MY SWEET ARISSA - 34
TOYOTA Harrier di parkir di salah sebuah tempat kosong yang ada. Enjin dimatikan. Namun Hakimi masih duduk di ruang pemandu.

Liar matanya memandang sekitar kawasan yang bercahaya suram dari lampu-lampu neon disekitar kawasan pangsapuri tempat tinggal isterinya. Nampak macam tak selamat kalau berjalan sendirian terutama perempuan, hatinya berbisik. Ini yang buat dia sering berasa bimbang dengan keselamatan Arissa.

Abang datang Arissa, katanya sendiri dengan senyuman tidak pasti.

Rasa lucu pula bercakap sendirian. Dah macam drama Indonesia pula.

Dia sudah tidak dapat membendung rasa rindu dan bimbang dengan keselamatan Arissa. Tambahan pula isterinya kini sedang sendirian. Apa-apa boleh terjadi. Sebelum terjadi perkara tidak elok lebih baik dia menuruti Arissa.

Relaks, cool. Hakimi cuba memujuk hatinya sendiri.

Selepas bersolat isyak tadi dia terus membuat keputusan untuk ke situ. Terasa solatnya tidak menentu mengingatkan Arissa sendirian di situ. Ya Allah, keluhnya sendiri. Barulah dia tahu, inilah yang dinamakan panahan cinta tak bermata.

Hakimi membuka pintu dan beberapa ketika dia sudah berada di hadapan lif bersama beberapa orang lelaki Melayu dan india. Masing-masing memandangnya seperti tidak pernah melihatnya sebelum ini.

Hakimi senyap. Tidak berani hendak menegur. Hampir sepuluh minit dia sudah berada di tingkat lapan, tingkat yang menempatkan pangsapuri Arissa. Perlahan-lahan dia melangkah menuju ke unit pangsapuri Arissa. Sesekali dia berpapasan dengan kanak-kanak yang bermain di sekitar foyer. Suasana agak riuh dan meriah di situ biarpun sudah pukul 10.00 malam.

Dia mengetuk pintu sambil memberi salam sebaik tiba di hadapan pintu pangsapuri bernombor 1858. Pandangannya beralih kepada seorang wanita yang menjengah kepalanya dari pintu sebelah sana. Tangan diangkat sebagai menyapa namun sapaannya disambut dengan berwajah masam kelat.

Encik! sebut Arissa.

Terkejut dia sebaik melihat lelaki itu sudah berdiri di hadapan pintu pangsapurinya.

Hakimi sengih. Lega dia dapat melihat wajah itu. Boleh saya masuk

Err... ya. Cepat-cepat Arissa mengambil kunci pintu. Seketika dia sudah menutup kembali pintu besi dan kayu sebaik Hakimi berada di dalam.

Hakimi melangkah ke balkoni yang terbuka. Rasa sejuk berada di hadapan pintu gelangsar itu. Angin malam yang sejuk seolah-olah menyambut kedatangannya. Ini kali kedua dia berada di situ.

Pemandangan laut tidak kelihatan seperti yang pernah dilihat dahulu. Yalah, waktu malam nak nampak apa. Encik nak minum ke Hakimi menoleh.

Boleh tak awak jangan panggil saya Encik. Saya kan suami awak pintanya.

Apakah gelaran untuknya yang sesuai dipanggil oleh Arissa. Abang hmm... dah biasa sangat. Apa pun dia suka panggil Arissa, sayang. Rasa sesuai sangat dengan isterinya. Rasa macam comel je.

Terkelip-kelip mata Arissa memandang Hakimi. Hendak bertanya karang, melarat-larat pula Hakimi membebel. Dia berdehem.

Walid macam mana Baik dia bertanya khabar Encik Razali.

Dia sihat. Kenapa awak tak tanya diri saya Saya kan suami awak geramnya sebaik mendengar soalan Arissa.

Pula dah! Pelik sungguh Hakimi ni. Encik apa khabar

Haish, Arissa ni! Rasa nak tergelak pula dia mendengar soalan gadis itu.

Arissa, Arissa! keluhnya. Dia menggeleng akhirnya.

Err... nak apa-apa ke Arissa mengulangi soalan tadi. Buntu dia dengan kehadiran Hakimi di situ. Tak sangka lelaki itu akan datang ke pangsapuri buruknya.

Saya nak awak. Pandangnya dan ingin melihat bagaimana reaksi Arissa.

Apa Encik ni! Terkejut Arissa. Spontan setapak dia berundur walaupun Hakimi berdiri agak jauh darinya.

Reaksi Arissa membuat dia hendak tersenyum tetapi disimpannya.

Betullah. Saya datang sini nak bawa awak balik

ke rumah saya. Awakkan isteri saya! tegas Hakimi.

