AKIBAT letih duduk bersimpuh di atas tikar memaksa Afiqa berdiri. Melilau kepalanya mencari-cari kelibat seseorang. Tikar yang dihampar di atas rumput dikerlingnya sekilas. Di atasnya sudah tersedia banyak makanan dan minuman yang dibawanya dengan bakul. Pagi-pagi lagi, dia sudah meninggalkan pesanan untuk lelaki itu. Kini, pabila hari sudah menginjak ke petang hari, batang hidung suaminya itu langsung tidak kelihatan.
Penat dirinya memasak itu dan ini. Namun, orang yang ditunggu-tunggu belum lagi muncul. Makanan sudah tersedia, tikar ada, pemandangan yang cantik, semuanya lengkap. Inilah tasik yang pertama kali menemukan antaranya dengan Airish.
Afiqa kian resah. Resah di hati tidak mampu diluahkan. Tangannya sibuk dibelek memandang ke arah jam tangannya. Sudah menginjak ke arah jam lima petang. Sudah naik lenguh tangannya menaip mesej buat Airish namun satu pun tidak berbalas. Akhirnya dicuba sekali lagi.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi,
sila.
Terus dimatikan talian itu. Tersentap segala jiwa dan raga Afiqa. Punggungnya kembali berlabuh di atas tikar kosong itu. Merenung kosong makanan yang dibawanya. Pelbagai aneka juadah disediakan.
Timbul perasaan sayu di ruangan jiwanya. Begitu susah payah dirinya mengangkut kesemua barang-barang ini ke sini dan jika suaminya tidak datang, bagaimana Rasa sayu yang ingin bertandang di dadanya ditahan. Dia tidak mahu menangis lagi. Dia yakin yang Airish akan datang. Ya! Airish akan datang. Dia pasti tentang itu. Rasa sengal di tubuh-tubuhnya cuba untuk tidak dipedulikan. Apalah sangat dengan memikul bendabenda ini ke sini
Lamunan Afiqa serta merta lenyap tatkala ada setitis air menimpa wajahnya. Pantas, dia mendongak memandang dada langit yang kian gelap. Ya, Allah dah nak hujan. Sungguh dirinya tidak perasan dengan suasana mendung begini. Sangkanya, hanya cuacanya begitu sahaja. Jiwa Afiqa resah. Terus, bagaimana
Perlukah dia menunggu
AIRISH, macam mana movie tadi Dhia memaut manja lengan Airish sambil melangkah keluar dari ruang makan.
Usai menonton wayang bersama, Dhia akhirnya memutuskan untuk makan bersama pula. Pelukan di lengan Airish semakin dieratkan, ingin melepaskan rindu yang sekian lama bertamu dalam dadanya. Tidak mungkin lagi dilepaskan lelaki ini lagi.
Bolehlah..., Airish berdiri malas. Naik lenguh kakinya. Sejak pagi tadi mereka berjalan ke sana sini, tanpa henti. Semua yang dilakukannya untuk memenuhi permintaan Dhia.
Wajahnya dihadapkan ke hadapan sambil topi yang tersarung di atas kepalanya sengaja ditundukkan sedikit. Bimbang identitinya akan terdedah. Pasti akan timbul kekecohan nanti, apatah lagi dia kini sedang bersama Dhia yang secara terang-terangnya gadis itu langsung tiada niat untuk menyembunyikan identitinya. Keduadua tangannya dimasukkan ke dalam kocek. Bosan menunggu gadis itu, Airish pantas mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya.
Baru sahaja telefonnya dibuka. Terpapar 10 missed call dan tujuh mesej yang belum dibaca. Tanpa berlengah dibelek ruangan log itu. Semuanya daripada Afiqa. Kemudian, matanya beralih pula ke arah peti masuk mesejnya. Ternyata ketujuh-tujuh mesej tersebut semuanya daripada Afiqa. Airish mengerutkan dahinya. Ada hal pentingkah
LENGUH akibat menekan loceng tanpa henti, Airish akhirnya membuat keputusan untuk membuka pintu rumahnya sendiri. Kunci pendua yang digantungkan sekali bersama kunci keretanya dikeluarkan dari poket. Airish mengeluh. Sengaja dia berbuat begitu, dengan harapan Afiqa yang datang membukakan pintu buatnya. Tapi hampa. Baru sahaja pintu itu dibuka, suasana gelap gelita menyapa Airish. Kening Airish bertaut menjadi satu.
