Aku, Dia Dan Somtam - 35
BAB 35

SUDAH dua hari Anis menghabiskan masa di hotel itu. Pemandangan yang cantik menghala ke arah taman tema sungguh menghiburkan. Tambahan pula, keadaan sejuk dengan suasana berkabus cukup membuatkan dirinya merasa tenang. Begitu indah ciptaan Allah. Langsir tingkap diselak luas. Siang tadi, mesyuarat dari pagi sampai ke petang. Anis jeling jam di pergelangan tangannya. Menghampiri enam petang.

Malas rasanya nak keluar makan. Sekejap lagi, melalaklah telefon aku tu. Anis jeling telefon bimbitnya di atas katil. Seperti semalam, tentu Imran akan menelefonnya untuk mengajaknya keluar makan.

Dia menapak ke meja. Komputer riba dibuka.

Hmm..agaknya Jay online ke tak Anis mula buka laman facebook.

Mawar Putih > Assalamualaikum

JS > Waalaikumussalam

Mawar Putih >Awak sibuk ke

JS > Tak jugak. Kenapa

Mawar Putih > Tak ada apasaja je.

JS > Awak ke mana seminggu dua ni Tak online..

Mawar Putih > Oh..saya sibuk sikit. Ni pun tak ada kat KL

JS > Oh really Oustation ke apa

Mawar Putih > Sort of

JS > Hmmawak ok ke Tak takut

Mawar Putih > Setakat ni ok je. Saya akan cuba jaga diri. Terima kasih kerana ambil berat.

JS > Bila agaknya kita boleh jumpa ya

Mawar Putih > Jumpa

Anis mula resah. Dia dah jadi tunang Imran. Tidak elok rasanya berjumpa dengan lelaki lain walaupun Imran tidak pernah menghalangnya berbuat begitu. Syarat Imran sendiri.

JS > Ya, saya ingin jumpa awak. Selain pulangkan semula nota awak, saya nak lihat juga siapa pemilik nota tu.

Mawar Putih > Awak dah baca habis ke

JS > Belum lagi..sejak akhir ni saya sibuk sikit.

Mawar Putih > Oh..macam nilah. Awak habiskan dulu baca nota tu. Kalau awak rasa nak pulangkan pada saya, then kita jumpa.

JS > Ok. Thanks a lot.

Mawar Putih > Err..awak, saya kena out dulu. Kejap lagi nak keluar makan.

JS > Ok, bye! Assalamualaikum

Anis segera menutup komputer. Dia capai telefon bimbitnya dari atas katil. Baju kurung yang dipakai dibetulkan sedikit. Imran sudah janji nak jumpanya pada pukul lapan setengah nanti. Anis lihat jam di pergelangan tangan. Sudah lapan lima belas minit malam.

Tudung segera dicapai dari dalam almari. Tudung shawl berwarna merah hati dengan corak polka dot warna warni dililit ala Najwa Latif. Hujung tudung itu dilabuhkan menutupi paras dada.

Hmmrasanya dah okey kut Anis sengih. Banyak dia belajar berfesyen dari Izara. Tapi tetap labuh menutupi dada. Anis capai pula dompet dan terus melangkah keluar dari bilik.

Tergesa-gesa dia melangkah ke ruang lobi. Kelibat Imran belum lagi kelihatan. Anis melabuhkan punggung di sofa.

Lama menunggu Imran di situ, dia capai pula majalah yang diletak atas meja kecil.

Hai sayang!

Erk! Siapa panggil aku sayang ni Anis mendongak. Fuad

Sorang je Mana Imran Fuad duduk di sebelah Anis. Rapat.

Anis mengensot jauh sedikit dari Fuad. Soalan Fuad tidak dijawab. Anis memerhati sekeliling. Kelibat Imran belum juga kelihatan. Manalah dia ni!

Err..you manis dengan tudung ni. I suka. Dah makan Fuad cuba pegang tangan Anis.

Anis cepat-cepat menepis. Perasaan berdebarnya semakin kuat bergetar. Ya Allahmanalah Imran ni pergi..

Dah lama tunggu

Anis lega. Imran akhirnya muncul juga.

