ARISSA sudah buntu. Puas dia mencari seluruh bilik. Habis semua barang dalam bilik itu digeledah. Semua foto dalam albumnya dikeluarkan satu persatu. Semalam balik dari menghantar Nelissa di KLIA yang bertolak ke Jerman, untuk urusan perniagaan selama dua minggu, dia sempat bergambar dengan Nelissa sebelum membeli buku motivasi di sebuah kedai buku di situ. Foto segera dari kamera itu turut diletakkan dalam album. Baharu sedar yang foto familinya sudah hilang.
Mana pulak aku letak Arissa garu kepala. Foto keluarganya sudah hilang. Itulah satu-satunya foto yang dia ada. Sudahlah foto ibu juga sudah hilang.
Aduh! Macam mana pulak boleh hilang ni Arissa sudah bingung. Dia cuba mengingati semula di mana dia letak foto itu.
Takkan hilang macam tu je Foto ibu tu mungkin tercicir kat Korea ke apa ke tapi foto famili
aku ni memang sentiasa ada dalam album aku ni.. Arissa henyak tubuh atas katil. Sudah penat mencari.
Matanya menala pada jam di atas meja. Hampir tengahari. Semalam dia sudah berjanji dengan Ustazah Waddah untuk berjumpa di Tasik Titiwangsa pukul dua petang nanti. Sejak bertemu Ustazah Waddah hari itu, Arissa sentiasa mengharapkan pertemuan seterusnya. Nyata Ustazah Waddah sudi mendengar masalahnya. Malah sejak itu, hubungannya dengan Ustazah Waddah sudah seperti sebuah keluarga, adik dan kakak.
Ah, lantaklah! Aku dah lambat ni! Arissa bergegas ke tempat letak kereta. Hari itu dia ambil cuti. Baju kurung berona kuning yang tersarung di tubuhnya diperhatikan seketika. Dia capai beg tangan dan sebuah nota kecil untuknya mencatat apa yang Ustazah Waddah ajar nanti.
Kereta MyVi Arissa dipecut laju menuju ke Tasik Titiwangsa.
PANJANG leher Arissa mencari kelibat Ustazah Waddah. Dia menapak ke sebuah pondok di tepi tasik. Sementara menunggu Ustazah Waddah tiba, Arissa sempat membaca semula nota yang dicatat di situ. Sejak bertemu semula dengan Ustazah Waddah, dia seboleh mungkin ingin belajar sebanyak mungkin dari wanita yang dikaguminya itu sejak di kampus lagi.
Assalamualaikum..
Arissa mendongak. Tersenyum. Ustazah Waddah sudah tersenyum di depannya.
Waalaikumussalam.. ustazah seorang je ke Ustaz dan anak mana Arissa senyum. Selalunya Ustazah Waddah akan bawa sekali suaminya, Ustaz Hakimi beriadhah di tasik.
Oh..ustaz ada hal. Kawan lamanya nak jumpa. Ustazah Waddah melabuhkan punggung sebelah Arissa.
Haikal Arissa bertanya pula anak lelaki Ustazah Waddah.
Mak akak yang jaga sekejap. Nak bawa sekali nanti, susah pula kita nak bincang. Ustazah Waddah senyum.
Hmm...tak best la kak. Arissa nak sangat main dengan Haikal. Comel! Arissa menopang dagu. Haikal, anak lelaki Ustazah Waddah yang baru berumur dua tahun sudah mula rapat dengannya.
Kalau macam tu, apa kata Arissa nikah dan dapat anak cepat Usik Ustazah Waddah.
Arissa terdiam. Terus terbayang wajah Daniel dan Tuah.
Err...saya mana ada boyfriend kak. Siapalah yang nak kat saya ni... Arissa senyum hambar.
Saat ini terbayang wajah Tuah, wajah lelaki yang ingin dicintainya tetapi terpaksa dilupakan. Daniel, ya syarat Daniel masih diingatinya. Pejam celik sudah hampir sebulan berlalu. Tinggal dua bulan sahaja lagi. Memang dia tidak berusaha mencari wang untuk membayar gantirugi kereta Daniel yang rosak kerana dia tahu walau kerja seumur hidup sekali pun dia tidak akan mampu membayar semua itu. Kerja sebagai ahli mikrobiologi berapa sangatlah gaji yang dia dapat. Syarat Daniel inginkannya membayar penuh. Bukan secara ansuran! Itupun nasib baik rumahnya tak perlu dibayar sewa. Kalau Tan Sri Johari ambil semula rumah tu, dia kenalah pindah dan terpaksa pula menyewa. Lainlah kalau dia anak orang kaya macam Nelissa. Beli beg tangan pun macam beli ikan kat pasar. Pakai ambil je!
