SEMINGGU berlalu. Anis termenung di jendela melepaskan pandangannya ke arah padang permainan. Sekumpulan kanak-kanak sedang leka bermain bola. Riang menendang bola masuk ke pintu gol. Pandangannya beralih pula pada sekumpulan warga tua yang bersembang di ruang luas di tepi kawasan permainan. Ada senyuman diselang seli dengan hilai tawa. Mungkin ada kisah lucu agaknya yang menggeletek hati mereka.
Anis, apa yang Anis menungkan tu
Pandangan Anis beralih pada ibunya yang mula memasuki petak biliknya. Senyuman dari bibir wajah tua itu sungguh mendamaikan.
Tak ada apa mak.. Anis turut melempar senyuman.
Sudahlah..Anis pun dah selamat jadi tunang Imran. Berusahalah menjadi seorang isteri yang baik nanti. Jaga batas pergaulan selagi belum sah menjadi isteri. Anis bertunang pun tak lama. Mak pun tak sangka, Puan Zaharah ingin cepatkan pernikahan.
Puan Ainon mengusap lembut rambut Anis yang ikal panjang melepasi bahu. Selesai majlis pertunangan tadi, Puan Zaharah telah menetapkan tarikh nikah pada hujung bulan. Bermakna Anis bertunang tidak sampai dua minggu.
Anis bukan kesalkan semua tu mak. Anis hanya terkilan dengan sikap Imran. Dia seolah melihat Anis ni sebagai boneka. Anis pun ada perasaan mak. Anis peluk ibunya. Ada titis kecil tumpah di pipi. Kerongkongnya terasa tersekat. Nak saja dia luahkan apa yang terkandung dalam perjanjian yang dibuat oleh Imran.
Sudahlah. Letakkan sesuatu tu hanya pada Allah. Insya Allah, hidup kita akan terarah lurus. Percaya pada ketentuan Allah. Mak yakin, Anis dan Imran adalah pasangan yang dipilih oleh Allah untuk hidup bersama. Puan Ainon cuba memujuk anak gadisnya yang tidak lama lagi akan mengakhiri zaman bujang.
Doakan Anis bahagia mak. Anis pegang erat tangan ibunya. Sesekali dia belek cincin di jari manis. Cincin yang dipilih Izara sendiri.
Sudahlah..esok Anis kena pergi Kuala Lumpur. Senyum sikit. Puan Ainon mengesat air mata Anis yang melimpah di pipi.
Mak tak apa ke Maksud Anis..majlis nikah nanti hanya ala kadar saja. Tidak meriah dan besar Anis menatap wajah tua ibunya. Wajah yang sentiasa tersenyum walau pun dalam keadaan duka.
Mak tak kisah Anis. Itu yang lebih baik. Tidak membazir. Nikah nanti pun di masjid. Berkat.
Tapi bukan ke kita kena hebahkan pernikahan kita supaya orang tahu yang pasangan itu sudah sah menjadi suami isteri Anis mula resah. Setahunya itulah yang dianjurkan oleh Islam. Menghebahkan perkahwinan dan menjemput tetamu.
Benar. Puan Zaharah sudah aturkan majlis kesyukuran di rumahnya lepas akad nikah nanti. Puan Ainon menerangkan kepada Anis apa yang telah Puan Zaharah beritahu selepas majlis pertunangan semalam.
SUDAH dua hari dia meninggalkan kampung. Majlis pertunangan sederhana saja. Hanya jiran dan keluarga Razman saja yang diajak. Sebelah keluarga Imran pula, hanya keluarga Imran dan bapa saudara sebelah Puan Zaharah yang datang.
Anis belek lagi cincin di jari manis. Sebak. Sebak dengan apa yang bakal ditempuhinya kelak.
Ehem! Takkan lari cincin tu!
Fail atas meja jatuh ke lantai. Anis mendongak. Tersengih Izara di depannya.
Kau ni! Bagilah salam dulu! Menonong je tegur aku! Anis kemaskan semula meja yang bersepah. Fail dikutip.
Hai, dah makin angau nampak Izara mengusik lagi.