Muncul pun kau! Aku dah lapar ni! Anis pun dah lapar kan Fuad semakin dekat dengan Anis.

Imran hanya menjeling tajam tingkah Fuad. Dia jeling Anis yang tertunduk dengan muka resah. Dia mesti berhati-hati dengan Fuad.

Jomlah! Imran buat isyarat mata pada Anis.

Hai Im!

Semua mata memandang ke arah suara yang memanggil nama Imran. Fuad melihat gadis berambut perang itu atas bawah. Tidak berkelip.

Kau buat apa kat sini Kau ikut aku eh Imran beliakkan mata melihat Natasha yang berani memeluk lengannya.

Siapa ni Im Fuad pula bertanya. Natasha dilihat tidak berkelip.

I Natasha. Kekasih Imran! Selamba Natasha memperkenalkan dirinya kepada Fuad.

Oh! Really Why all this while you didnt tell me! Wow! So gorgeous! Fuad memuji Natasha di depan Anis.

Imran rentap tangannya dari Natasha. Dia pandang Anis yang hanya diam dari tadi.

Jomlah makan! Imran tarik tangan Anis meninggalkan lobi hotel menuju ke ruang letak kereta.

Fuad dan Natasha saling berpandangan. Mereka berdua segera mengikut Imran ke tempat letak kereta. Natasha hanya senyum. Rancangannya perlu dilaksanakan. Laju saja dia mengikut Fuad menuju ke tempat letak kereta.

Imran dan Anis sudah meninggalkan kawasan parkir. Terpaksa Fuad mengajak Natasha sekali mengekori kereta Imran yang menuju ke sebuah restoran tidak jauh dari hotel.

You ni kawan Imran ke Natasha jeling Fuad di sebelah. Masih menumpu pada pemanduan. Kereta Imran semakin laju ke hadapan.

Fuad hanya angguk. Kereta Imran tidak boleh hilang dari pandangannya.

You suka ke kat gadis tu Natasha mula menjalankan misi.

Fuad berpaling. Keretanya diparkir selang tiga buah kereta dari kereta Imran sebaik tiba di laman restoran.

Kenapa

Kalau you suka kat gadis tu, I boleh tolong! Natasha senyum manja.

You nak buat apa Fuad pula seperti teruja dengan kata-kata Natasha.

Natasha dekatkan bibirnya pada cuping telinga Fuad. Berbisik sesuatu.

Err..you serius ke ni Fuad pandang Natasha yang tersenyum dari tadi.

Natasha angguk. Kalau you betul-betul nakkan gadis itu..I akan tolong you.

Fuad termenung seketika. Kata-kata Natasha tadi sedikit sebanyak membuatnya teruja untuk memiliki Anis. Sudah lama dia cuba menggoda gadis manis tu. Dia senyum nakal. Mereka berdua mula keluar dari kereta menuju ke meja makan.

Eh, kenapa kau bawa perempuan ni sekali Imran mula menyinga melihat Natasha tersengih mendekati meja mereka.

Alah..rileks la Im. Gentleman la sikit ok! Fuad sengaja duduk di sebelah Anis. Kerusi ditarik rapat pada kerusi Anis.

Natasha pula sengaja duduk di sebelah Imran. Sekali lagi dia paut lengan Imran. Anis di kerusi sebelah dijeling tajam.

Hei! Muak tahu tak! Imran rentap tangannya. Dia segera panggil pelayan restoran.

Malam itu mereka berempat menikmati makan malam bersama. Imran jeling Fuad yang sibuk mengambil lauk ke pinggan Anis.

Natasha pula sibuk mengendeng. Argggh! Lemas!

Habis saja makan malam, Imran bergegas pulang semula ke hotel. Anis ditarik sekali masuk ke dalam kereta.

Tiba di hotel, Imran masih memegang erat tangan Anis menuju ke bilik. Anis merentap tangannya dengan kuat. Pergelangan tangannya terasa sakit. Sudah ada kesan merah.

Awak! Boleh tak lepaskan tangan saya Anis meronta ingin lepaskan diri.

Err..maaf. Dah sampai. Masuklah! Imran hantar Anis sampai ke muka pintu bilik.

