MY SWEET ARISSA - 36
ENCIK RAZALI kelihatan tenang dan nampak lebih ceria dari semalam. Lega hati Arissa melihat lelaki itu sudah mahu tersenyum biarpun sesekali dia dapat mendengar suara lantang Puan Hanim. Dia tahu wanita itu bukan memarahi suami mahupun Hakimi, tetapi dirinya.

Buntu dia dengan sikap wanita itu. Serba tak kena dia dengan sikap Puan Hanim. Ya, dia tahu dia bukan pilihan wanita itu tetapi Wafa sendiri pun sudah ada calon teman lelaki. Dan setahunya Encik Razali sudah pun menghantar orang untuk memutuskan pertunangan dengan Hakimi dan ia dipersetujui oleh wanita itu.

Menurut Hakimi, Mr Ruben sedang menyiasat perjanjian yang telah dipersetujui antara Puan Hanim dan orang tua Wafa beberapa tahun yang lalu. Perjanjian itu seperti perjanjian palsu. Menurut Puan Hanim terdapat lapan syarat yang dipersetujui tetapi masa pertemuan mereka tempoh hari di Penthouse, Hotel Sweet Arena di sini, ia hanya ada lima sahaja. Salinan asal untuk Puan Hanim pula berada di kondo mereka di Doha. Manakala peguam orang tua Wafa yang mewakili kedua mereka tidak dapat dihubungi sehingga kini.

Macam-macam dengan masalah orang kaya ni ya Menipu untuk lebih kaya. Orang marhaen pula menipu sebab mereka tak cukup keperluan terutama untuk anak-anak.

Karang Walidnya makan macam mana soal Mak Cik Ruhaya sebaik Arissa masuk ke dapur untuk mengambil gelas.

Saya minta chef dekat hotel tu masak untuk dia. Saya ada beritahu hari tu, dia kata okey. Itulah yang sudah diberitahu kepada Chef Shakir, ketua tukang masak di hotel Sweet Arena.

Ya Baiknya chef tu.

Kita baik dengan orang... orang baik dengan kita kan. Lagipun tak rugi. Arissa senyum.

Betul tu, sokong Mak Cik Ruhaya.

Hari ni Mak Cik berdua dengan Puan, usik Arissa dengan sengihnya.

Herot-herot mulut Mak Cik Ruhaya. Banyak songeh. Pening Mak Cik!

Tak apalah... kita sabar. Allah bersama dengan orang yang sabar kan. Arissa menepuk bahu wanita itu sebagai menenangkannya.

Mak Cik Ruhaya mengangguk dengan senyuman.

Dah... pergilah sarapan. Nanti lambat pula nak kerja.

Arissa senyum dan melangkah keluar mendapatkan Hakimi dan Encik Razali di meja makan.

Sayang kena bawa kereta abanglah, kata Hakimi sebaik Arissa duduk semula dikerusinya. Arissa memandang Encik Razali. Walid Yalah, sayang bawa Walid, jelas Hakimi.

Arissa mengangguk-anggukkan kepalanya.

Kena ada driver juga Walid ni. Sebab nanti Arissa kena buat kerja luar dan banyak travel luar Penang ni. Encik Razali memandang menantunya kemudian beralih kepada Hakimi.

Hakimi mengangguk-angguk.

Tak apalah... tengok macam mana. Encik Johan akan repot duty hari ni. Rasanya dia dah sampai semalam kan soal Encik Razali inginkan kepastian.

Aah... dia sampai tengah hari semalam, jelas Hakimi lalu menyuap mi goreng ke dalam mulutnya.

Wah, banyak benda nak kena buat! keluh Encik Razali sambil menongkat dahinya.

Walid, kalau tak okey... tak payahlah pergi dulu... Bimbang Arissa melihat reaksi lelaki itu sudah mula tertekan dengan kerja yang bakal dilakukan.

Tak boleh, tak boleh... kena juga bincang apa-apa yang patut. Nanti senang, Arissa, Encik Johan dan yang lain buat kerja, bila Walid bercuti atau MC, jelas Encik Razali dengan senyuman memandang menantunya.

Walid belum apa-apa dah stres, mana kami tak risau, sungut Arissa separuh membebel.

Apa pun harap-harap office kat site tu cepat siap. Hujung minggu ni nak ke Langkawi. Lelaki itu sudah membuat rancangannya.

Arissa memandang Hakimi seperti meminta izin dari suaminya untuk turut sama.

Saya nak balik KL, Khamis nanti! Tiba-tiba suara Puan Hanim bergema di ruang itu. Entah bila masa wanita itu berada di situ masing-masing tidak perasan.

Umi nak ke rumah mana Shah Alam atau Damansara Hakimi memandang wanita itu.

