Padahal, sebagaimana yang telah disebutkan dalam pendahuluan, Allah mewajibkan manusia untuk berfikir secara mendalam atau merenung. Allah berfirman bahawa AlQuran diturunkan kepada manusia untuk difikirkan atau direnungkan : Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu, penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan (merenungkan) ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran (QS.Shaad, 38:29). Yang ditekankan di sini adalah bahawa setiap orang hendaklah berusaha secara ikhlas sekuat tenaga dalam meningkatkan kemampuan dan kedalaman berpikir.
Sebaliknya, orang-orang yang tidak mahu berusaha untuk berfikir mendalam akan terus-menerus hidup dalam kelalaian yang sangat. Kelalaian mengandungi erti ketidak pedulian (tetapi bukan melupakan), dan meninggalkan dalam kekeliruan, tidak menghiraukan, dalam kecerobohan. Kelalaian manusia yang tidak berfikir adalah akibat melupakan atau secara sengaja tidak menghiraukan tujuan penciptaan diri mereka serta kebenaran ajaran agama.
Ini adalah jalan hidup yang sangat berbahaya yang dapat menghantarkan seseorang ke neraka. Berkenaan dengan hal tersebut, Allah memperingatkan manusia agar tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang lalai:
Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kami termasuk orang-orang yang lalai.(QS.Al Araaf,7: 205)
Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan (iaitu) ketika segala perkara telah diputuskan. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman. (QS. Maryam, 19:39)
Dalam Al-Quran, Allah menyebutkan tentang mereka yang berfikir secara sedar, kemudian merenung dan pada akhirnya sampai kepada kebenaran yang menjadikan mereka takut kepada Allah. Sebaliknya, Allah juga menyatakan bahawa orang-orang yang mengikuti pada pendahulu mereka secara buta tanpa berfikir, ataupun hanya sekadar mengikuti kebiasaan yang ada, berada dalam kekeliruan. Mentaliti golongan ini sebagaimana digambarkan dalam Al-Quran:
Ajal yang tidak digunakan atau berfikir bererti bahawa akal tersebut telah lumpuh, penglihatan menjadi kabur, berperilaku sebagaimana seseorang yang tidak dapat melihat kenyataan di depan matanya.
Pengaruh sihir yang bersifat kolektif tersebut dapat dikiaskan sebagaiman berikut: Di bawah permukaan bumi terdapat sebuah lapisan mendidih yang dinamakan magma, padahal kerak bumi sangatlah tipis. Tebal lapisan kerak bumi dibandingkan keseluruhan bumi adalah sebagaimana tebal kulit epal dibandingkan buah epal itu sendiri. Ini bererti bahawa magma yang membara tersebut demikian dekatnya dengan kita, dibawah telapak kaki kita!
Setiap orang mengetahui bahawa dibawah permukaan bumi ada lapisan yang mendidih dengan suhu yang sangat panas tetapi manusia tidak terlalu memikirkannya. Anggaplah seseorang yang telah hilang ingatan berusaha untuk mengenal sekelilingnya dengan mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada setiap orang disekitarnya.
Apakah kira-kira yang muncul di benaknya apabila diberitahukan bahawa dibawah tempa ia berdiri terdapat sebuah bola api mendidih yang dapat memancar dan berhamburan dari permukaan bumi pada saat terjadi gempa yang hebat atau gunung meletus Mari kita berbicara lebih jauh dan anggaplah orang ini telah diberitahu bahawa bumi tempat ia berada hanyalah sebuah planet kecil yang mengapung dalam ruang yang sangat luas, gelap dan hampa yang disebut ruang angkasa.
Ruang angkasa ini memiliki potensi bahaya yang lebih besar dibandingkan materi bumi tersebut, misalnya tahi bintang dengan berat ber-ton yang bergerak dengan leluasa di dalamnya. Bukan tidak mungkin tahi bintang sebut bergerak ke arah bumi dan kemudiannya menghancurkannya.
Mustahil orang ini mampu untuk tidak berfikir sedetik pun ketika berada di tempat yang penuh dengan bahaya yang setiap saat mengancam jiwanya. Ia pun akan berfikir pula bagaimana mungkin manusia dapat hidup dalam sesebuah planet yang sebenarnya senantiasa berada dihujung tanduk, sangat rapuh dan membahayakan nyawanya.
