sekitar jalan. Nampak macam menuju ke arah sebuah restoran di Setapak.

Ikut je la. Aku dah lama tak makan nasi goreng istimewa restoran Buluh Rimba tu. Kereta Fakrul membelok ke arah simpang menuju ke jalan kecil. Keretanya diparkir betul-betul di depan restoran.

Okey, kita dah sampai. Fakrul menapak ke dalam restoran yang dihias ala hutan rimba. Ada tempat duduk di atas pokok.

Wah! Mana kau tahu tempat ni Fariz senyum. Teruja melihat dekorasi restoran itu yang ala-ala hidupan liar dan tumbuhan liar.

Ada la..jom!

Mereka berdua pilih tempat di atas pokok. Nampak semua pengunjung yang masuk ke restoran tu.

Ipo..kau rasa siapa agaknya dalang kes ni Fakrul berkerut kening. Rupanya tadi, polis hanya ada maklumat mengenai lelaki tadi yang mengaku disuruh seseorang tetapi dia berkeras tidak mahu membongkar rahsia siapa orang itu.

Sha pernah cakap yang lelaki tu pernah sebut hutang darah dibayar dengan darah. Setahu aku, Sha tu tak ada musuh pun. Kenapa dia aimed Sha Apa yang Sha dah buat Fakrul menopang dagu.

Entah..kau tahu, ini kali ketiga mamat gila tu nak buat benda tak baik pada Felisha. Fariz turut bingung dengan apa yang terjadi.

Aik! Mana kau tahu dah tiga kali Fakrul pula berkerut kening.

Errdia sendiri yang beritahu aku. Fariz luku kepala sendiri. Kantoi la pulak! Nyaris tadi aku cerita hal Felisha jumpa aku di tasik dan kisah-kisah sebelum ni. Janganlah mamat ni tanya lagi pasal Felisha tu.

Hmmpelik. Maknanya kau dah kenal lama la adik aku tu Sengih Fakrul dah semakin lebar.

Kenal biasa je. Kebetulan. Fariz mengalihkan matanya ke arah luar restoran.

Fakrul senyum nakal. Aku mesti korek rahsia mamat ni.

Eh, kau tak rasa ke kes adik kau ni pelik Aku syak dalang semua ni, orang yang kenal adik kau tu. Keterangan adik kau masa di balai polis, dia kata semua pintu dikunci dari dalam. Macam mana pulak pintu tu boleh dibuka tanpa kesan kopek Seolah penceroboh tu ada kunci pendua. Fariz tukar tajuk.

Ya tak ya jugak.. Fakrul turut bingung.

Kau kenal housemate adik kau tu Fariz teringat yang Felisha pernah minta tolong Alia temankannya dulu.

Fakrul geleng. Mana aku nak kenal. Kan aku kat UK.

Lupa pulak Fariz sengih.

Aku tak fahampenyangak tu macam nak balas dendam pun ada. Aku kena siasat siapa yang dendam pada Felisha ni. Fakrul hirup jus oren yang baru tiba.

Fariz turut meneguk milo ais.

Ipo..aku nak tanya sikit ni.. Fakrul betulkan duduknya.

Apa dia

Kau suka kat adik aku ke Fakrul pandang mata Fariz.

Fariz tersedak. Dia sapu bibirnya dengan tisu. Mimpi apa Ojak ni sampai tanya soalan keramat macam tu Dah habis soalan ke apa

Aku tanya ni.. Fakrul masih menunggu jawapan Fariz.

Kau ni kenapa Soalan exam mana kau tanya ni Eh, kau sedar tak, adik kau tu dah jadi tunang orang, sepupu aku sendiri. Fariz kembali

meneguk milo ais.

Tak ada la..aku dapat rasa, cara kau tengok adik aku, aku dah boleh agak. Aku dah kenal kau lama la Ipo. Fakrul senyum nakal.

Fariz diam. Layan nasi goreng ni lagi bagus dari layan soalan Ojak ni!

Kalau dah diam tu, maknanya betul la tu. Sengih Fakrul makin menjadi.