Takkan orang cantik macam Arissa ni tak ada yang berkenan Usik Ustazah Waddah lagi.
Tak ada la kak... Arissa tunduk.
Hmm..jom kita belajar.Ustazah Waddah faham bila melihat Arissa sudah tunduk begitu.
Petang itu mereka sama-sama belajar. Banyak ilmu yang dikutip Arissa. Dari bab tauhid sampailah ke bab fiqah.
Hmm...jadi perempuan ni lebih banyak terdedah kepada dosa Arissa pandang Ustazah Waddah. Wajah tenang Ustazah Waddah sungguh mendamaikan.
Ya, dua pertiga dari isi neraka adalah perempuan. Sebab itulah Allah menyuruh orang perempuan menjaga aurat dan tingkah laku.
Jelas dalam al Quran ada suruhan itu. Firman Allah s.w.t dalam surah Al Ahzab, ayat 59 : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Begitu juga dalam surah An-Nur ayat 31. Firman Allah.s.w.t yang bermaksud, Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Banyak dalil sebenarnya. Sabda Rasulullah s.a.w., hadis riwayat dari Bazaar dan At-Tarmizi juga ada mengatakan Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.
Arissa tunduk malu. Sehingga saat ini dia masih tidak menutup aurat sepenuhnya. Ya Allah...
Arissa...Arissa.. Ustazah Waddah menyentuh lembut bahu Arissa yang sudah mula bergenang air mata.
Kak...saya jahat kan Arissa mengesat air mata yang sudah mula menitis.
Siapa kata Kita semua adalah hamba Allah yang baik. Yang berbeza, kita sendiri yang menentukan siapa kita sebenarnya. Sebab itu Allah bagi kita akal untuk berfikir. Kita disuruh menggunakan akal untuk memilih mana yang baik dan mana yang buruk. Yang baik pula perlu diamalkan dengan ikhlas. Bila sudah beramal dengan ikhlas, kita perlu istiqamah supaya tidak kembali pada sikap kita sebelum ini. Akal itu seperti mata, ilmu itu seperti cahaya, amal itu seperti pintu, ikhlas itu seperti kunci pintu dan istiqamah itu pergerakan yang bawa kita untuk melepasi pintu kepada redha Allah swt. Semua itu berkait rapat kerana akal tanpa ilmu, kita mudah tersesat. Ada ilmu tapi tidak diamalkan, kita tersalah pintu. Amal pula bila tidak ikhlas, kita seolah kehilangan kunci pintu itu dan akhirnya, amal yang tiada istiqamah, pintu yang telah terbuka itu akan perlahan tertutup kembali. Biar segala amalan kita buat dengan istiqamah. Biar sekecil mana pun amalan itu. Ustazah Waddah masih menyentuh bahu Arissa yang tersedu-sedu menahan tangis.
Allah turunkan kitab suci al Quran sebagai manual untuk kita mengikut prosedur berdasarkan SOP di dalamnya. Arissa tentu lebih faham apa itu SOP kan Itulah Standard Operating Procedure. Standard yang digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan sesuatu prosedur. Kita ikut sungguh-sungguh supaya kita dapat pengiktirafan ISO, supaya kita mudah mendapat akreditasi dan lulus kehendak ISO. Kalau itu kita ikut bersungguh-sungguh dan beria buat, kenapa kitab suci Allah yang maha agung itu kita buat sambil lewa saja
Arissa mendongak. Titisan jernih masih menitis laju di pipi. Tak sangka Ustazah Waddah begitu banyak pengetahuan.
Kak..saya berdosa kak tapi saya masih tidak ada kekuatan untuk berubah seperti akak. Sekali lagi Arissa peluk Ustazah Waddah.
Arissa...berdoalah. Cuba dulu..insyaAllah..kita akan ada kekuatan untuk berubah. Kata Allah lebih utama dari kata manusia. Ustazah Waddah tenangkan Arissa yang semakin menangis di bahunya.
Ingatlah Allah maha melihat. Apa yang kita lakukan semuanya Allah tahu. Aurat tu bukan hanya semasa solat sahaja. Lepas solat kita buka aurat. Jadi tak ada makna kita solat sekiranya kita masih mengingkari suruhan Allah yang lain. Lembut tutur Ustazah Waddah. Biarlah berdakwah perlahan-lahan.
