Gadis Kebaya Merah - 34
BAB 34

DI KAMPUNG Pinang Patah, Jai dan Kudin berehat di pangkin di bawah pokok mangga. Mereka berdua menikmati udara petang yang menghembus lembut dari arah sawah padi. Banyak perkara yang dibualkan. Nek Tom mula menapak ke arah mereka membawa dulang air dan juga sepinggan kuih lepat pisang.

"Minumlah Jai. Kuih je yang nenek ada."Nek Tom kembali semula ke dapur.

Kudin dan Jai mula menjamah lepat pisang yang dimasak Nek Tom. Jai cukup berselera mengunyah kuih itu. Baginya, apa saja yang dimasak oleh Nek Tom, semuanya sedap belaka.

"So, macam mana nak cari kebaya merah tu" Kudin kembali pada cerita baju kebaya merah yang masih belum ditemui.

"Kau dah tanya Pak Said Dia dah geledah semua kat rumah dia" Jai tanya Kudin semula.

"Dah. Pak Said tak jumpa pun. Pelik juga, mana Senah tu sorok baju tu" Kudin turut bingung.

"Susah juga ni...takkan kita nak pergi geledah rumah dia. Apa kata Pak Said nanti." Jai mengusap dagu runcingnya.

"Aku rasa, elok kita tanya Senah sendiri. Aku lihat dia sudah tenang sedikit. Apa kata, kita pergi rumah dia malam nanti" Kudin menyarankan kepada Jai.

"Hmm..elok juga tu." Jai mengangguk tanda setuju.

Mereka berdua menghabiskan kuih dan kopi.

MALAM ITU, usai solat Isyak, Kudin dan Jai melangkah ke rumah Pak Said. Setelah salam bersambut, mereka dipelawa masuk ke dalam rumah. Kudin dan Jai duduk di sofa di ruang tamu.

"Bila balik sini Kudin, Jai" Pak Said senyum.

"Pagi tadi pakcik." Kudin melemparkan senyuman manis.

"Oh...baguslah selalu balik kampung ni. Nek Tom tu pun dah tua." Pak Said senyum lagi.

"Mana Senah pakcik" Jai jenguk ke arah bilik dan juga ruang dapur.

"Ada kat dapur tu. Tadi dia tengah masak. Nanti makan kat sini sajalah ya." Pak Said senyum lagi.

"Kami dah makan tadi pakcik. Nenek yang masak. Kenyang lagi ni." Kudin sengih.

"Tak apa..Senah masak pengat pisang tu. Katanya dia teringin nak makan pengat pisang."

"Oh..err..Senah dah sihat pakcik" Jai masih berminat hal Senah.

"Mana kamu tahu Senah sakit" Pak Said mula pandang Jai. Jai jarang balik kampung.

"Kudin yang beritahu saya.." Jai sengih, malu bila tersedar dia asyik tanya hal Senah tadi.

Senah muncul di muka pintu dapur. Dia terkejut melihat Kudin dan Jai berada di situ. Cepat-cepat dia mengambil tudung dan disarung menutupi rambutnya. Langkahnya diatur perlahan ke arah ruang tamu.

"Abang Kudin dan abang Jai bila sampai" Senah menegur. Dia duduk di sebelah ayahnya.

"Baru je. Senah dah sihat" Pantas saja Jai bertanya pada Senah.

"Sihat sikit-sikit bang. Entahlah..sejak dua menjak ni, Senah rasa tak sedap badan. Senah selalu bermimpi gadis kebaya merah tu." Senah mula ramah. Memang sejak dulu dia mudah mesra dengan sesiapa saja.

"Gadis kebaya merah tu nak apa" Kudin pula mencelah.

"Dia kata suruh pulangkan..itu saja.." Senah berkerut kening.

"Pulangkan" Serentak Kudin dan Jai menjawab.

Senah mengangguk.

"Senah ada simpan lagi tak baju kebaya merah tu" Kudin beranikan diri bertanya tentang hal baju itu.

"Maksud abang Senah ada banyak baju kebaya merah." Senah pandang pula ke arah Kudin yang sudah kelihatan agak panik.

"Baju kebaya merah yang ada sulaman kerawang tu.." Kudin garu kepala. Dia bukan tahu sangat tentang hal baju perempuan ni.

"Kerawang.." Senah cuba mengingati semula.

"Baju yang sama macam jelmaan gadis kebaya merah tu pakai. Ingat tak" Jai pula cuba mengingatkan Senah.

