DARI KLCC KE TANJUNG MALIM - 35
Petang Isnin kelmarin memang gampang juga sebenarnya benda yang aku lalui.

Macam ni. Bulan puasa ni, pejabat punya waktu habis awal tak macam selalu-selalu. Pukul 4 petang dah boleh balik rumah. Aku punya bas pula ada jadual pukul 4.30 dari Pudu. Memang ngamlah! Selalunya pukul 4.10 minit aku dah balik. Jalan kaki sampai stesen LRT KLCC. Naik LRT sampai Pasar Seni lebih kurang 8 minit. Campur tolak dalam 4.25 aku dah boleh sampai Perhentian Bas Klang tunggu bas di sana.

Tapi hari Isnin lepas entah benda apa yang aku buat di Facebook sampai sibuk sangat, sedar sedar jam dah pukul 4.20 petang. Aku capai apa yang sempat masuk dalam beg Jansport. Pergi pejabat galas beg Jansport baru la ada taste. Ini tidak. Yang aku peratikan ramai brader pergi ke pejabat galas bag Deuter saiz 25L. Mungkin mereka ini tak dapat nak bezakan antara pergi memanjat pejabat dengan pergi memanjat gunung!

Setelah siap berkemas, aku pun berlari cemas. Aku berlari, berlari, elak ke tepi, elak ke kanan, elak terlanggar makwe, berlari lagi, turun tangga laju-laju, sambung berlari, elak terlanggar stroller budak, berlari lagi dan akhirnya sampailah aku ke pagar Touch N Go di stesen LRT KLCC.

Sambil berbaris aku kawal mengah di dada. Tiba giliran aku berdepan dengan pagar Touch N Go, aku keluarkan kad dan sentuh atas mesin pagar. Sentuh sekali tak berbunyi. Sentuh lagi sekali tak berbunyi jugak. Pagar masih tak terbuka. Orang belakang 2-3 orang dah buat bunyi macam nak kena tendang. Masing-masing terjenguk-jenguk apa benda aku buat depan pagar Touch N Go yang jadi lambat sangat ni.

Aku buat tak peduli. Kad Touch n Go ni baru je aku tambah nilai RM 50 hari Jumaat lepas. Ini tak lain mesti mesin Touch N Go yang punya bangang. Aku mula marah-marah pada mesin dengan kata-kata kesat.

Dalam mengenal pasti masalah yang sedang aku hadapi di samping situasi stress yang tinggi,

kakak belakang tegur aku,

Itu tag masuk pejabat ke kad Touch N Go

Aku jenguk dalam poket baju belah kiri. Kad Touch N Go tersengihsengih usha aku!

Bikin Malu! Bikin Malu! Bikin Malu!