Antara bahan utama yang diperlukan untuk bermain spirit of the coin adalah sekeping kertas yang dilukiskan bulatan dengan terisi huruf A sehinggalah Z, nombor 0 sehingga 9, YES, NO dan GOODBYE. Benda-benda ini semua akan digunakan roh sebagai medium komunikasi dengan manusia. Sekeping duit syiling lama turut diperlukan.
Setelah menutup semua lampu dan menyalakan lilin, para pemain akan duduk mengelilingi kertas yang telah disediakan tadi. Duit syiling akan diletakkan pada kertas tersebut sambil jari telunjuk kesemua pemain diletakkan di atas duit syiling. Jari setiap pemain yang sudah diletakkan tidak dibenarkan diangkat walau apa pun yang berlaku terutamanya sewaktu sedang berkomunikasi. Mantera akan dibacakan beramai-ramai.
Spirit, spirit of the coin. Spirit, spirit of the coin. Spirit, spirit of the coin. Please come out and play with us.
Mantera akan diulang-ulang baca sehinggalah duit syiling bergerak sendiri pergi ke bulatan YES menandakan terdapat roh yang telah datang berkomunikasi. Soalan pertama yang selalunya ditanya adalah siapakah nama roh yang datang itu. Selesai menyoal, duit syiling akan bergerak pergi ke bulatanbulatan huruf dan cuba mengeja namanya. Pemain boleh menanyakan apa sahaja soalan mengikut keinginan masingmasing. Antara soalan feveret yang ditanya adalah:
Tanya khabar orang meninggal
Tanya lokasi mayat
Mencari barang yang hilang
Tanya cara mati
Tanya nombor ekor
Tanya soalan spot peperiksaan
Setiap soalan pasti akan dijawab asalkan tiada siapa yang cuba-cuba mengangkat jari dari duit syiling kerana dipercayai roh akan mengikut sesiapa yang mengangkat jarinya sebelum permainan ditamatkan.
Apabila selesai dan ingin menamatkan permainan, pemain hendaklah menyuruh roh tadi pulang semula ke tempat asalnya. Jika duit syiling bergerak ke bulatan GOODBYE, ia menandakan roh tadi telah pulang dan kesemua pemain selamat untuk mengangkat jari masing-masing lalu masuk tidur dan bermimpi indah.
Tetapi bagaimana pula jika duit syiling bergerak pergi ke NO apabila roh tersebut disuruh pemain untuk pulang Tak akan nak masuk tidur buat tak tahu saja kan