Sudahlah tu menyakat aku. Tak ada maknanya nak feeling! Anis menyambung kerjanya semula. Lamunannya tadi terhenti bila ditegur Izara.
Apa perasaan bila dah jadi tunang Imran Sekali lagi Izara mengusik Anis. Cuba mengorek rahsia hati sahabatnya itu.
Tak ada apa yang istimewa Anis berkata selamba. Namun jauh di lubuk hati dia begitu inginkan sebuah hubungan yang bahagia.
Hish kau ni! Ramai perempuan di luar sana yang nak tackle abang aku tau! Sepatutnya kau bersyukur kerana dia pilih kau. Dia sendiri yang setuju. Izara senyum meleret.
Anis jeling Izara yang tersengih begitu. Pilih aku Bersyukur Huh! Semuanya terpaksa!
Err..kau nak jumpa tuan pengarah ke Anis mula menukar topik.
Tak..aku datang ni nak check sama ada kau dan Imran baik-baik ke tak Ada ke adegan usik mengusik.. Izara gelak geli hati.
Anis mencebik. Gatal juga minah kepoh ni! Ingat ni filem Hindustan ke Nak usik-usik, main kenyit mata, nyanyi-nyanyi kat taman bunga, golek-golek atas rumput!
Ehem!
Izara menoleh. Imran sedang menuju ke biliknya.
Takkan tak nak tegur tunang sendiri Izara tarik tangan Imran rapat ke meja Anis.
Ni tempat kerja! Imran betulkan tali leher yang senget. Dia terus berlalu pergi ke biliknya.
Anis tunduk. Sengaja tidak mahu pandang bos mudanya. Sakit hati dengan sikap pura-pura Imran.
Amboi! Jual mahal pulak abang aku ni! Okeylah Anis. Aku pun ada kerja ni. Aku blah dulu! Izara kenyit mata pada Anis.
Anis segera mengangkat gagang telefon sebaik mendengar deringan. Gagang diletak semula. Riak wajahnya mula berubah. Bergegas dia masuk ke bilik Imran.
Ada apa tuan
Duduk!
Anis melabuhkan punggungnya di sofa tetamu. Tudung kelabu yang dipakainya ditarik sehingga labuh ke bawah paras dada. Sekarang ni, dia perlu berhati-hati. Kucing di depan mata tu tunggu masanya nak ratah ikan!
Apa Izara cakap tadi Imran turut melabuhkan punggung di sebelah Anis.
Anis jarakkan sedikit duduknya dari Imran. Dia pandang Imran yang memandangnya tidak berkelip.
Err..tak ada apa..kenapa Anis tunduk semula. Nota kecil di tangannya digenggam kemas. Pen di tangan kanan masih melekat di antara celah jari telunjuk dan ibu jari.
Baguslah kalau tak ada apa. Esok kita kena pergi ke Cameron Highland. Mesyuarat dan melawat tapak yang tertangguh dulu tu sudah ditetapkan esok. Jadi esok saya ambil awak di perhentian bas. Imran bingkas bangun.
Anis mendongak. Esok
Err..perlu ke saya pergi
Habis tu Awak nak lepak kat pejabat ni Imran melangkah ke mejanya semula.
Bukan macam tu..boleh tak saya pergi sendiri nanti. Anis turut bangun.
Awak tahu ke nak pergi ke sana Tak payah pergi sendiri, saya ambik awak esok pagi. Awak tunggu je kat situ! Imran mula menaip sesuatu. Anis yang berdiri di situ tidak dihiraukan.
Anis melangkah lemah keluar dari bilik Imran. Nada Imran tadi begitu tegas. Macamlah dia telah melakukan kesalahan besar.
Kerja yang tertangguh tadi disambung kembali. Kertas kerja yang perlu dibawa esok diletakkan siap-siap dalam satu fail. Hari itu Anis siapkan semua kerja yang perlu dihantar untuk kelulusan tuan pengarah. Hari itu juga Imran sibuk di biliknya sehingga waktu makan tengah hari pun dia tidak keluar makan. Ah! Lantaklah! Bukan hal aku!
