Mencari Kiblat Cinta - 36
Sebenarnya kakak sengaja ambil Danira bekerja kat sini sebab nak ringankan beban Mira dengan Lynn. Lagipun dia boleh bantu mengemas kat sini. Budak Danira tu rajin orangnya. Tengok sejak dia datang, tempat ni lebih kemas dari dulu. Ujar Kamila.

Tapi Kak Mila ni macam percaya sangat dengan dia. Siap bagi dia duduk kat tingkat atas rumah ni. Dulu masa Lynn mintak, Kak Mila tak kasi pun. Ujar Lynn bagaikan berjauh hati. Sememangnya dia rasa tersinggung bila tahu Danira menetap di bahagian atas rumah dua tingkat itu.

Kamila terdiam. Rupa-rupanya itulah yang dikisahkan anak gadis itu. Kamila mengelengkan kepalanya. Dia tidak sangka pula Lynn akan mengungkit kembali hal itu.

Lynn, dulu bukan kakak tak bagi Lynn duduk kat sini. Tapi kebetulan kakak tahu Mira ni nak cari teman serumah. Sebab tu kakak suruh Lynn tinggal dengan Mira aje. Tapi Danira ni lain. Dia ada masalahnya sendiri, lagipun susah nak dapat rumah sewa kat tempat ni. Kalau rumah Lynn dengan Mira masih kosong, dah tentu kakak suruh Danira duduk kat sana, selamat sikit. Jelas Kamila. Dia tidak mahu gadis itu salah anggap dan mengungkit seolah-olah dia berat sebelah pada pekerja-pekerjanya.

Ha kau dengar tak cakap Kak Mila tu Lynn Ini tak asyik nak merungut aje. Kak Mila ni sebenarnya fikirkan tentang keselamatan kau. Balas Umaira. Sengaja dia mahu mengenakan temannya itu. Lagipun sikap Lynn yang kuat merajuk tak tentu fasal memang merimaskannya.

Mila, Zulbhan ada kat luar. Dia nak jumpa Mila. Kak Siti tiba-tiba menjengah masuk. Kamila tercengang. Zulbhan datang Apahal pulak ni Selalunya adiknya itu rajin menjenguknya setiap hujung minggu sahaja.

Tak apalah Kak Siti, suruh dia masuk dulu. Kejap lagi saya keluar. Suruh Kamila. Siti mengangguk lalu segera menghilangkan diri. Kamila memandang Lynn dan Umaira silih berganti.

Kamu berdua siapkan dulu kerja ni. Kakak nak jumpa Zulbhan sekejap, pinta Kamila sebelum meluru keluar.

Di luar, mata Kamila terpandang kelibat Zulbhan sedang melayan seorang kanak-kanak di situ. Melihat Kamila muncul, Zulbhan segera mendapatkan kakaknya.

Kenapa kamu datang sini Selalunya jarang nak nampak kamu kat sini hari-hari biasa Tegur Kamila. Zulbhan sekadar tersengih.

Kak, Danira mana Saya nak jumpa dia sekejap boleh tak Pinta Zulbhan.

Kamila tercengang. Dahinya segera berkerut menatap wajah adiknya. Nak jumpa Nira Apahalnya

Adalah halnya sikit. Lagipun mana boleh cakap kat sini, orang kat sini ramai sangat. Balas Zulbhan. Kamila tersengih. Ada-ada saja budak ni! Melihat Lynn tiba-tiba muncul di muka pintu, Kamila segera memanggil gadis itu.

Lynn, boleh tolong panggilkan Danira ke mari Katakan pada dia, Zulbhan nak jumpa. Suruh Kamila.

Lynn tercengang. Namun dia tidak berkata apa-apa, lalu terus beredar ke dalam. Tak lama kemudian, Danira muncul.

Ada hal saya nak cakap dengan awak Danira. Fasal adik awak. Ujar Zulbhan.

Danira tersentak. Fasal Naufal Sudah ada beritakah fasal adiknya itu Dia hampir terlupa yang dia pernah meminta Zulbhan membantunya mengesan Naufal beberapa hari yang lalu.

Encik Zulbhan dah jumpa Naufal Soal Danira separuh teruja.

Zulbhan baru ingin membuka mulut, namun sebaik dia terpandang kelibat Lynn yang entah sejak bila turut berada di situ, dia tidak jadi bersuara. Wajah Kamila segera dicari.

Kak, saya nak bawa Danira keluar sekejap boleh tak Pinta Zulbhan.

Kamila tiada pilihan lain selain mengangguk. Meskipun dia tidak tahu menahu punca kenapa Zulbhan mahu bertemu Danira, namun dia tahu ada hal yang penting yang mahu dibincangkan kedua-duanya. Apatah lagi tadi dia mendengar gadis itu menyebut nama seseorang. Siapa Naufal

Sebaik pelayan itu meletakkan dua cawan Capucino Latte yang masih panas berasap di hadapannya, Danira hanya memandang tanpa niat mahu menyentuhnya. Aroma harum kopi yang memikat tidak menarik minatnya untuk dirasai. Ketika ini fikirannya hanya tertumpu pada isi perbualan yang masih belum disebut Zulbhan.

Zulbhan menghirup kopi di cawannya perlahan-lahan. Sejurus kemudian dia memandang ke arah Danira yang kelihatan resah. Dia mengerti apa yang sedang bermain di fikiran Danira.

Encik Zulbhan nak cakap apa dengan saya Tentang adik saya Naufalkah Danira sudah hilang sabar. Perkara tentang Naufal benar-benar mencengkam segenap lubuk perasaannya.

Zulbhan menarik nafas panjang. Entah bagaimana harus dijelaskan pada gadis itu tentang hasil pencariannya sejak beberapa hari yang lalu.

Saya cuba kesan Naufal di sekolah lama dia. Malangnya menurut rekod di sekolah, Naufal dah lama berhenti sekolah. Ujar Zulbhan.

Danira tergaman mendengar kata-kata lelaki itu. Apa maksud Encik Zulbhan Sayasaya tak faham. Mesti ada rekod tentang dia di mana-mana.

bersambung

Bab akan datang:

Apa sebenarnya yang terjadi dengan Naufal Kemanakah dia pergi