Seseorang yang menyedari hal ini, memahami bahawa manusia mengetahui bahawa kehidupan didunia berlalu dan berakhir sangat cepat. Anehnya, masih sahaja mereka bertingkah laku seolah-oleh mereka tidak akan pernah meninggalkan dunia. Mereka melakukan pekerjaan seakan-akan di dunia tidak ada kematian. Sungguh, ini adalah sebuah bentuk sihir atau mantera yang terwariskan secara turun temurun.
Keadaan ini berpengaruh sedemikian besarnya sehingga ketika ada yang berbicara tentang kematian, orang-orang dengan segera menghentikan topik tersebut kerana takut kehilangan sihir yang selama ini membelenggu mereka dan tidak berani menghadapi kenyataan tersebut. Orang yang menghabiskan hidupnya untuk membeli rumah yang bagus, penginapan musim panas, kereta dan kemudian menyekolahkan anak-anak mereka ke sekolah yang bagus, tidak ingin berfikir bahawa suatu hari mereka akan mati dan tidak akan dapat membawa mobil, rumah, atau pun anak-anak berserta mereka. Akibatnya, daripada melakukan sesuatu untuk kehidupan yang hakiki setelah mati, mereka memilih untuk tidak berfikir tentang kematian.
Namun, cepat atau lambat setiap manusia pasti akan menemui ajalnya. Setelah itu, percaya atau tidak, setiap orang akan memulai sebuah kehidupan yang kekal. Apakah kehidupannya yang abadi tersebut berlangsung di syurga atau dineraka, bergantung dari amal perbuatan selama hidupnya yang singkat didunia. Kerana hal ini adalah sebuah kebenaran yang pasti akan terjadi maka satu-satunya alasan mengapa manusia bertingkah laku seolah-olah mati itu tidak ada adalah sihir yang telah menutup atau membelenggu mereka akibat mereka tidak berpikir dan merenung.
Orang-orang yang tidak dapat membebaskan diri mereka dari sihir dengan cara berpikir, yang mengakibatkan mereka dalam berada dalam kelalain, akan melihat kebenaran dengan mata kepala mereka sendiri setelah mereka mati, sebagaimana yang diberitakan Allah kepada kita dalam Al-Quran:
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka kami singkatkan daripadamu (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.(QS. Qaaf,50:22)
Dalam ayat di atas penglihatan seseorang menjadi kabur akibat tidak mahu berpikir, akan tetapi penglihatannya menjadi tajam setelah ia dibangkitkan dari alam kubur dan ketika mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya diakhirat.
Allah telah memberikan jalan keluar kepada manusia; Manusia yang merenung dan berpikir akan mampu melepaskan diri daripada belenggu sihir pada saat mereka masih didunia. Selanjutnya, ia akan memahami tujuan dan makna yang hakiki dari segala peristiwa yang ada, ia pun akan mampu memahami kebijaksanaan dari apa pun yang Allah ciptakan setiap saat.
Seseorang dapat berfikir pada bila dan di mana
Berfikir tidaklah memerlukan waktu, tempat ataupun kondisi khusus. Seseorang dapat berpikir sambil berjalan di jalan raya, ketika pergi ke pejabat, memandu, bekerja di depan komputer, menghadiri pertemuan dengan rakan-rakan, melihat TV ataupun ketika sedang makan siang.
Misalnya: disaat dia sedang memandu kereta, seseorang melihat ratusan orang berada diluar. Ketika menyaksikan mereka, ia terdorong untuk berfikir tentang berbagai macam hal. Dalam benaknya tergambar penampilan fisik dari ratusan orang yang sedang disaksikannya yang sama sekali berbeza satu sama lain. Tak satu pun di antara mereka yang mirip dengan yang lain.
Allah telah menciptakan berbilion manusia selama ribuan tahun, semua berbeza satu dengan yang lain. Ini adalah bukti nyata tentang ke Maha Perkasaan dan ke Maha Besaran Allah.
Menyaksikan manusia yang sedang lalu lalang dan bergegas menuju tempat tujuan mereka masing-masing, dapat dapat memunculkan beragam fikirannya: manusia yang jumlahnya banyak ini terdiri atas individu-individu yang khas dan unik. Tiap individu memiliki dunia, keinginan, rencana, cara hidup, hal-hal yang membuatnya bahagia atau sedih, serta perasaannya sendiri.