"Oh yang tu ke Kalau baju tu, Senah dah beri pada Anum. Anum kata cantik, jadi Senah hadiahkan pada dia. Kenapa" Senah pula bertanya.

"Senah sedar tak, masa Senah dirasuk dulu tu, Senah menyebut baju kebaya merah tu." Kudin mengingatkan Senah semula.

"Mana lah Senah ingat! Kamu ni Kudin. Orang yang dirasuk sudah tentu tak ingat apa-apa. Kalau kamu tanya Senah seribu kalipun dia tak mengaku yang dia sudah dirasuk." Pak Said menyampuk. Dia menggeleng.

"Jadi..baju tu ada dengan Anum la" Jai ingin mendapat kepastian.

"Ya. Kenapa" Sekali lagi Senah bertanya.

"Kita kena ambil baju tu dan buat sesuatu. Rasanya apa yang gadis kebaya merah tu nak suruh pulangkan tu, adalah baju kebaya merahnya tu." Kudin berkata penuh yakin.

"Mak Jemah yang bagi baju tu dulu. Dia kata..." Senah terhenti kata-kata. Malu pada Kudin kalau Kudin dapat tahu baju tu adalah untuk memikat hati Kudin.

"Dia kata apa" Kudin tidak sabar mendengar ayat seterusnya dari mulut Senah.

"Tak..tak ada apa.." Senah tunduk.

"Abang perlu tahu Senah. Kita kena pulangkan baju tu." Kudin masih pandang Senah yang sudah tunduk.

"Dia kata kalau Senna pakai baju di depan abang, abang akan suka pada Senna..." Senah berkata perlahan. Rona mukanya sudah merah. Dulu, dia tidak semalu itu. Entah kenapa sekarang ini, dia begitu malu menuturkan hal itu.

Jai terdiam. Begitu berusaha Senah ingin memikat hati Kudin. Kini dia sudah yakin. hanya Kudin di hati Senah.

Kudin pula terdiam dengan pengakuan Senah sebentar tadi.

"Apa Kamu dah gila ke Senah" Pak Said mula marahkan Senah.

"Kamu jangan nak malukan ayah!" Tambah Pak Said dengan suara agak tinggi.

"Sudahlah tu pakcik. Saya faham. Senah tak ada tujuan jahat. Saya tahu dia sukakan saya sejak dulu lagi." Kudin tenteramkan ayah Senah.

Jai masih diam. Kali ini dia sudah mula mengalah. Semalam dia berkobar ingin memikat hati Senah tapi sekarang ni..

"Senah, abang rasa Mak Jemah tu sudah lakukan sesuatu pada baju tu. Senah kena ambil dari Anum semula." Kudin memujuk Senah.

"Maksud abang" Senah mendongak melihat Kudin yang sudah terdesak.

"Baju itu mungkin yang jadi penyebab Senah dirasuk dulu. Kita kena bakar atau tanam baju tu. Nanti kita tanya Tok Imam Ngah. Sekarang ni, baju tu kita kena ambil dari Anum." Kudin pujuk lagi Senah.

Senah mengangguk perlahan.

"Kita kena cepat. Kalau tak Senah akan diganggu lagi." Jai pandang gadis itu dengan sebak. Sebak kerana Senah tidak pernah ada perasaan padanya.

"Abang...abang sayangkan Senna" Tiba-tiba Senah bertanya hal itu pada Jai.

Jai tergamam. Dia pandang Kudin. Kudin hanya senyum dan beri isyarat supaya Jai menjawab pertanyaan Senah tadi.

"Err...sa..sayang." Jai tunduk. Malu pada Pak Said yang duduk di sebelah Senah.

"Abang nak nikah dengan Senna" Sekali lagi Senah bertanya.

Jai pantas mendongak. Terbeliak mendengar pertanyaan Senah. Dia kaget dan terkesima. Kelu lidahnya untuk berkata.

"Ya. Abang sudi nikah dengan Senah di dunia ni walaupun Senah adalah isteri abang di alam ghaib." Jai mula senyum.

"Isteri Alam Ghaib" Pak Said pula tercengang mendengar kata-kata Jai.

Senah senyum. " Abang Kudin"

Kudin pula tercengang. "Apa"

"Abang sudi nikah dengan Senna" Soalan yang sama dilontarkan pada Kudin.

Ketika ini, Jai pula tergamam. Apa yang Senah cuba lakukan sebenarnya

Kudin pandang Jai. Dia kemudian pandang pula Senah. Dia tidak tahu apa yang harus dijawab. Tadi, Jai sudah mengaku ingin bernikah dengan Senah.