Lewat Anis pulang dari pejabat. Dia mesti pastikan kerja yang perlu dibuat dibereskan sebelum dia bertolak ke Cameron Highlands.
BANGUN pagi itu, perasaan Anis semakin berdebar. Buat pertama kali dia akan pergi jauh dengan seorang lelaki yang halal untuknya bernikah. Walaupun dia dan Imran sudah bertunang, namun tiket yang ditempah atas nama tunang tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Peluh dingin mula memercik dahi. Mundar-mandir Anis di perhentian bas. Sesekali dia jenguk ke arah kanan. Penat berdiri, Anis duduk pula di bangku. Beg yang agak besar di atas bangku dijeling sekilas.
Hmmmacam banyak je baju yang aku bawa ni. Anis buka zip beg. Mengintai baju-baju yang dibawa.
Sebaik somtam dihantar ke gerai makcik Senah tadi, Anis bergegas pulang semula ke rumah dan menunggu Imran di perhentian bas. Jam tangan dilihat sekilas. Sudah menghampiri lapan setengah pagi. Kelibat kereta hitam milik Imran masih belum kelihatan. Semalam Imran sudah mengingatkannya tentang mesyuarat di Cameron Highlands.
Mana pulak dia ni Kalau tak jadi pergi, cakaplah awal-awal. Buat aku tertunggu macam tunggu durian tak masak! Anis jenguk bahu jalan kanan. Kereta yang lalu lalang pada hari bekerja begitu membuatkan jalan itu semakin sibuk.
Tapi aku hairan..mengapa sampai nak bermalam di sana Susah sangat ke mesyuarat tu Projek tu susah sangat ke nak dapat Anis melihat beg pakaiannya yang agak besar. Imran sudah maklumkan kepadanya sebelum itu. Mereka akan bermalam di sana. Bermakna dia terpaksa bermalam selama tiga malam sebelum bertolak balik pagi Jumaat.
Hai! Sorang je ke
Anis pandang ke kiri jalan. Seorang lelaki muda sudah tersengih di tepi motosikal.
Oo..motor dia rupanya. Dari semalam aku nampak tersadai kat situ. Anis berkata sendiri. Sapaan lelaki tu tidak dijawab.
Nak ke mana dengan beg besar Balik kampung ke Dia tanya lagi. Topi keledar dipakai. Terkial-kial dia mengikat tali.
Anis senyum. Dah terlebih ramah pulak mamat ni.
Nak saya hantarkan Dia pelawa.
Terima kasih jelah. Anis senyum. Dia pandang motosikal lelaki itu yang sudah banyak berkarat sana sini. Patutlah tersadai di situ.
Saya pergi dulu. Lelaki itu sengih. Dia mula hidupkan enjin. Terkial-kial pula kakinya menekan pedal minyak. Terkedek-kedek motosikal itu bergerak.
Anis senyum lagi bila ternampak sekeping besi dari bahagian ekzos yang sudah berkarat jatuh di atas jalan.
Hmmbunyi macam ribut, jalan macam siput! Anis ketawa mengekek. Bunyi enjin motosikal lelaki itu cukup membingitkan telinga. Seperti bunyi ekzos yang telah diubahsuai. Macam nak race pun ada tapi alahai jalannya cukup perlahan. Mungkin dalam 30km sejam.
Anis pandang pula ke arah kanan jalan. Imran masih belum muncul. Fikirannya kembali pada lawatan di Cameron Highland nanti.
Lamunan Anis terhenti dengan bunyi hon kuat dari sebuah kereta. Anis mendongak. Kereta BMW hitam milik Imran sudah ada di depannya. Imran mula keluar dari perut kereta. Segak dengan kemeja jenama Crocodile dan berseluar jeans. Kaca mata hitam menyerlahkan lagi wajah kacukan milik Imran.
Dah lama tunggu Imran buka kaca mata hitam. Tersenyum memandang Anis.
Anis memandang Imran tidak berkelip. Fikirannya masih menerawang. Terpaku. Jantungnya berdetup detap. Ah! Buat apa fikir lagi! Aku dah nak buang perasaan tu jauh-jauh!
