TRAGEDI TSUNAMI DAN GEMPA BUMI - 36
Empat saat yang selalu diawasi oleh manusia yang berakal. Biarpun dia sibuk dengan urusan-urusan yang lain tetapi tidak sekali-kali manusia lalai dengan empat perkara ini:

1. Saat untuk menyembahkan hajat kepada Tuhannya.

2. Saat untuk menilik dan menilai diri sendiri.

3. Saat untuk membuka rahsia dirinya kepada sahabatnya yang setia, menyatakan aib-aib dan kelemahan supaya dapat ditegur dan diperbetulkan oleh sahabat setia itu dengan terus-terang.

4. Saat untuk bersunyi-sunyi dan bersendirian. Duduk bersoal jawab dengan dirinya menanyakan mana yang baik dan mana yang indah, mana yang sesuai dan mana yang tidak.antara semuanya, saat yang keempatlah yang paling penting kerana jiwa kita perlulan isti rehat dan hati juga perlukan ketenangan. Allah telah berfirman:Hanya dengan mengingati Allah juga akan menjadi tenang.

Dan bila sampai masa kiamat besar yang dijanjikan oleh Allah berlaku ia akan berlaku.) tambah Beliau lagi.(di dalam hadis yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. Tidak berlaku kiamat besar selagi ada orang menyebut kalimah LAILAHAILLALLAH, dan ia sertakan sekali beberapa kiraan-kiraan yang menunjukkan berlakunya kiamat, walau bagaimanapun katanya, kita umat Islam harus mempersiapkan diri dengan pahala yang secukupnya untuk persediaan kiamat kubra. Kiamat kubra boleh berlaku pada bila-bila masa jika Allah menghendakinya berlaku. Jika kita tidak ada ilmu kita tidak tahu mengenainya).

Kita sebagai umat Islam wajib bagi kita mempersiapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan sebagai persediaan kita mengharungi alaf baru ini. Dengan adanya ilmu, segala gerak-geri kita terancang, terutamanya ilmu agama. Bila kita kata ILMU ia adalah lafaz am, pandai-pandailah kita mencari yang khasnya, yang bersesuaian dengan diri serta mengharapkan keberkatan dan keredhaan Allah.

Seorang pejuang juga harus mempunyai semangat pada pejuang Islam yang teguh dalam apa jua keadaan sekalipun, berjuanglah kerana Islam. aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH.