APA yang kau cakap ni, Fiqa tinggi suara Katrina bergema di suatu sudut dalam restoran. Nasib baik mereka sedang menjamu selera di tempat yang agak tersorok daripada orang lain. Mata Katrina mencerlung tajam pada Afiqa.
Kau dah gila ke, Fiqa Kau sedar tak Airish tu suami kau marahnya lagi. Berkepul-kepul asap terasa ingin keluar meletup-letup dari kepalanya.
Panas! Telinganya cukup panas mendengarkan butir bicara Afiqa.
This is seriously nonsense. Airish tu bukannya barang untuk kau senang-senang nak bagi pada sesiapa yang kau suka. Kau isteri Airish, tahu. Kau lebih berhak! Katrina berpeluk tubuh.
Hakikatnya aku hanya isteri atas kertas, Rina. Tapi, ini bukan penamatnya, pujuk Katrina.
Memang. Tapi, bila dah jadi macam ni aku sendiri boleh agak bagaimana sudahnya.
Katrina mengeluh kuat. Angin yang kuat bertiup membuatkan dirinya rimas dengan rambutnya yang sentiasa berterbangan. Terus, dibawa rambutnya dan diselitkan di celah telinga sebelum membaiki kedudukan pin rambutnya.
Kau masih boleh ubah semuanya, Fiqa. Afiqa tersenyum kecil.
Permainan ni bukannya aku yang kawal. Lagipun, buat apa aku bertahan kalau Airish sendiri tak cintakan aku. Kan
Katrina memejamkan matanya. Sukar sekali baginya untuk menerima keputusan Afiqa. Baginya, dia langsung tidak bersetuju dengan tindakan Afiqa untuk meninggalkan Airish.
Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, Rina. Memang aku cintakan, dia. Tapi mencintai tak semestinya memiliki.
Katrina menghembuskan nafasnya. Kasar bunyinya. Tubuhnya disandarkan ke kerusi tersebut sambil matanya merenung Afiqa tanpa henti. Pelbagai perasaan bercampur dalam dirinya tika ini.
Aku memang sayangkan Airish. Tapi malangnya, aku terlambat untuk mencintai dia berbanding Dhia.
Air mata yang cuba ditahan sejak mula, akhirnya laju menuruni pipi. Afiqa tersenyum dalam tangis. Tangannya naik menyapu linangan air mata yang mengalir lagi di pipi. Katrina hanya memandangnya sahaja.
Tapi kau betul-betul mampu kehilangan dia ke
Afiqa mengangguk dalam senyumannya. Pahit sekali rasanya.
Nanti kalau kau rindukan Airish, macam mana
Afiqa tergelak kecil. Apa susah Aku tengok TV sudah! Tiap-tiap hari pun ada.
Senyuman yang terukir di bibirnya nampak kekok di mata Katrina. Linangan air matanya masih belum kelihatan surutnya. Hati Katrina cukup tersentuh dengan tindakan Afiqa. Jika dia, memang sesekali tak akan dia lepaskan lelaki yang dia cintai. Lambat-lambat, senyuman Afiqa berbalas. Semoga kau akan terus tabah, Nora Afiqa.
AMBIK ni!
Afiqa mengangkat muka. Terkejut apabila tiba-tiba terpampang ais krim Wall Selection perisa Cookies and Cream di hadapannya. Di ruangan matanya, terlayar wajah Airish yang sedang tersenyum comel padanya.
Sejak bila kau jadi pemalu ni rungut Airish sendiri.
Tangan Afiqa dibuka telapak tangannya lalu diletakkan ais krim itu di atasnya.
Nah! sambungnya lagi.
Afiqa hanya memandang kosong pemberian itu. Lambat-lambat, bibirnya mengukirkan senyuman sendiri.
Terima kasih.
Airish mengangguk. Tampak sangat comel dirinya. Afiqa termenung sendiri. Bagaimanalah nanti jika dia meninggalkan Airish pasti dia akan rindukan lelaki itu sentiasa.
Aku cakap dengan kau ni!
Tersentak Afiqa dengan goncangan di bahunya. Layangan tangan Airish di hadapannya mengembalikan Afiqa ke dalam dunia realiti.
Huh Ada apa Afiqa menyoal. Sedikit bingung dengan apa yang terjadi.
Tak ada apa-apalah. Kau ni kena sampuk ke apa Mengelamun aje kerjanya. Eh, kau betul-betul gila ni.
Afiqa tergelak kecil.
Memang. Tengah gila bayang.
Airish tersentak. Panahan yang asalnya terbentang luas ke arah taman mini di rumahnya segera teralih pada Afiqa di sebelahnya.
Gila bayang Siapa mamat malang tu
Afiqa tersenyum cuma dengan keletah Airish.