"Kan Jai sudi bernikah dengan Senah. Jai tu dah lama sukakan Senah. Senah saja yang tak tahu. Sekarang ni, Senah dah tahu. Terimalah Jai tu." Kudin pujuk Senah.

"Jadi betullah selama ni, abang Kudin tak pernah cintakan Senna" Senah mula bergenang air matanya.

Jai sekali lagi terdiam. Tingkah Senah tadi sudah berubah jauh. Soalan Senah tadi hanyalah untuk mengetahui cinta Kudin padanya. Oh! Aku tertipu rupanya! Malunya aku mengaku tadi...

Kudin diam membisu. Dia malas nak menjawab. Jai dijeling. Riak Jai juga sudah berubah.

"Jadi, abang datang meminang Senna dulu tu kerana terpaksa la" Sekali lagi Senah mengaju soalan.

Kudin diam lagi. Dia kemudian mendongak. "Abang terima Senah dengan hati rela buka dipaksa atau terpaksa." Terpaksa Kudin menjawab juga. Senah dilihat sudah menangis.

"Dah..pergi ambil pengat pisang tu dan jamu Kudin dan Jai ni. Soal siapa cinta siapa tu, lain kali kita cerita." Pak Said pandang tajam ke arah Senah.

Senah bangun malas dari duduknya dan melangkah ke ruang dapur. Dia kembali dengan tiga pinggan pengat pisang dan air kopi panas. Setelah meletak semua hidangan itu, Senah masuk ke bilik. Sempat dia pandang Jai dan Kudin seketika.

"Tak faham pakcik. Kudin jangan ambil hati dengan Senah tu. Dia tu emosi sikit. Perasaan dia je yang nak kena jaga." Pak Said mula membebel.

Kudin dan Jai masing-masing diam. Mereka menjamah pengat pisang dengan hati yang berkecamuk. Rasa manis pengat itu sudah dirasakan teramat tawar.

ESOKNYA, Jai dan Kudin bersama Senah pergi ke rumah Anum pula. Baju kebaya merah yang diberikan oleh Senah kepada Anum perlu diambil semula. Sebaik tiba di rumah Anum, mereka mula memberi salam.Salam mereka bersambut dari Pak Sahak yang sedang menyangkul di belakang rumah.

Pak Sahak letak cangkul di tepi batang pokok rambutan dan mula menapak ke arah anak muda itu. Dia melemparkan senyuman terutama kepada Kudin yang telah banyak menolongnya mencari anak gadisnya yang telah lama hilang. Alhamdulillah, Anum selamat pulang ke rumah.

"Ada apa ni Kudin, Jai. Eh, Senah pun ada" Pak Sahak mendekati anak muda bertiga itu.

"Pak Sahak, Anum ada tak" Senah cepat-cepat bertanya.

"Ada. Kenapa" Pak Sahak pula berkerut kening. Kedatangan mereka itu seperti satu rombongan penting saja.

"Kami nak jumpa Anum sekejap boleh Kat sini je la. Ada angin sikit." Kudin senyum. Dia melemparkan pandangan ke arah sebuah bangku di bawah pokok ketapang berdekatan dengan kebun rambutan milik Pak Sahak. Sungguh redup di situ.

"Tak naik dulu" Pak Sahak tanya lagi.

"Kat sini je la." Jai pula menjawab.

"Hmm..baiklah. Kalau macam tu, nanti pakcik panggil Anum. Sementara tu, ambillah buah rambutan. Banyak yang dah masak tu." Pak Sahak tunjuk galah panjang yang disandarkan di salah satu pokok rambutan yang rendang dan berbuah lebat.

"Yalah pakcik, nanti kami ambil." Kudin senyum. Teringat pula pada buah rambutan di kampung bunian hari itu. Buah rambutan itu tidak seperti buah rambutan di alam nyata. Kulitnya merah dan licin, tidak ada sedikitpun bulu.

"Tenang sungguh duduk kat sini. Redup saja." Jai memerhati sekitar rumah Pak Sahak. Sekeliling rumah orang tua itu dipenuhi dengan pokok buah. Di tempat mereka duduk sekarang ini, ada lima pokok rambutan, di sebelah kanan rumah pula, ada pokok ciku, jambu batu dan juga pokok jambu air. Dia panjangkan leher melihat ke arah belakang rumah Pak Sahak, ada beberapa pokok durian yang sudah berputik.

"Betul tu.." Kudin mengiakan kata Jai.