Some people said, silence is better than talking when you are in certain circumstances. It is better to remain silent than to speak a word of evil. Fariz senyum hambar. Kata-kata itu juga sebenarnya menjadi pengajaran untuknya yang selalu melontarkan kata-kata yang menyakiti hati Felisha.

Whatever! Fakrul mula gelak. Kalau bercakap dengan Fariz, memang aku akan kalah.

Fariz hanya melemparkan senyuman hambar.

Melissa macam mana Fakrul jeling Fariz yang sudah berubah rona wajahnya.

Kenapa dengan minah tu

Tak ada ladia kan sukakan kau. Aku rasa berilah peluang pada dia. Fakrul kenyit mata.

Aku tak pernah sukakan dia. Sejak dulu lagi. Lagipun kau sendiri tahukan macam mana sikap dia, penampilan dia. Jawapan Fariz terus mematikan soalan Fakrul tadi.

Fakrul angguk-angguk.

Wanita yang cantik tapi tidak berperibadi mulia, umpama kaca mata yang bersinar-sinar tapi tidak boleh melihat apa-apa. Fariz sandar malas di kerusi.

Hidup ini tak boleh berpandukan pada perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu itu berlandaskan kenyataan. Fariz menambah. Tiada nada perasaan.

Falsafah mana pulak kau curi ni Fakrul sengih.

Aku rimaslah pasal hati dan perasaan ni.Fariz sedikit terganggu.

Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran. Fakrul sengih.

Aik! Kau pun dah pandai bermadah bagai Fariz gelak.

Bukan madah tapi nasihat. Fakrul turut sengih.

Lidah, hati dan perasaan saling berkait rapat. Sama juga bila memlilih isteri. Macam Rasulullah pernah bersabda dari riwayat At-Tabrani. Ada empat perkara, barangsiapa diberi keempat-empatnya, bererti dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat, iaitu: hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar atas cubaan yang menimpa, dan isteri yang tidak menjerumuskannya ke dalam dosa, baik dalam menjaga dirinya mahupun harta kekayaannya."

Fariz diam seketika. Nyata Fakrul masih seperti dulu. Apa yang silap dengan perhubungan Fakrul dengan Nadia dulu adalah mungkin ianya atas dasar nafsu. Mata yang menipu melihat kecantikan Nadia tanpa melihat pada pandangan hati.

Aku bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan jodoh dengan Arini. Kecantikan bukan segala-galanya. Women should not be the moon which everyone see uncovered. But women should be the sun which makes eyes bow down before seeing it. Luah Fakrul lagi. Mengingati kisah cintanya dulu samalah seperti mengingati zaman jahiliahnya.

Aku pun tumpang gembira Ojak. Doakan juga aku mendapat seorang isteri yang mencintai Allah dan Rasul. Macam kau pernah cakap dulu, perempuan ni umpama gula-gula. Hanya orang yang tidak berfikir saja yang memilih gula-gula yang tiada pembalut yang berada di tempat kotor. Fariz terkenang kembali kata-kata Fakrul saat Fakrul tersedar dari kesilapan.

Kau masih ingat Fakrul bulatkan mata. Senyum.

Fariz angguk. Senyuman masih di bibir.

FAKRUL merebahkan tubuh di sofa. Pulang dari restoran tadi, dia terus ke rumah. Teringat perbualannya dengan Fariz tadi. Ternyata Fariz masih seperti dulu. Sukar diceroboh hatinya.

Abang.dah pandai mengelamun nampak Arini mencium tangan suaminya.

Mama dan papa mana Fakrul senyum.

Mereka dah keluar. Katanya menghadiri kenduri kahwin di hujung taman ni. Arini melabuhkan punggung sebelah Fakrul.

Sha

Sha ada kat dalam bilik. Tadi baru je Tajdid balik selepas mama dan papa keluar. Arini senyum.

Ha..tu pun dia. Arini tuding ke arah Felisha yang sedang menuruni anak tangga.

Nak ke mana Fakrul pandang Felisha yang sudah siap mengenakan blaus longgar dan skirt labuh yang dipakai tadi.