Kenapa awak belikan saya ais krim ni
Ais krim Wall Selection dibelek Afiqa sekali lagi. Tudungnya dibuka perlahan. Rasa teruja tidak dapat disembunyikan, dengan pantasnya ais krim itu disuap. Sebagai tanda terima kasih aku kat kau.
Huh suapan Afiqa terhenti sendiri.
Sebab kau, aku dah dapat terima Dhia. Memang betullah kata kau. Pagi tadi, aku ada tanya dia tentang macam mana pertemuan aku dengan dia dulu. Dia boleh jawab semuanya dengan betul. Apa yang lebih meyakinkan aku, dia tunjukkan gambar kenangan kami dulu.
Afiqa tidak mampu bersuara. Tekaknya terasa kering. Suapan ais krimnya tetap disuap bimbang jika Airish terperasankan riaknya yang berubah tiba-tiba.
Aku rasa seronok sangat. Aku bersyukur sebab aku Allah pertemukan aku dengan Dhia aku balik. Kalau diingat-ingatkan balik, terasa bodohnya aku selama ini.
Afiqa tersenyum pahit.
Airish.
Hmm..., mata Airish ralit memerhati ke arah langit. Sama seperti biasa apa yang dilakukannya ketika dirinya bersama Afiqa.
Awak ingat lagi tentang tiga permintaan tu
Airish mengangguk tanpa menurunkan pandangannya pada Afiqa. Entah apa yang menarik minat lelaki itu terhadap langit.
Ingatlah! Hah Kau nak apa
Saya nak awak.
Airish memandang Afiqa. Gadis itu berguraukah Mata mereka bersabung. Melihat wajah serius Afiqa, membuatkan Airish terkelu lidahnya. Afiqa mengigit bibir bawahnya. Menanti reaksi Airish sebenarnya. Hati Afiqa mencuba untuk menghantar isyarat pada lelaki itu. Lama juga mereka dalam keadaan begitu.
Saya tak bergurau. Saya nak awak luangkan masa dengan saya 24 jam selama lima hari. Boleh
Akhirnya! Terluah juga ayat itu dari bibir Afiqa. Sudah sekian lama dirangka ayat itu untuk muncul di bibirnya. Dia tidak mahu bazirkan masa lagi. Kalendar di biliknya sudah dipangkah dua hari termasuk hari ini.
Sekarang hanya tinggal lima hari untuk dia bersama Airish. Tidak punya banyak masa lagi. Akalnya sudah banyak merencanakan aktiviti-aktiviti yang ingin diluangkan bersama.
Nafas lelaki itu dihela perlahan sebelum Airish mengukirkan senyuman kecil di bibirnya.
Aku dah janji. Takkan aku nak tolak balik. Tapi, agak keterlaluanlah sebab 24 jam. Lima hari pulak tu. Kenapa tak sebulan aje terus sindir Airish.
Afiqa tergelak. Sindiran Airish jelas membuatkan hati Afiqa semakin terluka. Sebulan Jika dia punya pilihan jangankan sebulan, dia akan minta selama-lamanya lelaki itu berada di sampingnya.
Kepalanya disandarkan pada bahu suaminya. Airish jelas terkejut tapi tidak pula dia menolak kepala Afiqa. Afiqa menggulung senyuman.
Apa yang kita nak buat selama lima hari ni tenang Airish menyoal.
Kepalanya tanpa sedar turut disandarkan di atas kepala Afiqa. Alahai, romantisnya mereka berdua tika ini. Jika mana-mana orang yang lalu lalang di situ, pasti mereka akan menyangka Airish dan Afiqa adalah pasangan bahagia sentiasa.
Buat macam pasangan lain buat. Pergi berkelah, lepas tu makan ais krim sambil jalan-jalan. Pakai baju yang sama. Ataupun... hah! Awak tahu I-City Saya dah lama teringin nak pergi sana main salji dekat situ. Mesti seronok.
Airish tergelak mendengar khayalan Afiqa itu. Khayalan persis anak-anak. Tetapi, semua aktiviti yang diberitahu Afiqa semuanya menarik perhatiannya dalam diam.
Esok kita nak mulakan dengan apa
Afiqa mengangkat kepala, memandang Airish. Bibirnya tersenyum kecil sebelum mendaratkan kembali kepalanya pada bahu Airish. Tangannya melingkari lengan Airish. Entah dari mana datangnya kuasa itu sehinggakan Afiqa berani berbuat demikian.
Itu rahsia, ujar Afiqa dengan menyembunyikan senyumannya.
Airish tergelak kecil. Kepalanya kembali disandarkan pada kepala Afiqa. Mata mereka terpejam. Angin malam yang sejuk membuatkan Airish bertindak memeluk gadis itu. Akhirnya, kedua-dua mereka tanpa sedar menikmati suasana malam yang kian larut. Ais krim yang sudah cair tidak dipedulikan Afiqa. Dia bahagia. Untuk pertama kali mereka berada dalam keadaan begini. Afiqa bahagia.
Sungguh bahagia!