"Abang Jai dan abang Kudin selalu ke datang rumah Anum" Senah yang duduk di sebelah Kudin di bangku kayu yang panjang itu mula bertanya. Dia tahu, Anum menjadi rebutan di kampung Pinang Patah. Tidak mustahil ramai anak muda seperti Kudin dan Jai menaruh hati dan mengintai-intai Anum di rumah itu.

"Tak ada la jugak. Lalu je.." Jai sengih. Dia jeling Kudin yang sememangnya dulu sukakan Anum. Dalam satu hari, Kudin akan melintasi rumah Anum dua tiga kali dengan basikal Nek Tom.

"Apa kau sengih-sengih" Kudin turut perasan tingkah Jai.

"Tak ada apa.." Jai senyum lagi. Dia pandang ke arah kebun durian Pak Sahak. Agaknya tak lama lagi, masaklah buah tu. Tunggu masa untuk gugur ke bumi.

Pak Sahak dan Anum kembali ke pangkin dan bangku kayu itu dengan dulang air teh panas dan juga dua pinggan kuih. Anum letak dulang di atas pangkin. Dia melabuhkan punggung di sebelah Senah.

"Hmm..makanlah. Kuih karipap dan bingka ubi je yang ada." Pak Sahak mempelawa tetamunya.

"Pakcik tak buka kedai ke hari ni" Kudin meneguk perlahan teh panas.

"Tak..dah dua hari pakcik tak buka kedai. Rasa sakit belakang ni masih terasa. Tak tahulah sejak kebelakangan ni, pakcik rasa sakit belakang je. Lepas tu rasa nak tidur je.." Pak Sahak mengurut belakang badannya seketika.

"Hmm..pakcik kerja kuat ni. Pakcik kena juga berehat." Jai pula menjawab.

"Ada apa korang datang ramai-ramai rumah saya ni" Anum yang dari tadi hanya diam, kini mula bersuara.

"Kenapa tak boleh ke" Kudin pandang Anum, wajah gadis itu masih manis seperti dulu, cuma sikap Anum sekarang ini sudah agak berbeza. Ada saja syak yang bukan-bukan.

"Tak ada la saya kata tak boleh tapi pelik la jugak. Macam rombongan hari raya." Anum senyum.

Kudin turut senyum. Senyuman Anum masih seperti dulu juga. Dia pandang Jai yang turut senyum tetapi Senah tidak. Ada riak cemburu di wajah Senah.

"Kamu sembanglah, pakcik nak habiskan kerja kat pokok rambutan tu sekejap." Pak Sahak minta diri dan melangkah ke tempat dia menyangkul tadi.

Kudin dan Jai hanya mengangguk. Mereka berempat mula bersembang. Anum pula banyak kali ketawa mendengar lawak jenaka Jai dan Kudin. Senah sekali sekala menyampuk tetapi ketawanya hambar.

"Anum..tujuan kedatangan kami ni sebenarnya nak tanya sesuatu pada awak.." Senah mula berbicara.

"Apa dia Macam serius je.." Anum pandang Senah yang sudah memandang ke arah Kudin dan Jai.

"Ini ada kaitan dengan baju kebaya merah yang aku hadiahkan pada kau dulu. Kau masih simpan lagi tak" Senah mula berterus terang.

"Baju kebaya merah" Anum berkerut kening.

Senah mengangguk. Kudin dan Jai mendengar perbualan Senah dan Anum dengan penuh minat. Mereka harap baju kebaya merah itu masih ada dalam simpanan Anum.

"Masa kau beri kat aku dulu, aku ada cuba pakai tapi tak padan. Ketat. Jadi, dari aku buang, baik aku sedekah." Terang Anum.

"Sedekah" Kudin pula terbeliak.

"Kenapa" Anum berkerut kening. Bingung melihat riak Kudin.

"Awak sedekah kat siapa" Jai pula menyampuk.

"Saya bagi pada ayah untuk dibawa ke kedai. Kat kedai ayah tu kan, ada je orang yang datang dari luar. Saya suruhlah ayah sedekah." Anum mejelaskan lagi.

"Anum tahu tak siapa orang tu" Senah pula panik.

"Manalah saya tahu. Tanya ayah." Anum mula melaung memanggil nama ayahnya.

Seketika kemudian, Pak Sahak kembali ke tempat anak-anak muda itu di pangkin itu. Dua tangkai rambutan diletakkan di atas pangkin. "Ada apa Anum"

"Ayah sedekah kat siapa baju kebaya merah hari tu" Anum segera bertanya.

"Baju kebaya merah..." Pak Sahak mengusap dagu. Dia cuba mengingati semula.

