Cantiknya tempat ini. Raja Mawas dan Makhluk Gelap Bersayap kelihatan teruja dengan pemandangan di sekeliling mereka. Kunci zamrud pemberian Anasztasia Bathory membantu mereka untuk merentasi zaman dan masa yang akhirnya membawa mereka ke kawasan itu.
Kamu harus bersabar. Kamu berdua akan jadi manusia tidak lama lagi. Aku suka mendengar bahasa percakapan kau, Raja Mawas, kata Patimae sambil tersenyum senang.
Raja Mawas ketawa besar sambil menghampiri Patimae. Mereka bertiga menghalakan pandangan ke arah kawasan lapang di tengah hutan. Kawasan itu kelihatan tenang dengan bunyi air sungai dan pokok yang berbuah rendang.
Raja Mawas, cuba kamu bercakap.
Nak cakap apa
Raja Mawas memegang bibirnya. Lidahnya dijelirkan dan dipicit-picit lembut. Dia masih berasa kekok dengan perubahan yang dialaminya.
Kenapa Makhluk Gelap Bersayap tidak boleh bercakap seperti kita
Mungkin transformasi dia masih tidak sempurna. Patimae menghampiri Makhluk Gelap Bersayap.
Kamu sudah bersedia untuk menjadi manusia Makhluk Gelap Bersayap mengangguk sambil melihat budak perempuan kecil yang sedang lena dalam dakapannya.
Sebelum itu, aku ada satu cadangan. Kunci itu berjaya membawa kita merentasi zaman dan masa kan Apa kata kita guna kelebihan itu untuk kumpulkan seberapa banyak makhluk untuk menyertai kita Patimae memberi cadangan.
Maksud kau, kita bina satu perkampungan
Ya. Kita bina hidup baru. Tiada pertumpahan darah, perebutan kuasa, khianat dan hasad dengki. Macam mana Makhluk Gelap Bersayap mengibarkan sayapnya tanda setuju. Raja Mawas masih lagi berfikir. Dia melompat dan berpaut di dahan pokok tinggi berdekatan.
Aku setuju. Nanti kita bincang dengan wakil daripada puak manusia di kawasan ini.
Baik. Ada seorang manusia yang tinggal tidak jauh dari sini.
Janganlah gelabah sangat, Patimae.
Gelabah Raja Mawas ketawa besar. Perkataan asing itu keluar dari mulutnya secara tiba-tiba. Ia sendiri tidak pasti dengan maksud perkataan itu.
Aku pun tak tahu apa maksud gelabah tu. Patimae tersenyum mendengar kata-kata Raja Mawas.
Ayuh kita kemas kawasan ini sebelum kamu bertukar menjadi manusia. Kawasan lapang seperti ini sesuai dibina taman perumahan.
Taman perumahan Raja Mawas mengaru kepalanya yang tidak gatal.
Maksud aku perkampungan, balas Patimae setelah menyedari bahawa beberapa perkataan asing turut terkeluar dari mulutnya.
Sedang mereka sedang asyik bersembang, Raja Mawas menyedari keadaan Makhluk Gelap Bersayap yang sedikit gelisah. Siapa manusia yang kau cakapkan tadi Patimae yang sedang memetik beberapa buah yang masak ranum di pokok terdekat berhenti. Dia memejamkan mata dan mengambil masa yang lama sebelum menjawab.
Aku tak pasti. Tapi, dia berada di suatu tempat yang jijik dan penuh dengan bau darah.
*****
Boleh bagi aku cengkerang yang kau simpan tu Makhluk Gelap Bersayap menghulurkan cengkerang pemberian Ratu Duyung kepada Patimae. Sesekali kedengaran suara anak kecil yang sedang leka bermain buaian yang dibuat dari akar-akar kayu dan dilapik dengan kulit pokok. Raja Mawas menghampiri mereka berdua.
Hmm. Nada suara Patimae bertukar. Raja Mawas memegang bahu Patimae.
Ini tidak cukup untuk..
Maksud kau Patimae memandang Raja Mawas dengan pandangan bercampur-baur.
Helaan nafas terakhir Ratu Duyung ni cukup untuk buat satu pertukaran sahaja. Makhluk Gelap Bersayap mengeluarkan satu bunyi tanda tidak puas hati. Matanya memandang tepat ke arah budak perempuan kecil yang masih leka bermain buaian. Ia kemudian memandang Raja Mawas. Mulutnya seolah-olah berkata sesuatu.
Aku tidak akan ambil hak kau sebagai ibu kepada anak kecil itu. Raja Duyung memberi amanatnya kepada kau, bukan aku. Raja Mawas yang sedikit kecewa memalingkan mukanya. Aku setuju dengan Raja Mawas. Kau lebih berhak, kata Patimae. Makhluk Gelap Bersayap berkata sesuatu kepada Patimae.
Aku tahu kamu berdua saling mencintai. Tapi, jangan lupa masa depan anak kecil itu. Sekarang kita berada di zaman yang lain dari dulu. Kau ada tanggungjawab untuk pastikan dia dapat membesar dengan baik. Macam mana kalau.. Patimae tidak meneruskan kata-katanya. Dia mengerutkan dahi sambil memandang sekeliling.
Mak Tima! Budak perempuan itu melambai ke arah Patimae. Patimae melepaskan satu keluhan berat.
Kenapa
Patimae tidak menjawab soalan Raja Mawas.