Anis menggosok pergelangan tangannya. Imran masih berdiri di pintu biliknya menanti Anis masuk.

Kenapa tak masuk lagi Nada Imran agak tinggi.

Saya tak faham dengan awak. Kenapa tiba-tiba awak baik dengan saya Anis masih berdiri di situ.

Kan saya dah kata. Fuad tu mata keranjang. Elok awak jauhkan diri dari dia. Sekarang masuk! Imran mula menyinga. Banyak soal pulak minah ni!

Anis masuk ke dalam bilik. Bilik dikunci dari dalam. Dia merebahkan diri di atas katil. Otaknya ligat memikirkan kata-kata Imran. Cemburu ke dia Takkanlah! Dia sendiri yang mengaku dia tu tak suka aku!

Dia segera ke bilik air membersihkan diri. Jam pun sudah menunjukkan pukul sepuluh malam. Selesai berwudhuk, Anis mula berdoa. Dia jeling telefon di atas meja kecil yang berdering kuat. Siapa pulak call aku malam-malam ni Anis bingkas bangun.

Gagang telefon diangkat perlahan.

Assalamualaikum..

Awak dah kunci bilik

Ya, kenapa

Tak ada apa. Saya nak pastikan saja. Esok ada meeting lagi dan melawat tapak. Lusa baru balik KL.

Talian putus.

Eh, jawab salam pun tak! Anis mencebik. Dia letak telefon dan mula baring. Lampu bilik ditutup. Hanya lampu dekat dengan pintu dibiarkan bernyala.

PAGI lagi Anis keluar bersarapan. Lambat nanti takut kena bambu pulak dengan Imran. Hari ni lepas mesyuarat, mereka akan melawat tapak pula. Air kopi diteguk perlahan. Fikirannya jauh menerawang pada kehidupan yang dilalui. Tidak seindah yang disangka. Kalau bukan kerana dia terhutang budi dengan keluarga Izara, dia tidak ingin melalui kehidupan terseksa macam tu.

Awak dah lama kat sini Imran menyapa Anis yang asyik menikmati sarapan.

Err..tak juga. Anis senyum kelat. Roti bakar yang telah disapu mentega dikunyah perlahan.

Maafkan saya pasal malam tadi. Imran duduk berhadapan dengan Anis. Wajah putih kemerahan itu ditatap seketika.

Tak apa.. Anis menghabiskan roti bakar.

Imran bangun semula. Dia kembali dengan sepinggan nasi lemak dan secawan kopi. Sengaja dia duduk berhadapan dengan Anis. Ingin melihat reaksi gadis itu bila berbicara nanti.

Awak..suka Fuad

Uhuks! Kopi yang diminum Anis tersembur keluar. Cepat-cepat Anis sapu dengan tisu. Air kopi tadi dah terkena tudungnya.

Soalan apa yang tuan tanya ni Anis masih menyapu sisa air kopi yang melekat pada tudung.

Saja saya nak tahu. Mana tahu dalam diam awak ada hati kat mamat tu. Yalahdia kan lagi kaya dari saya. Itu yang awak carikan Imran menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Matanya masih pada wajah putih kemerahan itu.

Kalau tuan tak suka saya sekalipun, jangan suka hati je tuduh saya ni gila harta, ingat perasaan saya ni mudah dilontar dan dibaling macam tu ke Saya sedar siapa saya. Anis mencebik. Tidak sangka semudah itu Imran menuduhnya sesuka hati. Sudah jelas Imran tidak pernah endahkan hubungan mereka sebagai tunang.

Saya teka saja. Kalau Fuad benar-benar sukakan awak, awak nak ke Imran meneguk pula kopi panas yang masih berasap.

Peliklah awak ni. Malam tadi awak baik dengan saya. Pagi ni awak provoke pula saya dengan Fuad. Saya tak fahamlah! Anis menguis sisa roti bakar dalam pinggan.

Hai!

Imran dan Anis serentak berpaling. Fuad sedang melambai ke arah mereka sambil tersenyum manis. Imran mengerling Anis yang mula tunduk.

