MY PRETTY BOY - 35
AKU dah cakap dengan kau, memang susah nak tackle Qamra, ujar Reza Rizman ketika mereka berada di dalam Mels Kaf.

Tunku Hussein bermain-main di tepi bibir gelas dengan hujung jari dengan wajah yang cemberut. Niat di hati sekadar mengusik, alih-alih dia yang terasa sakit hati. Baru hari pertama dilayan sedingin itu oleh Qamra Ain.

Tunku Hussein menoleh ke arah dinding yang dipenuhi dengan gambar-gambar polaroid. Pelbagai aksi dan gaya selfie yang ditampal berserta dengan pelbagai mesej yang ditampal pada jubin yang disusun berselerak.

Ni idea Tunku Raff kaf ni pula idea Tunku Rein. Kombinasi idea yang seimbang, bro. Reza Rizman memuji. Ternyata mereka berdua berjaya menjadi kaf ini sebagai kaf pilihan pertama pengunjung di sekitar KL.

Polaroid kau pun ada sekali Gedik sungguh aku tengok gambar kau yang ni, sekilas Reza Rizman menengok gambar polaroid yang ditunjuk oleh Tunku Hussein.

Oh yang tu gambar masa annual dinner dan farewell Tunku Raff. Sepupu kau yang support segala bagai. Kebanyakan gambar yang kau tengok bukan dari staff sini. Ada juga dari klien luar. Biasalah, Mels Kaf aje tempat yang paling strategik kat KL setakat yang aku survey. Staff THSC pun ada gak datang lepak-lepak sekali sekala. Katanya, menu sini lebih gempak dari kaf kat hospital.

Gambar Qamra Tak ada

Masa couple dengan Hardie, dia suka juga selfie welfie. Bila dah breakup faham-faham ajelah.

Memang taklah.

Raff kenal Qamra Reza Rizman menggeleng.

Nope masa Tunku Raff transfer ke THSC, Qamra tak kerja lagi.

Satu hari nanti aku nak lekat gambar aku dengan dia kat sini. Jangan bagi sesiapa ruang ni. Aku dah tempah awal, okey! Pesan Tunku Hussein sambil menunjukkan ke arah jubin kosong berwarna Turquoise. Dia meneguk air mineral dan ditinggalkan setengah gelas. Diletak semula di atas meja dan menumpang dagu dengan sebelah tangan.

We will see, cabar Reza Rizman, mengenyit mata ke arahnya.

Egois sungguh cik kak tu. Pandang aku pun tak nak! Sungut Tunku Hussein. Hari ini dia gagal memancing hati Qamra Ain. Bagaimana pula hari-hari yang berikut jika sikap gadis itu tetap sama

Kau silap, TH. Qamra bukan seperti yang kau kenal tadi. Jika kau kenali Qamra 7 tahun dulu, aku pasti kau confirm jatuh cinta dengan dia sampai kau rasakan hanya dia yang layak duduk dalam taman hati kau. Tapi, itulah seperti yang aku katakan tadi,

Hardie yang tranform Qamra jadi seperti tu. Perbualan mereka terhenti bila bunyi bip telefon SG N5 milik Reza Rizman memberitahu ada mesej menerjah masuk. Dia segera menyeluk poket lalu dikeluarkan telefon selularnya. Jarinya terus menekan ikon WhatsApps dan terpampang penuh mesej di skrin.

Sham_Candy Crush:

En Reza, Qamra balik awal lagi. Mel melambak lagi tak buat.

Reza Rizman:

Kamu sambung kerja dia.

Jangan nak bergossip aje pandai!

Balik nanti, saya tau mel dah siap!

Sham Candy Crush Siapa tu

Paparazi Mels E, kroni jenda. Dia inform yang Qamra, kerja tak siap tapi balik nak awal. Dia memang kaki kuat mengadu. Lagilah kalau dapat bahan nak kenakan Qamra tunggu peluang aje kroni diorang tu.

Kenapa dia sendiri tak send mesej kat kau Kan senang. Boleh aku tumpang sekaki WhatsApps.

Jangan mimpilah, TH. Qamra tak pakai handset. Sebab tu yang susah benar nak contact dia. Kalau apa-apa hal, dia sendiri yang datang cari aku kat workstation.

Selalu ke dia macam tu Maksud aku balik awal, datang lambat

Mana kau tau

Aku tau masa Qamra bertekak dengan siapa penyelia kekwat tu, hah Ramona. Aku terdengar tadi. Berani dia buli staff bawahan. Kau kena buat sesuatu sebelum aku bertindak lebih jauh lagi. Kalau aku, terus singkir keluar aje tapi bila fikir balik dia tu ada tanggungan aku tak sampai hati setakat ni, pesan Tunku Hussein.

