KHAIRUL kembali semula ke pejabatnya setelah tiga bulan menyepikan diri. Semua kakitangan seakan terkejut dengan penampilan baru bos mereka. Khairul tetap seperti dulu cuma bezanya sekarang, songkok bertenggek di kepalanya. Wajahnya juga seakan lebih manis dan tenang. Semakin ramai yang tertanya-tanya ke manakah ketua mereka pergi selama ini. Namun Khairul langsung tidak mengendahkan desas-desus yang didengarinya. Padanya, perubahan itu perlu jika ia ke arah kebaikan.
Khairul menekan interkom.
Sarah, sila maklumkan kepada setiap ketua jabatan yang saya akan mengadakan satu mesyuarat pada pukul 10.30 nanti. Pastikan semua hadir. Kemudian, maklumkan pada semua staf, kita ada perjumpaan kecil selepas habis waktu kerja. Saya beri pelepasan kerja awal hari ini, arah Khairul pada setiausahanya.
Baiklah, Encik Khairul. Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu
Setakat ini tak ada. Itu saja.
Khairul meneliti setiap fail yang ada di atas mejanya. Fail itu amat penting. Dia tidak mahu tertinggal sebarang perkara pun yang terkandung di dalam fail itu. Fail itu baru diperolehi - nya semalam melalui peguam yang menguruskan harta keluarganya.
Masuk, Khairul memberi arahan apabila mendengar ketukan pada pintu.
Encik Khairul, mesyuarat akan bermula lagi 10 minit. Semua ketua jabatan telah ada di bilik mesyuarat, ujar Sarah. Itu adalah tugasnya bagi memastikan jadual Khairul menepati masa.
Baiklah, awak boleh pergi. Khairul men gemaskan pakaiannya. Songkok di kepala diperbe tulkan. Fail yang telah dibacanya disimpan kembali ke dalam laci. Assalamualaikum.
Waalaikumsalam.
Semua ketua jabatan saling berpandangan. Khabar angin yang menyatakan pengarah syarikat ini telah berubah tidak mampu mereka sangkal.
Khairul duduk setelah ucapan salamnya dibalas.
Terima kasih kerana hadir dan saya minta maaf kerana mengadakan mensyuarat secara me nge jut. Saya terpaksa memanggil anda semua kerana ada beberapa perkara penting yang akan kita bincangkan.
Suasana sunyi, hanya kedengaran bunyi penyaman udara memecah suasana.
Pertama, ada beberapa orang antara anda tidak akan bekerja di sini lagi. Khairul menghentikan ucapannya apabila mendengar ada ketua jabatan yang saling berbisik.
Anda jangan terkejut. Bukan maksud saya mahu memecat saudara tetapi saya akan menghantar tiga orang ketua jabatan untuk menjadi pengarah bagi menerajui syarikat saya di Jepun, Hong Kong dan Indonesia.
Maksudnya, jadi pengarah syarikat Amir, sahabat Khairul mencelah.
Ya, untuk makluman saya mempunyai tiga buah syarikat lain di tiga negara. Itu adalah syarikat milik warisan keluarga saya. Saya akan menghantar orang yang boleh bekerja dan boleh dipercayai untuk membantu saya menguruskan syarikat tersebut.
Siapa orangnya, Encik Khairul soal Hamid, Ketua Jabatan Sumber Manusia.
Ada sesiapa yang sukarela mahu ke sana Khairul sengaja menyoal pekerjanya.
Serentak mereka mengangkat tangan. Khairul menahan tawa. Geli hatinya melihat sikap mereka. Namun rasa kagum juga memikirkan kesungguhan mereka mahu bekerja jauh dari keluarga.
Encik Khairul, mengapa tidak Encik Khairul saja yang menjadi pengarah syarikat di sana
Saya tak boleh. Mungkin saya hanya akan melawat jika ada urusan di sana. Saya tak mahu anak saya membesar di negara orang. Jangan risau, saya akan memantau daripada jauh. Saya akan keluarkan nama mereka yang akan menjadi pengarah syarikat di luar negara pada minggu depan. Saya harap semua dapat beri kerjasama yang baik pada saya. Sama-samalah kita memacu misi syarikat kita agar benar-benar dapat menyaingi pasaran negara.
Mesyuarat dengan ketua jabatan berakhir dengan lancar. Khairul meminta Sarah mengingatkan staf lain akan taklimat selepas habis kerja nanti.
