Complete Me - 36
Bab 36

IM sorry, miss. We are about to close, now.

Dada Afiqa berjuta menahan gelodak rasa sakit di hati. Hatinya jelas terasa dengan segala perbuatan lelaki itu. Semalaman dia menunggu lelaki itu di restoran hotel. Hampa sekali, lelaki itu tidak memunculkan diri.

Hatinya dipagut rasa pilu. Mengenangkan dirinya yang beria-ria bersolek dan mencari baju yang sesuai dengan kod pemakaian di restoran itu sungguh membuatkan Afiqa berasa teruja. Namun, segala usahanya bagai nasi yang menjadi bubur. Sia-sia!

Sekarang, hanya tinggal dua hari sahaja lagi. Hari pertama, aktiviti berkelah dibatalkan. Hari kedua pula, seharian dia melayani demamnya. Hari ini, Airish tidak munculkan diri di sini. Sungguh Afiqa dipagut sedih.

Hatinya kecewa. Dadanya disentuh.

Sakitnya tidak tertahan. Apa yang diangankan selama lima hari ini sama sekali bertentangan dengan apa yang terjadi secara realitinya. Belumpun satu hari mereka meluangkan masa. Usah meluangkan masa, mahu bertembung muka sahaja sudah susah.

Cadar katil yang berwarna ungu direnung kosong Afiqa. Jelas ada tompokan air matanya di situ. Bawah matanya disentuh dengan jari. Bimbang matanya akan ternampak sembab pula. Kalendar di atas meja kecilnya dicapai. Lama matanya tertancap pada kalendar itu.

Nafasnya dihela seketika. Helaan nafas yang cukup berat. Di kalendar tersebut jelas sudah mempunyai tiga pangkah dengan marker merahnya. Yang tinggal hanyalah dua hari sahaja lagi. Jarinya menyentuh lembut pada tarikh azimat yang sudah ditandakan sejak awal. Sudah tidak lama lagi.

Langkahnya dibawa menuju ke arah beranda. Meninjau jika terlihat kelibat kereta Audi S4 melintasi jalan raya menuju ke dalam perkarangan rumah mereka. Riak wajah Afiqa layu.

Bosan menjadi pengawal di situ, langkahnya disusun menuju ke arah ruang tamu. Jam di dinding dikerling sekilas. Hampir menginjak ke arah jam dua pagi. Namun, bayang lelaki itu pun tidak kelihatan. Kepalanya disandarkan pada sofa. Tangan kanannya sedang erat menggenggam telefon bimbitnya. Sedang menanti jika ada panggilan masuk.

Lama, matanya terpaku di skrin telefon bimbitnya sehinggakan tanpa sedar dia terlelap di atas sofa panjang menantikan Airish.

BUNYI selakan pintu rumah dari luar menyentakkan Afiqa. Dia terjaga dari lena dan hanya memandang kosong ke arah pintu tersebut. Matanya masih menanti kelibat Airish. Hanya pintunya sahaja yang terkuak. Tapi, orangnya masih belum kelihatan. Sekian lama menunggu, akhirnya muncul Airish di muka pintu. Wajah lelaki itu kelihatan penat sekali.

Afiqa menjeling jam di dinding sebelum menikam matanya pada Airish tajam. Sudah hampir sembilan pagi. Sehari semalam lelaki itu tidak pulang. Mata Afiqa yang terasa layu pada mulanya bagaikan menjadi kepingankepingan kaca yang kecil. Melihat Airish pulang pada waktu sebegini semakin membuatkan hatinya sakit. Lelaki itu hanya melangkah masuk tanpa ada sebarang teguran mahupun senyuman.

Hanya selamba melangkah. Sangkanya, lelaki itu akan datang padanya dan mengucapkan setidak-tidaknya meminta maaf atas tindakannya yang tidak datang pada makan malam mereka. Tapi, semuanya hampa.

Kenapa awak buat saya macam ni

Afiqa bersuara tiba-tiba apabila melihat Airish yang seakan-akan tidak mempedulikan dirinya yang wujud di sofa panjang itu. Airish yang mahu beruraura ke biliknya rasa terganggu. Langkahnya dibatalkan seraya kepalanya dipusingkan menghadap Afiqa.

Buat apa soal Airish lurus.

Awak ingat saya ni apa Robot Ataupun orang gaji yang awak boleh layan sesuka hati hambur Afiqa. Meluahkan apa yang terbuku di dada. Rasanya bagaikan sudah tidak tertahan menahan perasaan sebegini.

Aku buat apa soal Airish tidak berpuas hati apabila dirinya dipersalahkan secara berterus-terusan oleh Afiqa.