Kak...terima kasih. Saya banyak terhutang budi pada akak. Saya bersyukur sangat dapat berjumpa dan kenal akak. Arissa peluk Ustazah Waddah.
Dah catat semua tu Ustazah Waddah jeling nota Arissa.
Dah kak.. Arissa sengih.
Oh ya! Hujung minggu depan, akak ada buat majlis kesyukuran sikit. Akak nak jemput Arissa. Ustazah Waddah senyum. Arissa dipandang lembut. Ada riak kekesalan di wajah gadis manis itu.
Majlis kesyukuran apa kak
Ustazah Waddah senyum meleret. Alhamdulillah...Haikal bakal ada adik tak lama lagi.
Arissa mendongak. Ya kak Alhamdulillah!! Pantas Arissa peluk Ustazah Waddah.
InsyaAllah kak..saya akan datang.
Mereka berdua mula bersurai selepas menjamu selera di sebuah restoran di tepi tasik.
LAMA Arissa memerhati dirinya di cermin. Balik dari berjumpa Ustazah Waddah siang tadi, hatinya bagai ditebuk-tebuk. Terasa diri terlalu banyak dosa. Tambah lagi dirinya yang sudah tidak suci lagi.
Ya Allah...ampunkan aku.. Arissa menangis di depan cermin. Masih terngiang kata-kata Ustazah Waddah siang tadi.
Salah aku kah semua ini terjadi Arissa pandang wajahnya sendiri di dalam cermin. Tubuh dan maruah yang dijaga selama ini dengan senang sahaja dirobek oleh Daniel.
Mungkin sebab aku macam ni....aku senang diperlakukan macam tu.. Arissa menekup muka.
Dia menapak perlahan ke almari pakaian. Sebuah kotak putih ditarik dari celah pakaian yang dilipat di situ. Perlahan dia menapak ke katil. Kotak putih itu dibuka.
Ya Allah...berilah aku kekuatan untuk aku mengikuti SOP Mu .. Sehelai tudung dikucup lama. Air mata menitis laju.
Perlahan Arissa melangkah semula ke arah cermin besar di depan meja solek. Tudung berona kelabu itu masih dalam genggaman tangannya. Sekali lagi dia merenung imej dirinya. Rambut ikal yang melepasi bahu diperhatikan seketika. Terngiang suara Ustazah Waddah dulu, rambut adalah antara perhiasan wanita yang indah. Perhiasan yang sepatutnya hanya untuk seorang lelaki bergelar suami untuk melihatnya. Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustazah Waddah tadi bila surah An-Nur ayat 31 dibaca.
Arissa masih kaku berdiri di depan cermin. Masih melihat dirinya sendiri. Masih terngiang-ngiang kata-kata Ustazah Waddah, Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud: Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: 1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam). 2. Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.
Ya Allah...bantulah hamba Mu ini..bantulah aku... Arissa menangis teresak-esak. Tudung yang masih dalam genggamannya dipeluk dan dikucup lama.
Kata-kata Ustazah Waddah yang dicatat dalam nota begitu banyak memberinya kesedaran.
Arissa masih menangis tersedu-sedu. Basah tudung di dalam genggaman tangannya. Perlahan dia mendongak. Melihat dirinya sekali lagi. Terketar-ketar tangannya menyarung tudung ke kepala. Tudung itu dililit dan dikemaskan. Air mata masih mengalir deras.
Arissa...kau kena kuat. Kau kena tabah. Kau kena tegas dengan hati kau sendiri. Arissa mula bermonolog dengan imejnya di dalam cermin. Lama wajahnya diperhatikan. Benarlah segala yang diperintahkan oleh Allah itu nyata membuatkan hatinya tenang. Ada satu rasa yang belum pernah dirasai selama ini.
Kuatkah aku nanti bila berdepan dengan mereka di luar sana Arissa mula mencari dirinya sendiri.
Ah! Buat apa nak ambil kira kata manusia, kata Allah adalah lebih utama. Arissa masih merenung wajah barunya di cermin.
SELIMUT ditolak ke tepi. Arissa bergegas ke bilik air. Usai mandi, dia segera menunaikan solat subuh. Lama berteleku di sejadah.
Berdoa dan terus berdoa.