Hello! Awak dah lama tunggu Sekali lagi Imran bertanya sambil memetik jari di depan muka Anis yang masih kaku di situ.
Hah Errdah..eh, tak.. Anis mula menggelabah.
Yang mana satu ni Sekejap dah, sekejap tak.. Imran mengambil beg Anis dan meletakkan ke dalam bonet kereta.
Anis disuruh duduk di bahagian depan penumpang. Teragak-agak Anis membuka pintu kereta. Kali kedua dia menaiki kereta milik Imran. Pertama kali dia dipaksa dan kali ini pula dia terpaksa. Aibnya rasa kerana selama ini dia banyak menasihati kawan supaya tidak keluar berdua dengan lelaki bukan mahram tetapi dia sendiri melakukannya walaupun atas dasar kerja.. Sarah tidak mahu temankannya atas alasan itu adalah urusan kerja. Izara pula siang-siang lagi menolak. Sengaja katanya hendak melihat dia dan Imran berdua. Aduh! Pening!
Apa yang awak tengok lagi Kita dah lambat ni!Imran melihat Anis yang masih teragak-agak di situ.
Anis mendongak. Imran sudah terpacak di tepi kereta. Tiada senyuman diukir di bibirnya.
Kita pergi empat hari ke Anis teragak-agak nak masuk ke dalam kereta. Imran sudah lama buka pintu kereta untuknya.
Gentleman la pulak mamat ni! Nak cover rasa bersalah dialah tu! Rengus Anis bila melihat Imran masih di situ.
Kenapa
Tak ada apasaya tak biasa. Anis melabuhkan punggung di tempat duduk hadapan penumpang.
Awak jangan bimbang. Saya tak akan sentuh awak. Imran berkata selamba. Dia terus memecut laju meninggalkan tempat itu.
Anis menjeling tajam Imran yang terus memandu meninggalkan kesibukan kotaraya menuju ke lebuh raya.
Apa yang tuan cakap ni Tuan ingat saya ni apa Anis melepaskan geram.
Saya tahu apa yang ada dalam otak awak tu! Awak takut saya peluk awak kan Imran sengih. Saja nak duga hati tunang sendiri.
Alah..jangan risau. Kalau apa-apa jadi pun, saya tetap akan nikah dengan awak Selamba Imran berkata. Dia jeling Anis di sebelah yang dah terbeliak memandangnya. Takutlah tu! Hahaha!!
Erghh!! Awak memang ada niat jahat kan Anis jengilkan mata.
Imran ketawa lagi. Tahu takut
Kenapa saya yang kena temankan awak Anis semakin geram. Ketawa Imran dah melampau!
Sebab awak tu sekretari saya. Awak kena ikut apa yang saya suruh! Imran menekan pedal minyak semakin kuat. Kereta menderum laju membelah lebuh raya utara selatan.
Anis mengetap bibir. Menyesal ikut Imran. Dia memalingkan muka ke arah luar tingkap kereta. Benci melihat sikap Imran yang masih tidak mengaku salah.
Kereta Imran terus memecut laju. Sekali sekala Imran jeling Anis yang diam membisu. Tidak sedikit pun wajahnya dialih dari sisi tingkap kereta. Matanya beralih pada jari manis Anis. Cincin dengan permata kecil itu masih tersarung di situ. Cantik. Pandai jugak adik aku pilih.
Saya tahu apa yang awak fikirkan. Awak jangan bimbang. Fuad tak akan buat apa-apa pada awak. Percayalah. Imran mula meneka. Tentu soal Fuad yang dibimbangkan oleh Anis.
Bukan itu..saya sebenarnya Anis merasa lidahnya seperti digam. Kelu. Beku.
Sebenarnya apa Kalau pasal bilik tujangan bimbang. Kita bukannya tidur sebilik. Imran sengih. Dia mula kenyit mata pada Anis.
Anis membuntang mendengar kata-kata Imran. Huh! Nauzubillah! Minta jauh!
TIBA di hotel, Imran dan Anis mula mendaftar. Anis angkat beg bimbitnya dan berdiri di sebelah Imran sementara menunggu Imran mendaftar masuk.