Balik rumah Umi kat Shah Alamlah! Puan Hanim melangkah dan duduk bersebelahan Encik Razali.

Rumah tu kena bersihkan dulu Umi. Lagipun nanti Umi tinggal seorang pula. Hakimi mula tidak senang dengan rancangan Uminya.

Nak bersihkan apa... Mak Wan memang selalu bersihkan rumah tu. Dia tahu ia sekadar alasan Hakimi tidak membenarkan dia pulang ke Shah Alam.

Hakimi mengangguk-angguk.

Umi minta dia temankan Umi sekali sepanjang Umi di sana, jelas Puan Hanim yang sudah menyenduk mi goreng ke dalam pinggannya. Dia tahu mi goreng itu Arissa yang masak. Tak kuasa dia nak malu-malu, makan jelah, semalam dahlah makan pun tak kenyang! Encik Razali senyap. Begitu juga dengan Arissa.

Nanti tolong call Dilla... minta sesiapa hantar kereta Umi ke Shah Alam. Matanya beralih ke wajah Hakimi. Sesekali dia menjeling Arissa yang tidak memandangnya.

Tinggal kat Penthouse hotel tu tak boleh ke Umi Rumah tu dah lama tak duduk. Macam-macam benda duduk sebelum tu tau! Perlahan Hakimi bersuara.

Arissa memandang Hakimi. Sengaja dia nak menakutkan Umi dia, desis hatinya sendiri.

Itu sebabnya, Umi minta Mak Wan tolong buat sesuatu bersihkan semua sebelum Umi balik! tekan Puan Hanim agak keras.

Tak boleh cakap baik-baik dengan anak ke Kimi bagi pendapat je! Yang awak nak marah, tengkingtengking tu kenapa Saya tak halang awak nak balik ke Shah Alam atau ke mana-mana! Pergilah. Tak balik sini pun tak apa! balas Encik Razali pula.

Geram dia dengan sikap dan perangai isterinya. Entah apalah yang merasuk wanita itu. Masakan disebabkan Hakimi bernikah dengan Arissa rasa marah tu tak habis-habis lagi

Puan Hanim berdengus kasar. Sakit hatinya mendengar leteran Encik Razali. Dia terus menyuap mi goreng itu ke mulutnya. Hmm... sedap. Ia seperti masakan seseorang yang pernah dirasa suatu masa dahulu. Ahh... cuba dilupakan kisah itu.

Jom sayang. Walid.

Hakimi bangun. Lebih baik mereka beredar cepat sebelum Puan Hanim meletup. Lagi lama di situ pasti buat Walidnya bertambah stress.

Arissa bangun dan melangkah ke dapur untuk memberitahu Mak Cik Ruhaya. Seketika dia sudah pun berada di dalam Toyota Harrier kepunyaan Hakimi dan di sebelahnya Encik Razali kemas duduk dengan senyuman lebar.

Selamat bekerja Walid, ucap Arissa sebagai usikannya terhadap bapa mentuanya, sebelum kenderaan pacuan empat roda itu bergerak mengekori kereta Mercedes Hakimi di hadapan.

Kuat ketawa lelaki itu mendengar ucapan dari menantunya. Rasa macam baru dapat kerja pula Walid ni, katanya sebelum menyambung tawanya.

TAK payah ke pejabat Walid. Kita guna bilik seminar dekat tingkat lima tu pun dah okey. Lagipun tak ramai kan. Kita bertiga je. Bilik tu langsung tak guna sejak dua tahun dulu, jelas Arissa apabila Encik Razali mengemukakan cadangannya.

Bukan dia tidak tahu berapa buah dewan bankuet dan bilik-bilik seminar yang ada di Hotel Sweet Arena itu. Kebanyakan daripada majlis-majlis yang berkaitan dengan promosi, dialah yang mengendalikan suatu masa dulu. Ada bilik seminar yang tidak digunakan langsung dan hanya menjadi stor untuk peralatan untuk pelbagai majlis.

Encik Razali mengangguk memandang Hakimi dan Encik Johan yang baru dilantik sebagai Pengurus Kanan Kewangan untuk Sweet Arena Langkawi Resort. Eh, memandai je saya buat keputusan. Kena tanya tuan pengarah hotelnya dulu. Terlupa pula saya tuan pengarah ada sama, usik Arissa.

Memang dia main cakap dan sebut je rancangannya, walhal dia sepatutnya merujuk dengan Hakimi dulu sebelum mendapat kebenaran daripada Encik Razali. Hakimi sengih. Nakalnya isteri dia.

Encik Razali sudah ketawa-ketawa. Begitu juga dengan Encik Johan yang baru tahu Arissa dan Hakimi suami isteri.

Betul tu, Encik Razali. Sekurang-kurang dapat jimat kos kita, akui Encik Johan.