Mereka yang lain sabar menunggu kata-kata dari Pak Sahak.

"Rasanya kalau baju kebaya merah tu...ayah dah beri pada Pak Majid tu. Dia kan ada ada dara." Pak Sahak sengih.

"Pak Majid Pak Majid yang tinggal di tepi sawah, dekat dengan rumah Mak Jemah tu" Kudin bertanya untuk kepastian.

"Ya..kenapa" Pak Sahak pula terpinga-pinga.

"Pak Majid ada kat rumah tak" Jai mencelah lagi.

"Ada la kut.."

Kudin dan yang lain mula minta diri. Anum pula beria ingin turut sama pergi ke rumah Pak Majid. Pak Sahak hanya menggeleng melihat tingkah anak muda itu. Hal baju kebaya merah itu sudah seperti menjadi hal yang besar. Dia hanya memerhati mereka meninggalkan kawasan laman rumahnya.

"Haih..ada-ada saja mereka ni. Baju kebaya merah tu penting sangat ke" Pak Sahak garu kepala. Dia kembali ke tempat dia menyangkul tadi.

TIBA di rumah Pak Majid, sekali lagi Kudin memberi salam. Keadaan di rumah Pak Majid senyap. Jai pula memberi salam. Kali ini salam Jai berjawab. Mereka mula senyum melihat kelibat orang tua itu sudah terjongol di muka pintu rumah.

"Ya, ada apa ni Eh, Senah pun ada" Pak Majid pula senyum melihat Senah yang berdiri di sebelah Anum.

Mereka berempat hanya senyum. Kudin pandang Senah, Senah mengukir senyum. Di kampung itu, semua orang kenal Senah yang mulut becok dan mudah mesra dengan sesiapa saja.

"Naiklah!" Pelawa Pak Majid.

Setelah mereka duduk bersila di ruang tamu yang hanya ada tikar mengkuang itu, Pak Majid mula melangkah ke dapur.

"Pakcik, tak payah susah-susah..kami dah minum di rumah Pak Sahak tadi." Ujar Kudin sebelum sempat Pak Majid ke dapur.

"Betul ni" Pak Majid berhenti melangkah. Dia tidak jadi ke dapur.

"Betul..kami dah kenyang. Ini kami ada bawa sedikit rambutan dan kuih ni." Anum pula hulur kepada Pak Majid.

Tadi, Pak Sahak sempat menghulurkan dua tangkai buah rambutan dan sebungkus kuih yang sudah siap diletakkan di atas pangkin.

"Oh..terima kasih. Terbalik pula..tetamu pula yang beri pada tuan rumah." Pak Majid senyum. Dia menyambut buah tangan dari Anum tadi.

"Seri! Oo...Seri! Ambil buah ni ke dapur!" laung Pak Majid pada anak daranya.

"Eh, ada tetamu rupanya.." Mak Kiah pula muncul dari bilik. Dia bersalam dengan Senah dan Anum. Kemudian dia melabuhkan punggung sebelah Pak Majid.

Seketika kemudian, Seri, anak gadis Pak Majid keluar dari dapur dan melangkah ke arah Pak Majid. Dia turut bersalam dengan Anum dan Senah.

"Ni, bawa rambutan dan kuih ni ke dapur. Lepas tu, buatkan air." Arah Pak Majid.

Seri hanya mengangguk. Dia segera ke dapur semula bersama buah tangan yang dibawa Anum tadi. Kudin dan Jai hanya memerhati gadis itu pergi. Senah pandang Kudin yang dari tadi asyik melihat ke arah Seri.

"Ada apa datang rumah pakcik ni Tak pernah kamu datang ke sini" Pak Majid memulakan bicara. Rokok daun digulung-gulung dan dimasukkan tembakau. Dia kemudian menyalakan hujung rokok. Rokok itu dihisap dengan gaya tersendiri.

"Sebenarnya pakcik..kami ni ada hal penting. Sebelum tu, pakcik ada dengar tak pasal hantu raya yang menjelma menjadi rupa Mak Jemah di rumah Mak Jemah tu" Kudin mula nyatakan tujuannya ke situ.

"Hmm..hantu raya Tak nampak pula. Rumah Mak Jemah tu..dekat situ je." Pak Majid jeling ke arah kiri rumahnya. Memang nampak bumbung rumah orang tua itu.

"Mana kamu dapat cerita ni" Mak Kiah pula mencelah.

