AYAH EDY PUNYA CERITA - 35
Suatu ketika saya pernah ditanya tentang home schooling. Lalu saya jawab, home schooling ertinya melakukan aktiviti pembelajaran di rumah, tetapi home schooling bukan bererti memindahkan kurikulum sekolah ke rumah. Home schooling juga merupakan pendidikan alternatif yang terjangkau oleh semua pihak, memberikan kemerdekaan untuk memilih model dan waktu pembelajaran yang sesuai bagi anak. Kurikulumnya boleh dibuat sesuai keperluan dan tujuan akhir pembelajaran bagi anak. Lalu berita baiknya adalah, home schooling sudah mendapat restu dari pemerintah dan Kak Seto adalah ketua persatuan home schooling di Indonesia.

Sebenarnya home schooling bukanlah perkara baru. Di negara kita, mungkin sahaja baru, tetapi di dunia sudah dikenali lebih dari 20 tahun yang lalu. Home schooling awalnya muncul sekitar tahun 1980-an di Eropah dan Amerika sebagai bentuk gejolak dan kegundahan ibu bapa terhadap kelayakan sekolah-sekolah ketika itu. Dunia pendidikan saat itu dinilai lebih mementingkan nilainilai dan angka-angka semata, daripada mendidik seorang anak secara utuh, iaitu keseimbangan antara unsur intelektual, mental, dan moral/karakter.

Para ibu bapa yang peduli pendidikan kala itu menilai bahawa sekolah yang tidak peduli akan pendidikan moral dan karakter anak, hanya akan menjadi tapak pernyemaian yang subur bagi penyebaran berbagai penyakit moral. Jika tidak salah, sejak tahun 2000 di negara-negara maju, home schooling sudah secara rasmi diakui oleh pemerintah.

Lalu, apakah home schooling efektif dan boleh menghasilkan anakanak berkualiti Berdasarkan bukti-bukti sejarah, para genius dunia seperti Leonardo da Vinci dan Thomas Edison adalah anak-anak yang dulunya dididik dengan kaedah home schooling. Dalam buku Home Schooling yang ditulis oleh Kak Seto, dijelaskan bahawa di Indonesia sendiri, tokoh-tokoh besar seperti Ki Hadjar Dewantara, K.H. Ahmad Dahlan, K.H. Wahid Hasyim, dan Buya Hamka dididik oleh ibu bapanya dengan metode home schooling.

Yang menarik, di daerah Bantul, Yogyakarta, ada seorang pensyarah Pascasarjana Kimia UGM, Pak Djoko namanya, yang malah melakukan pendidikan home schooling terhadap lima orang anaknya, walaupun Pak Djoko sendiri bergelar doktor. Hasilnya ternyata sungguh luar biasa, dalam usia yang begitu muda mereka berhasil menciptakan Bio Chip dan alat pengesan jantung untuk dunia kedoktoran yang dipatenkan di Jerman.

Selain itu, Kak Seto sendiri selaku orang yang sangat senior dan sekaligus pakar dalam bidang pendidikan, juga memilih home schooling bagi anaknya. Para ibu bapa yang berbahagia, sudah pasti tokoh berkaliber seperti Kak Seto tidak akan main-main dengan masa depan anak-anaknya.

Apakah landasan fikiran ilmiah orang melakukan home schooling bagi anak-anaknya Hampir semua penyelidikan tentang otak dan anak selama 30 tahun terakhir menyatakan bahawa sebenarnya anak-anak adalah makhluk pembelajar yang luar biasa. Jadi, yang diperlukan seorang anak dalam belajar adalah kesempatan untuk mengeksplorasi hal-hal yang menjadi minat terbesarnya, dan bukan harus mempelajari semua bidang mata pelajaran yang diwajibkan, tetapi tidak diminatinya.

Ini adalah seperti apa yang pernah dilakukan oleh Nancy Alliot, ibu Thomas Edison. Nancy tidak mengajar apa pun kepada anaknya, melainkan hanya bertanya dan menyokong apa yang ingin diketahui Thomas, iaitu dengan menjadikan garaj rumah sebagai bengkel kerja baginya, serta mengajak Thomas untuk mencari buku-buku yang ingin dipelajarinya, atau mencari orang yang boleh menjawab pertanyaan yang tidak boleh dijawab oleh Nancy sendiri.

Jadi, setiap anak itu sebenarnya boleh menjadi manusia luar biasa asalkan dia punya minat belajar yang kuat dan mahu bekerja keras, itulah yang dikatakan Thomas Edison ketika dia berhasil membuat mentol lampu elektrik.

Semoga huraian singkat ini ini boleh memberikan gambaran mengenai home schooling bagi ibu bapa yang berminat melakukan pendidikan di rumah bagi anak-anaknya.

Anak-anak adalah makhluk pembelajar yang luar biasa.