Kenapa ni Lintar pintas lagikah Segera ingatannya teralih pada Afiqa. Peristiwa di dapur dahulu bermain lagi di mindanya. Suis lampu dicari Airish dengan menggunakan bantuan cahaya telefon bimbitnya.
Setelah suis tersebut ditemuinya, pantas ditekan Airish. Ruang yang gelap gelita sudah berganti dengan cahaya yang terang benderang. Mata Airish mencari kelibat Afiqa. Tiada di ruang tamu. Terus, kakinya melangkah menuju ke arah dapur pula. Suis lampu dicari. Setelah mendapat pencahayaan sepenuhnya, matanya meliar mencari di mana Afiqa berada. Tapi, tiada juga di situ.
Tangannya naik bercekak pinggang. Di mana Afiqa berada Gadis itu keluarkah Kakinya ingin melangkah menuju ke arah bilik Afiqa pula. Tiba-tiba, dadanya disapa debaran kecil. Entah kenapa dan bagaimana debaran itu bisa muncul di dadanya tetapi debaran itu kian memuncak apabila terpandangkan nota di peti ais itu. Nota tersebut ditarik dari terus melekat di peti ais tersebut.
Saya tunggu awak dekat Tasik yang kita jumpa dulu! Saya tunggu! Lepas asar! Jangan lambat tau! p/s: kalau lambat, mati awak saya kerjakan nanti!
Airish merenung lama sekeping kertas itu. Jam tangannya dicari. Hampir membuntang matanya melihat arah jam yang sudah menginjak ke arah jam sembilan malam. Melihatkan keadaan rumahnya yang gelap gelita sewaktu dia balik ke sini membuatkan akalnya terfikirkan sesuatu. Takkanlah, Afiqa belum pulang lagi
Akal Airish merengus. Jarinya menari-nari di atas kabinet dapur itu. Matanya melilau sekeliling. Sebuah bakul yang terletak elok di atas meja makan di dapur menarik perhatian Airish. Airish terus mendekati bakul tersebut. Tanpa banyak bicara, terus bakul itu dibukanya.
Matanya kaku di situ. Banyaknya lauk ni. Bekas yang terkandung di dalam bakul tersebut pantas dibuka Airish. Gulai ikan patin masak tempoyak direnung Airish kosong. Ini makanan kegemarannya.
Sejurus itu, segala isi di dalam bakul itu digeledah Airish lagi. Semakin banyak isi bekas yang dibukanya semakin hatinya kuat rasa bersalahnya. Satu makanan pun belum terluak. Dan matanya terperasankan sesuatu, bakul rotan itu basah.
Akalnya diterjah sesuatu. Setahunya, hujan lebat tadi. Jadi Takkanlah. Airish gusar. Langkah kakinya dibawa menuju ke arah kamar Afiqa. Semakin dilajukan langkah kakinya apabila terasa begitu lambat dia menuju ke arah bilik Afiqa. Pintu itu diselak Airish kasar. Terlihat di matanya, akan tubuh seseorang yang sedang berselubung di dalam selimut yang tebal. Dilajukan langkahnya menuju ke arah Afiqa. Gadis itu menggigil. Kuat tangannya mengenggam erat selimutnya.
Punggungnya dilabuhkan di sisi Afiqa. Mata gadis itu terpejam rapat. Belakang telapak tangan Airish dilabuhkan di atas dahi Afiqa. Hatinya sedikit lega. Suhu gadis itu tidaklah terlalu panas. Mata Afiqa lambat-lambat terbuka apabila terasa ada sesuatu yang menyentuh dahinya. Sesaat matanya terbuka terjengul wajah Airish di situ. Terkebil-kebil matanya memandang Airish di situ. Sangkanya, dia hanya sedang bermimpi gara-gara rindukan lelaki itu.
