MY PRETTY BOY - 36
QAMRA AIN menyuap perlahan-lahan nasi goreng ke dalam mulut. Semua staff sudah lama beredar menikmati luncheon di kaf, tak pada dia. Setiap hari di masa begini dia lebih suka makan bersendirian di dalam bilik loker yang tersedia juga pantri untuk pekerja Mels E. Kalau bangun pagi lebih awal, dapatlah dia menyediakan apa saja menu yang ada di dalam peti ais untuk dibawa bekalannya setiap hari.

Mujurlah Tunku Hazreen mengajak tinggal sekali selepas kembali ke KL. Segala keperluan dapur disediakan oleh Tunku Hazreen. Walaupun gadis persis model itu anak orang berada namun tak pernah sekali pun dia megah dengan kemewahan yang dia ada. Malahan, dia juga yang menguruskan kemasukan semula ke A-AH dan memujuk pihak pengurusan memberi kelonggaran mengikuti kelas separuh masa sehingga akhir pengajian.

Pada mulanya sekadar untuk ucapan terima kasih pada Tunku Hazreen sebaliknya beria-ia mengajak duduk bersama seperti dulu. Namun ditolak secara baik dengan alasan mahu duduk bersendirian di rumah sewa. Lagipun, sudah banyak Tunku Hazreen melabur wng ringgit untuknya. Jadi, tiba masanya untuk dia berdikari sendiri.

Jika kemewahan yang kita ada mampu membantu orang lain, kaulah orang pertama dalam senarai aku, Qamra. Kau dah aku anggap seperti adik aku sendiri. Jangan sesekali tinggalkan aku lagi tau! Tegas Tunku Hazreen.

Dan dia terperangkap dengan huluran budi Tunku Hazreen sekali lagi.

Termenung jauh nampak, ingat inamorata ke Tegur Tunku Hussein dari arah belakang.

Lamunannya terus terhenti. Qamra Ain mencari empunya suara yang menegur tadi dan berakhir pada seorang lelaki yang sedang bersandar di tepi dinding sambil menyilang kedua-dua tangan rapat ke dada.

Inamorata

Inamorata pun tak tau Inamorata tu dalam Bahasa Jepun yang bererti kekasih yang dicintai wanita. Awak teringat kat dia ke

Qamra Ain menutup tupperware yang masih berbaki nasi goreng. Hanya beberapa sudu yang disuap ke dalam mulut. Terbantut terus selera. Pantas dia menyimpan semula tupperware ke dalam beg galas. Dia bangkit dari kerusi dan terus melangkah keluar.

Apa salah saya sampai awak tak sudi bercakap dengan saya Adakah sebab saya tak kacak di mata awak sampai tak pandang langsung Pantas tangan Tunku Hussein memegang lengan Qamra Ain sekaligus membuatkannya terhenti betul-betul di tepi. Jelingan tajam Qamra Ain membuatnya sedikit gementar.

Answer me, Qamra please...

Lepaskan saya dan saya nak ingatkan awak sekali lagi jangan berani buat begini lagi sebelum saya hilang hormat pada awak, faham! Keras suara Qamra Ain memberi amaran.

Dia merentap kuat lengan dan berlalu pergi meninggalkan Tunku Hussein yang terdiam tanpa kata. Qamra Ain menyambung semula kerja mengasingkan mel tanpa sedikit pun berpaling muka ke arahnya.

Satu keluhan berat dilepaskan. Dia tak tahu cara bagaimana lagi untuk memujuk gadis itu supaya memaafkan atas kelakuan kasarnya tadi. Disebabkan terlalu obsesi mengejar cinta sampai tak sedar sampai ke tahap itu dia berani bertindak.