MY PRETTY BOY - 34
QAMRA AIN melangkah tergesa-gesa tiba di perkarangan lobi Mels E. Dek leka dengan melayan karenah Pakcik Tan, dia hampir terlewat ke tempat kerja. Langkah yang pantas itu dihalakan terus ke bilik loker.

Kunci loker dikeluarkan lalu dicucuh ke lubang kunci. Sekali pusing, pintu loker ditarik dari luar. Sambil menyanyi kecil, dia mencapai seragam Mels E yang tentera nama sulaman Qamra Ain di sebelah kiri. Kot berwarna kuning itu dipandang sepi sebelum disarung ke badan.

Aku akan pastikan dapat pakai whitecoat macam mana susah sekali pun! Buatmu Babah, Ain akan pastikan yang Ain berjaya capai impian Babah! Itu janji Ain!

Setahun sudah Qamra Ain bekerja di sini. Setiap hari kerjanya hanya perlu mengasingkan mel yang berlori-lori mengikut zon kawasan masing-masing. Dia sengaja meminta kerja seperti itu. Tak serabut kepala untuk memikirkan dateline atau kertas kerja. Mujurlah Reza Rizman, teman A-AH dulu sudi menawarkan dia berkerja di sini dengan gaji yang cukup menyaranya seorang.

Setelah berpuas hati dengan penampilan di depan cermin kecil yang tergantung di pintu, Qamra Ain mengunci pintu loker. Kunci disimpan rapi di dalam poket baju kurung dan menghayun langkah menuju terus ke tempat pengasingan mel di LG2.

Lambat lagi! Kau ingat ni company ayah kau sesuka hati pukul berapa nak masuk kerja! Takkan kerja kau terbengkalai aku yang kena settlekan! Banyak cantik muka kau! Sindir keras seorang pekerja senior yang perasan diva, Ramona.

Qamra Ain hanya mendengar acuh tak acuh. Setiap hari, ada saja perkara yang tak menyenangkan hati Ramona merangkap penyelianya setiap kali datang ke stesen kerja.

Saya terlewat 15 minit aje pun, Puan Mona. Nanti saya gantilah balik macam biasa, jawab Qamra Ain mendatar sambil mencucuk fon telinga di kedua-dua belah telinga.

Dia terpaksa menahan telinga mendengar leteran penyelia yang kuat menyindir setiap hari. Sindiran yang sama, ayat yang sama! Dan, sindiran pedas itu hanya ditujukan padanya seorang sedangkan ramai lagi staff di bawah pengawasannya yang datang lewat. Tak pula diambil kisah. Malah ada yang lebih sejam core hour berlalu baru nampak batang hidung di stesen kerja.

Ketidakpuasan hati menghantui diri Ramona. Qamra Ain tak ambil peduli sindirannya tadi sebaliknya sibuk menolak troli ke tempat pengasingan mel. Dengan hasutan perasaan benci yang meluap-luap dia melangkah pantas mendekati Qamra Ain lalu direntap fon telinga.

Kuat menjawab kau sekarang ya! Hei, kau dengar

sini baik-baik. Dekat sini aku senior kau! Kau patut hormat aku, faham! Lagi satu, jangan nak tunjuk lagak rajin depan Encik Reza. Aku tau kau ada niat nak mengampu dia, kan! sindir Ramona bertalu-talu.

Fon telinga yang terputus dua dibaling ke muka Qamra Ain. Dia duduk bertinggung mengutip fon telinga tersebut yang jatuh di atas lantai.

Jangan tuduh sebarangan, Puan Mona. Jatuh fitnah dosa kering dapat nanti. Diakan Penolong Pengurus di sini. Apa salahnya kalau saya bertegur sapa kalau Encik Reza tegur saya dulu. Qamra Ain menjawab setenang yang mungkin.

Kalaulah dia jenis gadis panas baran, sudah tentu digulainya ibu tunggal beranak 5 itu. Bukan dia tak tahu yang ibu tunggal perasan diva itu ada hati hendak mengurat Reza Rizman.

Beza umur 2 kali ganda, ada hati nak ngorat abang aku! Hello! Kau bukan taste dialah!