Kenapa awak buat saya tertunggu-tunggu macam

ni.

Aku tak suruh pun kau tunggu.

Afiqa meraup mukanya dengan sebelah tangan. Hatinya sedang bekecamuk dengan perasaan marah dan cemburu. Sakit di dadanya semakin terasa. Asal niatnya yang ingin bertanya ke mana Airish pergi terus terbatal. Seakan dapat mengangak ke mana dan dengan siapa suaminya itu keluar.

Jangan jumpa lagi Dhia buat masa ni! Awak dah janji dengan saya.

Mendatar suara Afiqa mencecah ke telinga Airish. Airish menjeling Afiqa tajam.

Kau siapa nak arah aku segala Pedulikanlah janji itu semua. Kau ni pun bukannya isteri aku dalam erti kata yang sebenarnya.

Afiqa tersentak dengan kata-kata Airish. Hatinya semakin terluka.

Kenapa semua orang perlu layan saya macam ni Bila nak, ambik... bila tak nak, buang! Saya bukannya sampah...!

Tangisan Afiqa pecah. Sayu hatinya. Tidak dapat diluahkan perasaannya tika ini.

Dah kalau macam tu tak payah tunggu aku lagi! spontan Airish berbicara.

Ya, saya faham sekarang. Memang saya bukan siapa-siapa dalam hidup awak, mata Afiqa terpejam rapat. Air mata mengalir di pipi diseka dengan jarinya.

Dah kalau sedar, baguslah! Airish pantas masuk ke dalam kamar tidurnya.

Afiqa cuma memandang pemergiaan Airish itu. Sakit dalam dadanya tidak tertahan rasanya. Kata-kata itu sungguh tajam. Lebih tajam dari belati. Menusuk dalam ke dasar hatinya. Ya, Allah... kuatkanlah hatiku ini.

CINCIN yang terletak elok di dalam bekas segi empat direnung kosong oleh Rayhan. Dua bentuk cincin yang terukir cantik. Cincin itu dibeli semasa hasratnya memuncak ingin mengeratkan hubungannya dan Afiqa semula. Inilah hadiah pertama yang dibeli sewaktu dia memperolehi ganjaran atas usahanya dulu.

Malangnya, dirinya terlalu bodoh untuk mempercayai kata-kata pengurusnya dulu. Kononnya hubungan mereka akan merosakkan kariernya.

Kalau tidak kerana pengurusnya itu, pasti dia sedang menikmati alam bahagia bersama Afiqa.

Afiqa!

Satu nama yang sungguh bermakna dalam dirinya. Sehingga sekarang, dia masih belum mampu mencari wanita seperti Afiqa. Sungguh dia terlalu rindukan wanita itu.

Melihat cincin tersarung di jari manis wanita itu dulu sungguh memedihkan hulu hatinya. Masih segar diingatannya tatkala membaca kad undangan ke majlis perkahwinan mereka. Rayhan digamit perasaan cemburu yang amat. Tapi, dia sedar. Waktu itu, sudah tiada erti lagi baginya. Melihat Afiqa tersenyum di samping pelukan mesra Airish sangat memilukan hatinya.

Orang kata tak baik kita menyesali masa yang lalu. Tapi, itu jugalah yang dia kesalkan. Dia sayangkan Afiqa. Kerana terluka, dia tergamak melukakan gadis itu pula semasa ulangtahun hari lahirnya. Memang itu bukan niatnya! Melihat Afiqa pergi bersama Airish terlalu menyeksa jiwa dan raganya.

Sekarang, situasinya berbeza. Dia sudah tahu perkahwinan Afiqa dan Airish bukanlah atas dasar cinta. Dia pasti tentang itu. Dia sendiri terserempak dengan Airish dan Dhia sedang bermesraan keluar bersama.

Lalu, apakah misinya Cincin itu diangkat tinggi, sama paras dengan tatapan matanya. Dipusing kotak cincin itu ke kanan dan ke kiri. Dia akan dapatkan Afiqa kembali. Ya! Dia mahukan Afiqa kembali ke dalam hidupnya. Biarlah apapun yang terjadi tapi, apa yang akan dia pastikan di penghujung kisahnya hanya ada dua nama.

Rayhan dan Afiqa.

SATU hari suntuk Afiqa menunggu Airish. Afiqa mengambil tempat duduk di gazebonya. Duduknya dirasakan tidak tenang. Sekejap-sekejap duduknya beralih ke situ dan sekejap beralih ke sana pula. Afiqa kian resah. Dia sedang menantikan Airish. Sejak semalam lelaki itu tidak bertegur sapa dengannya membuatkan hati Afiqa semakin hiba.