"Orang kampung yang nampak. Mereka yang kebetulan lalu rumah Mak Jemah tu, ternampak kelibat Mak Jemah duduk di atas tangga rumah tu. Entahlah betul ke tidak.." Kudin menambah.

"Oh ya ke Senah, kamu ke yang bawa cerita tu" Sindir Mak Kiah.Senah dipandang dengan senyuman sinis.

Senah pantas mendongak melihat Mak Kiah yang sudah senyum sinis kepadanya. Memanglah dia suka bawa cerita tapi semua cerita itu adalah benar, bukan cerita rekaan. Senah mengetap bibir. Geram mendengar kata-kata Mak Kiah tadi.

"Saya tahulah saya ni suka bawa cerita Mak Kiah, terutama dari Mak Jemah tu, tapi pasal hantu raya ni saya tak tahu langsung!" Kata-kata Senah sudah keras. Dia menjeling tajam ke arah Mak Kiah. Boleh tahan juga mulut orang tua ni. Sama macam Mak Jemah juga.

"Awak ni..dah la tu mengata orang. Awak tu pun apa kurangnya Bertandang ke rumah jiran sampai tak ingat nak balik masak!" Pak Majid cubit lengan isterinya.

Mak Kiah mencebik. Dia jeling Senah. Geram dengan budak banyak mulut tu!

"Oh ya, pakcik dengar kamu ke KL. Kamu dah dapat kerja kat sana ke" Pak Majid pula bertanya Senah.

Senah terdiam seketika. Dia tidak tahu hendak menjawab soalan Pak Majid tadi. Apa yang berlaku dulu, kalau boleh tidak mahu diingati lagi. Biarlah ia berkubur macam itu saja.

"Ya pakcik..dia kerja dengan syarikat arwah ayah saya.." Kudin cepat-cepat mencelah. Dia tidak mahu banyak soalan nanti yang menyusul. Heboh nanti satu kampung jika mereka dapat tahu Senah dan Anum diculik dan lebih heboh bila cerita mereka tercampak ke dunia ghaib tersebar.

"Oh..beruntung kamu Senah. Seri tu, lepas SPM, tak dapat masuk universiti. Sekarang ni, duduk sajalah di kampung ni, tolong pakcik berniaga ikan di pasar tu ha.." Pak Majid melepaskan keluhan seketika.

Pak Majid menyambung lagi bercerita hal Seri. Dari satu topik ke satu topik sehinggalah ke topik yang mistik. Kali ini Kudin yang lainnya mula memberi perhatian.

"Bercakap sorang-sorang"Kudin terkejut.

"Ya..setiap malam Jumaat pulak, dia akan berkurung dalam bilik dan bercakap lagi seorang diri. Sudah jenuh pakcik tanya, kenapa dia berubah sikap. Dia diam saja." Pak Majid geleng.

"Pakcik tak panggil Tok Imam Ngah ke" Jai akhirnya menyampuk. Dari tadi dia hanya menjadi pendengar setia.

"Belum lagi..sebab pakcik rasa penyakit Seri tu tak adalah teruk sangat." Jelas Pak Majid lagi.

"Err..pakcik, ada tak ayah saya beri baju kebaya merah pada pakcik dulu" Anum mula berani bertanya hal itu.

"Ada..kenapa" Pak Majid pula terasa pelik dengan pertanyaan Anum tadi.

"Baju tu ada lagi tak" Anum tanya lagi.

"Sekejap..Seri! Mari sini kejap!" Laung Pak Majid lagi.

Seri dilihat sudah menapak ke ruang tamu bersama enam cawan air kopi. Setelah air dihidangkan, Seri duduk sebelah ibunya.

"Mana baju kebaya merah yang ayah beri dulu tu" Tanya Pak Majid pada Seri.

"Baju kebaya merah mana ayah" Seri pula berkerut kening. Dia garu kepala.

"Ala..baju kebaya merah yang ada sulam kerawang tu la..mana" Pak Majid jeling anak gadisnya yang mudah keliru. Patutlah SPM pun tak lulus!

"Ayah nak buat apa dengan baju tu" Seri tanya lagi.

"Ya tak ya jugak. Kamu nak buat apa dengan baju kebaya merah tu" Pak Majid pandang pula ke arah Anum.

"Saya nak balik baju tu.." Anum terpaksa menjawab begitu.

"Mana boleh Kan kak Anum sudah beri pada ayah dan ayah sudah beri pada Seri. Seri suka baju tu!" Bentak Seri.

"Hah! Itu buruk siku namanya Anum oi! Dah beri, nak ambil balik!" Mak Kiah pula mencebik. Dia menyokong Seri.