Apa bising-bising ni Dah tak ada kerja nak buat! Asyik nak bertekak aje korang berdua ni! Sergah Reza Rizman yang baru tiba di area pengasingan mel.

Pertelagahan mereka tadi terus terhenti. Ramona yang beriak wajah ketat serta-merta mengoyak senyuman semanis mungkin namun dibalas dengan renungan tajam Reza Rizman. Lekas-lekas Ramona kembali ke partition kerja. Qamra Ain pula menyambung semula asing mel yang tergendala dek ibu tunggal diva tadi.

Kau seorang aje yang asing mel, Qamra Jenda perasan diva tu buli kau lagi ye

Tunku Hussein terkesima sejenak. Sungguh ayu wajah yang bertudung hitam itu bila ditatap depandepan. Meskipun wajah itu tersenyum kelat namun tak merubah sedikit raut wajah tenang Qamra Ain. Sejak di tangga tadi dia perhatikan mereka berdua bertengkar dan dia juga menyaksikan bagaimana rakusnya wanita tadi merentap fon telinga hingga terputus dua. Satu hari nanti dia perlu ajar wanita itu kerana berani membuli pekerja bawahan.

You better watch out! Now, Lion King is working at LG2!

Sejak kerja kat sini, memang aku yang buat seorang. Kau jangan risaulah, Reza. Aku boleh siapkan sebelum pukul 5 macam biasa.

Bertroli-troli ni, Qamra. Tak larat kau nak buat seorang. Oh ye aku bawakan assistant untuk kau. Kenalkan, Tun pantas Tunku Hussein memijak kasut Reza Rizman dari tersasul menyebut pangkal namanya. Terginjat-ginjat dia mengaduh kesakitan.

Kasut besi ke apa kau pakai ni! Bisik Reza Rizman perlahan.

Pertanyaannya hanya dibalas oleh Tunku Hussein dengan kelopak mata dikelip berkali-kali sambil tersenyum nakal.

Qamra, kenalkan Hussein. Dia akan bantu kau asingkan mel mulai hari ni, pantas dia menarik lengan Tunku Hussein dan menolak tubuh lelaki itu berdiri di depan Qamra Ain. Mata mereka bertentangan. Debaran di dalam dada semakin memuncak. Malu, segan, gembira dan rasa hendak lompat bintang bila dapat menatap wajah igauannya dari jarak dekat.

Sungguh ayu!

Masih terserlah ayu wajahmu

Excuse me, apa awak cakap tadi

Oh, sa saya Hussein. Panggil aje, Sein. Salam perkenalan dihulurkan namun dibalas dengan senyuman manis Qamra Ain.

Qamra Qamra Ain, jawabnya lambat-lambat.

Renungan redup lelaki itu mengingatkannya pada seseorang yang saling tak tumpah punyai renungan yang sama. Lensa hazel bundar berserta kening tebal dan lebat.

Manisnya senyuman awak. Nampaknya kita ada persamaan yang ini, ujar Tunku Hussein sambil menunjukkan lekuk di pipinya.

Qamra Ain tersenyum lagi dan semakin dalam kelihatan lekuk yang menghiasi pipinya.

Kenapa muka awak

Muka saya Ada kuah kari ke melekat kat mulut saya Cepat-cepat dia mengesat tepi bibir jika itu yang dimaksudkan oleh Qamra Ain. Ada lagi tak Kalau ada tolong kesatkan, saya tak nampak. huhuhuhu.

Bu bukan tu maksud saya, tak tak ada apaapa Qamra Ain berlalu pergi menyambung semula kerja mengasing mel.

Reza Rizman tahu apa yang ingin dikatakan oleh Qamra Ain. Sudah jelas terpancar di raut wajah Tunku Hussein yang seiras wajah Tunku Hardie, bekas kekasih hati gadis itu. Datang dari satu acuan, sudah tentu tampak seiras.

Tak mungkin! Tak mungkin, Hardie depan aku sekarang! Monolog Qamra Ain di kala memejam mata rapat.