Sha ingat nak ke rumah sewa kejap. Nak ambil barang. Lagipun, Sha kena tengok juga pokok bunga dahlia kat belakang rumah tu. Susahlah bang bila pindah sini. Nanti Sha kena ulang-alik jauh dari kedai. Felisha duduk sebelah Fakrul.

Shaikut cakap papa. Bunga tu boleh tanam kat laman rumah ni apa! Kalau jadi apa-apa lagi kat Sha macam mana Fakrul luku kepala Felisha. Degil betul la budak ni.

Yalah! Yalah! Sha pergi dulu. Felisha cium tangan Fakrul dan Arini.

LAMA Felisha memerhati rumah sewa yang sudah hampir dua minggu ditinggalkan. Kejadian yang menimpa dirinya masih terbayang segar di ruang kotak fikirannya. Langkahnya berhati-hati memasuki rumah itu.

Hmm..agaknya Najwa dan Hanim pun nak pindah jugak ni.. Ruang tamu sudah berselerak. Agak tidak terurus. Kalau dulu dia selalu mengemas dan menghias dengan bunga dahlia. Dijelingnya pasu bunga dahlia di sudut kiri meja sofa. Sudah layu dan kering.

Felisha menapak ke biliknya. Sempat dia pandang bilik Najwa.

Eh..apa hal pintu tu terbuka luas Felisha berkerut kening. Selama aku tinggal di rumah tu, pintu bilik Najwa selalu bertutup dan berkunci.

Tidak pernah sekali pun terbuka macam tu.

Perlahan Felisha menapak ke arah bilik Najwa. Dia jenguk ke dalam. Tiada sesiapa.

Mana Wa

Felisha beranikan diri masuk ke dalam bilik Najwa. Itulah pertama kali dia melihat keadaan bilik Najwa yang penuh dengan bunga tulip kering di setiap penjuru bilik. Masih kemas disusun dalam pasu. Matanya menala pula ke arah meja solek Najwa. Banyak botol minyak wangi yang sudah kosong tersusun di situ. Felisha berkerut kening.

Dia melihat pula album yang ada di atas meja kecil sebelah katil. Album itu dibelek satu persatu. Sesekali Felisha senyum melihat wajah Najwa masa zaman sekolah dulu.

Eh.dia ni macam aku kenal. Apa hubungan dia dengan Najwa Felisha amati betul-betul foto dalam album. Memang tidak syak lagi.

Matanya menala pada dinding yang penuh dengan gambar kenangan ketika di universiti dulu.

Eh! Ni macam gambar abang aku! Macam mana foto ni ada kat sini Felisha cuba mengamati setiap gambar yang ditampal di situ. Dia cuba mengambil salah satu darinya.

Felisha cepat-cepat letak semula album di atas meja. Deruman kereta Najwa jelas di telinganya. Dia bergegas ke biliknya. Beg tangan diletakkan atas katil. Pakaian dalam almari mula dikemas dan dimasukkan ke dalam beg besar.

Sha! Bila kau sampai

Felisha menoleh. Baru je sampai, kau dari mana

Kerja la. Jadi ke kau nak pindah Najwa mendekati Felisha yang sibuk menyusun baju dalam beg pakaiannya.

Aku terpaksa la Wa. Papa aku sibuk suruh aku pindah jugak. Ikutkan aku ni, aku nak tinggal kat sini. Rumah ni banyak beri kenangan pada aku. Lagipun, sayang pulak bunga dahlia aku kat belakang rumah ni. Felisha berkata malas.

Alah..tak syok la Sha. Aku sorang nanti kat rumah ni. Hanim pun nak pindah jugak. Semalam dia ada call aku. Bukan senang nak cari housemate yang satu kepala macam korang. Dulu, masa aku nak duduk rumah ni, kau beria tanya aku itu ini. Kalau aku pun aku buat macam tu jugak.

Sekarang ni kau dah nak pindah.. Najwa duduk di birai katil.

Entahlah Wa. Abang aku pun suruh aku pindah. Felisha lipat baju dan masukkan dalam beg.

Abang Kau ada abang ke Najwa berkerut kening.