"Tapi kenapa kamu nak balik baju tu" Pak Majid masih tidak faham.

Anum pandang Kudin, Jai dan Senah. Dia sudah buntu untuk memberi alasan apa lagi pada Pak Majid. Dia mengharapkan Kudin atau Senah boleh menolongnya dalam hal itu.

Kudin faham pandangan Anum tadi. " Pakcik..sebenarnya baju tu..baju Mak Jemah. Disebabkan baju tulah, hantu raya Mak Jemah tu muncul lagi. Pakcik masih ingat tak kisah mayat yang dibuang di kolam kumbahan dulu tu" Kudin berkata yakin.

"Mayat...oohhh..mayat perempuan tu kan" Pak Majid mula ingat.

"Haa...mayat tu la yang dipuja Mak Jemah tu dulu untuk awet muda, kan Mak Jemah tu kelihatan sentiasa muda. Baju kebaya merah tu sebenarnya baju yang tersarung di tubuh mayat tu." Jelas Kudin, mengharapkan Pak Majid faham sitausi sekarang ini.

"Apa Jadi baju tu milik mayat perempuan tu" Terbeliak Pak Majid mendengar kata-kata Kudin.

Kudin mengangguk.

"Habis, apa kejadahnya kamu beri pada Seri Apa kamu nak tengok Seri jadi macam Mak Jemah jugak ke" Mak Kiah pandang Anum dan Senah silih berganti.

"Kami pun sebenarnya tak tahu pasal tu.." Anum sudah tunduk. Dia takut melihat riak Mak Kiah yang sudah menyinga.

"Saya yang bersalah dalam hal ni. Baju tu memang dari Mak Jemah. Mak Jemah yang beri pada saya. Lepas tu, saya beri pula pada Anum. Yang makcik nak marah-marah Anum ni kenapa" Agak tinggi suara Senah. Dia geram dengan Mak Kiah.

"Eh, yang kamu nak marah aku ni kenapa Sendiri buat salah, nak marah orang lain pulak. Seri, pergi ambil baju tu cepat. Tak payah pakai! Baju sial tu!" Mak Kiah menyuruh Seri mencari baju kebaya merah itu semula.

"Tapi mak.. Seri suka baju tu.." Seri tidak mahu berganjak.

"Seri..ambil cepat! Baju tu dah berpuaka tahu tak!" Mak Kiah tarik tangan Seri dan mereka berdua sama-sama ke bilik Seri.

Kudin dan yang lain yang diam melihat pertengkaran anak beranak itu. Pak Majid pula hanya menggeleng dari tadi. Lama juga mereka menunggu di ruang tamu itu. Mak Kiah dan Seri tidak muncul-muncul.

"Eh, dia orang ni ambil baju ke buat baju" Pak Majid turut bangun. Sebelum sempat menapak ke bilik Seri, kedengaran suara menjerit yang kuat dari bilik itu.

Berlari Pak Majid ke arah bilik Seri. Kudin dan yang lain masih terpinga-pinga.Kudin dan Jai beranikan diri mendekati bilik Seri.

Terkejut mereka melihat keadaan Seri yang sudah kemerahan matanya. Mak Kiah pula tersandar di tepi dinding bilik Seri.

WAJAH Seri sudah bertukar rupa. Seri melihat tajam ke arah Kudin. Kudin pula masih terdiam di situ melihat Seri yang sudah tersarung dengan baju kebaya merah.

"Bi...bila dia pakai baju tu makcik" Kudin pandang pula Mak Kiah yang masih terduduk di penjuru dinding.

"Tadi..masa ambil baju tu, Seri tak nak kasi pada makcik. Kami tarik menarik sekejap. Seri terus sarungkan ke tubuhnya. Lepas tu, dia mula jadi macam tu. Dia tolaknya makcik sampai tercampak makcik kat sini. Sakit pinggang ni.." Mak Kiah mengurut belakang badannya.

Pak Majid mendekati isterinya dan mengajak isterinya keluar dari bilik Seri. Seri dilihat sudah semakin meracau. Kudin pula mengarahkan Pak Majid mengambil air di dalam gelas dan dia mula membaca ayat-ayat manzil yang didahului dengan surah al Fatihah. Air itu direnjis ke arah Seri yang sudah mencangkung di atas katil dengan rambut mengerbang. Mata Seri sudah terbeliak dan merah. Seketika itu juga, Seri menjerit kuat dan melompat ke arah Kudin. Kedua tangan Seri sudah melekat di leher Kudin.