Okeylah, Sein. Aku ada mesyuarat pagi ni. Hope kau selesa dengan situasi di sini ya. Maklumlah, serabut. Takut juga kalau tiba-tiba aku dengar ada orang muntah hijau pula tengok mel melambak depan mata. Reza Rizman mengusik serta mengenyit sebelah mata sewaktu Qamra Ain sedang leka menyusun melmel di peti pengasingan mengikut zon kawasan.

Serabut, tak seperti office cantik kau, sempat Reza Rizman berbisik perlahan di telinga Tunku Hussein.

Thanks, bro! Ucap Tunku Hussein perlahan tapi masih boleh didengari telinga Reza Rizman.

Dia mengangguk sambil menunjukan tanda peace dari jauh. Selepas lelaki itu beredar pergi, Tunku Hussein berpaling muka semula ke arah Qamra Ain.

Cik Qamra apa tadi Hah, Cik Qamra Ain. Apa task saya pagi ni Adakah saya perlu menghafal zon kawasan Atau pun saya perlu goyang tangan macam Usop Wilcha Atau pun saya perlu susun mel jadi Menara Eiffel usiknya sambil merenung gadis itu menyimpan fon telinga yang terputus dua dikerjakan oleh Ramona ke dalam poket.

Tunku Hussein berasa simpati. Esok, dia nekad menggantikan dengan yang baru untuk gadis itu. Tapi, sudi ke dia terima

Buat apa yang awak nak buat, Encik Hussein, jawabnya acuh tak acuh. Hanya di depan Reza Rizman saja dia tunjuk manis muka. Hakikatnya, hanya Reza Rizman yang tahu betapa sukar untuk dia tersenyum lagi sejak dari peristiwa pahit yang telah membunuh seluruh perasaannya.

Aik! Tadi kemain lagi awak senyum ni dah buat muka sentap. Saya ada buat salah dengan awak ke Tiada respon. Sunyi sepi.

Do you hear me I am talking to you, Miss Qamra Ain.

Encik Hussein, saya nak awak buka ruang telinga awak besar-besar. Pertama, saya tiada masa yang terluang nak bersuai kenal dengan awak. Kedua, saya perlu selesaikan kerja secepat mungkin sebelum pukul 5 dan ketiga, saya tak berminat mengenali awak. Noktah!

Jangan egois sangat, Cik Qamra. Kitakan rakan sekerja. Sebagai rakan sekerja, tak salah kalau kita berkolaborasi, kan

Tak payahlah, Encik Hussein. Saya

Panggil aje, Sein. Lebih mesra ataupun nak panggil Hussein Lempoyang pun boleh, pintasnya cepat.

Hussein Lempoyang Yang jual unta tu Tanyanya tanpa berpaling muka sedikit pun. Mendatar saja suaranya.

Yang tu jual unta, saya jual cinta. Saya nak jual cinta kat awak, sudi tak awak beli Seloroh Tunku Hussein semata-mata hanya mahu melihat senyuman Qamra Ain sekali lagi.

Murahnya cinta awak, Encik Hussein. Senang dijual beli, sindir Qamra Ain sambil tangannya ligat mengasingkan mel-mel yang masih bertimbun-timbun.

Saya serius nak jual, bukan untuk main-main. Edisi terhad tau, apa orang kata cinta LE, semakin berani dia mengusik. Ceria rasa hati bila dapat melihat wajah gadis itu berubah merah menahan geram.

Cinta bukan untuk diperdagangkan, Encik

Hussein.

Call me, Sein, Dia mengingatkan sekali lagi.

Whateverlah. Kalau nak suai kenal sangat, pergi area sebelah sana. Saya rasa, ramai gadis dan andartu yang sudi layan. Bukan saya. Saya tak berminat. Qamra Ain meletakkan baki mel yang belum diasingkan ke dalam troli semula. Sebelum ini dia seronok bekerja sendirian sehinggalah muncul pekerja baru tadi. Sejak tadi membebel tanpa henti. Naik semak telinga mendengar.

Qamra Ain menjadi kekok, tambahan pula senyuman lelaki itu mengimbas kembali bayangan wajah pada Tunku Hardie. Dia terus berlalu pergi membiarkan rakan sekerjanya yang masih terpingapinga.

Aku salah cakap ke Reza, help me! What have I done