Err... saya belum sedia nak balik. Tunggu beberapa hari lagi. Perlahan Arissa menjawab.

Kalau macam tu, malam ni dan beberapa hari lagi saya akan tidur sini.

Tak sanggup dia meninggalkan Arissa sendirian di waktu malam begitu. Hakimi melabuhkan punggungnya di sofa merah sambil memandang keluar. Dari tempatnya duduk dia boleh melihat

Kondominium Eden Seaview

Termangu Arissa dengan keputusan Hakimi.

Encik ni okey ke

Tak! keras suara Hakimi tanpa memandang Arissa.

Arissa senyap.

Awak ada ambik sesuatu dari saya, awak tahu tak. Lepas tu tak reti-reti nak pulangkan! Hakimi bangun dan sudah bercekak pinggang menghadap Arissa.

Saya ambik apa Saya balik sini pun sehelai sepinggang je Encik. Saya bawa handbeg saya je. Saya tak ambik apa-apa pun dari rumah Encik. Apa yang dia ambil dari Hakimi. Cuba diingat-ingatkan apakah barang yang sudah diambil dari lelaki itu. Penting sangat ke

Ya, awak ada ambil sesuatu dari saya sejak beberapa minggu ni! Serius wajah Hakimi memandang Arissa.

Haa Apa dia Saya minta maaf kalau ada yang terambil. Tapi memang saya tak ambil apa-apa dari Encik, akuinya.

Hakimi melangkah menghampiri Arissa perlahanlahan. Saya nak awak pulangkan balik! tekannya. Awak buat saya tak tentu arah faham tak!

Pulangkan Apa yang saya dah ambil Arissa semakin tidak faham dan keliru dengan lelaki itu. Hati saya. Perlahan Hakimi menjawab dan masih memandang isterinya. Dia harap Arissa faham.

Terkedu Arissa mendengarnya. Wajahnya terasa panas yang amat panas. Dadanya kembali berdebardebar.

Saya serius tau. Dah banyak kali saya cakap saya serius nak jadi suami awak dan mahu awak menjadi isteri saya. Saya tak main-main dan ini bukan olok-olok lagi, katanya bernada perlahan. Dia terus melangkah menghampiri isterinya.

Arissa senyap. Rasa tidak mampu untuknya bersuara lagi. Jantungnya semakin tidak menentu gedupnya sebaik melihat Hakimi mula menghampirinya. Dia sudah tersandar di dinding berhampiran pintu biliknya.

Saya tahu... tapi Umi Encik macam mana Dia tak suka saya sungguh-sungguh, tau! perempuan itu seperti emak tiri Snow White. Memang menakutkan.

Hakimi senyum. Lawak melihat memek wajah

Arissa.

Awak tak payah nak fikir tentang dia. Awak fikir je pasal saya. Walid sayang awak. Kuasa veto pada Walid. Kalau Walid suka, Umi tak boleh nak buat apaapa. Dan yang penting saya sayang awak. Perlahan dia menyebut dua patah ayat paling akhir.

Terkelip-kelip mata Arissa memandang Hakimi.

Dah bersedia soal Hakimi dengan senyuman.

Tangannya sudah mengambil tangan Arissa.

Err... sedia apa

Rasa macam nak pecah jantung ketika Hakimi memegang tangannya. Bukan itu kali pertama. Tetapi sentuhan lelaki itu terasa berbeza dari sebelumnya.

Bersedia untuk jadi isteri abang.

Air liur ditelan sebanyak-banyaknya dan masih terasa kering rengkungnya. Dia sudah tidak mampu untuk bersuara lagi apabila Hakimi mula mengucup bibirnya.

BERMULA dengan minum-minum. Kemudian duduk rapat-rapat, pegang memegang, ciumciuman. Rasa dah macam lagu Ana Rafali pula, Kalau Berpacaran. Selepas tu, dia tergoda dengan kata-kata Hakimi. Pandai juga lelaki itu menggodanya dengan pelbagai aksi.

Ya, dia sudah tergoda! Aduh, malunya! Mana dia nak letak mukanya. Nak sorok dalam selimut. Dah tak boleh. Dia sudah pun berkongsi selimut dengan lelaki itu. Haish!

Macam mana boleh jadi macam ni ya Perlahan dia bersuara.

Pandangannya menerjah almarinya yang bertutup rapat. Sengaja dia mengiringi membelakangi Hakimi. Tak sanggup nak tengok muka Hakimi. Ya Allah, macam mana ni! Nak bangun rasa segan. Nak buat apa pun rasa malu yang amat sangat. Betullah si Hakimi ni. Kalau dah lelaki, lelaki juga.

Dirinya yang bersalah atau Hakimi yang bersalah

Atau sama-sama bersalah

Boleh jadi apa soal Hakimi di belakang Arissa.