Sebelum mereka berdua keluar luncheon sempat dia meneliti fail peribadi penyelia perasan diva itu. Kalau ibu tunggal sekali pun, ingat boleh buli orang sesuka hati

Maksud kau, Kak Mona Jenda diva tu memang dengki tahap gaban dengan Qamra. Ah pedulikanlah dia, taulah aku nak ajar dia nanti. Pasal Qamra, balik awal aku tau sebab dia selalu inform aku dulu, tapi kalau yang pasal datang lambat memang aku tak tau. Kalau dia datang lambat pun, sebab leka melayan pakcik tadi, tu aje. Ala aku kenal sangat si Qamra itu, tepati masa punya orang. Kalau lambat pun, 5-15 minit aje. Lepas tu diganti balik. Kau bayangkan, pernah dia suruh aku potong gaji 10 minit sebab tak cukup jam bekerja. Punyalah jujur gila, panjang lebar Reza Rizman berceloteh. Kalau disuruh bercerita tentang Qamra Ain laju saja sel-sel neuronnya bertindakbalas.

Aku serius nak kenal dia. Kau ada idea tak Aku aku memang dah tangkap cinta gila kat dia ni. Tolong aku please... pinta Tunku Hussein sambil menayangkan raut wajah secomel mungkin di depan Reza Rizman.

Perangai sama macam Hardie! Huh! Kalau cewek buat muka gwiyomi macam ni kat aku tak apalah juga. Ni haish! Bantut terus selera aku, TH! Desis hati Reza Rizman.

Tangkap cinta atau kau simpati dengan Qamra di atas apa yang Hardie buat Cinta dan simpati dua perkara yang berbeza tau, TH. Ujar Reza Rizman.

Serta-merta Tunku Hussein berubah wajah. Dari raut wajah ceria bertukar menjadi hambar.

Entahlah, Reza. Aku tak pasti tentang perasaan aku. Simpati atau aku benar-benar cinta kat dia.

Gilakan aku Tak sampai sehari kenal terus jatuh cinta. Memang betul kata Qamra yang cinta aku ni senang dijual beli. Sebab tu, Elle berani permainkan aku

Calm down, TH. Aku harap kau jadikan kisah kau dan Elle sebagai iktibar buat kau. Kau tak perlu tergesa-gesa nak tackle dia. Aku cadang adalah lebih baik berkawan dan kenal hati budi dulu. Qamra bukan jenis gadis yang mudah jatuh cinta sejak dikhianati Hardie. Kalau kau nak tau, aku pernah tawarkan diri jadi teman pengganti di waktu dia dihantui trauma emosi. Aku ingatkan dia terima, ternyata tak. Walaupun persahabatan aku dengan Qamra makan masa bertahun namun dia tetap setia dengan Hardie waktu tu. Dan sekarang, istilah cinta bagi Qamra hanya satu kisah yang menyakitkan. Lagipun, aku dah anggap Qamra seperti adik aku sendiri, TH. Sakit Qamra, aku juga terasa.

Lepas kau blah aje terus tak nak borak dengan aku. Frust sungguh! Rintih Tunku Hussein.

Sentap sekejap hati bila dilayan segaban itu apatah lagi hanya Qamra Ain saja satu-satu gadis yang menolak untuk berborak dengannya. Jika di CA, berduyun-duyun spice girls yang beratur menawarkan diri menjadi kekasih sekadar meskipun untuk satu hari!

Kau harus bersabar dengan dia, TH. Untuk dapatkan sebutir permata yang berkilauan sehingga ke akhir, kau perlu gilapnya sebaik mungkin dan hindari dari menjadi pudar di kemudian hari. Qamra Ain ibarat kilauan yang aku katakan. Lagi satu, masa Qamra terlalu terhad. Aku kesian tengok keadaan Qamra yang kelam kelibut dek realisasikan cita-cita arwah Babahnya. Kalau kau nak kenal Qamra, kau harus belajar fahami rencah hidupnya. Bukan main terjah macam tu aje. Takkan lari ke mana si Qamra tu.

Percayalah cakap aku.

Kau pun tahu, kan, aku pun macam dia pernah dikhianati cinta. Tapi, entah kenapa bila terpandang pada dia aku rasa hidup semula. Rasa cinta itu hadir sekali lagi untuk aku. Lainlah kau semua cewek jambu kau nak try.

Kau pun dah rasa, kan Thats what happened to Qamra. Dia berdikari menempuh perjalanan hidup. Dia hanya ada aku dan Tunku Rein aje, TH. Dan aku harapkan ada sinar kebahagiaan dalam hidupnya kelak.

Nak bahagia guane, Reza Awal-awal dah kena reject, apa cerita! Tunku Hussein buat muka seposen.

Secangkir kopi yang beransur sejuk tadi dihirup habis. Pandangan sepi dihala ke luar cermin terus ke seberang jalan. Reza, aku pasti bahagiakan dia meskipun bukan dari seorang kekasih.