Telekung dilipat dan diletakkan di atas rak di tepi almari pakaian. Laju tangannya mencapai baju kurung berona biru tua. Baju itu disarungkan ke tubuh. Kotak yang mengandungi tudung shawl diperhatikan seketika. Matanya tertancap pada tudung yang dihadiahkan oleh Tuah. Jiwanya tiba-tiba sebak. Namun tidak sedikitpun dia marahkan Tuah atas apa yang telah terjadi. Tuah berhak mendapat isteri yang lebih baik darinya yang sudah tiada apa-apa lagi yang harus dibanggakan. Tudung itu disimpan semula. Biarlah ia menjadi kenangan manis buatnya. Dia capai pula tudung lain.
Hmm...kuatkah akuArissa masih teragak-agak. Dia menapak ke depan cermin. Matanya sudah bengkak. Malam tadi banyak sangat menangis.
Shawl warna putih dengan corak bunga daisi biru dicapai dari lipatan tudung dalam kotak. Lama dia memerhati dirinya sendiri.
Arissa..kau dah janji..kau kena kuat semangat! Arissa pejam mata rapat. Cuba mencari semangat yang mula hilang. Malam tadi bukan main lagi semangatnya berapi ingin berubah. Menangis sampai bengkak mata. Kenapa bangun pagi ini dia mula rasa lain Ah! Setan semua tu!
Shawl putih dililit menutupi rambutnya yang sudah siap dipakaikan dengan anak tudung. Tudung itu dikemaskan rapi. Bahagian hadapan tudung pula dilabuhkan sehingga menutupi sebahagian dadanya.
Arissa..ini adalah diri kau sekarang ini. Imej kau! Arissa senyum. Dia segera capai beg tangan dan kunci kereta dari atas meja solek.
Kereta dipecut menuju ke Serdang.
SYED FAIZAL senyum sebaik melihat Arissa melangkah masuk ke dalam makmal. Gadis itu dilihat berlainan sekali hari ini. Lama Arissa ditenung.
Err..awak tengok apa Pelik sangat keArissa mula tidak selesa bila dipandang sebegitu rupa.
Manis.. Sepatah Syed Faizal menjawab.
Arissa tunduk. Dia segera ke bilik mikrobiologi. Tadi masa menapak masuk ke makmal, dia perasan banyak mata memerhati. Macam ada sesuatu yang pelik berlaku di makmal.
Kak! Tahniah! Suzana senyum lebar. Dia segera peluk Arissa yang kelihatan manis dengan shawl di kepala yang dililit ikut trend sekarang tapi masih ikut syariat.
Terima kasih.. Arissa tunduk malu.
Wati dan Shahrul turut mengucapkan tahniah kepada Arissa.
Arissa hanya senyum kelat. Terharu dengan sambutan rakan sekerja. Tak sangka dia diterima dengan hati terbuka oleh teman sekerja. Masa dalam perjalanan tadi, macam-macam yang dia fikir.
Alhamdulillah kak. Shahrul suka sangat akak berubah macam ni. Rambut tu hanya untuk tatapan suami saja. Mungkin ada
hikmahnya pernikahan akak dulu tidak jadi. Shahrul pandang Arissa yang mula tunduk.
Arissa diam. Terasa malu pada rakan semakmal tentang apa yang telah terjadi semasa di hati pernikahannya dulu.
Terima kasih semua. Doakan akak istiqamah.. Arissa menutur lembut. Rupanya mereka juga mengharapkannya berubah.
Arissa mula membelek fail dan prosedur. Banyak kerja yang perlu dibereskan. Cutinya juga sudah lama habis. Sama juga cuti sakit. Ini semua gara-gara kejadian hitam itu dulu.
Hari itu masanya dirasakan terlalu singkat. Kerja yang banyak membuatkannya tidak sedar waktu sudah hampir enam petang.
Arissa mula berkemas. Dia sudah berkira-kira untuk ke pusat beli belah di Puchong membeli buah tangan untuk Ustazah Waddah dan keluarga bila berkunjung ke rumah Ustazah Waddah hujung minggu depan.
DI KEDAI buku, Arissa masih meneliti buku terbaharu di situ. Dia masih berfikir hadiah apa yang hendak diberi kepada Ustazah Waddah nanti.
Hmm..buku motivasi ni okey jugak. Tak pun aku beli jugak bunga kat kedai bunga tu sekejap lagi. Arissa senyum. Dia belek buku motivasi di rak buku.