Sini kamu berdua. Duduk rapat-rapat, arah Patimae. Tapi.. Raja Mawas masih tidak berpuas hati. Patimae membuat satu bulatan menggunakan jari telunjuknya sambil membacakan sesuatu.
Masuk ke dalam bulatan sekarang. Makhluk Gelap Bersayap dan Raja Mawas menuruti perintah perempuan itu.
Dia memecahkan cengkerang siput di tangannya. Asap berwarna kebiruan mula kelihatan dan mengelilingi bulatan. Patimae segera mengambil serpihan kayu tajam untuk menyucuk tapak tangannya. Darah pekat mula mengalir laju. Dia menghampiri Raja Mawas dan meletakkan telapak tangannya ke dada Raja Mawas. Raja Mawas hanya memerhatikan tingkah laku Patimae. Seketika kemudian, tubuhnya dipenuhi kepulan asap.
Apa yang kau buat ni
Aku buat apa yang seorang sahabat sanggup lakukan demi kebahagiaan sahabatnya yang lain.
Lepaskan tangan kau! Patimae cuma tersenyum mendengar sergahan daripada Raja Mawas. Mulutnya terkumatkamit membaca mantera. Tiba-tiba, angin kuat datang menerpa namun dia masih tidak berganjak.
Darah mula keluar dari lubang hidungnya namun tidak dipedulikan. Kepulan asap kebiruan masih lagi mengelilingi Makhluk Gelap Bersayap. Patimae menjerit sekuat hati sebelum dia rebah ke tanah manakala Raja Mawas terpelanting ke belakang hingga terkeluar dari bulatan. Raja Mawas bingkas bangun dan berlari ke arah Patimae yang tidak sedarkan diri. Ia memanggil nama perempuan itu berulang-kali sambil menggoncangkan tubuhnya. Kelopak mata Patimae bergerak-gerak. Senyuman terukir di bibirnya.
Kacak sungguh kau.
Kacak Raja Mawas masih tidak perasan akan perubahan dirinya. Setelah mendengar pujian daripada Patimae, dia melihat tangannya yang halus dan bersih daripada bulu. Otot-otot di lengannya juga sudah tiada. Raja Mawas ligat mencari kelopak air di sekelilingnya. Dia melompat dan menghalakan wajahnya ke arah permukaan air. Dia dapat melihat wajahnya dengan jelas dengan bantuan cahaya bulan mengambang.
Aku dah bertukar menjadi manusia
Ya.
Tapi, bagaimana kau..
Aku kerahkan seluruh tenaga dalamanku untuk mengubah kau. Makhluk Gelap Bersayap perlukan seorang suami sekarang.
Budak perempuan kecil itu perlukan seorang ayah.
Tapi, kau..
Aku masih hidup. Apalah sangat hilang kuasa daripada hilang seorang sahabat.
Macam mana kau nak pertahankan diri kau Patimae tidak menjawab. Matanya di halakan ke arah Makhluk Gelap Bersayap yang masih terselindung di sebalik asap.
Lama sungguh proses transformasi dia.
Dia salah satu makhluk yang terkuat di muka bumi. Sebab itu prosesnya lama sikit.
Aku tak tahu macam mana nak balas budi kau. Patimae mengucup bibir Raja Mawas yang sudah bertukar rupa menjadi manusia. Kucupan itu bersambut. Mereka berpelukan erat dan mula hanyut.
*****
Aku minta maaf.
Jangan. Aku yang mulakan. Patimae cepat-cepat membetulkan pakaiannya yang terlucut. Dia melihat Raja Mawas yang bersembunyi di dalam semak.
Kau sudah bertukar menjadi manusia. Kau perlukan pakaian. Raja Mawas mengangguk.
Mana budak kecil tu
Aku sudah tidurkan dia di dalam buaian. Pandangan mata mereka beralih ke arah asap yang menyelubungi Makhluk Gelap Bersayap. Asap tersebut mulai hilang perlahan-lahan. Sekujur tubuh milik seorang wanita menghampiri mereka. Wajahnya cukup cantik. Rambutnya separas bahu dan berwarna kuning. Sepasang mata berwarna biru memandang Patimae dan Raja Mawas. Raja Mawas menghampiri wanita tersebut.
Kamu terlalu cantik, Makhluk Gelap Bersayap.
Cantik
Kamu sudah boleh bercakap. Patimae datang dan memeluk erat Makhluk Gelap Bersayap yang sudah bertukar rupa.
Mana anak aku
Dia sedang tidur. Keluarga kau dah lengkap sekarang. Patimae memandang ke arah Raja Mawas yang hanya tunduk ke bawah. Dia memegang tangan Makhluk Gelap Bersayap dan menghulurkannya kepada Raja Mawas.
Kamu berdua dah jadi ibu bapa kepada budak perempuan itu walau apa pun yang terjadi. Ayat itu seolah-olah ditujukan kepada Raja Mawas. Raja Mawas mengangguk. Dia bertekad untuk tidak menceritakan kejadian tadi kepada sesiapa termasuk Makhluk Gelap Bersayap.
Mari kita pergi berjumpa dengan wakil manusia sebelum keluar mencari sahabat yang lain.
Sekejap. Aku perlukan sedikit masa untuk bersendirian. Patimae berlalu. Kakinya berjalan ke arah budak perempuan yang sedang nyenyak tidur. Kepala anak kecil itu diusap perlahan. Kelopak matanya bergenang. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum mengelap darah yang mengalir keluar dari hidungnya.