Encik Khairul, Ketua Jabatan di Bahagian Pema saran ingin berjumpa dengan encik.
Siapa Zamri
Bukan. Zamri telah berhenti sebulan yang lalu. Masa tu Encik Khairul tiada. Dia berpindah ke Kedah. Jadi, jawatannya sekarang telah digantikan dengan Cik Karmila, ketua jabatan yang baru.
Baiklah, suruh dia jumpa saya.
Khairul membuka laptop peribadinya. Jarang sekali dia menggunakan komputer yang tersedia di pejabat. Dia lebih selamat menggunakan laptop peribadi kerana takut segala dokumen yang disimpan di komputer pejabat akan dicerobohi.
Hello.... Tiba-tiba satu suara menerpa. Kedengaran halus dan manja.
Khairul berpaling mencari pemilik suara tersebut. Seorang wanita muda dan berpakaian seksi berjalan menghampirinya dan duduk tanpa menunggu arahan daripada Khairul.
Saya Karmila. Ketua Jabatan Pemasaran yang baru. Apa khabar
Baik. Khairul memerhati wanita di depannya. Mesyuarat tadi awak ada tak soalnya. Dia tidak melihat pula kelibat wanita itu ketika mesyuarat tadi.
Oh, maaf. Saya datang ni pun nak minta maaf pada Encik Khairul. Saya ada hal pagi tadi jadi terlambat datang ke pejabat. Wanita itu menghadiahkan senyuman pada Khairul.
Cik Karmila, awak ni pekerja baru. Tak sela yaknya pekerja yang baru bertugas hadir ke pejabat lewat dari staf yang lain. Lebih-lebih lagi awak itu ketua jabatan. Di syarikat ini, setiap ketua jabatan itu berperanan menjadi role model pada kakitangan lain. Staf akan melihat dan mencontohi apa yang dilakukan oleh ketua mereka. Jangan pula di belakang hari kelak mereka mengatakan ketua boleh mengapa mereka tak boleh. Khairul menahan sabar melihat tingkah wanita itu. Dia berusaha mengawal suaranya.
Encik Khairul, saya kan dah minta maaf. Lagi pun ini baru pertama kali saya terlambat masuk, bukan selalu. Baiklah, saya takkan ulang lagi, dengus wanita itu. Kelihatan di wajahnya riak yang kurang menyenangkan.
NURUL menghampiri pintu pagar. Langkahnya terhenti. Berderau darahnya melihat pintu pagar terbuka luas. Dia menoleh kiri kanan memastikan tiada sesiapa yang berdekatan dengannya.
Pantas Nurul menutup kembali pintu pa gar rapat-rapat. Tiba di hadapan pintu, dia kembali terkejut kerana pintu itu tidak berkunci. Bermakna ada seseorang yang telah membuka pintu rumahnya. Nurul kebingungan. Rasa takut menerpa.
Perlahan-lahan dia melangkah memasuki rumah.
Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin.... Itulah kebiasaan Nurul jika tiada sesiapa di rumah. Pesanan ustazahnya masih terngiangngiang di telinga.
Nurul....
Nurul pasti yang dia mendengar namanya diseru.
Nurul... Nurul.... Nurul terus mencari-cari arah suara itu. Ia jelas di pendengarannya. Seakan datang dari arah belakangnya sahaja. Peluh sudah menitik di dahi. Dia cemas.
Kak! sergah Anis.
Anis! marah Nurul. Subhanallah, kenapa terkejutkan akak. Kenapa tak beritahu nak balik rumah. Kalau akak sakit jantung macam mana. Sukalah Anis tengok akak mati cepat, ya Dia sengaja merajuk. Mukanya dipalingkan daripada menghadap Anis.
Maaflah. Anis nak gembirakan akak. Nak buatkan akak terkejut. Akak tak suka Anis balik ke Anis pula yang merajuk.
Ish, mana ada kakak yang tak suka adiknya balik. Akak gembira sangat tau. Dah lama Anis tak balik rumah. Ini cuti sem ke
Cuti tiga minggu. Itu sebab Anis balik. Akak pun tahu duduk asrama nak cuti pun susah. Ada saja program. Kalau cuti dua tiga hari je tak best. Kak, cuti ni bawa Anis jalan-jalan, rayu Anis.