Err..nak check in atas nama siapa encik Soal gadis pekerja hotel di kaunter. Gadis itu manis dengan rambut disanggul dengan sekuntum bunga di sudut kiri telinga.
Ada rate untuk companyerr..cikLaila Imran menghulurkan kad kerja kepada gadis itu sambil tersenyum. Matanya melirik pada tag nama di baju kebaya yang dipakai gadis itu. Laila Hanum.
Ada. Berapa bilik ya encik
Dua. Imran senyum lagi.
Anis hanya diam dari tadi. Segala-galanya diserahkan pada Imran. Dia melihat sekitar hotel. Sungguh nyaman. Udara di dalam lebih hangat berbanding di luar yang agak sejuk.
Dua bilik Gadis itu berkerut kening. Matanya melekat pada Anis.
Ya. Kenapa Imran turut pandang Anis di sebelah.
Company rate hanya cover untuk seorang saja encik. Bilik isteri encik hotel tak cover. Gadis itu mula menerangkan perkara sebenar. Senyuman manis masih meniti di bibir.
Imran senyum. Dia jeling Anis yang terkedu mendengar kata-kata gadis itu.
Sebenarnya dia juga pekerja Stephen Holding. Mana kad awak Imran pandang Anis yang masih terpinga-pinga.
Anis menghulurkan kad kerja kepada Imran.
Oh maafkan saya. Saya ingat dia isteri encik. Maafkan saya. Gadis bernama Laila itu tersipu malu kerana menyangka Anis adalah isteri Imran.
Tak apa. Imran sekali lagi jeling Anis yang mula tunduk. Ada rona kemerahan di pipi putih gadis itu.
Mereka berdua mula menuju ke bilik masing-masing. Bilik mereka hanya bersebelahan.
Err..hari ini tak ada aktiviti. Malam nanti kita jumpa di lobi hotel. Imran sempat berpesan pada Anis sebelum melangkah masuk ke bilik.
Aa..hari ini tak ada mesyuarat ke tuan
Tak ada. Esok baru mula. Imran senyum. Dia segera masuk ke biliknya.
Anis pandang Imran tidak berkelip. Kalau dah tak ada mesyuarat, buat apa nak datang hari ni. Datanglah esok! Entah-entah dia ada agenda lain.
Pintu bilik dibuka perlahan. Beg diletak di tepi almari pakaian. Anis menghempaskan tubuhnya di atas katil. Terasa penat, hampir seharian dalam perjalanan. Sungguh bosan melalui lebuh raya Plus sebelum masuk ke Simpang Pulai untuk ke Cameron Highland.
Bosan bila tiada pemandangan indah sepanjang perjalanan. Tidak seperti pulang ke pantai timur, melalui jalan kampung dan sawah padi menghijau. Remote control tv dicapai. Satu demi satu siaran dibuka namun tidak satu pun menarik matanya untuk terus menonton.
Beg pakaian dibuka. Dia perlu bersihkan diri. Selesai urusan di bilik air, Anis mula buka komputer riba. Dalam perjalanan tadi, dia sudah menunaikan solat secara jamak bila Imran singgah di R & R Tapah untuk berehat.
Emm..hairan juga ya. Dia nampak baik dengan aku. Anis senyum sendiri bila teringat sikap Imran yang sudah banyak berubah. Tidak merungut bila dia lambat keluar dari surau di hentian rehat tengah hari tadi. Malah Imran juga turut menunaikan suruhan Allah.
Anis lihat jam tangannya di atas meja. Emmdah dekat pukul empat petang. Apa aku nak buat ni ek
Dengan adanya kemudahan wifi di hotel itu dia mula melayari laman facebook. Membaca status setiap kenalan di alam maya itu.
Emm..Jay tak online la pulak. Anis sedikit kecewa. Skrin komputer ditatap lama.
Anis baring semula. Sesekali dia jenguk jam di komputer. Baru menghampiri lima petang. Selimut ditarik menutupi kaki. Sekitar bilik cukup sejuk bila suhu penyaman udara mencecah enam belas darjah celcius.
Bunyi deringan telefon di biliknya menyedarkannya dari lamunan. Dia bingkas bangun. Gagang telefon diangkat perlahan.