Tapi, sangkaannya bagaimanapun meleset tiba-tiba apabila dirinya mula menyedari akan sentuhan Airish yang kedua di telapak tangannya. Matanya diangkat memanah pada Airish di sisi. Lelaki itu membalas senyum Afiqa mesra. Kau demam, Fiqa
Afiqa menggeleng.
Habis, suhu kau jadi panas sikit ni kenapa
Afiqa tersenyum hanya dengan pertanyaan Airish itu. Tak ada apa-apalah. Saya pening sikit.
Afiqa tidak mahu memanjangkan cerita. Selepas sampai di rumah tadi, terus diselubungkan dirinya selesai solat isyak dan makan Panadol.
Tunggu! Biar aku ambilkan kau Panadol.
Airish ingin bangun namun dihalang Afiqa. Langkahnya terhenti dan kembali dilabuhkan duduknya di sisi Afiqa.
Saya dah makanlah, ujar Afiqa lembut.
Layu benar suaranya. Manakan tidak Hari ni dia cuma menjamah sarapan. Seleranya mati selepas Airish tidak muncul di tasik itu.
Kau dah makan
Afiqa mengangguk sahaja. Matanya merenung Airish. Lama tatapannya berlabuh di situ.
Kau tunggu aku
Afiqa mengangkat pandangannya. Lama Airish menunggu jawapan sebelum Afiqa mengangguk.
Lama
Afiqa mengangguk sekali lagi. Airish mengeluh perlahan. Belakang telapak tangannya dilabuhkan buat sekian kalinya di atas dahi Afiqa.
Kau demam ni, Fiqa. Biar aku basahkan kain kejap.
Afiqa menahan langkah Airish. Kepalanya digelengkan perlahan.
Tak payahlah.
Airish mengeluh.
Badan kau dah mula panas ni.
Airish....
Apa
Esok kita keluar.
Huh terkejut Airish apabila permintaan itu pula yang diberikan Afiqa. Gadis itu sempat tersengih lebar. Airish menggeleng.
Dasar orang sakit tak sedar diri! Tak boleh!
Afiqa memasamkan wajahnya. Bibirnya memuncung.
Eh, budak ni! Aku gigit hidung kau nanti, baru tahu.
Afiqa menarik gebar tinggi sekaligus untuk menutupi dirinya. Merajuk. Airish hanya melihat drama seposen yang dimainkan Afiqa itu. Nak menarik perhatianlah tu.
Kau nak pergi mana Airish mengalah.
Afiqa yang mendengar pertanyaan yang ditunggutunggu itu bingkas menolak gebarnya. Muka yang masam mencuka bertukar menjadi ceria pula. Lebar benar senyumannya. Baru sahaja mulut Afiqa ingin menyatakan aktiviti itu rahsia tapi dibatalkan niatnya. Bimbang akan berulang lagi peristiwa seperti petang tadi.
Kita pergi jalan-jalan nak Lepas tu, kita pergi dinner ke Hah! Ataupun kita pergi.
Airish menggeleng medengar celoteh Afiqa yang tanpa henti. Dahi aje nampak panas, tapi tuan punya badan lincah bukan main. Ubat apalah yang mak kau telan dulu masa mengandungkan kau, Fiqa Aktif semacam!
Kalau awak bagi kejutan kat saya, macam mana
Seronok jugak, kan
Kejutan apa
Buat candle light dinner ke untuk saya Ada hadiah ke Atau masa makan ada muzik. Macam hari tu. Wow! Bestnya.
Afiqa menayangkan muka selambanya sambil berbicara. Walhal dalam hati tersengih bagai nak rak. Mahu terkoyak habis gusinya ini. Tidak dapat dibayangkan jika Airish benar-benar mengotakan apa yang dikata-katakannya. Ah, indah dunianya terasa!
Ikut suka hati kaulah.
Hati Afiqa bersorak girang.
Tapi, mesti lepas kau sembuh dari demam dulu. Kalau suhu kau panas lagi, tak bolehlah pergi. Afiqa terdiam. Dahinya disentuh. Panas juga.
Macam mana ni...