Mencari Kiblat Cinta - 35
Tengku Saida hendak tergelak mendengar kata-kata Najla. Sekaligus lucu melihat wajah Najla yang gelisah. Lurus betul si Naj ni. Baru gertak sikit, dah ketar lutut!

Ma marahkan Naj ya Ala sorrylah ma, lepas ni Naj janji Naj akan temankan ma lebih kerap kat rumah ni. Naj janji! Dia mengangkat dua jari, tanda ikrar yang sudah terpateri di hati.

Ketawa Tengku Saida tak mampu ditahan lagi. Dia ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut. Najla terpegun menyaksikan telatah ibunya. Kenapa pula dengan ma aku ni Apabila dia mengalihkan pandangan, Mak Mah juga ketawa besar dengan senduk masih di tangan. Dia menggaru kepala. Apa semua orang dalam rumah ni dah buang tebiat ke Rungut Najla dengan wajah masam mencuka.

Aliff menguak daun pintu di hadapannya lalu perlahan-lahan melangkah masuk. Bibirnya serta-merta mengorak senyuman. Masih bersih! Sama seperti kali terakhir dia pulang ke rumah itu dua tahun yang lalu untuk menyambut Aidilfitri.

Ada banyak kenangan indah terkumpul di rumah itu sebenarnya. Kenangan yang mengamit seribu satu kemanisan yang sangat dihargainya. Dia benar-benar menghargai kesudian Tengku Amar menjaganya selama ini. Jasa lelaki itu mendidik dan menyekolahkannya takkan sesekali dilupakan. Kerana itu apabila Tengku Amar mencadangkan agar dia menyambung pengajiannya di London dalam bidang undang-undang, dia terus bersetuju tanpa membantah. Malah lelaki itu juga mahukan dia menjadi sebahagian dari legasi keluarga itu yang terdiri dari barisan peguam-peguam yang handal.

Abang boleh bagitahu ayah kalau Aliff tak setuju. Dia tiba-tiba teringatkan kata-kata Filman beberapa tahun yang lalu selepas dia diterima memasuki jurusan undang-undang di School of Law di Warwick. Sebuah university yang terkenal dalam bidang undang-undang.

Tak payahlah bang. Aliff akan ikut cadangan ayah tu. Dia menolak sambil tersenyum. Baginya kata-kata Tengku Amar adalah satu titah yang harus dijunjung. Lagipun ketika itu dia percaya, apa sahaja yang baik bagi ayahnya, juga baik bagi dirinya sendiri.

Tapi betulkah begitu Apakah sememangnya keputusan yang dibuatnya tiga tahun yang lalu adalah yang terbaik untuknya Bagaimana dengan sekarang Dia pulang bukan semata-mata kerana peperiksaan akhirnya telah selesai seperti yang dicanang pada Tengku Amar, Filman dan pada Tengku Saida sendiri. Sebaliknya ada sesuatu yang membuatkan dia pulang ke mari. Sesuatu yang benar-benar ditakutinya. Sesuatu yang membuahkan derita di hatinya sejak sekian lama.

Daun pintu biliknya tiba-tiba dikuak dari luar. Aliff menyedarinya lalu segera berpaling. Matanya terlihat kelibat Tengku Amar berdiri di hadapan pintu biliknya sambil tersenyum.

Ayah ingat Aliff tidur. Tegur Tengku Amar.

Tak ayah. Bila ayah balik

Baru aje. Aliff dah solat Maghrib Kalau dah, mari kita turun bawah. Ma kamu ajak makan malam. Ada terubuk bakar cecah air asam, ada gulai ikan kering pajeri nenas, ada kerabu taugeh, sambal belacan pun ada. Kesukaan Aliff tu kan. Canang ayahnya satu persatu.

Aliff ketawa besar. Gelihati mendengar lelaki itu menyebut begitu. Macam chef tengah mencanang menu restoran pada pelanggan saja gayanya. Hanya topi lebar putih itu sahaja yang tidak tertenggek di atas kepala lelaki itu.

Nak makan tak Tanya Tengku Amar lagi.

Aliff mengangguk. Mestilah nak, tapi Aliff nak mandi dan solat dulu. Ayah turun dulu, sekejap lagi Aliff turun. Ujarnya pada Tengku Amar.

Okey, tapi jangan lama sangat. Perut ayah dah berkeroncong sangat ni. Balas Tengku Amar sambil mengenyitkan matanya.

Aliff hanya mampu tersenyum. Sebaik kelibat lelaki itu menghilang, dia kembali termenung. Hatinya gelisah. Fikirannya kembali bungkam. Maafkan Aliff ayah. Aliff telah menipu ayah. Menipu semua orang!

MELIHAT Danira sedang ralit membantu Siti menyediakan makanan tengahari untuk kanak-kanak di taska itu, Kamila tersenyum sendiri. Dia sengaja menjengah ke dapur untuk melihat Danira. Malah telinganya sempat menangkap perbualan ringkas di antara gadis itu dengan Siti. Hatinya sedikit sebanyak lega kerana gadis itu seperti betah menyesuaikan dirinya.

Mana Kak Mila kenal dengan Nira tu Tiba-tiba aje dia muncul, tanya Umaira ketika gadis itu membantunya mengemaskan buku-buku cerita di dalam rak buku sederhana besar di ruangan itu.

Nira tu anak angkat ibu saudara Kak Mila.jawab Kamila selamba. Sengaja dia mencanang begitu di hadapan pekerja-pekerjanya.

Sebenarnya apa tugas dia kat sini Kak Mila Nak kata tak cukup pekerja, rasanya kami berdua ni dah lebih dari cukup. Sampuk Lynn tiba-tiba.

Eh kau ni Lynn, lantak Kak Mila lah nak upah siapa pun. Yang kau sibuk-sibuk ni kenapa pulak Marah Umaira. Tidak berkenan sungguh dia dengan sikap Lynn yang terlalu berterus-terang. Wajah Lynn segera mencuka. Barangkali geram pada Umaira kerana ditegur sedemikian rupa di hadapan majikannya. Kamila yang menjadi pemerhati hanya mampu tersenyum melihat telatah pekerja-pekerjanya.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah kehadiran Nira tidak disenangi Umaira