Laa... orang tua ni tak tidur lagi ke Hakimi dengar ke

Tak ada apa-apa. Cakap sorang-sorang.

Hakimi ketawa. Sayang abang ni seorang yang lucu, tau tak.

Tak tahu pula, balas Arissa.

Hakimi ketawa. Tangannya diletak di bawah kepala Arissa dan dibalikkan tubuh isteri menghadapnya. Dia tahu Arissa segan setelah apa yang berlaku. Pelik. Sebelum ini mereka satu bilik, tidak pernah pula terjadi apa-apa.

Benarlah, kuasa cinta. Cinta halal pula tu! Apa yang patut terjadi, terjadilah.

Esok kita balik ya, pujuk Hakimi memandang Arissa. Mujurlah ada lampu tidur di dalam bilik itu. Dia tahu Arissa takut tidur bergelap. Bibir isteri diciumnya untuk kesekian kali.

Kaget Arissa dengan reaksi Hakimi namun tidak menolak. Dadanya terus berdebar-debar tetapi tidak sehebat tadi. Dia berdehem.

Encik baliklah dulu, kata Arissa.

Jangan panggil Encik boleh tak tegurnya dengan wajah mencuka.

Sekali lagi Hakimi meletak bibirnya di bibir Arissa. Suka dia dapat mencium bibir comel yang sering menjawab.

Gamam Arissa untuk kesekian kali. Terkelip-kelip matanya memandang Hakimi. Liur ditelan.

Nak panggil apa Perlahan dia bertanya.

Hakimi senyum dan untuk puluhan kali dia meletak bibirnya di bibir Arissa seketika.

Panggillah abang, hmm.... Lama dia memandang isterinya dengan senyuman.

Sekali lagi Arissa berdehem membetulkan suara. Hilang apa yang hendak dicakapkan dan terus lupa apa yang dikatakan oleh Hakimi sekejap tadi setelah melihat reaksi lelaki itu.

Okey. Perlahan jawapan Arissa.

Lebar senyum Hakimi. Tiba-tiba kedengaran ketukan kuat dari pintu di ruang tamu.

Bulat mata Arissa. Siapa

Siapa pagi-pagi buta ketuk pintu ni Sayang ada hutang dengan Along lagi ke

Mana ada! bentak Arissa bengang dengan soalan Hakimi.

Cepat-cepat Hakimi bangun. Kain pelekat telekung Arissa yang tergantung disambar lalu disarungnya. Baju t-shirt tadi di sarung ke tubuhnya yang tegap. Dia melangkah keluar meninggalkan isterinya yang sedang berpakaian.

Terkejut dia sebaik melihat beberapa orang lelaki di luar pintu pangsapuri isterinya.

Assalammualaikum. Salah seorang daripada beberapa orang lelaki berkupiah lembut memberi salam kepadanya.

Waalaikumussalam. Ya, Encik-Encik dan Puan-

Puan cari siapa

Ramai sungguh. Masakan datang nak beraya waktu-waktu begini. Dan hari raya pun sudah lepas beberapa bulan yang lalu, desis Hakimi sendiri.

Arissa mana soal salah seorang lelaki yang berusia hampir lima puluhan dengan garang.

Dia ada di dalam. Kenapa Encik soal Hakimi. Dia silap letak kenderaannya ke

Begini Encik... lelaki berkupiah yang memberi salam kepadanya tadi bersuara. Pak Cik ni, tuan rumah tempat Arissa menyewa ni. Dan setahu kamilah, penduduk kat sini... rumah ni, rumah bujang, jelas lelaki itu sambil menuding kepada lelaki garang yang bertanyakan Arissa.

Barulah Hakimi faham. Dia memandang Arissa yang baru keluar dari bilik tidur mereka.

Kenapa Arissa menghampiri Hakimi dan orangorang yang berada di luar. Pintu besi sudah di buka oleh Hakimi sebentar tadi

Kau buat perkara tak senonoh dalam rumah aku ya! tempik lelaki tuan rumah Arissa.

Perkara tak senonoh soal Arissa pelik. Tak senonoh apanya... ini suami saya. Kan saya dah cakap dengan Mak Cik Kiah hari tu yang saya dah bernikah.

Saya ada jemput Mak Cik dan pak Cik sekali. Mungkin akan datang ke sini dengan suami saya! laju tutur Arissa menjelaskan perkara itu kepada suami Mak Cik Kiah.

Ya ke Tapi Mak Ciknya tak bagi tahu apa-apa pun. Lelaki tuan rumah tadi mengeluh seperti kesal dengan bersuara perlahan.

Mungkin Mak Cik terlupa agaknya, celah Hakimi lembut.

