RETRO BOLA SEPAK - 34
Pada 14 Oktober 2014, di Partizan Stadium, telah berlaku ketegangan dalam perlawanan kelayakan UEFA Euro 2016, melibatkan tuan rumah Serbia dan Albania.

Ia berlaku pada minit ke40 perlawanan, apabila sebuah pesawat drone yang mengibarkan bendera Greater Albania dilihat menerawang terbang di ruang udara stadium. Ia seolah dikawal oleh alat kawalan jauh. Pengadil Martin Atkinson terpaksa menghentikan perlawanan buat seketika.

Sebelum itu, di awal permainan, perlawanan pernah terhenti seketika apabila penyokong Serbia melempar nyalaan suar ke arah para pemain Albania. Justeru, terbangnya pesawat drone siap kibarkan bendera Greater Albania itu umpama balas dendam terhadap perbuatan penyokong

Serbia.

Perkara tersebut mengundang marah para penyokong Serbia di stadium. Pemain Serbia, Stefan Mitrovi melompat tinggi lantas mencapai terus pesawat drone tersebut. Nampak benar Mitrovic berang dengan situasi itu.

Tindakan itu mendatangkan rasa kurang senang sebilangan para pemain Albania, Andi Lila dan Taulant Xhaka. Bendera Greater Albania itu jatuh di tangan Bekim Balaj. Para pemain Serbia dan Albania termasuk para pegawai mula memasuki padang.

Balaj sekadar mahu bawa bendera tersebut ke bangku simpanan Albania. Namun beliau dihalang oleh pemain simpanan Serbia, Nenad Tomovi yang meluru ke arahnya. Dalam masa yang sama, satu objek dilempar dari kawasan teres penyokong serbia. Objek itu sebuah kerusi plastik betul-betul jatuh menimpa Balaj.

Berlaku pergaduhan di kalangan pemain. Ada juga penyokong Serbia yang mula menceroboh masuk ke padang, menyerang para pemain Albania. Ketua pasukan Albania, Lorik Cana cuba menenteramkan emosi penyokong Albania yang marah supaya kekal bertenang. Saat para pemain Albania berlari menuju ke terowong stadium, mereka dihujani dengan balingan objek oleh penyokong Serbia.

Permainan tergendala selama 40 minit, sebelum ditamatkan serta-merta.

Court of Arbitration for Sport telah menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Albania, atas sebab tindakan liar penyokong Serbia yang menceroboh dan menyerang pemain Albania di atas padang. Meskipun Serbia cuba merayu, keputusan asal tetap muktamad.

Kenapa Serbia dan Albania sampai boleh bertelingkah sampai sebegitu rupa.

Kita kena selusuri sejarah panjang kedua-dua negara terlebih dahulu. Kedua-dua negara terletak di dalam wilayah yang dikenali sebagai Rantau Balkan.

Rantau Balkan ini, dahulunya dah berabad-abad lamanya berada di bawah kekuasaan empayar Turki Uthmaniyah. Penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, kerajaan Turki Uthmaniyah mulai goyah. Mereka hilang satu-persatu wilayah mereka di Eropah, utara Afrika, Semenanjung Arab dan Asia Tengah.

Revolusi Serbia dan Perang Balkan antara sebab Turki Uthmaniyah hilang pengaruh ke atas wilayah rantau Balkan. Wilayah-wilayah ini kemudiannya merdeka dan berkerajaan sendiri. Wilayah Balkan masing-masing memperjuangkan konsep nasionalistik. Serbia misalnya antara negara pertama di Balkan yang mahu sistem feudal atau pemerintahan beraja dilenyapkan.

Tahun 1835, Serbia dah berkerajaan dan mempunyai perlembagaan negara sendiri. Albania waktu itu masih berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah.

Waktu Perang Balkan juga, Albania bersendirian m e m p e r t a h a n k a n wilayahnya. Serbia sepatutnya berpakat dengan Albania dalam pada hendak menguasai laluan Laut Adriatik, tetapi memilih Greece sebagai sekutu, lantas meninggalkan Albania berseorangan mempertahankan wilayah.

Masa Perang Balkan juga lah berlaku satu peristiwa yang akan diingat oleh warga Albania sampai bila-bila. Puak Serb ini memang jahanam perangainya sebab dendam kesumat pada Islam. Dari tahun 1912 hingga 1913, ratusan ribu nyawa etnik Albania disesah dek puak Serb. Kecelakaan yang menimpa warga

Albania pada ketika itu tidak dapat digambarkan betapa sadisnya. Sangat kejam. Dianggarkan lebih 120,000 nyawa jadi korban kekejaman bangsa Serb.

Kuda-kuda dan seluruh perkampungan bertukar jadi abu. Penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah dibunuh dengan kejam. Orang-orang Serb akan bunuh di mana sahaja etnik Albania yang mereka jumpai. Mereka mahu etnik Albania lenyap sama

sekali dari bumi Albania.

Itu antara secebis laporan Suruhanjaya Antarabangsa Perang Balkan. Orang-orang Serb memang kejam.

Kerajaan Turki Uthmaniyah sedari dahulu akan letak gabenor atau pembesarnya mentadbir kawasan di Albania. Pembesar-pembesar ini mengawal dan memiliki sejumlah tanah yang sangat luas. Memang majoriti penduduk etnik Albania ramai yang beragama Islam, selebihnya ada juga yang menganut agama Kristian mazhab Katolik.

Hanya pada tahun 1913 Albania berjaya tuntut merdeka. Sungguhpun merdeka, mereka masih lagi diiktiraf sebagai sebuah negara Islam. Tahun 1923, Albania memutuskan hubungan terus dengan kekhalifahan Turki Uthmaniyah. Albania lalui beberapa fasa selepas itu. Pernah jadi republik, pernah juga mempunyai raja, pernah juga menjadi Greater Albania dan pernah lalui zaman komunis.