Felisha angguk. Riak Najwa diperhati seketika. Kenapa dia ni Macam terkejut! Dah terang-terang foto abang aku kat bilik dia. Apa hubungan dia dengan abang aku

Eh, handsome tak Najwa sengih.

Felisha jeling Najwa yang dah tersengih macam kerang terlebih masak. Haih minah ni, asal lelaki je, tanya handsome ke tak.

Aku tanya ni..handsome ke tak Najwa cubit lengan Felisha.

Kau ni..abang aku, memanglah handsome. Tapi nak buat apa, dia dah berpunya la! Tak lama lagi nak jadi ayah. Felisha sengih. Berpura-pura lupakan kejadian di bilik Najwa tadi.

Alahdah nikah ke Melepaslah aku. Najwa buat muka merajuk.

Felisha geleng sambil tersenyum.

Kau ni pun. Punyalah ramai lelaki kat luar sana tu. Kau pilih je. Kau bukan tak ada rupa. Kau ni lebih cantik dari aku. Putih, hidung mancung, bulu mata lentik, bibir merekah bak delima, lelaki tengok kau boleh cair beb! Felisha gelak.

Nak bodek la tu! Najwa cubit lagi lengan Felisha.

Kenapa selama ni aku tak tahu kau ada abang Masa aku pergi rumah kau dulu, aku tengok kau sorang je. Najwa mula teringat masa dia pertama kali menjejakkan kaki ke rumah Felisha masa majlis kesyukuran.

Memang la. Abang aku tinggal kat UK. Dia kerja sambil belajar. Sekarang ni dia bercuti. Kenapa Kau nak jadi bini nombor dua dia ke Usik Felisha.

Apa salahnya. Najwa gelak.

Gatal kau ek! Felisha pula cubit lengan Najwa.

Kau tidur sini tak malam ni Najwa mula ubah topik.

Tak kut..aku datang ni nak ambik baju aku. Mungkin lepas abang aku balik semula ke UK, aku tidur sini. Aku pujuk papa aku nanti. Penat la ulang-alik dari rumah ke kedai. Kalau aku duduk sini, senang sikit. Tapi.. Felisha pandang Najwa.

Tapi apa

Aku takut beb. Kau dan Hanim outstation je, ada je perkara buruk berlaku kat aku. Aku hairan la. Macam mana penyangak tu masuk rumah ni

Aku dah kunci semua pintu. Felisha bingung.

Entah-entah dia tu halimunan tak

Hish! Kau ni! Aku serius la! Felisha luku kepala Najwa.

Hmm..kalau kau pindah, aku pulak takut duduk sorang kat sini. Nampaknya aku pun kena pindah jugak la ni. Najwa mula sugul.

Wa..aku minta maaf. Aku kalau boleh nak tinggal kat sini tapi papa aku berkeras nak aku pindah. Ya la, dah dua kali aku cuba diperkosa mamat gila tu! Nasib baik berjaya ditangkap polis. Felisha mengetap bibir. Perasaan geramnya masih bersisa.

Hairan jugak ya, kenapa dia nak perkosa kau Orang yang sama kan Najwa pandang Felisha tak berkelip. Menunggu apa jawapan Felisha.

Tu la. Aku pun bingung sebenarnya. Dia pernah cakap yang hutang darah dibayar dengan darah. Setahu aku, aku tak pernah ada musuh pun.

Puas aku fikir. Masa di universiti dulu pun, aku tak ada musuh. Sekarang ni lagi la. Hidup aku, tanam bunga, jual bunga, jumpa pelanggan. Tu je. Felisha menopang dagu.

Ya tak ya jugak. Apa mamat gila tu nak dendam sangat kat kau Najwa turut menopang dagu. Berfikir.

Aku serah benda ni pada polis. Biar polis yang siasat. Felisha bingkas bangun. Zip beg pakaiannya ditutup kemas.

Kau dah nak balik ke Najwa turut bangun.

Felisha angguk.

Tidur la sini Sha. Aku takut la. Masa kau tak ada kat rumah, aku tidur kat rumah mak sedara aku di Selayang. Kadang-kadang aku ajak dia teman aku kat sini. Kau tidur la sini Sha, temankan aku, please Najwa merayu.