Terkial-kial Kudin melepaskan tangan Seri yang ternyata begitu kuat.

"Jai..Jai..tolong aku.." Kudin sudah sesak nafas akibat dicekik.

Jai pula masih tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia segera mengarahkan Pak Majid memanggil Tok Imam Ngah. Dia pula segera menghampiri Kudin yang sudah dicekik oleh Seri. Jai cuba meleraikan tangan Seri. Tiba-tiba Seri berpaling ke arah Jai dengan mata merah dan terbuka luas. Jai buat tak nampak, dengan kudrat yang ada, dia cuba meleraikan tangan Seri di leher Kudin.

"Kau jangan ganggu aku!" Seri marah pada Jai, suara Seri sudah kasar.

"Kau keluar dari badan budak ni!" Jai beranikan diri bersuara.

Seri memandang tajam ke arah Jai dan dia pantas mencekik pula leher Jai. Kudin yang dari tadi sudah tercungap-cungap mula terbatuk-batuk. Dia menggosok perlahan lehernya yang dicekik kuat tadi.

"Kau jangan ganggu aku!!!" Jerit Seri lagi. Kali ini Jai pula menjadi mangsanya.

Kudin terus kumat kamit membaca ayat-ayat ruqyah dan al Ikhlas berkali-kali. Sekali lagi air direnjis ke arah Seri yang sedang berlawan dengan Jai. Anum dan Senah terdiam di muka pintu melihat Seri meracau mengamuk begitu. Tiba-tiba Senah meluru ke arah Seri dan tarik rambut gadis itu sekuat hati. Dia geram dengan Seri yang cuba mencederakan Jai dan Kudin tadi. Seri menjerit dan memandang tajam ke arah Senah.

"Hei perempuan! Kalau nak gaduh, gaduh dengan aku!" Teriak Senah.

Seri menerpa pula ke arah Senah yang sudah tercegat di sebelah Jai. Jai pula tercampak ke dinding. Sungguh kuat Seri menolak tubuh Jai tadi. Kali ini, Senah cuba tolak tubuh Seri sekuat hatinya. Seri seperti tidak berganjak. Senah yang sudah naik angin, dia segera capai pasu bunga atas meja solek dan hempuk kepala Seri.

"Aku kata jangan ganggu aku!!" Seri menjerit kuat dengan suara nyaring.

Belum sempat Seri menerkam Senah, Seri sudah jatuh rebah ke lantai. Senah terpinga-pinga. Dia mendengar suara kumat kamit membaca ayat-ayat al quran dari belakangnya. Rupanya Tok Imam Ngah sudah ada di situ.

"Cepat angkat budak ni dan baringkan atas katil." Tok Imam Ngah mengarahkan Anum dan Senah mengangkat Seri ke atas katil.

Mak Kiah yang masih menggosok pinggangnya yang sakit tadi turut sama mendekati Seri yang sudah pengsan. Tok Imam Ngah membaca sesuatu pada air dalam mangkuk putih dan menyuruh Mak Kiah membasuh muka Seri tiga kali.

"Sekejap lagi dia akan sedar. Sekarang ni, baju kebaya merah tu perlu ditanggalkan dan kena pulangkan kepada yang hak." Tok Imam Ngah mengajak Kudin dan Jai keluar dari bilik Seri.

DI RUANG TAMU, Mak Kiah menghulurkan baju kebaya merah tadi kepada Tok Imam Ngah.

"Tok, kita nak buat apa dengan baju tu" Kudin pandang baju kebaya merah di sebelah Tok Imam Ngah.

"Baju ni..kalau boleh kita serahkan pada waris pemilik baju ni. Hanya mereka yang berhak simpan atau nak buat apa pun." Tok Imam Ngah berkata perlahan.

Kudin dan Jai mengangguk. Mereka masih menahan mengah akibat berlawan dengan Seri tadi. Seketika kemudian, Senah dan Anum mula keluar dari bilik Seri.

"Pak Majid, kami minta diri dulu.." Kudin mula minta diri.

Tok Imam Ngah juga turut minta diri. Baju kebaya merah diberi kepada Jai yang tahu siapa waris Hanim. Dia ada semua maklumat tentang Hanim. Senah dan Anum turut sama pulang ke rumah.

"Senah..terima kasih.." Jai senyum. Tak sangka, Senah begitu berani berlawan dengan Seri yang sudah dirasuk tadi.

Senah hanya senyum. Kudin turut senyum, dia berharap Senah terbuka hatinya untuk membalas cinta Jai.