Hai sayang! Fuad sengaja duduk di sebelah Anis. Sempat mengenyit mata pada gadis itu. Tangan kirinya diletakkan di belakang kerusi Anis.

Tersembur air kopi yang diminum Imran. Cepat-cepat dia sapu dengan tisu air kopi yang tertumpah atas meja. Gelagat Fuad diperhatikan seketika. Memang gatal! Merenyam tak ingat! Entah kenapa, timbul rasa cemburu di hati melihat perlakuan Fuad yang asyik dah menggatal tak ingat!

Err..kau dah siap slide tu Imran memecah keheningan suasana walaupun alunan muzik berkumandang lembut di ruang makan itu.

Hello! Imran meninggikan sedikit suaranya. Fuad masih merenung manja Anis di sebelah.

Hah Kau tanya aku ke Fuad menoleh bila ditepuk oleh Imran.

Yalah! Habis tanya siapa lagi Imran mendengus.

Beres semua! Kalau bab bisnes ni, aku mesti settle! Fuad berpaling semula ke arah Anis yang masih tunduk membisu.

Dah kenyang

Anis mendongak. Dia kemudian mengangguk.

Kalau dah habis tiga keping roti tu, dah kenyanglah tu! Imran menyuap lagi nasi lemak ke mulut.

Tak apa..nanti I ambilkan lagi untuk you. Fuad bingkas bangun. Dia segera ke tempat bufet yang bertimbun dengan menu sarapan.

Anis masih diam, menundukkan wajah. Kalaulah Imran yang bersikap begitu

Hmm..nampaknya ada orang yang ambil berat tentang awak. Awak cakap je kalau awak suka, jadi tak payah kita teruskan hubungan kita. Imran membuat isyarat tangan bila menyebut perkataan hubungan. Kedua jari telunjuknya digerak-gerak.

Anis masih diam. Kaku. Imran tega melontar kata-kata itu. Selama ini dia banyak berkorban perasaan semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Dia mengangkat muka memandang Imran yang mula sengih.

Awak ingat saya ni apa Macam bola Boleh ditendang sesuka hati Anis mengetap bibir.

Imran sengih. Kopi dalam cawan diteguk sampai habis. Dia kemudian berpaling pada Fuad yang sedang menuju ke arah mereka dengan roti bakar dan kuih di dalam pinggan.

Fuad melabuhkan punggung di kerusi sebelah Anis semula. Dua keping roti diletak dalam pinggan Anis. Imran hanya memerhati tingkah Fuad yang cuba bersikap romantik dengan Anis.

HABIS mesyuarat pagi itu, semua yang hadir dibawa melawat tapak. Sesi penerangan kawasan tapak turut diadakan di khemah yang telah disediakan sejak awal.

Im, aku rasa kita boleh melabur sekarang. Hotel ni boleh siap dalam masa yang dijangkakan. Macam mana Fuad mendongak melihat ceracak besi yang mula didirikan sebagai tapak asas.

Hmm..tengok pada schedule ni, kemungkinan besar hotel ni boleh siap dalam masa setahun setengah saja. Imran melihat pelan tapak dan schedule yang dikepil bersama.

Anis pula mencatat setiap apa yang dibincangkan semasa mesyuarat dan ketika melawat tapak. Dia perlu buat laporan bila pulang ke Kuala Lumpur nanti. Tidak sabar rasanya nak kembali ke Kuala Lumpur semula. Rimas dengan Fuad dan sakit hati dengan Imran. Segala-galanya perlu ditelan walaupun pahit. Pesan ibu sentiasa disemat di dalam hati. Dia perlu menjaga diri.

Walaupun bergelar tunang Imran, dia dan Imran seperti orang asing. Jadi, dia perlu menjaga diri sendiri. Perlu berhati-hati dalam pergaulan. Itu perjanjian yang dia perlu ikut.

MALAM itu usai solat maghrib, Anis duduk termenung di atas katil. Ajakan Fuad untuk makan malam berdua terpaksa ditolak.

Bukan kerana menjaga hati Imran dengan statusnya sebagai tunang Imran tetai demi mengelak maksiat yang mungkin akan berlaku. Dia faham dengan pandangan nakal Fuad setiap kali bertemu muka. Itu juga pesan Ustazah Hanisah untuk tidak terjebak dalam situasi seperti itu. Selagi boleh elak, dia akan cuba mengelak.