Iyalah, nanti akak bawa jalan-jalan tapi tunggu akak free. Anis sampai sini pukul berapa tadi Penat
Mananya penat. Bukan jauh sangat, kak. Anis naik bas pukul dua tadi, lepas habis kelas terus kemas barang, pecut lari dari kolej. Tak sabar nak balik jumpa akak. Anis memeluk Nurul dengan erat.
Kak, jom makan. Tadi Anis singgah di bandar kejap. Beli makanan. Anis tahu akak balik mesti lambat. Tentu tak sempat nak masak, kan Anis beli apa
Macam-macam. Nasi dengan lauk-pauk.
Kuih pun ada.
Perut akak pun tengah lapar. Jom kita makan. Nurul mengajak Anis ke dapur. Di dapur, semua makanan sudah sedia terhidang. Sambil makan, mereka saling bergurau.
Pelajaran, okey Itulah pertanyaan yang selalunya akan terkeluar dari mulut si kakak apabila berjumpa dengan Anis.
Setakat ni okey, kak. Ni pun baru habis periksa. Keputusan keluar lepas cuti nanti. Rasarasanya Anis boleh jawab dengan baik. Berkat doa daripada akak.
Akak sentiasa mendoakan kejayaan untuk adik akak. Akak akan usahakan yang terbaik untuk Anis, Nurul tersenyum memandang ke arah adiknya itu. Baik, kak.
KAK, telefon! Anis melaung memanggil ka kaknya.
Nurul yang sedang menghiris bawang tergesagesa berlari ke ruang tamu. Anis, jangan kuat sangat suara tu. Nanti dengar jiran-jiran, malu. Awak tu anak dara sayang oi! Nurul mencubit pipi Anis. Anis mengelak sambil ketawa.
Assalamualaikum.
Ya, waalaikumsalam. Khairul... ada apa telefon malam-malam ni
Sebenarnya saya nak ajak awak keluar malam ni. Kalau awak sudi temankan saya. Kebetulan hari ni saya belum makan apa-apa lagi. Oh, saya.... Nurul terkedu.
Mengapa Awak ada kerja, ya Khairul menyoal.
Bukan. Saya tak ada buat apa pun malam ni. Cuma, adik saya ada di rumah. Jadi, tak sedap rasanya saya tinggalkan dia sorang-sorang.
Oh, bawalah dia sekali. Saya pun belum pernah berjumpa dengan dia sejak awak ceritakan perihal dia dulu pada saya. Ajaklah dia sekali. Saya.... Nurul masih teragak-agak.
Tak apa. Saya tak memaksa. Lain kali sajalah. Khairul seakan mengalah.
Khairul, nanti dulu. Beri saya masa, ya. Saya nak bersiap dulu.
Baiklah. Lebih kurang lepas maghrib nanti, saya datang.
Nurul mendapatkan Anis yang sedang enak menonton rancangan kegemarannya.
Dik, akak nak keluar kejap lagi. Nak ikut pelawa Nurul.
Akak pergi dengan siapa
Dengan kawan akak, Khairul namanya.
Oh, lelaki ya Tak apalah. Akak pergi saja berdua dengan dia. Anis tak mahu kacau daun. Dia bakal abang ipar Anis, ke kak
Nurul melemparkan bantal kecil ke arah Anis. Mujur Anis sempat mengelak.
Mana ada. Itu kawan akak saja. Jodoh tu urusan Allah. Kalau tak mahu ikut, sudah. Tapi jangan keluar rumah, dah malam ni.
Nurul bersiap ala kadar sahaja. Pakai lawalawa pun tengah malam bukan orang nampak. Bunyi hon kereta membuatkan Nurul bergegas menyiapkan diri.
Kak, nasi goreng ayam satu, Anis sempat mengusik sewaktu Nurul lalu di hadapannya.
Amboi! Tangan ni gatal pulak. Kata orang tua, nak terima duit. Sengaja Nurul membalas dengan mengusiknya. Anis hanya mentertawakan gurauannya.
Hati-hati kak, jangan balik lewat-lewat sangat, pesan Anis. Mereka sama-sama beriringan keluar. Anis melambaikan tangan pada Khairul yang sedang melihatnya. Khairul lantas membalas lambaian Anis.
Jaga akak baik-baik! Laung Anis. Khairul menganggukkan kepala tanda memahami.
Akak pergi dulu.
Malam itu bukan aku saja yang tampil sederhana malah Khairul juga hanya memakai t-shirt dan seluar jeans lusuh berwarna hitam.