Felisha pandang Najwa yang sudah merayu-rayu. Buat muka sedih la pulak minah ni.

Eh, Hanim kan ada!

Dah seminggu Hanim tak lekat kat rumah. Dia ada kursus kat Terengganu. Terang Najwa.

Dia tak cakap apa pun kat aku Felisha berkerut kening. Selalunya apa jua perkara, mesti Hanim beritahunya dulu. Pelik jugak ni

Mungkin dia tak sempat kut. Aku tengok dia tergesa-gesa bertolak ke Terengganu. Dia drive sendiri. Ujar Najwa lagi.

Oh..aku call abang aku dulu. Kalau dia kata okey, aku stay. Felisha senyum.

Kalau macam tu, kita keluar makan dulu Aku ke bilik aku sekejap. Najwa senyum gembira. Dia bergegas ke biliknya.

Felisha senyum. Dia menghubungi Fakrul. Lama mereka berbual.

Ish! Susah la macam ni. Nampaknya aku dikawal ketat ni. Felisha mengeluh.

Macam mana Abang kau bagi tak Najwa jenguk semula bilik Felisha.

Kita makan dulu la. Nanti aku pujuk dia lagi. Felisha ambil kunci kereta dan beg tangannya dari atas katil.

Mereka berdua mula menaiki kereta menuju ke sebuah restoran berdekatan rumah.

Sha..sekejap ya. Najwa bangun. Dia menjawab telefon jauh dari Felisha.

Felisha hanya memerhati tingkah Najwa. Apa kena dia ni Tak pernah dia jawab telefon macam ni Ada apa-apa rahsia ke Ah! Tak baik aku bersangka buruk.

Maaf. Tadi dari tempat kerja aku. Najwa senyum. Dia kembali melabuhkan punggung di sebelah Felisha.

Mereka mula menikmati makanan yang dipesan sambil berbual mesra.

Kenapa Sha Najwa pandang ke arah seseorang yang menjadi tumpuan Felisha.

Kau kenal perempuan tuTanya Felisha.

Perempuan mana Najwa terjenguk-jenguk.

Yang pakai tudung biru tu!

Tak..kenapa Najwa berkerut kening.

Aku rasa aku pernah nampak dia dulu.. Baru Felisha perasan. Perempuan itulah yang bersama Tajdid dulu semasa di Bangsar.

Siapa Najwa pula teruja ingin tahu.

Tak apalah. Tak penting. Felisha bingkas bangun.

Kau nak ke mana Tu! Banyak lagi nasi tu! Najwa tuding ke arah pinggan nasi Felisha.

Aku nak ke tandas la. Rasa sakit perut pulak ni.Felisha bergegas ke belakang restoran.

Najwa senyum. Dia geleng. Matanya beralih pula ke arah perempuan yang dimaksudkan Felisha tadi.

Siapa dia ni ek Baik aku pergi tanya. Najwa menapak ke arah perempuan tadi.

Felisha kembali ke tempat duduknya semula. Najwa masih di situ.

Kau dah call abang kau Najwa hirup jus oren dengan straw.

Dah tadi..dia tak bagi green light la Wa. Jadi aku terpaksa balik jugak. Maafkan aku ya. Felisha pegang tangan Najwa.

Tak apa la. Nampaknya aku tidur sorang-sorang la. Najwa buat muka merajuk.

Wa..aku minta maaf. Felisha pujuk Najwa yang dah muncung.

Jom!

Mereka berdua mula meninggalkan restoran dan beriringan menuju ke tempat letak kereta.

Assalamualaikum!

Felisha dan Najwa serentak berpaling. Seorang perempuan bertudung biru menyapa mereka.

Waalaikumussalam..ya Felisha menjawab.

Awak tunang Tajdid kan

Felisha mengangguk. Macam mana dia tahu aku tunang Tajdid Dia kenal Tajdid ke

Maaf..saya terpaksa beritahu hal ni. Saya sebenarnya isteri Tajdid.

Felisha mencerlung memandang gadis di depannya yang terang-terangan mengaku isteri Tajdid.

Najwa turut tercengang.