Hello. Ya saya. Okey Lemah suara Anis menutur.
Gagang diletak semula. Anis bangun dari katil menuju ke tingkap. Pemandangan indah di luar cukup mendamaikan tapi saat ini hatinya tidak tenteram. Panggilan dari Imran tadi cukup membuatnya merasa resah.
Ya Allah..semakin aku nak jauh dari dia, makin dekat aku rasa dengannya. Anis meraup muka lama.
Sebaik azan maghrib dilaungkan dari kaca tv, Anis segera menunaikan solat jamak. Sempat dia membaca dua halaman kalam suci dari kitab suci al Quran yang dibawa. Imran sudah berjanji akan berjumpa di lobi hotel pukul lapan malam nanti. Telekung dilipat kemas dan diletak atas katil. Dia mula menapak ke lobi.
DARI jauh, Anis melihat Imran sudah menunggunya di sofa di lobi hotel. Menatap skrin telefon bimbit. Asyik benar. Langkah Anis terhenti sebaik terpandang kelibat Fuad yang juga turut sama menghampiri Imran. Dia hanya memerhati dari jauh. Imran dan Fuad berbual mesra di situ. Sesekali mereka berdua ketawa mengekek. Mungkin ada cerita lucu atau mungkin juga mereka berbicara perihal dirinya. Anis mula mengetap bibir. Memang dari dulu dia tidak suka dengan sikap mereka terutama Fuad.
Belum sempat Anis melangkah ke bilik semula, Imran sudah melaung namanya. Terpaksa dia membatalkan niatnya untuk tidak turut sama dalam pertemuan itu.
Err..tuan panggil saya Anis mendekati Imran namun masih jauh jaraknya.
Ya! Awak nak ke mana tadi
Anis terkedu. Rupanya Imran memerhatinya dari tadi.
Err..saya nak ke bilik. Tertinggal sesuatu.. Anis tunduk. Tidak berani memandang Imran dan Fuad. Fuad pula dari jauh dah senyum gatal.
Oh..penting ke Imran bertanya lagi.
Err..tak juga. Anis menjawab pendek. Masih tunduk memandang lantai sambil menguis hujung tudung.
Thats good! Kalau macam tu, bolehlah kita dinner sama-sama! Fuad bingkas bangun dan berdiri di sebelah Anis.
Anis cepat-cepat mendongak. Fuad sudah berdiri rapat dengannya.
Err..jomlah! Imran pula cepat-cepat menarik tangan Anis dan berjalan beriring menuju ke kafeteria hotel.
Anis cuba menepis tangan Imran yang dirasakan mencengkam kuat lengannya. Fuad pula hanya sengih melihat gelagat Imran. Nampak sangat Imran tidak memberi peluang kepadanya untuk berbual dan mendekati gadis yang memiliki pipi putih kemerahan itu.
DARI kaunter penyambut tetamu, Natasha hanya memerhati gelagat Imran memegang erat tangan gadis yang didakwa sebagai bakal isteri. Tak sangka, dia akan bertemu dengan Imran di situ.
Err..maaf. Mesyuarat company Stephen Holdings kat sini ke Natasha mula bertanya pada gadis penyembut tetamu.
Oh..cik ni staf syarikat Stephen Holdings jugak ke
Oh tak..saya mewakili syarikat saya yang akan bermesyuarat dengan tuan pengarah Stephen Holdings.Boleh saya dapatkan satu bilik Natasha menghulurkan kad bisnes kepada gadis bernama Laila Hanum itu. Cuba berbohong untuk mendapat maklumat tentang Imran.
Sekejap ya cik.
Natasha menoleh semula ke arah Imran. Kelibat mereka sudah tiada.
Ni kunci cik.
Err..bilik ni dekat ke dengan bilik staf Stephen Holdings Natasha belek kunci bilik.
Ya cik. Ada masalah ke cik Laila Hanum senyum.
Oh..tak..tak ada masalah. Terima kasih!
Natasha mula melangkah ke arah lif. Senyuman terukir lebar di bibirnya. Percutiannya ke tanah sejuk itu nyata mengundang tuah.