Malam ni saya nak bawa awak ke suatu tempat. Awak mesti suka dengan tempat ni.
Eh, belum pergi lagi awak dah yakin yang saya pasti suka
Saya berani jamin. Tunggu dan lihat saja.
Khairul memandu kereta memasuki satu kawasan perkampungan. Nurul tidak pasti nama kampung itu. Memang ada papan tanda, tetapi disebabkan suasana kelam, dia tidak dapat melihatnya.
Mereka melalui beberapa buah rumah kayu berbentuk tradisional. Nurul terpegun melihat keindahan seni bina rumah-rumah yang terdapat di situ. Macam suasana hari raya. Ada kerlipan cahaya terang memenuhi setiap rumah. Kiri kanan halaman diletakkan pelita.
Kampung ni ada pesta ke Nurul bertanya soalan yang bermain-main di benak.
Taklah. Kampung ni memang suasananya macam ni. Tengoklah, belum raya tapi macam tengah raya. Kalau hari raya, lagilah meriah. Bunyi meriam sana sini. Budak-budak memukul gong, semua boleh dilihat di sini. Tempat lain tak ada.
Kereta yang dipandu Khairul berhenti di hada pan sebuah rumah papan. Bentuk rumah itu amat unik. Ia beratap rumbia namun reka bentuk atapnya cenderung seperti rumah minangkabau. Tangganya juga tinggi. Halamannya penuh dengan bunga-bungaan. Nurul mengikuti saja langk ah Khairul.
Ooi, orang bandar! Satu suara menyambut kedatangan mereka. Terpacul kelibat seorang lelaki tua berdiri di muka tangga.
Pak Long! Khairul menerpa mendapatkan lelaki itu. Mereka saling berpelukan. Nurul hanya menjadi penonton sahaja.
Eh, siapa perempuan ni Ajak dia masuk ke dalam.
Ni Nurul, Pak Long. Kawan saya. Nurul, jom masuk.
Nurul mengikuti langkah Khairul dengan perasaan malu dan segan.
Mana Mak Long Senyap saja.
Ada kat bawah tengah siapkan makanan. Tadi petang lepas kau telefon beritahu nak datang sibuk disuruhnya Pak Long ke pasar. Suruh beli ayam, ikan, sayur. Macam nak sambut menantu pula.
Pak Long duduk bersila di atas tikar mengkuang yang bercorak cantik. Tangannya mencapai cerut yang terletak di atas meja.
Nurul terpana memerhati keadaan di dalam rumah itu. Luar lain, dalam lain. Barang-barang lama tersusun elok di setiap penjuru dinding. Boleh dikatakan perhiasan rumah itu bermotifkan seni Melayu lama.
Pak Long dan Mak Long memang suka menyim pan barang lama. Kebanyakan barangbarang itu sudah pun menjadi simpanan mereka sejak mereka muda lagi. Khairul menerangkan perihal rumah itu kepada Nurul. Mungkin dia melihat wajah Nurul yang bersalut keanehan.
Khairul, saya ke dapur dululah. Nurul meminta kebenaran untuk ke dapur melihat-lihat jika ada kerja yang boleh ditolong. Lagi pun dia berasa malu kerana dapat merasakan Khairul melihat tingkah lakunya yang memandang setiap sudut di rumah itu.
Mak Long, Nurul menyapa seorang wanita tua yang sedang mengelap cawan.
Eh, siapa ni soalnya hairan. Tangannya pantas menyalami gadis itu.
Saya Nurul, kawan Khairul. Mak Long tengah buat apa ni. Boleh tolong
Tak payah susah-susah. Awak tu, kan tetamu. Si Khairul ni pun satu, tak turun ke bawah. Mesti dia bersembang dengan Pak Long kat atas tu.
Nurul turut menyusun pinggan dan cawan di atas meja. Rasa segan pula jika tidak ringankan tangan menolong.
Nurul, pergi panggil Khairul dengan Pak Long makan, seru Mak Long. Nurul berlalu ke beranda depan memanggil mereka berdua.
Di dapur, Nurul duduk berdepan dengan Khairul.
Nanti senang-senang datanglah ke mari, Nurul, pelawa Mak Long.
Nak harapkan Si Khairul ni, setahun sekali saja dia datang menjenguk kami, tambah Pak Long pula. Khairul hanya tersenyum.
Insya-Allah. Ada masa Nurul datang. Sekarang pun tengah banyak kerja. Biasanya nak dekat akhir bulan baru surut sikit.