Kalau dah bernikah mana kadnya. Jangan main sebut-sebut je. Salah seorang lelaki muda yang turut di dalam kumpulan itu bersuara pula.

Arissa memandang lelaki itu kemudian beralih ke wajah Hakimi.

Sekejap! keras suara Arissa dan melangkah masuk ke dalam biliknya semula. Seketika dia kembali semula bersama salinan sijil nikah dan kad perakuan nikah yang memapar gambarnya dan Hakimi. Mujurlah dia ada menyimpan salinan sijil nikahnya di situ. Yang asal berada bersama Hakimi. Dan kad kahwin memang dibawa ke mana-mana di dalam dompetnya.

Ini saya punya. Hakimi menghulur kad perakuan nikah miliknya pula.

Lama mereka menelek sijil nikah itu dan mengangguk-angguk.

Pak Cik minta maaflah Arissa, pinta lelaki tuan rumah yang berada di tengah-tengah pintu pangsapuri Arissa.

Tak apa Pak Cik. Hakimi mencelah.

Kenapa tak jemput kami. Salah seorang daripada lelaki yang turut sama bersuara.

Saya buat majlis kecil je, jelas Hakimi dengan tawa kecilnya.

Kau tak kena tangkap basah kan Lelaki yang bertanya kad perakuan nikah Hakimi dan Arissa bertanya lagi. Kemudian disiku oleh lelaki yang berkupiah tadi.

Arissa menjeling bengang. Rasa nak dikatuk kepala lelaki yang hampir sebaya Hakimi itu dengan periuk di dapurnya.

Tak... apa-apa tuan-tuan boleh rujuk ke pejabat agama negeri, balas Hakimi.

Bukan apa... gejala tak sihat sekarang semakin menjadi-jadi kat sini. Tambah dengan masalah sosial remaja-remaja sekarang, jelas lelaki berkupiah tentang apa yang mereka lakukan itu.

Betul tu Pak Cik. Kita yang dah berusia, matang dan berpelajaran nilah yang patut didik dia orang kan. Hakimi memberi pandangannya.

Betul tu.

Baru hari ni aku tengok kau kat sini Arissa. Sebelum ni duduk di mana soal lelaki tuan rumah Arissa tadi.

Kami tinggal di Seri Tanjung Pinang. Sesekali datang sini, jelas Hakimi memandang Arissa yang memandangnya.

Ooo... mereka mengangguk-anggukkan kepala.

Dah duduk sana, kenapa sewa kat sini. Kat sana tu rumah orang kaya-kaya kan, kata lelaki yang berkupiah itu lagi.

Saya suka suasana pemandangan dari sini, Pak Cik. Cantik sangat. Sekarang ni nak tengok pemandangan semua kena berduit. Hakimi ketawa apabila tiada jawapan daripada Arissa.

Lelaki itu ketawa mendengar alasan Hakimi sambil mengangguk.

Sekali lagi kami minta maaf sebab dah salah faham dengan Arissa dan Encik Hakimi, pinta lelaki berkupiah itu kepada kedua suami isteri itu.

Tak mengapa. Silap saya juga, akui Hakimi.

Ya, dia tidak boleh menyalahkan mereka yang datang. Mereka cuma menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam untuk membenteras gelaja maksiat.

Seketika mereka semua meminta diri bersama tuan rumah sewa Arissa tetapi Hakimi memanggil tuan rumah tadi untuk bertukar-tukar nombor telefon.

Pernah jadi ke kat sini Hakimi menyoal sebaik menutup pintu.

Ada. Tapi dah lama, jelas Arissa.

Alhamdulillah kita dah nikah kan sayang Kalau tak memang kena tangkap lencunlah. Hakimi ketawa. Dia menarik tangan Arissa perlahan-lahan agar rapat ke tubuhnya.

Dada Arissa kembali berdebar-debar. Hakimi meletak ciuman sekilas di bibir isteri dan kemudian memandang Arissa dengan senyuman. Dia tahu Arissa terkejut. Rasa nak gelak melihat wajah itu terkejut.

Kenapa

Err... Arissa menggeleng. Rasa tidak menentu dia dengan reaksi Hakimi sekejap tadi.

Untuk kesekian kali Hakimi meletak ciuman di bibir Arissa. Seketika dia memandang Arissa dan melakukannya untuk beberapa kali.

Abang nak minum Arissa menyoal setelah dia menolak sedikit tubuh Hakimi dan mengalihkan tubuhnya membelakangi Hakimi. Ya Allah, malunya.

Tak nak apa-apa. Abang nak isteri abang je. Pantas Hakimi menarik kembali tangan Arissa dan mengangkat tubuhnya. Seketika dia sudah mengendong isterinya masuk ke bilik semula.