Sejak mengenali Ustazah Waddah, dia sudah tahu kegemaran ustazah yang suka membaca buku-buku motivasi terutama dari penulis yang popular dan juga dari ustaz-ustaz ternama. Satu buku dipilih karya Azizi Abdullah. Selesai membayar, Arissa menapak pula ke kedai bunga.
Hmm...banyak pilihan bunga kat sini. Arissa senyum sebaik menapak masuk ke dalam kedai bunga.
Dia mula meninjau bunga apa yang perlu dihadiahkan kepada Ustazah Waddah. Arissa perhati sekitar. Banyak bunga ros berbagai warna dijual di situ.
Excuse me! Miss, give me a bouquet of red rose please!
Arissa masih melihat-lihat bunga-bunga di kedai itu. Suara orang yang ingin membeli bunga di kedai itu tadi tidak dihiraukan. Dia bukan penjual bunga.
Excuse me!! Miss! Miss!
Laung suara tadi, agak kuat.
Siapa pulak yang memekik ni Tak ada orang yang jaga ke Pembantu kedai tak ada ke Arissa mencari kelibat penjual bunga dan juga lelaki yang memekik tadi.
Hah Arissa menelan liur. Terus dia sorokkan dirinya di celah-celah bunga. Nasib baik dia berada dekat dengan bunga matahari yang besar-besar.
Err..miss! Excuse me!
Arissa semakin tunduk. Suara lelaki itu jelas semakin dekat menapak ke arahnya.
Aduh! Mana pulak penjual bunga ni Pembantu pun tak ada ke Arissa menggumam. Dia tarik kelopak bunga matahari menutupi wajahnya.
Err..miss. I need a red rose bouquet.
Arissa masih diam. Jelas dia melihat lelaki tadi sudah berdiri di depannya. Seluar jeans dan kemeja T lengan pendek warna hitam.
Hello! Lelaki itu cuba intai wajah Arissa.
Arissa dapat rasa lelaki itu mula menundukkan wajahnya. Arissa tarik lagi kelopak bunga.
Erk! Arissa Is that you
Arissa mendongak. Dia tersengih di situ. Terus bingkas bangun. Daniel dilihat masih berdiri di depannya.
Sorry! Im not Arissa! Langkah Arissa sudah kelam kabut. Dia capai pula daun keladi besar di tepi bunga matahari tadi. Cuba menutup mukanya sekali lagi.
Arissa! I know,its you!
Arissa makin cepat melangkah.
Err..cik, daun tu cik nak beli ke
Arissa menoleh. Seorang pembantu kedai muncul.
Err..aa.... Arissa sudah menggelabah.
Daniel senyum. Padan muka! Nak lari dari aku sangat!
Miss, give me two red rose bouquets. Daniel menghampiri gadis penjual bunga. Arissa dilihat masih berdiri di situ. Terpegun seketika.
You look so sweet. Daniel memuji.
Arissa masih diam membatu. Sweetlah sangat! Ada makna semua tu! Bukan aku tak tahu siapa kau Daniel!
Encik, ni bunga encik.. Penjual bunga tadi hulur dua jambak bunga ros merah kepada Daniel.
Thanks! Daniel mula bayar. Dia berpaling ke arah Arissa.
Here, take this. Daniel senyum sinis.
No thanks! Arissa menapak keluar dari kedai bunga.
Daniel segera mengejar Arissa.
Arissa, wait!
Kau nak apa lagi Arissa jeling Daniel.
You have two months more. Afterthat, you have to marry me. Daniel tenung wajah Arissa yang sudah berlainan. Tudung yang menutupi rambut ikal Arissa nyata sepadan dengan bentuk wajah Arissa. Makin manis. Makin menarik.
Arissa mengetap bibir.
Aku tahu! Aku tak akan lupa tapi aku juga ada syarat! Arissa merenung tajam Daniel yang sudah senyum.
Apa dia
Kau kena peluk agama Islam dulu dan.. Kata-kata Arissa terhenti di situ.
Dan apa Daniel sudah tidak sabar. Syarat pertama itu memang sudah lama dia ingin realisasikan walaupun tanpa Arissa sekalipun.
Aku akan jadi isteri kau tapi kau tak boleh sentuh aku selagi aku ada rasa benci dalam hati aku. Take it or leave it! Arissa terus beredar dari situ. Laju langkahnya meninggalkan Daniel yang sudah tergamam di situ.
Daniel hanya memerhati Arissa pergi dari situ. Syarat Arissa tadi nyata mencabar kelelakiannya.