Yalah, saya cuba usahakan jenguk Pak Long dan Mak Long tiap-tiap bulan ya, celah Khairul.
Mereka balik hampir lewat malam. Lebih kurang pukul 11.00 malam. Nurul sempat menunaikan solat isyak di rumah mereka. Penuh bonet kereta Khairul dengan buah mangga dan duku. Rupanya mereka sudah menyiapkan sebakul buah semasa Khairul menelefon petang tadi.
Macam mana
Hm, macam mana apa
Rumah Pak Long, usik Khairul.
Oh, memang best. Tak sangka pula di tengahtengah bandar Kuala Lumpur ni ada kawasan kampung. Nampaknya rindu pada kampung
halaman dah terubat. Terima kasih ya, Khairul.
Sama-sama. Itulah saya dah kata, awak mesti suka. Mereka tu satu-satunya adik-beradik arwah mak yang tinggal. Entahlah, sejak mak dah bergiat aktif dengan perniagaan, dia dah jarang balik kampung. Kadang-kadang kesian juga pada Mak Long tu. Mereka yang selalu datang rumah. Patutnya adik yang mencari akak, ini akak pula yang mencari adik.
Sudahlah. Tak elok kita ungkit hal yang dah berlalu. Kesian arwah datin, tegur Nurul.
Saya tak pernah menyalahkan takdir. Sebab itu, saya cuba untuk menggantikan tempat arwah mak. Mungkin dengan cara itu saja dapat menolong mak di akhirat kelak. Sebagai anak, doa saya sentiasa saya panjatkan untuk arwah mak dan ayah.
Nurul memandang wajah Khairul. Walau dalam gelap dia masih dapat melihat matanya yang digenangi air jernih.
TANPA segan silu Karmila memasuki bilik Khairul. Dilihatnya Khairul sedang sibuk menaip sesuatu di komputer.
Hah!! Khairul terperanjat. Diurut dadanya.
Dia mendongak melihat orang di depannya.
Karmila berdiri di samping Khairul. Tangannya mengusap-ngusap bahu Khairul.
Kamu buat apa ni! tengking Khairul. Dia ternyata tidak senang dengan perilaku Ketua Jabatan Pemasaran yang baru itu. Karmila melepaskan tangannya.
Tak ada apa. Saja berjalan ke mari mahu melihat Encik Khairul. Boring di bilik.
Kamu tak ada kerja, ke tegur Khairul. Lemas dia dengan sikap wanita itu.
Ada. Kerja boleh diatur. Saya ni kuat dan bijak bekerja. Sekejap saja dah siap. Untung Encik Khairul dapat pekerja macam saya. Tangan Karmila kembali menjalar di bahu Khairul.
Kalau dah siap kerja, saya boleh beri kamu kerja yang baru. Apa kamu buat ni, lepaskan tangan kamu. Tak elok kalau dilihat orang, tegur Khairul. Risau benar dia jika ada pekerja lain yang melihat perbuatan Karmila.
Encik Khairul free tak esok Kan esok, hujung minggu. Temankan saya makan-makan dan shopping, nak tak
Maaflah, Cik Karmila. Saya sibuk. Awakkan tahu sekarang ni saya nak kena uruskan syarikat saya di luar negara. Saya tak ada masa. Awak ajaklah orang lain. Khairul cuba berlembut.
Takkanlah hujung minggu pun nak kerja Encik Khairul. Saya tahu Encik Khairul sekarang kesunyian.
Apa maksud awak, Cik Karmila
Semua staf di pejabat ini tahu yang Encik Khairul ni duda. Dah dekat setahun Encik Khairul tak cari pengganti. Saya bukan apa, lelaki ni tak boleh hidup tanpa perempuan di sisi.
Cik Karmila, saya rasa lebih elok awak balik ke bilik awak sekarang. Hal peribadi saya biar saya yang urus. Saya tahu jaga diri saya dan saya tak minta pekerja saya mengambil berat hal peribadi saya melainkan hal syarikat.
Akhirnya, Khairul terpaksa bertegas juga. Biarlah stafnya itu mengatakan dia sombong. Dia tidak kisah asal maruahnya sebagai seorang ketua pengarah turut dihormati.
Encik Khairul janganlah sombong. Orang yang sombong ni tak kekal lama. Okey tak apa, lain kali kita keluar sama-sama. Saya bukan jenis gelojoh, Encik Khairul.