Hmm..Imran tak ada pulak call aku ajak makan malam.. Anis jeling telefon bimbitnya di atas bantal.

Lega kerana malam itu malam terakhir dia bermalam di hotel tu. Esok pagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur semula. Segala-galanya dilalui dengan lancar. Tiada gangguan dari Fuad, Imran mahupun Natasha.

Natasha..mengapa dia beria nak kembali dengan Imran Kalau benar dia serius dengan Imran, aku ada alasan untuk putuskan pertunangan ni. Imran pun ada niat yang sama nak putuskan hubungan ni. Jay puntentu tunggu aku jugak Anis bermonolog sendiri.

Bunyi ketukan di pintu mengejutkannya dari lamunan. Siapa pulak yang ketuk pintu aku

Anis melangkah malas ke arah pintu. Tudung dipakai serapi mungkin. Baju yang dipakai dilihat berkali-kali agar tiada yang tak kena. Mana tahu ada koyak kat mana-mana.

Siapa Anis jenguk melalui lubang di tengah pintu.

Senyap.

Siapa tu Anis mengulangi lagi pertanyaannya. Tiada jawapan.

Anis turut diam. Tidak berani dia membuka pintu. Sekali lagi pintu diketuk kuat.

Siapa Anis mula berang. Tahu ketuk tapi tak reti nak jawab!!

Saya Imran!

Imran Kenapa pelik sangat dia ni Selalunya dia call je aku. Tak pernah dia rapat dengan bilik aku ni. Anis berfikir sejenak.

Err..awak nak apa

Tak nak makan ke

Makan Err..boleh jugak tapi awak tunggu kat luar. Saya keluar sekarang. Anis capai beg tangan dan betulkan tudungnya.

Perlahan tombol pintu dibuka. Sebaik pintu terbuka, Fuad dah terpacak di situ. Tersengih.

Encik Fuad Encik buat apa kat sini Mana Imran Anis jenguk kiri dan kanan. Tiada kelibat Imran di situ.

Oh..maaf. Tadi dia memang ada tapi dia ke bilik dia semula. Shall we Fuad mula mengajak Anis.

Err..maaf. Saya dah janji dengan Imran. Anis mula serba salah. Serba tak kena bila berdua dengan Fuad.

Kalau macam tu, kita ke bilik Imran. Dia tunggu kat situ. Fuad ajak Anis ke bilik sebelah.

Apa Bilik dia Err..tak..tak apa..saya tunggu di luar je. Anis menggelabah. Wajahnya sudah pucat.

Alah..bukan ada sesiapa pun..marilah. Fuad mula mengetuk bilik Imran di sebelah. Tiada jawapan. Fuad pulas pula tombol pintu yang sedikit terbuka. Tak berkunci rupanya.

Terbuntang Anis melihat apa yang terbentang di depannya sebaik pintu terbuka. Sesuatu yang mendesup merenggut tangkai jantungnya. Ya Allah! Apa yang aku lihat ni Pantas dia menutup mata. Rapat. Dia segera berlari masuk ke biliknya semula.

Anis! Anis! Buka pintu ni! Kata nak makan tadi! Fuad mengetuk pintu Anis bertalu-talu.

Anis hanya mampu menangis. Tidak sanggup mengingati semula apa yang dilihat tadi. Semua baju dikemas masuk ke dalam beg pakaiannya. Fikirannya mula berserabut. Tak nak percaya apa yang dilihatnya tadi.

Ya Allahujian Mu sungguh berat bagiku. Tabahkan hatiku dalam menghadapi ujian Mu. Anis mengesat air mata.

Perlahan dia melangkah ke arah meja. Komputer riba dibuka. Laman facebook dibuka buat ke sekian kalinya.

Jay..kenapa kau tak online.. Anis melangut di meja.

Usai solat isyak, Anis mula baring. Jiwanya sudah patah. Tidak tahu apa yang patut dia lakukan saat ini. Minta putus tunang Tak mungkin. Hati mak dan Puan Zaharah perlu dijaga.