Secara umum, setiap manusia dilahirkan, membesar dan dewasa, mendapat pendidikan, mencari pekerjaan, bekerja, menikah, mempunyai anak, menyekolahkan dan menikahkan anak-anaknya, menjadi tua, menjadi nenek atau datuk dan akhirnya meninggal dunia. Dilihat dari sudut pandang ini, ternyata perjalanan hidup semua manusia tidaklah jauh berbeza; tidak terlalu penting apakah ia hidup di perkampungan di kota Istanbul atau di kota besar seperti Mexico, tidak ada bezanya sedikitpun. Semua orang suatu saat pasti akan mati, seratus tahun lagi mungkin tak satupun dari orang-orang tersebut yang akan masih hidup.
Menyedari kenyataan ini, seseorang akan berfikir dan bertanya kepada dirinya sendiri. Jika semua suatu hari akan mati, lalu apakah gerangan yang menyebabkan manusia bertingkah laku seakan-akan mereka tak akan pernah meninggalkan dunia ini Seseorang yang akan mati sudah sepatutnya beramal secara bersungguh-sungguh untuk kehidupannya setelah mati; tetapi mengapa hampir semua manusia berkelakuan seolah-olah hidup mereka di dunia tak akan pernah berakhir Orang yang memikirkan hal-hal yang semacam inilah dinamakan orang yang berfikir dan mencapai kesimpulan yang sangat bermakna dari apa yang ia fikirkan.
Sebahagian besar manusia tidak berfikir tentang masalah kematian dan apa yang terjadi setelahnya. Ketika mendadak ditanya, Apakah sedang anda fikirkan saat ini, maka terlihat bahawa mereka sedang memikirkan segala sesuatu yang sebenarnya tidak perlu untuk difikirkan, sehingga tidak akan banyak manfaatnya bagi mereka.
Dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa orang-orang yang beriman memikirkan dan merenungkan secara mendalam segala kejadian yang ada dan mengambil pelajaran yang berguna dari apa yang mereka fikirkan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan terbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. (QS. Aali Imram, 3: 190-191).
Ayat di atas menyatakan bahawa oleh kerana orang-orang yang beriman adalah mereka yang berfikir, maka mereka mampu melihat hal-hal yang menakjubkan dari ciptaan Allah dan mengagungkan Kebesaran, Ilmuserta kebijaksanaan Allah.
Berfikir Dengan Ikhlas Sambil Menghadapi Diri Kepada Allah.
Agar sebuah perenungan menghasilkan manfaat dan seterusnya menghantarkan kepada sebuah kesimpulan yang benar, maka seseorang harus berfikir positif. Misalnya: sesorang melihat orang lain dengan penampilan fisikal yang lebih baik dari dirinya. Ia lalu merasa dirinya rendah kerana kekurangan yang ada pada fisiknya dibandingkan dengan orang tersebut yang tampak lebih rupawan.
Atau ia merasa iri terhadap orang tersebut. Ini adalah fikiran yang tidak dikehendaki Allah. Jika redha Allah yang dicari, maka seharusnya ia menganggap bagusnya bentuk rupa orang yang ia lihat sebagai wujud dari ciptaan Allahyang sempurna. Dengan melihat orang yang rupawan sebagai sebuah keindahan yang Allah ciptakan akan memberikan kepuasan. Ia berdoa kepada Allah agar menambah keindahan orang tersebut di akhirat.
Sedang untuk dirinya sendiri, ia juga meminta kepada Allah agar di kurniai keindahan yang hakiki dan abadi di akhirat kelak. Hal serupa seringkali dialami oleh seorang hamba yang sedang diuji oleh Allah untuk mengetahui apakah dalam ujian tersebut ia menunjukkan perilaku serta pola fikir yang baik yang diredhai Allah atau sebaliknya.
Keberhasilan dalam menempuh ujian tersebut, yakni dalam melakukan perenungan ataupun proses berfikir yang mendatangkan kebahagian di akhirat, masih ditentukan oleh kemahuannya dalam mengambil pelajaran atau peringatan dari apa yang ia renungkan. Kerana itu, sangatlah ditekankan di sini bahawa seseorang hendaklah selalu berfikir secara ikhlas sambil menghadapkan diri kepada Allah.