Khairul hanya mampu menggeleng melihat Karmila berlalu meninggalkan biliknya. Lamalama dia boleh jadi gila.
Astaghfirullah! Dia beristighfar perlahan.
Khairul mengangkat telefon yang berbunyi di sebelahnya.
Assalamualaikum.
Waalaikumsalam, Khairul. Tengah buat apa sekarang
Nurul, mimpi apa awak telefon saya ni Saya tak buat apa-apa, duduk saja. Khairul ternyata gembira mendengar suara Nurul.
Hai, takkan lah bos duduk saja dan staf buat kerja. Macam mana syarikat nak maju. Terdengar suara kecil Nurul mentertawakan Khairul.
Alah, bukan selalu. Sesekali saja. Nurul sihat
Alhamdulillah, saya sihat. Sebenarnya saya telefon Khairul ni sebab ada hajat.
Apa dia Nurul sampai berhajat-hajat pula. Hajat nak meminang saya ke giat Khairul.
Ish, tak adalah sampai ke situ, Khairul. Amboi....
Yalah, manalah tahu di zaman yang serba mencabar ni. Khairul menahan ketawanya.
Khairul ingat tak dulu saya pernah ceritakan tentang adik saya yang pernah duduk di Asrama
Bakti Penyayang
Hah, saya ingat. Kenapa
Begini, asrama tu akan mengadakan hari terbuka untuk orang ramai. Macam-macam program akan diadakan. Sejak Anis duduk di sana hinggalah Anis keluar, saya menjadi AJK tetap di asrama itu. Saya ingin pelawa Khairul turut serta dalam program ni. Agak-agak Khairul ada masa lapang, tak
Oh, mesti ada. Saya boleh pergi. Hm... tak mahu sumbangan apa-apa, ke Kalau nak saya boleh beri
Tentang sumbangan tu sesiapa pun boleh memberi. Nantilah, saya maklumkan pada Khairul bagaimana prosedurnya. Cuma saya mahu kata putus daripada Khairul saja.
Saya akan pergi. Saya bawak Zafirah sekali. Nanti Nurul pergi sekali, kan Kalau awak tak pergi saya tak jadilah pergi.
Eh, saya pergi. Anis, adik saya pun pergi. Okeylah, terima kasih Encik Khairul.
NURUL meletakkan kembali gagang telefon setelah mendapat kata putus daripada Khairul. Dia termenung hampir setengah jam. Mujur kerja yang diberikan telah siap lebih awal. Bila difikirkan tentang kerja, dia seperti mahu mengubah arah. Rasa jemu pula bekerja di pejabat.
Hai, Mak Cik Nurul. Apa yang dimenungkan tegur Fasha.
Nurul hanya menggeleng. Tak adalah. Cuma memikirkan tentang masa depan saja.
Nurul merenung muka Fasha, Aku ingat nak bertukar arah. Dah jemulah kerja di pejabat. Aku cuma fikir bila hari tua nanti. Cuba kau bayangkan, ada ke umur 53 tahun jadi setiausaha
Betul kata kau. Aku pun tak pernah terfikir.
Fasha memeluk tubuh. Dahinya berkerut.
Aku ada rancangan. Aku ingat nak masuk tenderlah. Ambil tender masak kat sekolah-sekolah ke, rumah kebajikan ke, penjara ke. Macam mana pendapat kau
Amboi nak jadi tukang masak. Okey juga, aku tahu kau memang pandai masak. Sejak kau ajar aku masak dulu, macam-macam jenis masakan aku boleh buat. Aku yakin kau boleh berjaya. Nurul, aku nak sama boleh
Tentulah boleh. Aku cerita kat kau ni sebab nak ajak kau samalah. Sekurang-kurangnya ada kawan yang boleh aku percaya. Tapi nantilah dulu, kita bincang projek ni dengan teliti. Takut jadi macam Mat Jenin pula.
Eh, janganlah! Projek ni dah bagus, Fasha menepuk-nepuk tangannya.
Iyalah, tapi ini usahasama tau. Bukan aku sorang yang buat kerja. Nurul mengingatkan Fasha.
Aku tahulah. Aku janji akan tolong kau. Sukanya aku! Fasha kembali ke mejanya sambil menyanyikan lagu dangdut penyanyi kegemarannya, Amelina.
Nurul berkira-kira mahu meminta pandangan daripada Khairul tentang perancangan ini.
Ah, Khairul lagi...!