Dipercayai antara faktor penting kepada gerakan permainan perang adalah bermula dari pengaruh drama aksi bersiri Combat, kartun G.I. Joe, filem Rambo dan juga permainan video, Contra.
Maka, setiap kanak-kanak menjadi gila berperang. Setiap petang, senjata perlu diangkat dan musuh perlu ditembak. Mati tak mati lain cerita. Janji jangan tembak mata sudah.
Antara permainan perang yang popular adalah:
Pistol/senapang kayu
Sejenis permainan yang dimainkan dengan menggunakan pistol/senapang yang dibuat daripada kayu.
Kayu akan dipilih dari jenis yang keras, tahan lasak dan jahat.
Bentuk pistol/senapang akan dilakar ke atas kayu mengikut taste masing-masing.
Kayu akan dipotong mengikut bentuk pistol/senapang yang dilakar. Sekeping papan berukuran kecil akan dipotong bagi dijadikan picu.
Kayu picu akan diikat ke atas pistol/senapang dengan menggunakan gelang getah. Picu dipastikan boleh dilaras terbuka dan tertutup.
Hujung laras pistol/senapang akan dipasang dengan getah lastik lengkap dengan pelapik lastik dan diikat dengan kuat supaya ianya tidak tertanggal apabila ditarik tegang. Getah lastik yang tidak diikat kuat akan makan tuan apabila ditarik sewaktu hendak menembak.
Hanya buah terung kecil atau bemban boleh dijadikan sebagai peluru. Siapa yang menggunakan batu sebagai peluru akan dipulau kawan-kawan.
Getah lastik akan ditarik tegang dan pelapik lastik dikepit pada picu. Buah terung akan diletakkan di atas pelapik lastik. Apabila picu ditarik, getak lastik akan melepaskan buah terung ke hadapan dengan kelajuan membunuh. Jumlah pemain adalah tidak terhad dan permainan boleh dimainkan secara lone ranger ataupun bersaiz batalion.
Pemain yang terkena 1 tembakan dikira mati.
Gelang getah
Sejenis permainan yang dimainkan dengan menggunakan gelang getah dan kertas.
Gelang getah akan diselit di ibu jari dan jari telunjuk.
Kertas akan dikoyak kecil-kecil dan dilipat mengikut ketebalan yang diingini bagi dijadikan peluru. Kertas yang dilipat tebal akan pergi lebih laju berbanding kertas yang dilipat nipis.
Kertas kecil yang sudah dilipat tadi akan diletakkan pada gelang getah yang diselit di antara ibu jari dan jari telunjuk tadi dan ditarik mengikut kadar kelajuan yang diingini dan dilepaskan untuk menembak pihak lawan.
Seperti biasa, jumlah pemain adalah tidak terhad dan permainan boleh dimainkan secara solo ataupun skuad.
Pemain yang terkena 1 tembakan dikira mati.
Pistol air
Sejenis permainan yang dimainkan dengan sepucuk pistol plastik yang mempunyai ruang kosong di dalam rongganya bagi diisi air.
Pistol air boleh didapati hampir di semua kedai runcit dan boleh dibeli dengan harga dari serendah RM1 sehinggalah RM5 mengikut saiz dan reka bentuk.
Air akan diisi penuh ke dalam pistol sebelum permainan dimulakan. Air longkang adalah dilarang sama sekali diisi ke dalam pistol air.
Seperti permainan perang senapang, jumlah pemain adalah tidak terhad dan permainan boleh dimainkan secara individu ataupun berkumpulan.
Kedua-dua penembak akan saling balas membalas tembakan sehingga kebasahan.
Tiada nyawa atau penyingkiran di dalam permainan ini.
Gundu
Sejenis permainan perang antara manusia dengan raksasa. Ianya hanya menggunakan gelang getah.
Gelang getah akan disimpul sebanyak mungkin menjadi satu rantaian gelang getah yang besar dan panjang yang dipanggil Gundu.
Raksasa di dalam peperangan ini adalah cicak rumah. Lokasi perang selalunya merupakan kawasan-kawasan yang menjadi kegemaran cicak-cicak lepak seperti siling rumah atau siling masjid terutama di kawasan sekitar lampu kalimantang.
Getah gelang akan disangkut pada hujung jari telunjuk dan ditarik menegang hujung yang satu lagi dengan sebelah tangan yang lain.
Setelah mengunci sasaran, Gundu akan dilepaskan pada cicak. Cicak yang terkena tembakan akan terjatuh dari siling dan terputus ekor. Pemenang akan dikira berdasarkan jumlah cicak yang berjaya dijatuhkan.
Oleh kerana percaya tentang kekurangan pahala dalam diri, malam Jumaat adalah malam wajib peperangan manusia dengan cicak.
Caplung
Sejenis permainan perang yang menggunakan senjata purba yang diperbuat daripada buluh dan dipanggil Caplung.
Buluh kecil yang berdiameter 2.5 hingga 3 sentimeter akan dipotong sepanjang 20 hingga 30 sentimeter mengikut keselesaan dan ditebuk lohong bahagian tengahnya sehingga ke kedua belah hujung. Bahagian ini akan dijadikan sebagai laras Caplung.
Buluh yang berdiameter dan panjang yang sama dipotong dan bahagian batang buluh sepanjang 15 hingga 25 sentimeter akan diraut sehingga menjadi kecil sama diameter dengan rongga laras Caplung dan baki yang tidak diraut dibiarkan untuk dijadikan penghentak.
Selepas siap meraut, penghentak akan dimasukkan ke dalam laras untuk diuji keselesaan. Kertas basah akan dijadikan sebagai peluru Caplung. Kertas surat khabar lama akan dicarik menjadi kecilan kecil dan direndam di dalam air.
Ketika semboyan dibunyikan, kertas-kertas basah tadi akan digumpal satu demi satu dan dimasukkan ke dalam plastik untuk dijadikan peluru.
Untuk menembak, gumpalan kertas dimasukkan dari rongga bahagian muncung Chaplung dan penghentak akan dimasukkan dari rongga bahagian belakang.
Tekanan angin yang terhasil dari hentakan akan menolak gumpalan kertas tadi keluar.
Bunyi yang terhasil kesan dari tekanan angin termampat akan menghasilkan bunyi Plup bagi menambahkan lagi feel dan kesan khas peperangan.
Seperti biasa, jumlah pemain adalah tidak terhad dan permainan boleh dimainkan secara single player ataupun multiplayer.
Pemain yang terkena 1 tembakan dikira mati.
Pistol Mercun
S e j e n i s p e r m a i n a n b e r b e n t u k sepucuk pistol sebenar dan boleh dibeli pada harga RM3 hingga RM5.
P e l u r u n y a m e n g g u n a k a n yang telah dibentuk seperti cincin kelongsong.
Peluru pistol ini boleh dibeli di kedai-kedai runcit pada harga RM1 untuk 9 set peluru.
Peluru akan dimasukkan pada tempatnya dan pemain hanya perlu menarik trigger dan hammer dibelakang pistol akan menghentak peluru lalu meletup.
Tiada tembakan dilepaskan pistol mercun melainkan hanyalah bunyi letupan yang menyerupai pistol sebenar. Merupakan antara efek perang yang paling real. Terdapat pistol mercun yang mempunyai peluru plastik yang perlu dimasukkan ke dalam laras pistol melalui muncung hadapan dan akan dilepaskan ke hadapan menyerupai peluru hidup apabila peluru meletup.
Kedua-dua penembak akan saling balas berbalas tembakan sehingga kehabisan peluru.
Tiada nyawa atau penyingkiran di dalam permainan ini.