Kenapa perlu jadi begini Dia sudah mahu meninggalkan Airish hari ini. Tetapi, lelaki itu langsung tidak mahu memandang mukanya. Jadi, dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan lelaki itu.

Senyuman di bibir Afiqa melebar tatkala tubuh Airish terjengul di muka pintu. Lelaki itu sedang sibuk mengikat tali di kasutnya. Rambut yang dipacakkan berserta jaket yang tersarung di tubuh sungguh membuatkan Afiqa terpesona. Airish sangat kacak. Beruntung Dhia. Ya, Allah hatinya dipagut rasa cemburu tapi cepat-cepat dilupakan Afiqa. Tidak mahu menyimpan sebarang dendam mahupun rasa tidak berpuas hatinya.

Er, Airish...! panggil Afiqa lembut apabila tubuh Airish melintasi di hadapannya.

Sayangnya, lelaki itu hanya membuat bodoh sahaja. Tubuh lelaki itu pantas dibolos masuk ke dalam perut kereta Audi S4nya.

Afiqa mendekat.

Airish.

Terus dihidupkan enjin keretanya. Sengaja dihidupkan enjinnya, dan tingkap yang bertutup supaya telinganya tidak mampu mendengar suara Afiqa yang memanggil namanya berulang kali. Lelaki itu tidak mempedulikannya sebelum kereta lelaki itu mengundur dan menderum laju membelah jalan raya. Afiqa berdiri tegak di situ.

Airish, tung... gu.... lambat-lambat kata-kata itu dituturkan Afiqa.

Tidak! Dia tidak mahu menangis lagi! Tolonglah, air mata. Dengan langkah yang penuh longlai dibawa Afiqa kembali masuk ke dalam rumah. Dia perlu bersiap-siap sudah untuk meninggalkan rumah itu nanti.

AIRISH tampak begitu berselara sekali menikmati juadah nasi lemak yang dipesannya. Dhia yang turut bersamanya, memandang kekasihnya dengan kerutan berlapis di dahi. Kepalanya digelengkan perlahan.

Kenapa dengan you ni, Airish Lahap sangat makannya. Habis comot mulut.

Tisu dalam begnya dicapai lalu ditarik sebelum disuakan buat Airish. Airish menyambutnya seraya tersenyum kecil.

Dhia memanggung kepalanya memandang Airish. Dia sudah siap menjamu selera meskipun yang dijamahnya sedikit sahaja. Tak apa! Tengok Airish sahaja pun dah kenyang.

Kesian you, Airish. Lapar sangat ke Habis, Fiqa kat rumah buat apa Dia tak masak ke Goyang kaki kat rumah

Airish menggeleng laju.

Bukan macam tu, cuma tadi I tak berselera mana. Sekarang, entahlah. Bila tengok you depan mata, baru I berselera.

Dhia tersengih lebar.

Alahai. Kalau macam ni gayanya, nampaknya hariharilah I kena teman you makan. Kalau tak, tak berselaralah you nanti.

Airish sekadar membalas kata-kata Dhia dengan senyuman sahaja. Jus orennya disedut perlahan.

Nampak gayanya macam tulah!

Senyuman antara mereka berbalas. Mata Airish langsung tidak berkalih malah tidak berkelip memandang Dhia di hadapannya. Rambut gadis idamannya yang mengurai panjang sungguh nampak sangat cantik. Sesekali, pabila rambut itu diterbang angin sungguh membuatkan Airish kehilangan kata-kata. Terpesona melihatnya.

Dhia yang perasan dengan renungan nakal Airish menunduk. Naik segan pula dia. Maklumlah, mereka sekian bertahun-tahun lamanya tidak bersua dan berada dalam jarak yang sebegini dekat dengan Airish membuatkan jantungnya memainkan rentak yang tidak menentu pula. Segan Dhia menjadi-jadi pula apabila Airish tanpa henti begitu asyik memandang ke arahnya.

Malam ni, kita candle light dinner tau. I dah reserved tempat kita berdua.

Airish termati kata. Perkara candle light dinner itu membuatkan dirinya bagaikan teringat sesuatu.

Buat candle light dinner ke untuk saya Ada hadiah ke Atau masa makan ada muzik....

Serta merta ingatan Airish pada Afiqa.

Airish!

Tersentak Airish dengan lambaian tangan Dhia di hadapan matanya. Dhia menggeleng memandang Airish yang ditangkap sedang termenung pula. Entah apalah yang diangankan Airish

Kenapa ni...

Tak ada apa-apa..., Airish meneruskan suapannya yang kini terasa hambar. Dia teringatkan layanannya terhadap isterinya beberapa hati ni.

Keterlaluankah dia...