Dengan lancar dia jawab,
Kau kata Takaful ni membantu masyarakat. Tapi ini realiti, Takaful hanya membantu sesama ahli yang bertakaful saja, dia tak bantu pun masyarakat luar yang tak ada Takaful, jadi apa yang bantu masyarakat nya Orang miskin yang tak masuk Takaful tak adalah dapat faedahnya.
Melalui jawapan kawan aku ni, aku boleh nampak dia punya confident dan peri betulnya perasaan yang ada dalam jiwa dia.
Lalu aku katakan kepada dia, Hal yang kau nampak ni terlalu pendek. Tidak sampai maksud.
Kawan aku cuma diam bersiap siaga, aku sambung lagi,
Apa yang kau cakap tu betul pada permukaan, tetapi tidak pada maksud dan fungsi Takaful keseluruhannya. Begini, ahli Takaful menyumbang pada pelaburan syarikat Takaful, juga secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan sektor Healthcare atau dengan kata lain memberi untung pada pengendali hospital swasta yang merawat ahli-ahli Takaful. Kedua-dua entiti ini, yakni syarikat Takaful dan hospital swasta menjadi main beneficiary dalam menyokong industri Takaful. Sebagai profit oriented bodies, kedua dua entiti ini mesti membayar cukai dan zakat (bagi syarikat takaful dan mana-mana hospital atas pemilikan orang Islam).
Cukai dan zakat ini bukannya seringgit dua, sebaliknya bernilai berjuta-juta, dikembalikan semula ke dalam tabung perbendaharaan zakat dan lembaga cukai. Zakat dan cukai ini kerajaan akan agihkan pula untuk pembangunan hospital kerajaan, memberi khidmat lebih baik, memberi BRIM, membina rumah PPRT, dan sedikit daripadanya mungkin diambil untuk tujuan berkempen. Faedah faedah ini akan dinikmati oleh masyarakat yang pastinya tak semua memiliki Takaful bukan
Bila dengar aku usik berkempen, kawan aku terkekeh ketawa.
Kata dia memotong, Oh okey, aku dapat dah point kau Takaful Membantu Masyarakat ni. Tapi bro, kau nampak tak kat sini, masalahnya Takaful tak ada kontrol untuk cukai dan zakat ni, jadi hal Takaful membantu masyarakat mungkin tak terlaksana sebab kerajaan yang kawal semua duit.
Aku tersenyum saja mendengar bidasan dia. Lalu aku akhiri perbualan kami dengan bertanyakan dia soalan,
Kalau tak ada kontrol kau katakan menjadi masalah, jadi siapa sebenarnya yang bermasalah dalam membantu masyarakat Pihak Takaful atau pihak kerajaan