Kalau macam tu Arissa tolong call Pengurus Bankuet. Tanya boleh ke kita guna untuk sementara. Bajetnya macam mana Encik Johan soal Encik Razali ingin tahu tentang bajet mereka.

Baik. Arissa menjawab sepatah.

Encik Johan menyelak kertas di tangannya sambil meneliti bajet yang perlu untuk menyewa sebuah bilik mesyuarat. Bajet itu sudah dibuat berdasarkan maklumat yang diberi oleh Dato Ilyas yang sudah dibincangkan bersama Encik Razali dan ahli Lembaga Pengarah Sweet Arena beberapa bulan yang lalu sebelum Encik Razali menjalani pembedahan pintasan jantung di Doha.

Ini... Encik Johan menghulur kertas di tangan kepada Encik Razali.

Encik Razali mengangguk-anggukkan kepalanya.

Tuan Pengarah tak boleh bagi FOC ke pada kami soal Arissa memandang Hakimi. Sedap pula dia memanggil Hakimi, tuan pengarah.

Terangkat kening Hakimi mendengar panggilan yang disebut oleh isterinya. Nak kena juga Arissa ni nanti. Geram pula dia.

Kena tanya dengan Jamala dulu sebab dia yang handle dewan-dewan, bilik seminar bilik mesyuarat ni kan, jawab Hakimi tidak pasti dengan perkara itu.

Kita tengok dulu mana bilik yang sesuai. Nanti ada dua orang staf nak repot duty minggu depan, jelas Encik Razali.

Ingatkan kita bertiga di sini, celah Arissa.

Ada dua orang akan report duty minggu depan. SM Food and Beverange dan Head Security. SM FNB, dia masih single lagi. Tapi Encik Kamarul, bakal security head kita dah berkahwin dan seorang bekas tentera. Anak-anak dah besar. Kalau dia ke Langkawi kena bawa isteri dialah. Encik Johan memberi sedikit butiran bakal pekerja Sweet Arena Langkawi Resorts.

Encik Razali mengangguk-anggukkan kepalanya. Ya, dia tahu semua itu. Dato Ilyas sudah memaklumkan perkara itu. Semua temu duga dilakukan di Kuala Lumpur oleh pihak pengurusan di sana atas dasar kepercayaannya memandangkan dia masih belum sihat lagi.

Lain-lain staf kita cuba cari budak-budak tempatan. Seboleh-bolehnya Walid nak yang beragama Islam, jelas Encik Razali.

Elok juga. Tak adalah yang kerja sebulan dua lepas tu berhenti alasan jauh dari kampunglah. Rindu Mak ayahlah, jelas Encik Johan.

Arissa macam mana Kimi kat sini soal Encik Razali mengusik menantunya.

Terkelip-kelip mata Arissa kemudian memandang Hakimi.

Ada yang jadi weekend husbandlah nanti, Walid, balas Hakimi apabila tiada jawapan dari isterinya. Dia tidak fikir pun tentang perkara itu.

Encik Razali ketawa.

Berkorban apa saja, Encik Kimi, celah Encik Johan.

Tulah, keluh Hakimi dengan senyuman lebar.

Arissa hanya tersengih.

Kita naik ke tingkat lima. Tengok dulu bilik seminar tu macam mana cadang Hakimi setelah lama tiada suara antara mereka. Dia melangkah menuju ke pintu.

Ya, elok juga. Panas kat bawah ni ya, keluh Encik Razali.

Sekali lagi matanya mengitari bilik itu. Memang luas namun ia berada di bahagian Basement Dua. Amat tidak selesa dan tidak sesuai untuk Arissa yang mungkin akan bekerja lewat.

Aah... panas sikit. Aircond tak pasang, akui Hakimi.

Mereka mula melangkah keluar dan menuju ke lif yang terletak di hujung bangunan itu.

Sunyi sini. Encik Razali memandang kiri dan kanan foyer itu.

Tidak kelihatan staf lalu lalang di situ. Memang tempat itu agak tersorok sikit. Bilik itu adalah bilik untuk pengawal keselamatan suatu ketika dahulu sebelum mereka berpindah ke Basement One bersebelahan bilik Kawalan CCTV.

Hakimi memandang kiri dan kanan. Benar kata Walidnya, sunyi dan menakutkan. Elok juga resort team guna bilik lain sebagai pejabat sementara. Encik Jamal tidak keberatan. Apa yang paling dibimbangkan adalah keselamatan Arissa. Lagipun mungkin 2, 3 bulan je selepas pejabat di tapak projek siap mereka akan berpindah ke sana pula, desis Hakimi sendiri.

Sebaik pintu lif terbuka keempat-empat mereka masuk ke dalam dan lif terus membawa mereka ke tingkat lima.